Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Thursday, September 17, 2009

Salam AIDILFITRI :)

Salam warahmatullah,

Alhamdulillah, syukur nikmat Allah.. dapat lagiku bernafas pada hari menjelang Aidilfitri yang bakal tiba..

Post kali ini adalah edisi khas sempena hari raya yang bakal menjelang.. hehe. Khas ke..? :)

Hm., dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.. Maaf semua silap salah, kasar taipan ayat hingga mengguris hati sesiapa sahaja yang melawat blog ini.

Wah.. banyaknya kad raya.. hehe. Sabar2.. semua org dapat jangan risau... :)

Khas buat semua readers dan pelawat blog http://syauqahwardah1209.blogspot.com. Syukran atas ziarah dan komen. InsyaAllah, sudi2kanlah ziarah lagi..



Kad kedua ini pula, ana tujukan khas buat semua follower blog ana. Syukran atas ukhuwah yang dihulurkan. Allah redhai kalian semua.. :) rajin2 ziarah blog ini ya...?



Last but not least, terakhir tapi istimewa buat sahabat tersayang; Ummi Adibah.. (http://ana-solehah6511.blogspot.com/). Syukran atas kad hari tu, ana balas yang ini. Maaflah.. kad biasa je.. xdpt nak superimpose dengan pic ana. hehe. Malu la.. ana tak pakai niqab.. :)


Konklusinya...
Semoga di hari Aidilfitri yang bakal menjelang, ana doakan Allah memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada kita semua.
Jaga diri baik2, jaga akhlak, jaga iman.. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmatNya. InsyaAllah...
syukran semua.. :)





Jujurnya, ana memang ceria menanti syawal, tetapi juga sebak untuk melepaskan ramadhan. Yang pastinya berbuka puasa dengan ahli My-usrah semalam memang membahagiakan ana. Ini kali ke-2 (dlm ramadhan ini) ana makan dalam talam dan makan bersuapan sesama saudara2 usrah. Sayang antum semua... :)

p/s: Ini post ana yang terakhir utk minggu ini.. Ana balik N9 esok. Doakan ana selamat balik rumah dan kembali ke kampus.. :)

Monday, September 14, 2009

AWARD season 2 :)


Salam warahmatullah...
Alhamdulillah...
Hari ibadah puasa berjalan lancar.. (setakat pukul 3.30 ni lancar lagi... :))
Oh Tuhanku.. lancarkan semua urusanku hari2..

Balik je dari foyer library (utk tengok schedule jaga kaunter Bio-society), terus on laptop.. Uish.. En. Dzul, err.. Pn Norma sekali; RE: sila pantau keadaan anak encik nih.. Fiil buruknya bertambah menjadi2 ni.. :)

Apapun.. rasa terharu bila baca post Ummi Adibah.. Ayuhai... 'sahabat maya'ku yang seorang ni benar2 dah merantai hatiku.. ceh..

Tapi.. jujur aku memang terharu...

Serius... mana tak berair mata membacanya.. pujinya melangit.. sedangkan aku hanya manusia hina dan xla secomei ummi pun... (sounds humble..)

Ummi2.. anti banyak dah bagi semangat kat ana.. thanks my dear. Ana bagi satu award, anti balas 2 award.. (how sweet...) :)


Jujur, hatiku memang senang benar terusik.. perasaanku pada Ummi sama macam perasaanku pada Kak Farah (Naqibah My-usrahku). Aku sangat sayang kedua2 calon bidadari syurga ini.. kerana aku dapat merasakan keikhlasan hati mereka dalam menjalinkan ukhuwah denganku. Kasih kami kerana Allah... :)

Dah2... cukup2.. sambung tugasan anda, wahai saudari syauqah.. hehe.

okeh2..

1> sila nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award: UMMI ADIBAH a.k.a Serikandi Umar; (nama gelaran untuk Ummi yang sangat berani...)

*Ummi is the person that really make me feel blessful, thru 'the spirit words', the supports, the courage... and oso the love as 'sahabat', sincerely...
*I really admire on her words in her posting.. each of them!
*Ummi is one type of lady who looks rough in her words, but really humble in her deep inside. I know... :)
*I'm just knowing her, but my heart had been stolen my her... ! (from the way she treat me and oso the niqab..) :)
*Ummi tak kasar.. Ummi bukan perempuan gila.. (as what she thinks) but, ummi is the soon to be-mujahidah of Islam... :) InsyaAllah.. kita sama2 kejar gelaran itu...

Kami nampak macam dah kenal lama... padahal baru je kenal.. kan Ummi? Kerana cinta itu milik Allah, maka Dia berhak memberinya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.. :)

2> 10 facts about me..

ala... hari 2 baru posting...

skip2... :)

3> Beri award ini kepada 10 rakan blogger anda;

Dengan ini aku mengumumkan; sesiapa yang menjadi telah pun menjadi follower http://syauqahwardah1209.blogspot.com,
silalah, dengan segala hormatnya, mengambil award anda... :)

Terima kasih semua...

Semoga ukhuwah kita terus berkekalan demiNya dan agama yang Mulia ini.. InsyaAllah.. :)




p/s Infinite thank 'yous' dedicated to my lovely ex-lecturer; Mdm Norazrin Arifin for the advices.. love u oso.. :)

Sunday, September 13, 2009

Kita Mampu Menjadi INSAN TERBAIK


Salam warahmatullah..
Alhamdulillah, wa syukurilah...

Masih dapatku bernafas melalui udara yang diberi olehNya..

Begitu ramai sekali hambaNya di dunia yang fana ini.. Maka, siapakah yang paling baik antaranya?

Imam Suyuthi dalam bukunya Al-Jami'us Soghir mencatatkan sepotong sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sebaik-baik manusia adalah siapa yang paling banyak bermanfaat kepada orang lain."

Darjat hadith ini menurut Imam Suyuthi tergolong hadith Hasan. Syeikh Nasirudin al-Bani dalam bukunya Sohihul Jami'us Soghir sependapat dengan penilaian Imam Suyuthi.


Pengajaran Hadith:

1) Insan yang terbaik di muka bumi ini adalah insan yang suka dan banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain.

2) Manusia dikatakan sebagai makhluk sosial. Menurut fitrahnya, manusia akan hidup secara saling melengkapi. Saling memerlukan. Saling kuat menguatkan. Saling memberi dan menerima manfaat. Tidak ada seorang pun yang mampu hidup sendiri dan tidak ada seorang pun yang dapat menolak kenyataan ini. Sememangnya, insan terbaik dalam kalangan mereka ialah yang memberi manfaat kepada orang lain.

3) Oleh kerana manusia saling memerlukan, maka asas hubungan seseorang dengan seseorang yang lain adalah untuk saling memberi manfaat. Satu pihak memberi dan menyumbang jasa bakti dan pihak yang lain pula menerima jasa budi. Si pemberi manfaat mendapat imbalan dan penerima jasa pula menerima manfaat. Itulah hubungan yang biasa diterima pakai, masuk akal, adil dan saksama.

4) Seorang Muslim boleh menyebarkan manfaat diri kepada Muslim yang lain dalam bentuk ilmu pengetahuan, nasihat yang berguna, buah fikiran, tenaga, masa, wang ringgit dan sebagainya.



5) Iman yang kuat dan sempurna akan menjadikan seorang Muslim atau Muslimah sentiasa terpanggil untuk memberi khidmat juga manfaat kepada Islam dan hambaNya. Ketika iman kita memuncak kepada Allah swt, segala amal untuk memberi manfaat kepada orang lain terasa amat ringan untuk dilakukan. Manakala tanpa dorongan iman, seseorang itu hanya akan mementingkan dirinya sahaja.

6) Selain itu, iman akan menjadi faktor pemeliharaan dan penjaga yakni saat seseorang melakukan kebaikan atau memberikan pertolongan kepada saudara Muslimnya, dia akan melakukannya secara tulus dan ikhlas. Dia tidak akan meminta balasan daripada manusia, cukuplah balasan daripada Allah swt sahaja.

7) Allah swt memberi contoh kaum Ansar. Lihat surah al-Hasyr ayat 9. Mereka adalah sebaik-baik manusia. Sedaya upaya membantu dan menggembirakan sahabat2 Muhajirin yang amat memerlukan pertolongan dan keperihatinan mereka. Segala keperluan sahabat Muhajirin cuba diselesaikan dan disediakan sebaik mungkin walhal sebelumnya mereka tidak pernah bertemu dan bersua. Mereka melakukannya atas semangat dan kerana ingin menjadi yang terbaik di sisi Allah swt. Besar sekali manfaat kaum Ansar.

8) Agar sifat suka memberi manfaat ini menjadi amalan kecintaan dan amalan berterusan, maka, perlulah terpahat dalam fikiran kita memperlakukannya kepada orang lain, seperti itu jugalah kita akan diperlakukan.

Jika kita memuliakan tetamu yang datang ke rumah kita, maka seperti itu jugalah kita akan dimuliakan ketika bertamu...




AWARD... :)


Salam warahmatullah..

Ana dapat award dari ukhti Syauqah Mujahidah. :)
amboi, senyum lebar... thanks Syauqah..

Happy2 juga.. ada assignment yang perlu disempurnakan ni..

1> kena letak 5 fakta menarik tentang pemberi award: Syauqah Mujahidah;

-seorang ukhti manis yang agak misteri... hehe
-nama pena kami sama, "syauqah". Bermakna duri..
-walaupun tak kenal rapat dan tak pernah bersua muka, tapi ana pasti.. ukhti syauqah adalah seorang muslimah yang baik...
-blognya bagus!
-hm... ukhti syauqah adalah antara mujahidah Islam yang berani dalam tulisan2 nya. teruskan perjuangan!! :)

2> kena nyatakan10 fakta tentang diri sendiri;

-ana berasal dari Jempol, Negeri Sembilan.
-Menyambut hari lahir semalam; 12 september
-Berumur 21 tahun.
-pelajar sains gunaan (biologi) di USM penang.
-anak ke-3 dari 5 adik beradik. 2 abang dan 2 org adik perempuan..
-ana boleh jadi sangat pendiam.. dan ada masanya suka bercakap.. hehe.
-ana suka warna merah, putih, ungu dan hitam. Tapi tak tahulah kenapa blog ni warna merah jambu ye.. (semangat femininisme menjalar dalam diri... :) hehe)
-hm.. banyaknya 10.. tak tahu nak merapu apa lagi nih.. hm... ana suka tengok orang.. tengok.. meneliti... dan berfikir.. (bukan mengumpat ye!) hehe. xla, ana memang suka tengok orang..
-ana seorang yang pemalu tapi suka senyum... :)
-last but not least, i'm just a simple person.. :) kesederhanaan itu penting..

Alhamdulillah.. habis jugak..
eh.. eh..
lupa... ada assignment ke-3..

Dan yang terakhir, sila beri award ini keada 10 orang yang anda anggap istimewa;

Semua follower ana istimewa... :)

Jadi korang ambillah sendiri award ni ye..

Tapi, ada nama yang ana nak highlight kan.

-ukhti ummi habibah; nah amek... special for u... :)
-ukhti bazliah rodzi atas nasihat berharga y pernah diberikan..
-ukhti yanayeir sebab rajin ziarah + beri komen..
-ukhti farah rahim sebab rajin ziarah juga.. :)

dan tentunya;

-ukhti syauqah :)

Kepada semua follower blog-syauqahwardah1209.blogspot.com, terimalah award ni... jangan lupa posting ye.. :)

terima kasih semua..


Saturday, September 12, 2009

SEINDAH MAWAR BERDURI


SEINDAH MAWAR BERDURI

Jadilah seperti mawar
Sentiasa indah dan mekar
Tanpa sedikit tercalar
Dek dugaan yang kian menjalar

Ayu mawar dilingkari duri
Menjadi pelindung diri
Menjaga perasaan sendiri
Bijak menghargai harga diri

Sungguh mawar indah berseri
Berhati-hati menjaga pekerti
Sungguh santun menjaga budi
Jalani hidup penuh lestari

Seri mawar sungguh indah
Biar duri berceranggah
Bersih suci seri wajah
Harum mewangi menjadi hadiah

Duhai mawar...
Ingatlah...
Dirimu kelak cabaran fitnah
Jika nanti silap langkah
Jalan hadapan pasti punah

Bagai mawar umpama diri
Selagi syariah pegangan hati
Kerna bukan saatnya lagi
Sungguh tabah menghitung hari

Jangan khianati mawar berduri
Jangan sekali lupakan diri
Agar mahal harga diri
Mahal dari dunia dan segala isi....





........Sesungguhnya memang benar, hiasan dunia yang paling indah itu adalah wanita solehah... (Riwayat Bukhari & Muslim)..........

p/s: Selamat Hari Lahir yang ke-21, semoga dilindungi Allah bukan setakat jasad, tetapi hati, iman dan seluruhnya. Semoga dirahmati Allah, diterangkan hati dan fikiran serta terus diberi petunjuk olehNya.. Amin.. :)

Friday, September 11, 2009

Mencari LAILATUL QADAR...


Salam alaik...
Salam penghujung Ramadhan...

Teman2ku.. ramadhan sudah tiba ke fasa yang terakhir..

Cuba kita renung kembali perjalanan kita sepanjang ramadhan kali ini.. Adakah kita sudah beribadah habis-habisan untuk menggapai redha Ilahi? Atau ramadhan kali ini setakat menahan lapar dan dahaga saja? Jawapannya hanya kita saja yang tahu. Dan Allah juga tahu 'level' ibadah kita. Gred A, A-, B+, B- atau sekadar lulus saja..?

Kata orang... ramadhan fasa terakhir adalah ramadhan yang paling 'bernilai' sekali; kerana kehadiran malam 'lailatul qadar'. Siapa tak pernah dengar tentang kewujudan malam ini? Saban waktu kita berbicara tentang lailatul qadar. Tetapi berapa kerat sahaja hamba yang mampu meraih keberkatan dan kemuliaan malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu?

Sepanjang kuliah TITAS tadi, fikiranku sesekali melayang memikirkan hal ini. Apakah aku berkesempatan untuk meraihnya?

Dan post kali ini, kubingkiskan khas buat teman2 yang hatinya masih dahagakan info tentang malam penantian; malam lailatul qadar, malam yang menjanjikan begitu banyak hikmah dan nikmat; ibadah yang dilakukan ikhlas keranaNya akan dikira berganda oleh Allah...

Teman2, selamat membaca.. semoga beroleh manfaat... :)

Ibadah malam Lailatul Qadr

Lailatul Qadr (atau lebih dikenal dengan malam Lailatul Qadar) mempunyai keutamaan yang sangat besar, karena malam ini menyaksikan turunnya Al-Qur`anul Karim, yang membimbing orang-orang yang berpegang dengannya ke jalan kemuliaan dan mengangkatnya ke darjat yang mulia dan abadi.

Ummat Islam yang mengikuti Sunnah Rasulnya berlomba-lomba untuk beribadah di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah subhaanahu wa ta’ala.

Inilah wahai saudaraku muslim, ayat-ayat Al-Qur`an dan hadits-hadits Nabi yang shahih menjelaskan tentang malam tersebut.

1. Keutamaan Lailatul Qadr

Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadr dengan mengetahui bahwasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur`an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Qs. Al Qadr: 1-5)

2. Waktunya

Pendapat yang paling kuat, terjadinya Lailatul Qadr itu pada malam di akhir-akhir bulan Ramadhan sebagaimana ditunjukkan oleh hadits ‘A`isyah, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda:

“Carilah Lailatul Qadr di malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR. Bukhariy no.2017 dan Muslim no.1169)

Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, maka janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, berdasarkan riwayat dari Ibnu ‘Umar, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Carilah di sepuluh hari terakhir, jika salah seorang di antara kalian tidak mampu atau lemah maka jangan sampai terluput dari tujuh hari sisanya.” (HR. Muslim no.1165)

Telah diketahui dalam Sunnah, pemberitahuan ini ada karena perdebatan para shahabat. Dari ‘Ubadah bin Ash-Shamit, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar pada Lailatul Qadr, lalu ada dua orang shahabat berdebat, maka beliau bersabda:

“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang Lailatul Qadr, tetapi fulan dan fulan berdebat hingga diangkat (tidak bisa lagi diketahui kapan kepastian lailatul qadr terjadi), semoga ini lebih baik bagi kalian, maka carilah pada malam 29, 27 dan 25.” (HR. Al-Bukhariy 2023)

Banyak hadits yang mengisyaratkan bahwa Lailatul Qadr itu terjadi pada sepuluh hari terakhir, hadits yang lainnya menegaskan di malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadits yang pertama sifatnya umum sedangkan hadits kedua sifatnya khusus, maka riwayat yang khusus lebih didahulukan daripada yang umum, dan telah banyak hadits yang lebih menerangkan bahwa Lailatul Qadr itu ada pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan (malam ke-25, 27 dan 29), tetapi ini dibatasi kalau tidak mampu dan lemah. Maka dengan penjelasan ini, cocoklah hadits-hadits tersebut dan tidak saling bertentangan.

3. Bagaimana Mencari Lailatul Qadr?

Sesungguhnya malam yang diberkahi ini, barangsiapa yang diharamkan untuk mendapatkannya, maka sungguh telah diharamkan seluruh kebaikan (baginya). Oleh karena itu dianjurkan bagi muslimin agar bersemangat dalam melakukan ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadr seperti melakukan shalat tarawih, membaca Al-Qur`an, menghafalnya dan memahaminya serta amalan yang lainnya, yang dilakukan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala-Nya yang besar. Jika dia telah berbuat demikian maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Barangsiapa shalat malam/tarawih (bertepatan) pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhariy 38 dan Muslim no.760)

Disunnahkan untuk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Diriwayatkan dari ‘A`isyah, dia berkata: Aku bertanya: Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku tahu kapan Lailatul Qadr (terjadi), apa yang harus aku ucapkan? Beliau menjawab: “Ucapkanlah:

“Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (HR. At-Tirmidziy 3760 dan Ibnu Majah 3850, sanadnya shahih)

Saudaraku, setelah engkau mengetahui bagaimana keadaan malam Lailatul Qadr (dan keutamaannya) maka bangunlah (untuk menegakkan shalat) pada sepuluh malam terakhir, menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi wanita, perintahkan kepada istrimu dan keluargamu untuk itu, perbanyaklah perbuatan ketaatan.

Dari ‘A`isyah berkata:

“Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila masuk pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, beliau menghidupkan malamnya, membangunkan keluarganya, dan bersungguh-sungguh serta mengencangkan kainnya (yaitu menjauhi istri-istrinya untuk konsentrasi beribadah dan mencari Lailatul Qadr).” (HR. Bukhariy no.2024 dan Muslim no.1174)

4. Tanda-tandanya

Dari Ubaiy, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Pagi hari malam Lailatul Qadr, matahari terbit tidak ada sinar yang menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi.” (HR. Muslim no.762)

Dan dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Malam Lailatul Qadr adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, dan keesokan harinya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan.” (HR. Ath-Thayalisiy 349, Ibnu Khuzaimah 3/231 dan Al-Bazzar 1/486, sanadnya hasan)




*(Sumber Bacaan: Shifat Shaumin Nabi; Taisiirul ‘Allaam; Ad-Durarul Bahiyyah; Shahiih Al-Bukhaariy dan Shahiih Muslim. Dikutip dari Buletin Al Wala wal Bara, judul asli Lailatul Qadr dan Zakat Fithri, Edisi ke-49 Tahun ke-2 / 29 Oktober 2004 M / 15 Ramadhan 1425 H, url sumber http://fdawj.atspace.org/awwb/th2/49.htm)

Rujukan rediesh:

http://www.ahlussunnah-jakarta.com/buletin_detil.php?id=36

Wednesday, September 9, 2009

Wahai Jiwa Yang Tenang, Kembalilah kepada TUHANmu...

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Sesungguhnya hidup manusia di alam dunia ini hanyalah untuk sementara sahaja. Apabila tiba waktunya, roh pun akan dijemput pulang kembali kepada Yang Maha Pencipta. Ketika itu, harta benda, kemewahan dunia, pangkat dan darjat, keturunan, rupa yang cantik rupawan, kemahsyuran dan sebagainya tidak berguna lagi melainkan mereka yang kembali kepada Allah swt dengan harta yang sejahtera; iman dan amal soleh.

Pada hari itu, akan nampaklah dengan senyata-nyatanya, hakikat kehidupan ini yang sebenarnya. Tertipulah mereka yang telah tertipu dengan kehidupan dunia yang busuk, senda gurau dan fana ini. Berjayalah mereka yang telah menyiapkan persiapan bertemu dengan Allah swt, mereka itulah mereka yang beriman dan melakukan amalan2 soleh. Mereka itulah yang sering kembali bertaubat kepada Allah swt saban waktu. Dan mereka itulah orang yang sering memerhatikan kecelaan diri sendiri dan mencari jalan untuk memperbaikinya.

Aduhai jiwa yang alpa, carilah taufik dan hidayah Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikendakiNya dan menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya... (An-Nur: 35). Dan di dalam kuasaNyalah kebaikan dan Dia Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu.

Dalam kitab-kitab tasawuf ada beberapa jenis pembahagian tingkat kemuliaan rohani. Tetapi secara mudah dapat dibahagikan kepada 3 peringkat:

1) Nafsu ammarah: iaitu satu tingkat rohani yang masih cenderung untuk mengikut panggilan hawa nafsu, masih goyah oleh godaan syaitanirrajim. Inilah nafsu yang kebanyakannya dimiliki orang. Dalam Al-Quran ada menyebut;

"Dan aku tidaklah membebaskan diriku dari kesalahan kerana sesungguhnya nafsu itu suka sekali menyuruh kepada keburukan, kecuali nafsu yang dirahmati Tuhanku." (Yusuf: 53)

Nafsu ammarah ini adalah tingkat kerohanian yang paling rendah. Tetapi apabila ditarbiyahkan, ia akan meningkat ke darjat yang lebih tinggi iaitu; nafsu lawwamah.

2) Nafsu lawwamah: iaitu satu tingkat rohani yang sudah lebih tinggi kerana kebiasaan mengawasi diri, membetulkan kesalahan diri, meneliti diri dan memeriksa amal dengan cermat, serta selalu membuat timbal balik antara kesalahan dirinya dengan kemajuan amal solehnya. Dia akan merasa dukacita dan menyesali keburukannya dan berasa tenang apabila berbuat kebaikan. Dalam hubungan nafsu lawwamah ini, Allah swt berfirman dalam Al-Qiyamah ayat 1-2. Ertinya;

"Aku bersumpah dengan hari kiamat. Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang selalu menegur dirinya sendiri."

3) Nafsu muthmainnah: iaitu jiwa yang tenang tenteram dalam kebaikan. Apabila seseorang sudah demikian terlatih dalam tingkat kerohanian yang ke-2, suka menegur diri sendiri apabila terjebak dalam kemungkaran, akhirnya dapatlah dia mengekalkan dirinya, istiqamah dalam mengerjakan kebaikan dan selalu menjauhi keburukan kerana kewaspadaannya, maka boleh dikatakan dia telah mencapai tempat kerohanian yang luhur.

Dengan kemampuan memerangi hawa nafsu menyekat syahwat, mengatasi segala macam kekurangan dan kerendahan jiwa, maka dapatlah jiwa itu dihantarkan kepada kebenaran, kebaikan, keindahan dan kesempurnaan. Orang yang demikian itu telah mencapai tingkat kebijaksanaan dan memperolehi mutiara ketenangan jiwa. Orang itulah yang diundang dan dipersilakan Allah swt untuk menikmati kebahagiaan hakiki dan abadi;

"Hai jiwa yang tenang tenteram (muthmainah)! kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai! Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurgaKu..."
(Al-Fajr: 27-30)

Orang yang bijaksana adalah orang yang selalu meneliti dirinya, pada tingkat manakah dirinya. Oleh kerana dia merasakan kekurangannya, kerana dia masih ada dalam tingkat rohani yang rendah, maka dia berusaha menebus kealpaan diri dengan pembersihan rohani dan peningkatan amal soleh dan terus bertaqarrub kepada Allah swt.

Sementara itu, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam "Fatawa" menampilkan pembahagian 3 darjat bersandarkan firman Allah swt dalam Al-Quran;

"...kemudian Kami wariskan kitab itu kepada mereka yang Kami pilih dari hamba-hamba Kami. Tetapi sebahagian dari mereka yang menganiaya dirinya dan sebahagian dari mereka cermat dan sebahagian dari mereka ke depan dalam kebajikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurniaan yang besar." (Al-Fathir: 32)

Ayat tersebut menggambarkan adanya 3 golongan atau darjat manusia, iaitu;

1) Zhalimun linafsih: golongan orang2 yang menganiaya diri sendiri, iaitu mereka yang derhaka kepada Allah swt dengan meninggalkan perintah dan mengerjakan pula apa yang dilarangNya. mereka itulah yang mencampakkan diri mereka sendiri ke lembah kebinasaan dengan melakukan dosa2 besar seperti minum arak, berzina dan sebagainya.

2) Muqtasid: golongan atau darjat manusia pertengahan yang cermat, yang melakukan kewajipan2 dan menjauhi larangan2 Allah swt.

3) Saabiqul bil khairat: golongan orang2 yang maju dalam kebaikan, tidak hanya menunaikan kewajipan2 melaikan juga mengerjakan segala yang sunat. Dan golongan inilah pada darjat yang paling tinggi.

Menurut Ibnu Taimiyah, baik golongan muqtasid mahupun golongan saabiqul bil khairat, sama2 berada pada darjat "waliullah- wali2 Allah" yang bagi mereka, menurut Al-Quran tidak akan cemas dan dukacita, iaitu mereka yang bertakwa kepada Allah (Yunus: 62-63). Jadi pengertian "wali2 Allah" di sini ialah mereka yang beriman dan bertakwa.

Akan tetapi, dibahagikan kepada 2 bahagian; yang umum dan muqtasid dan yang khusus ialah golongan2 orang yang selalu berlumba2 maju ke hadapan dalam kebajikan. Mereka inilah yang berada dalam darjat yang paling tinggi misalnya para nabi dan siddiqin.

Wallahu a'lam...




*Sumber- At-Taqarbu Ilallah (Taqarrub Mencari Redha Ilahi- Bagaimana mendekatkan diri kepada Allah...), tulisan As-Sheikh Ahmad Ridha' Hasbullah.

Tuesday, September 8, 2009

TERIMA KASIH SEMUA... :)


Salam warahmatullah...

Hari ini.... bermula seperti biasa. Namun, jiwaku kini lebih tenang. Rasa sakit hati, kecewa, marah... semuanya cuba ku buang jauh-jauh... Sudah tiba masanya untukku bangkit dari mimpi sedihku itu...

3 hari menyepi dari meng'update' blog yang selama ini bagaikan teman rapat diriku... Aku lebih banyak menyendiri dan...

bermuhasabah tentang kekhilafan diri..

Hasil muhasabah itu... aku temui sesuatu... seharusnya selepas ini, aku bergantung sepenuhnya kepada Allah.. Kerana Allah sahaja yang ada di sisiku. Tidak kira waktu senang, susah, gembira atau sedih.. Allah selalu sahaja ada tiap kali aku memerlukan teman berbicara.

Saat aku sedih... aku mencari sahabat y sudi mendengar masalahku. Ada. Tetapi... baru sahaja aku mahu menaip mukadimah...

'... kau okey ke ni?'
'........'
'Ada masalah ke? cakapla. Mana tau aku boleh tolong ang...'
'Aku tengah sedih...'

Diam. satu. dua. tiga saat. Tiba2...

BUZZ!

'.... sori.. kita chat lain kali. aku nak kua makan jap. lapa la. penat baru balik keje...'

Hm... Silap aku. Buat apa mengadu pada manusia? Apa yang manusia boleh tolong? Mengadulah pada Allah.. Dia satu-satunya penolong... Hish.. aku mengutuk diri sendiri. Kesal tentang silapku kali ini..




Saat ini... baru aku sedar betapa pentingnya sahabat yang kukuh pegangan agamanya. Kerana setiap jawapan dan nasihat y diberikan akan tetap kembali padaNya...

Aku senyum setiap kali membaca komen2 y diberikan oleh sahabat2 di kotak 'gmail'ku. Sesekali aku menyeka air mata tatkala membaca firman2 Allah yang turut diselitkan dalam nasihat mereka.

Semua tafsir surah itu aku tahu... tapi aku jadi lupa hanya kerana kecewa.. Hm... haish... apalah kan...

Apapun, sebenarnya, tujuanku publish post ini adalah untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat2 yang sudi memberikan nasihat. Walau sebaris ayat... aku tetap menghargainya..

Terima kasih ummi, bazliah rodzi, yana, emrullah, salju dan kembara salju.. terima kasih ana ucapkan... semoga Allah membalasnya berlipat kali ganda..

InsyaAllah...

Kepada Ummi... ana juga sayang anti... :)

Serta tidak lupa kepada Bazliah Rodzi, nasihat anti memang dapat mengubat sedikit kelukaan di hati ana... :)

Terima kasih ya semua... Ana sudah ok sekarang...

Mendung2 pun telah berarak pergi...

Firman Allah;

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah,
nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya.
Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya."
(Surah At-Thalaq: 2-3)


............................................ syukur Alhamdulillah.. :)


Saturday, September 5, 2009

Ramadhan Yang ISTIMEWA...

Salam warahmatullah...
Salam ramadhan ke-15...


Dari Salman Al-Farisi RA, katanya; "Rasulullah saw berkata kepada kami pada akhir bulan sya'ban. Baginda bersabda;


"..... itulah bulan yang awalnya penuh rahmat, tengahnya penuh keampunan dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka. Siapa yang memberatkan hambanya (memerdekakan hambanya) pada bulan itu, Allah akan memerdekakannya dari api neraka. Perbanyakkanlah pada bulan itu untuk melakukan 4 hal; 2 perkara membuatkan Allah redha padamu, dan 2 yang lebihnya untuk mencapai keinginanmu. Adapun 2 yang membuatmu diredhai Allah adalah syahadah bahawa tiada Tuhan selain Allah dan kamu memohon ampun padaNya. Sedangkan 2 yang lebihnya menjamin kamu mendapatkan syurga dari Tuhanmu dan memohon perlindungan dari api neraka."


Dalam hadith yang lain pula Rasulullah saw bersabda;
"Siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian."


Sabda baginda lagi;

"Setiap amal manusia itu untuknya puasa ia adalah untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya."
Sabdanya lagi;

"Di bulan Ramadhan, umatku telah diberi 5 hal yang tidak diberikan kepada umat yang sebelumnya; bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada haruman misik, para malaikat memohon ampun untuk mereka yang berbuka puasa, juga pada bulan itu syaitan diikat, dan setiap hari Allah menghiasi syurga dan berkata: "Hamba2-Ku yang soleh hindarkan dari keburukan dan penyakit", serta Allah mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan..."




Begitulah nikmatnya bulan Ramadhan, wahai teman2... jadi apa lagi yang kita tunggu? Dan nikmat Allah yang mana dapat kamu dustakan? Ayuh, ayuh menyahut panggilan keredhaan Allah!!




Friday, September 4, 2009

Tarbiyah Hati

Bismillahirahmanirrahim...
Wahai Tuhan Yang Pengasih lagi Maha Pengasihani...
Hamba datang mengabdi diri...




Bila ingin mengubati hatimu dari keburukan dan kelalaian,
Jauhilah sesuatu yang syubhah,
Keluarlah menuju ke padang taubat,
Pakailah baju penyesalan,
Angkatlah panji kehinaan,
Tinggalkan tempat tidur,
Ubahlah kedudukanmu dari jauh kepada Allah dengan mendekatiNya,
Dan dari sambil lewa dengan kesungguhan,
Berilah makan fakir miskin,
Biasakan hatimu untuk mengasihi dan mencinta,
Memperbanyakkan menangis,
Dan teruslah berdoa kerana mengharap,
Dan cemas kerana dosa yang dilakukan,
Dengan begitu...
Mudah-mudahan engkau sembuh...
Dari penyakit hatimu...


Thursday, September 3, 2009

Kisah Hati Yang Dilanda Cinta...


Salam warahmatullah...
Alhamdulillah, wa syukurillah...

Sahabatku, Syauqahwardah...

Hari ini
3 September, ingatkah lagi kau tentang tarikh ini?
Aku rasa gembira benar melihat kau dalam penampilan barumu...
Lebih sebulan sudah berlalu...

Alhamdulillah, kau istiqamah dalam memegang hidayahNya.
Mimpi sudah terjawab, persoalan sudah terungkai...

Aku masih ingat lagi,
Bagaimana pucatnya mukamu,
Waktu kali pertama cuba2 memakai tudung yang baru dibeli malam itu.
Kau nampak gusar...

Terdetik di hatimu,
"Besarnya tudung ni... betul ke aku nak berubah ni??"
Langsung tudung itu terus disimpan dalam laci almarimu, kan?
Hampir 3 minggu terperap..
Aku masih ingat semuanya...

Dan aku juga masih ingat tangisanmu..
Pada malam 2 Ogos tempohari.
Hatimu merayu pada Tuhanmu..
Agar jangan dipalingkan lagi hatimu dari kasihNya..
Lantas, esoknya..
Tuhan telah membukakan hatimu..
Untuk memakai tudung yang selama ini kau tidak yakin bisa memakainya..

Hari demi hari..
Aku lihat kau semakin yakin dengan penampilanmu..

Katamu...
"Kerana tudung ini... aku makin jatuh cinta denganNya..."
Syukur
Alhamdulillah.
Kau telah
berjanji untuk menggenggam amanah yang diberiNya dengan baik.
Dan kau menunaikan janji itu.. :)

Dahulu..
Hatimu pernah disentuh oleh cinta duniawi..
BoldKini,
Dirimu sedang berusaha
memenuhkan hati dengan cinta Ilahi...

Benarkan kataku suatu tika dahulu wahai sahabat..
Jika niat kerana Allah,
Pasti kesudahannya lebih indah.

Bagus ya Syauqah..
Kalau dahulu hatimu terasa sepi sekali.
Tiada teman untuk berusrah..
Sekarang?
....................... :)

Kau sekarang sudah dikurniakan ramai saudara..
Saudara2 yang dahulu pernah kau jauhi kerana rasa rendah diri..
Katamu, imanmu tidak sepadan dengan mereka.
Katamu, tudungmu tidak selabuh mereka...

Dahulu...
Kau pernah meminta pada Allah..
Seorang sahabat seperti Asiah Yusra...
Kini, kau ada ramai sahabat2 yang baik..
Syauqah kini ada ramai 'Asiah Yusra' yang diberi Allah..
Sesungguhnya...
Tiada yang mustahil di dalam hidup ini..
Andai kita benar2 percaya pada kekuasaan Allah..

Wahai Syauqahwardah kesayanganku...

Teruslah istiqamah dalam menggapai redhaNya.
Teruskan taqarrub ini dengan yakin dan tawadu'.
Kerana jalan inilah jalan sebenarnya.
Jalan yang lurus, jalan jaminan...
Asalkan hatimu tetap
ikhlas demiNya..
InsyaAllah, kau akan selamat dunia akhirat...

Hari langkah santunmu diatur,
Dengan penuh semangat berkobar2,

Menjaga aurat amanah Tuhan,
Tetapi masih rendah hati mengaku kelemahan..
Tak mengapa Syauqah...
Sedikit demi sedikit ya...
Sebagaimana sabarnya dirimu sewaktu mula2 terdetik hati
Untuk menyusuri petunjuk Allah..

Biarkan apa kata orang...
Aku akan sentiasa ada di sisi untuk menyokong perjuanganmu.
Dulu, kini dan selamanya..
Kerana kita adalah satu.. :)

Teruskan perjalanan, teruskan perjuanganmu...
Wahai Mawar Berduri...
Teruskanlah mencari cinta Ilahi, teruskan....
Wahai hati yang dilanda cinta...


Salam ukhuwahfillah,
sahabatmu..






p/s terima kasih kepada sahabat2 seperti elya humaira, islamic_muslimah, teratai biru dan yang lain2; kerana memberi sokongan untukku berhijrah sebelum ini. Allah merahmati kalian semua. InsyaAllah...:)