Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Wednesday, November 7, 2012

Doakan Orang Yang Dicintai.


Bismillahirrohmanirrohiim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Firman Allah swt;
"Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu." [40:60]

---------------------



Ummu Darda' meriwayatkan bahawa pada suatu malam, ketika Abu Darda' radiallahu anh sedang solat, dia menangis sambil berdoa:


"Ya Allah, Engkau telah memperbaguskan bentukku, maka perbaguskanlah akhlakku."


Doa tersebut diulang-ulang sehingga pagi hari. Lalu Ummu Darda' pun bertanya; 

"Mengapa doamu sejak semalam hanya meminta dibaguskan akhlak sahaja?"



jawab Abu Darda';

"Wahai Ummu Darda', apabila akhlak seorang Muslim baik maka kebaikan akhlaknya akan memasukkannya ke dalam Jannah. Namun, apabila akhlaknya buruk, maka keburukan akhlaknya akan memasukkannya ke dalam Naar (neraka). Dan seorang Muslim pasti akan diampuni dosanya meski dia tidur." 


"Bagaimana hal itu boleh berlaku?" tanya Ummu Darda'.


"Kerana saudaranya bangun pada malam hari untuk bertahajjud. Lalu, dia berdoa kepada Allah & doanya dikabulkan. Kemudian dia mendoakan saudaranya & doanya juga dikabulkan." jelas Abu Darda' lagi.


Subhanallah..

Indahnya akhlak seorang Muslim sebenar. 

Orang yang beriman akan selalu & saling mendoakan kebaikan & kesejahteraan sesama mereka. 

Sebaliknya golongan fajir pula sentiasa mencela, mengutuk & memaki hamun sesama mereka.



Ya Allah, mudah-mudahan kami termasuk dalam golongan al-mutahabbuna fillah (mereka yang saling mencintai kerana Allah). Inilah talian Islam yang paling kukuh. Perasaan sayang, cinta & benci semata-mata kerana Allah & bukanlah kerana harta, pangkat, nasab (keturunan) apatah lagi kerana darjat & rupa.

Golongan al-mutahabbuna ini sangat menyukai & menginginkan kebaikan untuk saudaranya sebagaimana mereka mencintai kebaikan untuk diri mereka sendiri.


***



Sebagai manusia biasa, kita tentunya tidak mungkin akan terlepas daripada melakukan maksiat, kemungkaran & dosa. Jika seseorang terlepas daripada dosa-dosa lahiriah, dia terperangkap pula dengan dosa-dosa batiniah.



Ibnu Qudamah berkata;

"Seseorang tidak mungkin terlepas daripada dosa hati berupa kelalaiannya dalam menunaikan hak-hak Allah. Kerana tidak selalu hatinya tenggelam berzikir kepada Allah melainkan hati Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam."


Oleh itu, doa untuk sesama sendiri inilah yang akan menguatkan kita. insyaAllah.



Adalah sangat penting untuk menyedari bahawa adanya kita hari ini, baiknya kita hari ini adalah mungkin datangnya dari doa-doa orang yang cinta kepada kita. Ibubapa, sahabat handai, adik beradik, mungkin guru kita. Mereka ini selalu mendoakan kebaikan untuk kita. Mereka selalu mendoakan agar Allah Membimbing & Membuka hati kita ke jalan yang Dia redhai..

Maka, kita juga, mainkanlah peranan kita. Doakanlah kebaikan untuk orang-orang yang kita cintai. 



Tentu ada orang yang kita sayang, yang kita kasih yang masih terus menerus berbuat dosa & maksiat, tidak mahu menutup aurat, tidak mahu mendirikan solat. Masih degil & terleka walau sudah berbuih mulut kita menasihat.

Maka, ambil peluang ini.

Doakan mereka melalui doa yang lahir daripada hati kita yang paling dalam. Doakanlah dengan bersungguh-sungguh, penuh kasih sayang & cinta. Doa yang benar-benar mahukan kebaikan & kesejahteraan untuk mereka.


Jika selama ini kita belum pernah mendoakan bagi keampunan & kesejahteraan mereka dengan bersungguh-sungguh, maka mulakanlah hari ini.


InsyaAllah. 

Allah Itu Maha Mendengar.



Sebagaimana Allah Memakbulkan doa orang-orang yang mencintai kita supaya kita menjadi orang yang baik hati, baik amalan & baik akhlak pekerti. Tentu Allah juga sedang Mendengar doa kita untuk orang-orang yang kita cintai.


***


Sesungguhnya doa seseorang yang terungkap tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu adalah mustajab.



Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda;
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya tanpa sepengetahuannya itu mustajab, kerana di atas kepalanya terdapat para malaikat yang setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, mereka akan berkata, "Amiin, & semoga engkau mendapat kebaikan seperti itu pula." [HR Muslim]


Ayuh... senaraikanlah mereka yang telah banyak berjasa dalam hidup kita & yang telah banyak berjasa untuk agama tercinta. 

Doakanlah kesejahteraan mereka. InsyaAllah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan mukmin-mukminah yang diampunkan dosa-dosanya hatta sewaktu kita tidur..

Eh..



Diampunkan dosa walau sedang tidur?


Jangan terkejut. Seorang mukmin tetap mendapat keampunan Allah meskipun dia tidur adalah kerana dia didoakan oleh saudara seimannya yang lain tanpa pengetahuannya.

Selain Abu Darda', sahabat Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam, Ka'ab bin Malik radiallahu anh juga selalu mendoakan kebaikan & keampunan untuk As'ad bin Zurarah setiap kali dia mendengar azan Jumaat. Hal ini kerana As'ad pernah mengimami solat Jumaat sewaktu mereka di Madinah buat pertama kali.



Begitu juga dengan Imam Ahmad yang selalu mendoakan Imam as-Syafi'e yang selalu disebutkan di dalam doanya menjelang Subuh, menjelang sahurnya.



Subhanallah.



Inilah sebenar ukhuwah kerana Allah.

Patutlah pun wujud satu pepatah;  
"Untuk mengetahui samada seseorang itu benar-benar istimewa di dalam hati, intiplah samada dititipkan dia di dalam setiap doanya."

Subhanallah.

Mari...

Jom kita sama-sama menjadi golongan al-mutahabbuna. 


***
Begitu pun sibuk kita menyenaraikan orang-orang yang kita cinta, jangan sesekali lupa untuk memasukkan saudara-saudara seagama kita yang sedang berada di Syria, Palestin, Rohingya, Thailand & seluruh pelusuk dunia ke dalam senarai doa kita.

Mereka menunggu doa kita.
Mereka perlukan doa kita.

Musim sejuk kian menjelang.

Entah bagaimana sukar keadaan mereka di sana.

Manalah dapat dirasakan & difahami oleh jiwa yang sedang selesa bertilam empuk & berselimut tebal seperti diri ini.



Maafkan aku wahai saudaraku. Jangan kau tunding jarimu ke wajahku di akhirat kelak kerana ketidakupayaanku. 



Moga Allah menghangatkan mereka semua dalam pelukan rahmat & kasih sayangNya. Amiin.



"Sesungguhnya muslim itu sesamanya adalah bersaudara."



Taqaballahu minni wa minkum, ya Allah....
Terimalah semua amalan-amalanku & kami, wahai Allah..



Allahu'alam.



---------------------

p/s: Jika sudi, masukkanlah juga nama saya dalam doa kalian. Doakan agar Allah sentiasa ampunkan dosa saya & merahmati hidup & mati saya. Amiin, amiin insyaAllah. Saya juga doakan yang sama untuk kalian... insyaAllah. :)



Notakaki:

# Biarpun separuh umur telah dibazirkan dengan diisi dengan maksiat & dosa, namun itu bukanlah alasan untuk kita tidak mahu bertaubat kepadaNya. 
# Jangan sesekali menyangka Allah tidak akan mengampuni dosa-dosa kita. Ingatlah, biarpun dosa lebih besar dari gunung pun tetap diampunkan Allah melalui taubat Nasuha seorang hamba. insyaAllah.
# Di antara tanda bahawa taubat kita sudah diterima Allah ialah kita menjadi sangat benci kepada maksiat yang pernah dilakukan & berasa sangat takut untuk kembali terjebak di dalamnya.
# Biar seburuk & sejahat mana kita di masa lalu, kita masih punya peluang untuk bertaubat & menjadi lebih baik, disayangi & dihormati. Maka, bertaubatlah & kembali mendekat kepada Allah! 

:)


8 comments:

  1. semoga berjaya di dalam hidup dan dakwah anda

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tafadholi.. jika tak keberatan sila link-kan blog ini juga ya untuk rujukan lanjut, insyaAllah. terima kasih.

      Delete
  3. mudah-mudahan Allah kurniakan yang terbaik buat kamu dunia dan akhirat.

    barakallahu lak amwal wa walad

    ReplyDelete
  4. Akak , minta share ya , dan atas nasihat dan segala-galanya itu , syukron , banyak sangat memberi kesan terhadap saya yang mahu berubah ini , lagipun siapa tahu kita mati esok ?

    Syukran :)

    ReplyDelete
  5. SubhanAllah.. amat terkesan..AllahuRabbi.. terima kasih awk! Salam Ukhuwah! =)

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."