Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Sunday, July 18, 2010

9 Panduan Hindari Zina.



Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian zina pada keturunan Adam (manusia), ketentuan ini tidak dapat ditolak. Zina kedua mata adalah pandangan, zina lisan adalah perkataan, sementara nafsu yang berangan-angan dan menginginkan, lalu kemaluan yang membenarkan dan mendustakannya." [Riwayat Muslim]
Desakan jiwa yang meronta lantaran suasana sekeliling, hambatan hati yang mendengus lantaran keadaan persekitaran yang terbuka, semangat ingin mencuba lantaran ajakan atau perlian kawan yang mendesak, keghairahan nafsu serta bisikan syaitan yang berterusan, semuanya itu merupakan faktor atau punca beraninya manusia melakukan larangan serta tegahan Allah, termasuk melakukan dosa besar; zina.

Untuk mengelakkan berlakunya zina, panduan berikut perlu diusahakan.;

Panduan 1:
Menuntut Ilmu.

Tuntutlah ilmu supaya datangnya kesedaran tentang haramnya zina serta bencananya. Mengetahui hukum adalah langkah yang paling asas untuk mengukuhkan iman. Hadirilah majlis ilmu kerana belajar dengan berguru akan menjadikan kita terpimpin.


Panduan 2:
Amalkan Ilmu.

Ilmu agama semata-mata tidak memadai untuk menguatkan iman dan mendatangkan kekuatan bagi menjauhi zina, andainya ilmu itu tidak diamalkan sungguh-sungguh. Selain Ilmu syariat, seseorang itu perlu mendalami ilmu tauhid dan akhlak, agar rasa sentiasa diawasi oleh Allah, bukan setakat mengetahui Allah itu Maha Melihat.

Mudah-mudahan dengan rasa sentiasa diawasi, seseorang itu akan malu untuk menghampiri zina, apatah lagi untuk berzina. Jika dilihat orang pun dia akan malu, apatah lagi jika Allah SWT yang melihat. Rasa malu kepada Allah ini adalah akhlak hamba kepada Tuhannya. Ia merupakan benteng daripada terjebak kepada kemaksiatan.


Panduan 3:
Dekati Orang Berilmu.

Selain menghadiri majlis ilmu secara rasmi, seseorang itu perlu mendekati orang berilmu dalam suasana tidak rasmi bagi mendapatkan pandangan, nasihat dan teguran.


Panduan 4:
Berusaha Menjauhi Dosa.

Hindari dosa2 kecil yang membawa kepada terbiasanya melakukan dosa-dosa besar. Tinggalkan perkara yang makruh yang Allah tidak suka, serta jauhi sama sekali perkara haram yang Allah murkai.


Panduan 5:
Menolak Segala Jalan Yang Membawa kepada Menghampiri Zina.

Dengan kata lain, menutup semua 'pintu' yang boleh mengarah kepada zina. Dalam istilah fikah, ia disebut sadduz zara'ik. Antaranya;

* Menjauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, terutama mengelakkan dari berdua-duaan.
* Mengelakkan dari mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat serta tidak sempurna menutup aurat.
* Mengawal mata dari melihat perkara-perkara yang tidak halal yang boleh menaikkan nafsu seperti menonton pornografi atau melihat gambar lucah.

Rasulullah SAW menegaskan;
"Pandangan itu merupakan seutas panah beracun daripada panahan iblis. Barangsiapa yang menjaga atau mengawalnya, nescaya Allah akan mengurniakan jiwanya dalam kemanisan ibadat yang akan dirasainya sehingga hari kiamat." [HR: Imam Ahmad dan At-Tabrani]
Kata Pujangga Islam;
"Sesiapa yang menjaga pandangannya nescaya Allah akan menjaga jiwanya."
*Hindari tempat-tempat yang menimbulkan fitnah seperti tempat yang menggalakkan pergaulan bebas dan aktiviti maksiat.


Panduan 6:

Mengamalkan Zikir.

Zikir yang diamalkan secara berterusan dan tersusun mampu mensucikan hati. Hati yang bersih akan kuat menolak ransangan nafsu untuk berbuat dosa.


Panduan 7:
Bergaul Dengan Orang Yang Baik-Baik.

Pergaulan dengan orang yang baik akhlaknya, baik amalnya dan baik ilmunya dapat membantu seseorang untuk menghindarkan maksiat, kerana yang baik akan memimpin dan mengajak kita ke arah kebaikan. Mestilah kuatkan azam untuk mencari sahabat-sahibah yang dapat membantu memberi petunjuk ke jalan kebenaran dan berusahalah mewujudkan suasana pergaulan yang baik.


Panduan 8:
Sibukkan Diri Dengan Ibadah Dan Kerja Kebaikan.

Jika selama ini seseorang itu ketagih melihat filem porno di internet, dia mestilah melawan ketagihan itu dengan penuh keazaman dengan banyak mengisi masa beribadah dan melakukan kerja-kerja kebaikan yang lain.


Panduan 9:
Amalkan Sunnah Nabi SAW.

Adab-adab seharian bermula daripada bangun tidur hingga kita tidur kembali yang menjadi amalan Rasulullah SAW; marilah bersama kita sekeluarga amalkan. Yakinlah apabila kita bersungguh-sungguh 'ketagih' mengamalkannya dan menjadi amalan seharian, insyaAllah Allah akan memberi kekuatan untuk kita mampu mengawal diri daripada perlakuan yang tidak baik.

Sesungguhnya setiap amalan Rasulullah SAW bersulamkan doa-doa yang merupakan menjadi pelindung diri daripada pelbagai musibah.

Wallahu 'alam.

*sumber rujukan: ANIS; Dr. Hj. Nik Yusri Musa.




6 comments:

  1. Assalamu'alaikum.

    Alhamdulillah. Berpesan pada kebenaran dan berpesan kepada kesabaran. Pada yang menyebarkan kebenaran perlu pula pada kesabaran kerana rintangan dalam dakwah sangat banyak. Terkadang, apa yang kita dakwahkan pula diuji pada iman kita. Moga Allah sentiasa menuntun hati kita kepada Nya :)

    ReplyDelete
  2. wasalam alaikum ukhti insyirah.. :)

    Alhamdulillah, semoga perkongsian ini dapat memperingatkan diriku dan diri kita semua.

    Benar2, Tuhan akan menguji apa yang kita dakwahkan. Malah, Allah membenci golongan yang menyampaikan apa yang tidak dilakukan oleh mereka. Nauzubillah.

    Mudah2an kita semua akan sentiasa tergolong dalam golongan yang ditetapkan hati di jalanNya. amin.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum akak sayang...

    perkongsian yang amat bermanfaat.. hidup jauh dari keluarga terlalu banyak dugaan ...

    dan point yang adik paling sukeee... sibukkan diri dengan ibadah...

    ReplyDelete
  4. salam..kakakku..

    trima kasih perkongsiaannya..
    teringat satu halaqah ilmu bersama sorang ustaz..
    dalam kita menjalani hidup ini..sentiasalah mencari barakah dalam masa kita insyaAllah kita akan terpelihara dari melakukan laranganNya..

    bila barakah itu hilang..percayalah akan bertambahlah kemungkaran yg kita akan lakukan

    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  5. Assalam akk..nak tanya,sye dah brtunang tp kami slalu on phone..kadang2 kami terckap pasal zina..dan kadang2 sye slalu trfikir zinna brsama dia tp sye dh cuba sehabis mungkin utk elak dr fikir bnda mcmtu..tp,syahwat tu dtg gak..kdg2 dlm solat pown sy trfikir gak..sy buntu akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam..

      Astaghfirullahal adzhim. Pertamanya mari sama-sama istighfar dik. sentiasa istighfar. bila kita berdua shj di telefon, maka dikira khalwat juga tu. maka, yg ke-3 adalah syaitan. syaitan akan selalu menggoda utk manusia melakukan dosa.

      Adikku syg.. kita berkahwin, ingin bahagia mencari redha Allah, menghalalkan hubungan lelaki & wanita dalam ikatan nikah yg mulia. sungguh murni niat, matlamat & hikmah sebuah pernikahan. sentiasa bersabar, ingatkan diri, bertunang bukanlah tiket utk kita melampaui batasan yg disyariatkan.

      takutlah kpd Allah. jika kita berani melakukan dosa & maksiat sebegini dari sebelum bernikah, dikuathiri akan hilang manis & barokah apabila bernikah kelak.

      Memang kita manusia punya nafsu, syahwat. tambahan pula adik & dia sudah meniti jalan utk berkahwin, pastilah perasaan masing2 berbunga-bunga & teruja. tetapi perlu ingatkan diri bahawa kalian masih belum halal utk berbincang berkaitan hal2 yg sulit & sepatutnya menjadi rahsia, apatah lg hal ttg seks. astaghfirullah.

      Adikku yg disayangi Allah,
      pernikahan bukanlah semata2 mahu mghalalkn seks, bahkan nikah itu adalah kerana kita mahu melahirkan zuriat keturunan yg menjadi kebanggaan Nabi Muhammad. Apakah Nabi akan berbangga sekiranya kita tidak menjaga kesucian diri sebelum bernikah? semua itu pasti akan memberi kesan kpd zuriat yg bakal dilahirkan kelak.

      insyaAllah, akk yakin adik seorang wanita yg baik.. semoga Allah pelihara adik & bakal suami.

      banyakkanlah istighfar, banyakkanlah solat sunat taubat & jika perlu.. bertegaslah utk tidak menghubungi tunang adik itu utk sementara waktu krn dikhuatiri akn terjebak lg dlm perangkap yg sama bhkan mgkn berlarutan hingga tdk terkawal spt menonton pornografi, melakukan onani & sebagainya yg diharamkan di dalam islam. nauzubillahi min zaliq.

      bila kita kata kita mencintai seseorang, bukti yg paling ampuh ialah kita takkan buat perkara yg membuatkn Allah murka kpdnya & diri kita. bila kita kata kita mencintai seseorang, maknanya kita mahu masuk syurga Allah bersama2 dgnnya.

      Mari sama-sama membenteng diri drp maksiat. semoga kita sama2 dikurniakan psgn & zuriat keturunan yg soleh & solehah serta rmhtagga yg sakinah mawaddah warohmah. amiin.

      akk menulis ini krn Allah, utk nasihat & peringatan diri sndiri. moga bermanfaat utk adik insyaAllah.

      minta adik membaca coretan ini juga insyaAllah.
      moga kalian sentiasa dipelihara Allah. amiin.

      1) http://syauqahwardah1209.blogspot.com/2012/01/bismillahirrohmanirrohim.html
      2) http://syauqahwardah1209.blogspot.com/2013/01/tips-tangani-nafsu-syahwat.html

      Wallahu 'alam.
      Astaghfirullah

      Delete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."