Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Friday, May 25, 2012
Kenapa Perlu Mencintai Nabi SAW?
Bismillahirrohmanirrohim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah.
Segala pujian hanya bagi Allah.
Hari ini Hari Jumaat, Penghulu segala hari, bersamaan dengan 4 Rejab. Bagaimanakah kecintaan & kerinduan kita kepada Allah & Rasulullah SAW pada hari ini...?
Sekeras mana pun hati kita diselaputi oleh dosa, hati kita pasti akan terusik apabila disebutkan nama baginda Rasulullah SAW yang mulia, Muhammad Rasulullah SAW. Walau tidak pernah melihat wajah indahnya, atau mendengar sendiri butir bicara hikmah baginda, seluruh isi alam hingga akhir zaman ini mengakui kehebatan & kemuliaan Junjungan Mulia ini.
Sesiapa sahaja yang mengenali baginda melalui sirah kehidupan baginda, menghayati sifat-sifat mulai baginda & menyelusuri perjalanan jalan juang dakwah baginda, pastilah akan terjatuh cinta kepada susuk agung ini.
Cinta dan rindu baginda kepada umatnya amatlah besar. Bukan sahaja terhad kepada umat pada zaman hidupnya sahaja bahkan terhadap umat selepas ketiadaan baginda, hinggalah ke akhir zaman.
Pada saat kita belum dilahirkan lagi pun Rasulullah SAW sudah pun menanggung kerinduan & kecintaan yang sangat besar & mendalam terhadap kita.
Makanya, adalah satu kekurangan, kerugian & amat menyedihkan apabila umat Nabi SAW yang tidak mempunyai rasa cinta & rindu pada baginda. Kita wajib mencintai baginda kerana;
1) Untuk Kesempurnaan & Kemanisan Iman
Mencintai Nabi SAW adalah tanda sempurnanya iman seseorang.
Nabi bersabda;"Demi nyawaku di tanganNya, tidak beriman seseorang dalam kalangan kamu sehingga aku menjadi orang yang dia kasihi melebihi kasihnya terhadap ayah, anak & semua manusia yang lain." [HR Bukhari]
Dalam hadis yang lain, Nabi SAW menyebut bahawa cinta kepada Allah & Rasul adalah salah 1 daripada 3 perkara yang perlu dimiliki oleh seorang mukmin untuk mendapatkan kemanisan iman.
Sabda baginda;"Sesiapa yang memiliki 3 perkara ini akan dapat merasa kemanisan iman iaitu cinta kepada Allah & Rasul melebihi segala-galanya. Kedua; mencintai seseorang kerana Allah & takut kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke dalam api neraka yang panas." [HR Bukhari & Muslim]
2) Manifestasi Cinta Kepada Allah
Apabila kita mencintai sesuatu, seseorang, kita juga lazimnya akan mencintai apa yang dicintainya. Makanya, apabila kita mencintai Allah, kita juga mencintai kekasihNya iaitu Nabi SAW.
Adalah digalakkan untuk melazimi doa yang dianjurkan;"Ya Allah, jadikan aku cinta kepadaMu, pada orang-orang yang cinta kepadaMu & pada amalan-amalan yang membawa cinta kepadaMu."
Adalah tidak sempurna pembuktian cinta kita kepada Allah jika kita meninggalkan cinta pada Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT; "Katakanlah! Sekiranya kamu mencintai Allah, maka hendaklah kamu mengikuti ajaranku, nescaya Allah akan mencintaimu." [surat cinta ke-3, Ali-Imran : 31]
Hayati juga sabda Nabi SAW ini;"Sesiapa yang mentaatiku, maka dia telah mentaati Allah. & sesiapa yang menderhakaiku, dia telah menderhakai Allah. Begitu juga sesiapa yang mentaati petugasku, maka dia telah mentaatiku & sesiapa yang menderhakai petugasku, maka dia telah menderhakaiku." [HR Bukhari, dilaporkan oleh Abu Hurairah RA]
3) Melahirkan Rasa Syukur & Terima Kasih
Sesungguhnya Rasulullah SAw sangat menyayangi umatnya. Hal ini disebut Allah SWT di dalam surah ke-9 di dalam al-Quran, surah At-Taubah ayat 128 betapa dalamnya kasih & sayang Rasulullah SAW terhadap kita, umatnya.
Firman Allah SWT;"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (Nabi Muhammad SAW) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, & ia pula menumpahkan perasaan belas & kasih sayangnya kepada orang-orang beriman." [At-Taubah: 128]
Maka, wajarlah kita rasa bersyukur dijadikan Allah SWT sebagai umat Muhammad SAW & rasa syukur itu perlulah diterjemahkan dengan melahirkan rasa cinta terhadap baginda Rasulullah SAW.
4) Untuk Mengharapkan Syafaat Nabi SAW
Pada hari Kiamat, semua manusia dihimpunkan dalam hiruk pikuk di Padang Mahsyar, setiap orang mengharapkan syafaat atau pertolongan untuk menyelamatkan diri masing-masing daripada azab api neraka.
Dan umat Nabi Muhammad SAW, bagi mereka yang mencintai baginda & memperjuangkan sunah baginda adalah antara yang mendapat keutamaan untuk memperolehi syafaat baginda SAW.
5) Untuk Bersama Dengan Nabi SAW Di Syurga
Rasulullah SAW bersabda;"Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia cintai." [HR Bukhari & Muslim]
Untuk bersama-sama dengan Nabi SAW di syurga, mencintai baginda adalah prasyarat utama yang perlu disempurnakan. Apabila kita benar-benar mencintai Nabi SAW, kita akan mengikut sunnah atau perjalanan hidup baginda, malah akan memperjuangkannya. Seluruh hidup kita perlulah diusahakan agar selari dengan perjalanan hidup baginda.
Mari mencontohi bagaimana Nabi beribadah, bermasyarakat, berhibur, berinteraksi, berkasih sayang, beraktiviti dan sebagainya. Itulah tandanya kita benar-benar mencintai Rasulullah SAW.
6) Untuk Mengelakkan Kemurkaan Allah SWT
Renungilah peringatan Allah SWT di dalam surah at-Taubah, ayat 24 yang memberi maksud;"Katakanlah! Sekiranya ayah-ayah, anak-anak, adik-beradik, para isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya & tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah SWT, RasulNya, jihad pada jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya. & Allah tidak Memberikan Petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."
Firman Allah di atas cukup jelas mengatakan peringatan Allah terhadap para hambaNya agar tidak melebihkan cintai duniawi melebihi kecintaan kita kepadaNya, RasulNya serta untuk berjihad di jalanNya.
Apabila cinta kita kepada duniawi melebihi cinta kita kepadaNya, RasulNya & jihad dijalanNya, adalah dikhuatiri kemurkaan Allah akan membiarkan kita tanpa diberikan petunjuk serta mengazabi kita dengan tidak terperi sakitnya pada Hari Pembalasan kelak. Nauzubillah min zaliq.
Daripada kita sibuk mengejar cinta lelaki yang kita sukai, atau wanita yang kita minati, yang belum tentu membalas cinta kita, adalah lebih baik kita mencintai Dia (Allah SWT) yang Setia Mencintai & juga Rasulullah SAW yang sangat mencintai kita, umatnya ini.
Mudah-mudahan, dengan keberkatan bulan Rejab ini, akan bertambahlah kesyukuran, kekuatan & keikhlasan kita untuk mencintai Allah, Rasulullah SAW & juga untuk berjihad di jalanNya. Amiin.
****************************
Alhamdulillah, kita masih diizinkan Allah untuk meniti hingga ke bulan Rejab. Mudah-mudahan Allah Merahmati kita semua di dalam bulan Rejab, Sya'ban serta akan menyampaikan kita kepada kekasih yang dirindui, bulan Ramadhan yang mulia. insyaAllah.
Akhirul kalam, mari memperbanyakkan membaca doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW apabila tiba bulan Rejab;
*Klik untuk besarkan*
Jumu'ah mubarak! Jangan lupa baca suratul Kahf. insyaAllah.
Alhamdulillah.
Allahu'alam.
p/s: Next week adalah minggu yang dijangkakan paling sibuk, tertekan dan memenatkan. Mohon doa kalian. Jazakumullah khairan kaseer..
Labels:
catatan hati,
cinta,
doa,
muhasabah diri,
sirah,
tazkirah,
tokoh islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."