Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Saturday, October 20, 2012
Malu Yang Sangat Manis.
Dedikasi:Sementelah kerana sukarnya bertemu lelaki pemalu, Maka, InsyaAllah, entri ini ditulis bagi menghargai & meraikan lelaki yang masih menebal malu di dalam hatinya. Malunya itu untuk Allah & kerana Allah. Subhanallah.
Untuk kamu yang malu untuk memandang wanita yang bukan lagi mahrammu.Lelaki yang mengalihkan pandangan sebelum sempat pandangan bertemu.Mengalihkan pula badan & duduk bagi menjaga pandanganmu.Subhanallah, sungguh ia membuahkan rasa hormat di dalam hatiku.Lalu doa yang tulus kupanjatkan kepadaNya untukmu.
Semoga Allah merahmatimu & menambahkan lagi kemanisan kepada imanmu. Amiin.
--------------------------------------
Bismillahirrohmanirrohiim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Masih wujud, namun agak sukar sebenarnya mencari muslimin yang masih kekal menjaga malu & menjaga pandangannya.
Saya rasa, mungkin ramai muslimin juga ada terfikir yang sama terhadap para muslimat apabila bertembung dengan yang tidak menjaga aurat & akhlaknya.
"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." [HR Bukhari]
Saya masih ingat. Sewaktu masih belajar di kampus dahulu, untuk pulang ke desasiswa dari pusat pengajian ataupun makmal, saya akan melalui jalan utama yang selalu digunakan oleh pengguna jalan raya.
Umumnya, suasana akan menjadi sesak tatkala tibanya selepas solat Jumaat.
Umumnya, suasana akan menjadi sesak tatkala tibanya selepas solat Jumaat.
Kadangkala kuliah mingguan Selami Dunia Hawa anjuran PMIUSM tamat betul-betul tepat pada waktu muslimin bergerak pulang daripada solat Jumaat di Masjid al-Malik Khalid.
Waktu itu, sederetan muslimat yang menunggu di tepi jalan akan menjadi serba salah untuk melintas. Sudahlah jalan sesak. Bertubi-tubi pula pandangan yang bagaikan 'scanner machine' yang menujah wajah-wajah polos itu.
Menakutkan. Mengerikan. Menaikkan bulu roma sampai tidak mampu mengangkat wajah.
Saya, jujurnya selaku muslimah. Sangat tidak selesa berhadapan dengan hal ini. Kadangkala, akibat kurang peka, kami tidak ingat, atau tersilap kira waktu bersurainya muslimin daripada masjid.
Muslimin yang menjaga pandangan.
Masihkah wujudkah?
Itu persoalan yang selalu singgah di telinga tatkala berdiri di sisi sahabat-sahabat muslimat yang lain. Seringkali juga kami berpatah balik kerana tidak tahan malu apabila dipandang, ditenung, direnung tanpa berkelip oleh pandangan muslimin yang sungguh menggerunkan. Terasa sungguh dahsyat sekali.
Dahsyatnya apabila dipandang begitu membuatkan malunya kami terasa seperti kami sedang berada dalam keadaan yang memalukan. Ia menimbulkan rasa takut & sangat malu kepada Allah. Terasa seperti tudung labuh bulat & jubah warna gelap yang longgar itupun seperti masih belum cukup untuk menutupi rasa malu kami.
***
"Wahai muslimin, bantu kami, jagalah pandanganmu. Begitu juga dengan muslimat. Kami akan usahakan untuk tidak menjadi fitnah buatmu. Ayuh, kita saling bantu-membantu untuk menjaga pandangan masing-masing, insyaAllah."
Saya selalu luahkan perasaan & gesaan ini di Twitter sewaktu belajar dahulu. Tatkala menempuh suatu detik di hari Jumaat yang terasa menyesakkan.
Lelaki pemalu yang kena pada tempatnya.
Ya Allah.. sangatlah manis.
Apa yang manis?
Mereka merasai kemanisan dalam beribadah kepadaNya.
Itulah yang manis..
Keimanan mereka kepada Allah menggebu-gebu, bercambah mekar seiring ibadah yang sejahtera.
Saya rasa, mungkin ramai muslimin juga ada terfikir yang sama terhadap para muslimat apabila bertembung dengan yang tidak menjaga aurat & akhlaknya.
Muslimat yang menjaga aurat & akhlaknya.
Masih wujudkah?
Muslimin yang menjaga pandangan.
Juga muslimat yang menjaga auratnya.
Batas pergaulan yang terjaga.
Saya pasti ramai di antara kita yang merindukan suasana soleh/solehah begini.
Jadi, kenapa tidak kita wujudkan dengan bermula daripada diri sendiri?
---------------------------------------
Sekiranya ada perkara perlu yang dijadikan sebagai mahkota sebagai kehormatan seorang manusia, tentulah al-Haya' (malu) tersenarai sebagai salah satu daripadanya.
Hal ini adalah kerana malu merupakan salah satu perisai yang sangat ampuh untuk membenteng diri daripada mengikut nafsu untuk bermaksiat kepada Allah.
Hal ini adalah kerana malu merupakan salah satu perisai yang sangat ampuh untuk membenteng diri daripada mengikut nafsu untuk bermaksiat kepada Allah.
Malu untuk memandang apa yang bukan halal.
Malu untuk mencintai apa masih belum termiliki.
Malu untuk menyentuh yang bukan hak milik.
Malu untuk melakukan maksiat kerana tahu Allah sedang memerhatikan.
Malu untuk melakukan maksiat kerana tahu Allah sedang memerhatikan.
Malu, adalah antara benang-benang yang menyempurnakan pakaian taqwa.
Malu adalah sebahagian daripada akhlak Islam yang utama. Hal ini kerana rasa malu hanya dimiliki oleh orang yang beriman. Perempuan yang beriman & juga lelaki yang beriman.
Direkodkan bahawa Hasan al-Basri dikatakan masyhur dengan ketinggian ilmunya serta memiliki ketampanan wajah yang mencairkan hati wanita tatkala melihatnya.
Pernah seorang wanita datang bertemunya bagi meminta fatwa.
"Wahai Abu Said...", dia memanggil kuniyah (gelaran) untuk Hasan.
"Haruskan kaum lelaki menikahi wanita?"
"Begitulah," jawab Hasan.
"Bagaimana dengan diriku...?" tanyanya lagi. Rupanya wanita itu sempat melihat wajah Hasan yang tampan semasa bertanya.
"Wahai Abu Said...," serunya sambil mengalih pandangan.
"......Usah kau goda wanita dengan wajahmu!"
Hasan mengulas keberanian & keagungan wanita solehah ini dengan berkata;
"Andai kata di rumah lelaki ada wanita sepertimu, nescaya dia tidak lagi memerlukan dunia."
***
Wanita & lelaki yang menjaga hati & pandangan mata.
Allah mengurniakan kemanisan iman di dalam hati mereka.
InsyaAllah.
Mari kita susuri sirah yang lain pula. Tentang antara 10 sahabat yang dijanjikan Allah syurga; yang menebal malu di dalam hatinya; Sayyidina Uthman bin Affan.
Antara ciri mulia Uthman adalah sifatnya yang pemalu. Uthman sangat pemalu terhadap Allah.
Sifat pemalunya Uthman pula diceritakan pada suatu hari tatkala Rasulullah sedang berehat sambil berbaring. Ketika itulah juga baju yang dipakai baginda terangkat sehingga ternampaklah sedikit betisnya.
Pada mulanya Abu Bakr datang berbincang dengan Rasulullah. Setelah Abu Bakr pulang, datang pula Umar. Seketika kemudian Umar pun pulang lalu datanglah pula Uthman dengan tujuan untuk berbincang sesuatu dengan baginda Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam.
Mengetahui kedatangan Uthman, Rasulullah segera bangkit daripada pembaringannya dan merapikan pakaiannya serta menutupi betisnya semula.
Setelah Uthman pulang, Aisyah pun bertanya kepada Rasulullah;
"Ya Rasulullah, engkau tidak mengemaskan dirimu apabila kedatangan Abu Bakr dan Umar, namun tidak pula sebagaimana kedatangan Uthman?"
Rasulullah lalu bersabda; "Uthman merupakan seorang yang pemalu. Jika dia masuk dan aku masih berbaring sudah tentu dia akan berasa malu & cepat pulang sebelum hajatnya terlaksana. Wahai Aisyah, tidakkah aku patut malu kepada seorang yang malaikat sendiri pun berasa malu kepadanya?"
MasyaAllah.
Uthman malu kepada Rasulullah saw yang merupakan sama jantina dengannya.
Mengapakah hari ini ramai muslimin yang tidak berasa malu langsung untuk merenung tatap aurat wanita yang bukan mahramnya?
Apakah mereka tidak takut di akhirat kelak Allah bertanya, mata yang dipinjamkan itu telah digunakan untuk apa selama di dunia?
Tidak menjaga pandangan mata,
berkuranglah kekuatan iman di dalam jiwa.
Kemanisan beribadah kepadaNya juga tiada terasa.
berkuranglah kekuatan iman di dalam jiwa.
Kemanisan beribadah kepadaNya juga tiada terasa.
Aduhai sayangnya pemuda Islam yang lemah imannya.
Kalian adalah aset berharga yang terbazir...
"Apabila ibadah tidak terasa kemanisannya, itu petanda hati telah dibebani dosa mata." [Ustaz Pahrol Mohd Juoi]
-------------------------------------
"Malu-malu kucing macam perempuan apa hal? Tak lelaki langsung!"
Mungkin ada persepsi yang mengatakan bahawa sifat malu itu hanya sesuai untuk golongan hawa.
Oh, persepsi ini sangatlah tidak benar.
Jangan tersilap bahawa malu itu sifat yang lemah. Hal ini kerana adanya malu itu di dalam dirimu petanda imanmu yang kuat.
Sesiapa yang tidak mempunyai rasa malu, itu tandanya orang yang lemah.
Ya..
Imannya lemah.
Jangan sesekali kita lupa,
1) Malu adalah mahkota Nabi Yusuf menangkis godaan Imraatul Aziz.
2) Malu jugalah yang menjadi perisai bagi Abu Bakr al-Maski yang memakai 'baju besi' berlumuran kotoran manusia semasa seorang wanita cantik & kaya mengajaknya berzina.
3) Malu Sayyidina Uthman kepada Allah apabila terlepas pandang dalam menginfakkan hartanya di jalan Allah. Sifat pemalunya membuatkan para malaikat turut malu kepadanya.
Tanpa malu, apakah yang akan menghalang kita daripada melakukan kemungkaran & kemaksiatan?
"Sesungguhnya antara kalimah kenabian yang pertama adalah; apabila kamu tidak lagi memiliki rasa malu, maka lakukan apa-apa sahaja yang kamu mahu." [HR Bukhari]
Melakukan dosa & bermaksiat tatkala kita tahu Allah sedang Melihat. Hal itu kerana tiada malu di dalam diri kepada Allah.
Tidak menutup aurat walaupun sudah mengetahui bahawa menutup aurat itu adalah suruhan wajib daripada Allah. Kenapa kita masih melanggarnya? Tentulah kerana kita tidak malu kepada Allah.
Menggunakan kelebihan yang diberi pinjam oleh Allah seperti kekayaan, kecantikan, ketampanan & ilmu pengetahuan ke arah jalan yang tidak baik. Hal ini kerana tiadanya rasa malu kepada Allah yang Meminjamkan semua kelebihan itu.
Ia sangat berpadanan kepada hadis yang telah dinyatakan di atas tadi.
Tanpa malu, pakaian taqwa kita tidaklah sempurna.
Sesungguhnya dengan malulah seorang wanita menyempurnakan suruhan Allah swt dalam menyempurnakan penutupan auratnya daripada diratah pandangan lelaki ajnabi. Selari dengan tuntutan Allah swt yang bermaksud;
"Katakan kepada wanita yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka daripada perkara yang diharamkan & memelihara kehormatan mereka. Jangan mereka zahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya & mereka perlu menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." [an-Nur; 24: 31]
"Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya & Tuhannya." [HR Ahmad]-sohih
Orang yang pemalu, hatinya begitu dekat dengan Allah. Hinggakan dia rasa takut untuk menggunakan jasad yang dipinjamkan Allah untuk berbuat maksiat kepadaNya.
Kerana dia tahu, Allah sedang Memerhatikan.
Jadi dia malu & takut kerana dia tidak tahu Allah sedang Memandangnya dengan pandangan yang bagaimana.
--------------------------------------
Tatkala saya menyelak-nyelak sebuah kitab, saya terjumpa satu hadis;
"Nabi Muhammad lebih malu daripada gadis pingitan..." [HR Bukhari]
Apabila saya terbaca hadis ini, terus saya tersenyum.
Ya Allah, comelnya Rasulullah! :)
Jadi,
Wahai muslimin yang Allah kasihi sekalian.
Janganlah segan untuk menyemai rasa malu di dalam dirimu.
Sedangkan lelaki yang paling Allah kasihi juga menebal perasaan malu di dalam hatinya.
"Sungguh telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu; iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah & kedatangan kiamat & yang banyak mengingati Allah." [al-Ahzab; 33:21]
Lakukanlah pengorbanan kecil dengan meninggalkan kecintaan kepada maksiat demi meraih kemanisan iman kepada Dia yang paling kita cintai; iaitu Allah.
InsyaAllah. :)
"Siapa yang menjaga pandangannya akan diberi kemantapan jiwa" [Sayidina Umar Al Khattab]
Semoga Allah merahmati kita semua.
---------
p/s: Entri ini umum sebenarnya untuk muslimin & muslimat. Namun, saya mencatat dedikasi di atas kerana di situlah idea untuk menulis entri ini Allah cetuskan. Semoga bermanfaat.
Notakaki
# Memanfaatkan 10 terawal Zulhijjah dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, memperbaiki amalan wajib. Puasa sunat yang paling digalakkan pada 9 Zulhijjah.
# Bukan bahagia yang membuatkan kita bersyukur. Bahkan dengan memperbanyakkan kesyukuran kepada Allah-lah yang membuatkan kita lebih berbahagia.. :)
# Hargai & manfaatkan 5 nikmat sebelum diuji Allah dengan 5 ujian. Lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin & hidup sebelum mati.
# Kepada yang belum tahu, theme song al-adha di TV Alhijrah diambil daripada lagu 'Waiting For Call-Irfan Makki. InsyaAllah, boleh dengar di sini.
# Kepada yang belum tahu, theme song al-adha di TV Alhijrah diambil daripada lagu 'Waiting For Call-Irfan Makki. InsyaAllah, boleh dengar di sini.
Labels:
catatan hati,
cerita,
cinta,
hikmah,
malu,
muhasabah diri,
sirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
syukran 'ala information....
ReplyDeleteafwan..
Deletesyukran juga sudi singgah & baca.
assalamualaikum..kak maaf boleh saya bertanya?akak ambik course apa?agama ke?maaf jika soalan ni bunyi macam menyibuk. ^_^
ReplyDeletekak minta izin nak pos entri ni d fb
ReplyDeletekak saya minta izin tuk post entri ni kat fb ye :)
ReplyDeletesilakan jika bermanfaat, insyaAllah, if boleh, sudi2kan untuk sertakan link blog ini ye sbg rujukan.
Deletejazakillah khaira. :)
Entri ni betul2 bg smangat & motivasi.mtk izin copy yup..syukran
ReplyDeletesilakan, insyaAllah moga bermanfaat.. harap linkkan ke blog ini utk memudahkan further references.
DeleteinsyaAllah. :)
This comment has been removed by the author.
Delete