Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Monday, January 14, 2013

TIPS Tangani Nafsu Syahwat.



Bismillahirrohmanirrohiim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Saya agak segan sebenarnya mahu menulis tentang hal ini. Namun, apabila saya pernah ditanya berkenaan perihal ini melalui emel & cara lain melalui maya, saya perlahan-lahan seakan mengerti betapa pentingnya untuk saya berkongsi tentang permasalahan yang kian meruncing, seakan sel barah yang memakan sel tubuh secara perlahan-lahan, sebelum menguasai keseluruhan tubuh & membunuh individu itu akhirnya.


Sedar atau tidak sedar, sebenarnya ramai dalam kalangan ummah kita yang mengalami masalah ketagihan nafsu seks seperti ketagih menonton pornografi, berzina, seks luar tabi'e, malahan juga kes sumbang mahram. Kadangkala, permulaannya adalah kerana terjebak secara tidak sengaja, sekadar 'suka-suka' ataupun ikut-ikut kawan... namun, akhirnya memakan diri sendiri apabila keinginan tersebut akhirnya tidak lagi dapat dikawal oleh keimanan & akal fikiran. 

Percaya atau tidak, kajian menunjukkan bahawa orang yang mengalami ketagihan terhadap perkara seperti ini merupakan pesakit yang mengalami ketidakseimbangan elektrolit di dalam badannya. Ketidakseimbangan itulah yang menyebabkan mereka tidak mampu mengawal nafsu seperti manusia normal yang lain. Hal ini disebabkan oleh hormon badannya tidak stabil (akibat kestabilan elektrolit terganggu) kerana terlalu ketagih seks.


Namun, tiada yang mustahil bagi Allah. InsyaAllah setiap penyakit pasti ada penawarnya. Demikian jugalah dengan 'penyakit' ketagihan ini. Selain perlu dibantu dengan ubat-ubatan untuk mengawal hormon & secara psikologi, keimanan yang lemah juga perlu diperkukuhkan dengan kembali bertaubat kepada Allah. Sangat perlu untuk kita yakin bahawa Allah sahajalah penawar segala-galanya yang paling mustajab.

InsyaAllah, saya kongsikan persoalan & jawapan berkaitan masalah ini untuk kita muhasabah bersama. Mudah-mudahan kita, seluruh keluarga & zuriat keturunan akan bebas daripada masalah seperti ini, Allahumma amiin...


"Sesungguhnya janganlah kamu menghampiri zina kerana ia adalah jalan yang sangat keji & buruk..." [surah al-Isra']


--------------- 

Soalan:
Ustaz, saya mengalami ketagihan nafsu seks yang sangat melampau. Setiup kali terlanjur, saya sangat menyesal & bertaubat. Namun, tidak lama selepas itu saya mengulanginya kembali. Ustaz, bantulah saya. Bagaimana cara untuk menghentikan tabiat keji ini buat selama-lamanya?

Jawapan:
Teks jawapan oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa. Kegagalan mengawal nafsu syahwat adalah lumrah bagi majoriti manusia. Hanya segelintir sahaja yang mampu mengekang nafsunya hasil mujahadah luar & dalam. Namun demikian, ada kalanya mereka yang mampu mengawalnya juga mungkin tertewas.

Firman Allah swt:  
Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” [Yusuf (12) : 53]

Maka, ringkasnya mengekang nafsu syahwat bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Kita tidak perlu mengeluh dengan ketagihan nafsu & kesukaran untuk mengawalnya, apatah lagi untuk berputus asa. 

Sebaliknya, apa yang perlu kita lakukan ialah:
1. Mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran & keinginan inilah yang perlu untuk bertindak.
2. Mengenal pasti sumber & punca yang boleh membiakkan nafsu, lalu dengan segera dipotong & dihapuskan.
3. Mengenalpasti cara, suasana, tempat & individu yang dapat menyibukkan kita daripada mengingati syahwat.

-----------------------

Berikut adalah 20 TIPS untuk mengawal nafsu syahwat:

1. Fikirkan tentang matlamat hidup & sibukkan diri untuk mencapainya.

2. Pasakkan keyakinan bahawa Allah Maha Melihat apa yang sedang kita lakukan.

3. Sedarkan diri bahawa malaikat turut sentiasa bersama kita & mencatat apa yang ditulis, diucap & dilakukan.

4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik & soleh.

5. Putuskan hubungan songsang & gelap samada yang dilakukan secara serius ataupun suka-suka, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, emel, web & sebagainya. Putuskan semua medium peningkatan syahwat. Jika berseorang depan komputer boleh menyebabkan syahwat naik, maka elakkan berseorangan. Jika berbual mesra dengan rakan sekerja berlainan jantina boleh meningkatkan syahwat, maka elakkan diri daripada terjebak. Begitulah seterusnya.

6. Putuskan hubungan adik, kakak, abang angkat yang berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram & pendorong maksiat.

7. Ubah rutin harian yang mendorong kepada peningkatan syahwat. Setiap orang tahu & sedar jenis tindakan apa yang boleh mendorong syahwat masing-masing. Ia berbeza mengikut individu.

8. Hadirilah Majlis ilmu & sibukkanlah diri membuat sasaran baru seperti membuat blog ilmiah, menulis buku & majalah, menghasilkan karya seni lukisan & sebagainya. Buat 1 sasaran lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda bagi mencapainya. Tanpa sasaran dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak& berkembang akibat waktu yang kosong tidak digunakan.

9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa anda kembali kepada Allah. Namun, awas, jangan sampai terjebak kepada golongan kumpulan songsang & sesat.

10. Sertai kumpulan NGO @ kumpulan berasaskan dakwah. Selain mendapat rakan-rakan yang soleh/solehah, masa yang luang boleh dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah yang dianjurkan badan terbabit. Cadangan saya: Murshid, tabligh, ABIM, GAMIS, IKRAM, Yayasan AMAL, NISA’, Persatuan Peguam Syari’e & sebagainya.

11. Jika anda sedang belajar @ bekerja, sasarkan diri untuk cemerlang dalam pelajaran @ kerja anda. Dengan itu, anda akan lebih sibuk memikirkan masa depan yang lebih terarah & positif. Ingatan kepada syahwat juga dapat disempitkan.

12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar apabila memikirkan kematian.

13. Fikirkan bahawa anda akan mati sewaktu melakukan maksiat itu. Adakah anda suka untuk menerima kematian yang sebegitu? Fikirkan selalu.

14. Kalau anda sedang bersyahwat dengan seorang wanita secara maya seperti di internet & TV, segeralah gambarkan kehodohannya agar syahwat menurun. Contohnya: bayangkan wanita itu mulut & nafasnya berbau busuk, giginya kotor, ada penyakit keputihan & lendir yang teruk, AIDS dan sebagainya.

15. Kalau komputer menjadi penyebab utama peningkatan syahwat. Selalulah mainkan alunan al-Quran setiap kali menghadap komputer supaya timbul rasa malu kepada Allah. Jika tidak malu banyak, sekurang-kurangnya masih rasa malu sedikit. Kalau nafsu masih menggila, segera berhenti & keluarlah melihat awan, pokok untuk mengingati kebesaran Allah.

16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau oleh nafsu & syaitan. Apa sahaja perbuatan yang mendorong kepada maksiat yang lebih besar hendaklah disekat dengan segera. 
Ingatlah Firman Allah swt: 
“Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya dia musuh kamu yang amat jelas.” [al-Baqarah (2):168]
17. Menjaga pemakanan dengan memastikan makanan tersebut halal, baik, bersih lagi diberkati. Makanan yang haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.

18. Memastikan harta yang diperolehi dari sumber yang halal. Sumber harta yang haram menjadi virus yang menjadikan nafsu syahwat lebih kuat & dahsyat.

19. Amalkan berpuasa sunat, berzikir secara berdisiplin setiap kali selepas solat & berdoalah sebanyak mungkin semasa sujud agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

20. Segera beristighfar & bertaubat walau belum jatuh ke lembah maksiat yang berat. 
Firman Allah swt: 
“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhanmu & syurga yang terbentang seluas langit & bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa.” [ali-Imran (3) : 133]

Demikianlah beberapa cara, usaha & kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal & mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati & akal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar & ditipu oleh kenikmatan yang sementara & keburukan kekal yang menanti. 

Maka, sama-samalah kita saling ingat-mengingati. Akhir sekali, marilah kita renungi firman Allah swt:

“Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya & telah rugilah orang yang mengotorinya.” [al-Syam : 9-10]

Allahu a’lam.

-------------
*Sumber : al-Ustaz ISU NO.9 : Teks jawapan oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR).

36 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian. :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum. good entry. kak, kat mne ek sy nak daptkan widget utk mp3 mcm yg kak gne. hrp dpt mmbntu sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam.. maaf lmbt reply.. tak perasan komen ni..

      insyaAllah bleh dptkn embed code dkt aimini.net

      Delete
  3. terima kasih atas perkongsian.

    jazakallah khairan :)

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih utk Infonya, mudah-mudahan bermanfaat

    Jazakillah Khaiir

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih atas Informasinya, mudah-mudahan bermanfaat dan kita dapat menghindari perbuatan maksiat.. Amiin

    Jazakillah Khair

    ReplyDelete
  6. Terima Kasih utk Infonya, mudah-mudahan bermanfaat

    Jazakillah Khaiir

    ReplyDelete
  7. sesunguhnya aku ingin berubah ke arah kebaikan.bnyak aku lakukan dosa bessar tanpa disedari.adakah allah akan menyempitkan rezeki kita dan menguji kesabaran makluknya?mohon pandangan.

    ReplyDelete
  8. sesungguhnya aku insan paling banyak melakukan kesalahan diduniaini.aku ingin berubah kearah kebaikan.aku alpa utk kehidupan 4 tahun ni.adakah aku masih dapat bertaubat.
    mohon pandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah itu Maha Pengampun dosa2 hamba-Nya. Allah kn bersifat Ar-rahman (Maha Pemurah) dan ar-rahim (Maha Penyayang)...selagi ada nafas..bertaubatlah...tugas kita sebagai hamba..minta sesungguh hati supaya Allah mengampunkan kita...

      wallahualam...

      Delete
  9. assalamualaikum nk tnye lagu ni lagu ape?

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum... nk tnye lagu kat blog nie lagu ape ek??
    btw tq

    ReplyDelete
  11. boleh tanya, lagu yang di putar namanya apa, sayup2nya menenangkan saya di kala bimbang. terimakasih.

    ReplyDelete
  12. boleh tanya, lagu yang di putar namanya apa, sayup2nya menenangkan saya di kala bimbang. terimakasih.

    ReplyDelete
  13. apakah saya boleh tanya, lagu yang diputar berjudul apa? sayup2nya menenangkan saya dikala bimbang. termiakasih

    ReplyDelete
  14. boleh tau judul lagu yg diputar dan pembuatnya??

    tks

    ReplyDelete
  15. boleh tau judul lagu yg diputar di blog ini dan siapa pembuatnya?

    tks

    ReplyDelete
  16. Adakah seorang perempuan sebaik ny berkahwin jika terjadi penyakit sedemikian ??

    ReplyDelete
  17. Adakah seorang perempuan sebaik ny berkahwin jika terjadi penyakit sedemikian ??

    ReplyDelete
  18. bismillah.

    Rasulullah saw pernah bersabda, seseorang itu memperoleh ganjaran berdasarkan apa yg dia niatkan. jika seseorang itu berhijrah kerana dunia, Allah akan bg dia dunia. Jika berhijrah sebab seorang perempuan, Allah akan bg apa yg dia kehendaki. tetapi dia hanya akan dpt dunia. di akhirat dia tak dapat apa-apa. di sisi Allah dia tak dapat apa-apa.

    oleh itu adik... pertamanya apapun yang kita buat, kita mesti niatkan sebab Allah. mcm yang adik ckp, jika perempuan tu ketagih seks & mengambil keputusan untuk bernikah semata-mata kerana dia niatkan untuk tujuan seks, maka dia hanya akan peroleh yg sedemikian.

    Para murobbi, ustaz & ustazah selalu menasihatkan kita niatkanlah pernikahan untuk mencari redha Allah, mengikut sunnah nabi saw, mahu menyempurnakan agama & memelihara maruah serta kehormatan diri yakni menghindar diri daripada dosa & zina.

    Pandang lebih luas & jauh lagi.. ke mana kita hendak bawa pernikahan kita. Bukan semata-mata sebab orang lain berkahwin, kita juga mahu berkahwin, orang lain ada anak, kita juga teringin.

    perbetulkan semula niat kita ya dik.. lihat bagaimana rumahtangga Rasulullah & para isterinya. Indahnya.. bahagianya.. bercinta sampai syurga. rumahtangga yg sebegini yg kita mahu, insyaAllah.

    Berbalik kpd soalan adik, sebaiknya jika sudah punya calon suami yg baik agamanya, solat tak tinggal, & akhlaknya baik, insyaAllah digalakkan utk menikah dgn lelaki sebegini utk memelihara kita. tetapi jgn kerana nak elakkan ketagih pornografi atau seks, kita terdesak berkahwin dengan lelaki yg juga berniat nikah itu semata2 hny utk seks. astaghfirullah. ditakuti niat yg tidak benar sebegini menyebabkan masalah yg mndtg di dlm rumahtgga kelak tak dpt dihadapi dgn keimanan.

    saya menulis untuk diri sy terutamanya, sama2 kita bermuhasabah diri & dikurniakan psgn & kehidupan rmhtgga yg sakinah mawaddah warahmah. amiin.

    astaghfirullah.
    wallahu 'alam.

    ReplyDelete
  19. Duh makasih banyak.... sodara...

    ReplyDelete
  20. Salam,, sy mtk maaf.. Sy perlu kn kawan utk memberi semangat.. Utk mgawal nafsu... Sy malu tp sy tidak mahu lg membuat perkara larangan Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. insyaAllah adik boleh berusaha mencari sahabat yang baik itu. Rajin2 la menunaikan solat berjemaah di masjid, mengikuti program-program keagamaan, kuliah agama, majlis ilmu. insyaAllah, hanya dengan pergi ke tempat2 yg baik sebegini barulah Allah akan menemukan kita dengan sahabat yg baik. insyaAllah.

      bagaimana dia sahabat yg baik itu? yg bicaranya, akhlaknya... banyak mengingatkan kita kpd Allah.

      insyaAllah. berdoalah kpd Allah. insyaAllah Allah akan perkenankan.

      saya berpesan utk diri sendiri. moga Allah memelihara kita semua drp maksiat & dosa. amiin.

      Delete
  21. Ijin ninggalin jejak ya gan… thx

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum, ada lagu latar lah.. boleh sy tahu ape tajuk playlist lagu ni??? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. cuba saudara search Arwin's Virgil - Piano Guys.
      t.kasih.

      Delete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."