Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Tuesday, July 5, 2011

Bicara Hati.

 

InsyaAllah, 

kumulakan coretan ini dengan kalam agung, Bismillahirrohmanirrohim..

Sebagai manusia, aku percaya, perihal cinta takkan pernah dapat dipisahkan daripada kehidupan kita. Bahkan, adanya kita di dunia ini juga atas cinta, belas & kasih sayang daripadaNya juga. Kalau dahulu, soal tersebut agak popular dibicarakan dalam kalangan ahli keluarga; yang pernah ku coretkan [di sini]. 

Kini, sejak akhir-akhir ini, topik ini semakin popular pula dibual bicarakan dalam kalangan teman-teman. Mungkin juga kerana faktor umur yang semakin meningkat atau juga kerana ramai teman-temanan yang sudah mendahului dalam mendirikan masjid masing-masing, lantas membuatkan tekanan buat insan solo seperti aku ini bertambah.  mungkin? ;p

p/s: Buat rakan-rakan yang telah mendahului, Alhamdulillah, kebaikan & kebahagiaan yang melimpah didoakan buat sekalian mereka.

Aku rasa terharu apabila teman-teman yang terdekat menunjukkan rasa ambil berat terhadapku yang masih solo-molo ini. Ada yang mahu merekomenkan calon, ada yang memberikan tips-tips mencari calon pemilik cinta, tidak kurang juga ada yang membekalkanku dengan nasihat agar mengkhitbah sahaja calon yang kurasakan cukup soleh untuk menjadi pembimbing diri. :)

Terima kasih buat kalian, jujur, aku sungguh terharu.

Adapun perihal cinta adalah satu perkara yang memang takkan pernah dapat dielakkan daripada dibincang serta dibualkan. Bagaimana inginku lari sekalipun pasti akan tercalit jua secarik dua.

Aku bukanlah suci benar hatinya. Bahkan pernah juga ku tersentuh oleh cinta duniawi sebelum Allah membukakan hijabku untuk menyedari cinta yang sebenar hakiki itu adalah terbentang di hadapan mata.

Tidaklah aku ini hebat dalam melakarkan kisah cinta Romeo Juliet seperti kamu yang banyak kali bercinta & punya puluhan kekasih, bahkan masih belum layak jua untuk mencoretkan keindahan & kesempurnaan cinta Ilahi seperti kamu yang zuhud dan telah pun larut dalam cintaNya.

Namun, terdetik di hatiku untuk menitipkan entri di sini sementelah ku berasa risau melihat teman-temanan yang ada di sekelilingku terlalu asyik & mudah benar tertipu dengan tipuan dunia yang satu itu iaitu; bercinta & berpasangan sebelum nikah.

Coretan ini juga untuk memperingatkan diri ini yang selalu kerapuhan jua, insyaAllah.

Dia memang kacak, pandai pula mengambil hati, sangat romantis dan penyayang.. Namun, benarkah dia tertulis menjadi kekasihmu yang halal kelak?
Kalau kamu juga tidak tahu & tidak pasti, mengapa mudah benar kamu menyerahkan dirimu untuk disentuh oleh dirinya yang belum halal bagimu?

Aku bukan cemburu denganmu. Ya, kamu memang cantik, tubuhmu yang langsing dan wajahmu yang menawan itu selalu saja mencairkan hati nurani sang lelaki. Namun, apalah maknanya hantaran yang berpuluh ribu itu, jika semua keindahanmu telah pun menjadi tontonan mata lelaki durjana saban waktu?


Wahai sahabatku, wahai para wanita yang dikasihi Allah,
Tidakkah kamu ingat peringatan Rasulullah saw; bahawa kebanyakan penghuni neraka adalah daripada kaum kita? Tidakkah kamu ingat lagi, Rasulullah saw juga pernah mengingatkan bahawa kita adalah fitnah terbesar bagi kaum lelaki setelah pemergian baginda?

Aku tahu, kamu cinta dia. Aku tahu, dia baik. Aku tahu, kamu tak mahu kehilangannya.

Aku tahu, kamu fikir bila kamu melepaskannya, ada kemungkinan kamu tak mungkin mendapat ganti yang lebih baik...

Namun, tahukah kamu, semua itu adalah tipu daya syaitan untuk kita sentiasa mengikut telunjuknya & memasuki jalan yang buruk?

Jalan yang hina yang membawa kita terus masuk ke lembah kehinaan. Iaitu jalan yang menghampiri penzinaan? zina hati, zina tangan, zina pancaindera dan sebagainya.

Kita selalu tertanya-tanya. Tidak adakah lagi lelaki yang baik dan soleh di dalam dunia ini? Mengapa yang ditemui semuanya lelaki haprak dan tidak berguna?

Tanyalah pada diri kita sendiri, layakkah kita mendapat pasangan yang soleh agaknya? layakkah kita mendapat seorang ustaz atau imam muda kiranya solat kita juga tidak sempurna? Subuh juga tertinggal, aurat juga terdedah sana sini. menuntut ilmu pun malas & iman juga masih rapuh?

Tahukah kita, mukmin yang soleh itu mendoakan jodohnya adalah calon yang terdiri daripada mukminah yang solehah jua?  Bahkan mereka sungguh sabar menjaga hati & perasaan lantas menyerahkan cinta itu kepada pemilik segala cinta iaitu Allah?

Ku beri satu analogi mudah di sini; Sama juga kisahnya dengan calon Matrikulasi ataupun STPM yang memohon menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda. Adakah pointer 2.2 sudah cukup untuk melayakkan kita mendapat tawaran jurusan perubatan?

Tidak.
Tentu tidak layak...

Teman rapat saya sewaktu sekolah yang mendapat pointer hampir 4.0 juga terpaksa melupakan hasratnya untuk menjadi pelajar perubatan kerana persaingan yang terlalu sengit.

Ya. Persaingan.

Ingat...
Bukan kita sahaja yang baik.
Ramai lagi orang yang sangat, sangat, sangat baik.

Semua orang mahukan yang terbaik sahaja di dalam hidup mereka. Namun, layakkah kita mendapat yang terbaik itu? 

Soalkanlah soalan itu pada diri kita sendiri. Malulah sedikit kepada Allah.. Malulah kepada Allah, kita tidak layak pun untuk meminta lebih daripadaNya. Sungguh Allah jua menganugerahkan rezeki & ujian yang berpadanan dengan kita.


Kita juga selalu mengharapkan kebahagiaan daripada kisah cinta kita dan si dia. Namun, ingatlah, kebahagiaan itu datangnya daripada Allah. Logikkah kita meminta & mengharapkan kebahagiaan daripada sesuatu yang memurkakan Allah yakni dengan berbuat kemaksiatan?

Jangan mudah benar menyerahkan hati & perasaan. Apatah lagi sekadar buat lelaki yang tidak berkualiti seperti dia. Kalau baru pertama kali bertemu sudah berani menyentuh tangan kita, itu sudah cukup untuk membuktikan dia bukan lelaki beriman. Kalau baru 2-3 kali ber-SMS sudah memanggil kita dengan panggilan 'sayang', itu juga membuktikan betapa murahnya kasih & sayang si dia.

Ingatlah teman-temanku,
Bukan begitu caranya Saidina Ali mencintai Fatimah Az-Zahra.  Bahkan jauh benar bezanya dengan cara Rasulullah saw mencintai Siti Khadijah.

Cinta mereka dihubungkan oleh cinta Allah sebagai perantaranya. Cinta suci yang membawa bahagia hingga ke syurga..

Benda yang sangat murah & mudah diperolehi, mudah jugalah untuk dibuang. Begitu jugalah dengan cinta & hati kita. Jangan mudah sangat jatuh cinta dengan orang tidak berhak atas kita. Itu sudah membuktikan betapa murahnya harga sekeping hati & harga diri.

Jagalah hati, jagalah iman, jagalah peribadi, jangan sesekali khianati amanah diri, agar mahal hargamu, mahal daripada dunia & segala isinya, insyaAllah. Teruskan berdoa & bersabar. Mudah-mudahan Allah akan menganjarkan balasan yang setimpal, insyaAllah.

Tidak salah jatuh cinta. Namun, perlulah disalurkan melalui saluran yang betul. Apalah salahnya menjadi rahsia kita & Allah sahaja? Jika berjodoh, insyaAllah Allah akan menyatukan jua cinta itu. Boleh jadi, jatuh cinta itu juga merupakan ujian buat kita.


Akhirul kalam, renungilah kata-kata ini teman..

Sesungguhnya, tidak kiralah sekuat mana cinta dan kasih kita pada seseorang, yang menyatukan cinta itu adalah Allah. Tetap takkan bersatu hati dan cinta itu tanpa perkenan daripada Allah.

Namun, jika Allah meredhakan dan mengizinkan, tidak kiralah sejauh mana terpisah, selama mana menyepi dan terputus khabar, atau sedalam mana reluk kita berlari, kekuasaan dan keesaan Allah tetap akan menyampaikan perasaan yang kita rahsiakan itu.
 
Oleh itu, adalah teramat perlu untuk kita mencari dan mencintai ‘Yang Menjadikan Sesuatu’ itu dan Dia yang menyatukan cinta itu, iaitu… Allah swt.

Adapun Allah melengahkan kedatangan jodoh & pertemuan buat kita kerana mahu kita meraih cintaNya dan rasulullah saw, menuai cinta dengan ibu bapa, membenih kasih dengan amal kebaikan serta mahu menyedarkan kita bahawa satu-satunya cinta yang paling kita perlukan ialah cintaNya semata-mata.

Kalaulah kita mengetahui, sungguh keindahan cintaNya itu sudah memadai untuk menyempurnakan kehidupan kita sebagai seorang hamba. Bahkan, kerana kesempurnaan cintaNya itulah sudah cukup untuk membawa Rabiatul Adawiyah menghuni & menghirup harumnya raudhah firdausiNya itu..

Allahu 'alam..


------------------------

Notakaki:
# Waktu kita bercinta; selalu tanya diri, beginikah caranya Rasulullah saw & isterinya bercinta?
# Waktu kita terniat hati untuk mula melakukan steps ke arah 'couple' sebelum nikah; contohnya berSMS, chatting, inbox FB, tanya diri; "Apakah yang aku lakukan ini bakal mendekatkan aku kepada Allah?"
# Ingatlah saudara/saudariku; Allah tidak menciptakan manusia semata-mata untuk mencari jodoh, bercinta & berkahwin. Ia hanyalah salah satu cara untuk mencapai mardhotillah. 



p/s: musim menanam anggur & menternak lemak di rumah. :D



11 comments:

  1. syauqahwardah..
    the nice entry..
    sesama kta b'kongsi ya

    ReplyDelete
  2. :)

    ya.. sama2 kita saling mengingatkan dgn kesabaran & kebenaran, insyaAllah.

    terima kasih sudi singgah di sini.

    ReplyDelete
  3. “Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.” [HR Hakim, Ibn Asakir, al-Dailani dan lain-lain.]

    INI HADIS PALSU...

    ReplyDelete
  4. Syukran atas pembetulan,

    Quote ini sgt trkenal diguna pakai dlm ceramah2 oleh ustaz2 yg sy hadiri, trmasuklah ditulis dlm buku tulisan ustazah fatimah syarha.

    apapun, syukran sekali lagi. :)

    insyaAllah, sy akan buat research balik.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..

    sgt2 tersentuh membaca entri2 awk..ditambah lg dengan lagu background yg sgt meruntun jiwa... terima kasih byk2 kerana byk menyedarkn hati ini..

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikumussalam..

    terima kasih atas sudimu berkunjung & membaca coretanku di sini. Allah sahajalah yg membalasnya.

    Mudah2an Allah akan terus memberikan taufik & hidayahNya kpdmu ukhti.. :)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum,,,,salam taaruf..salam ukhwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. salam taaruf.. :) salam ukhuwah.. insyaAllah

      Delete
  8. salam ..
    entry yg sangat bagus ...
    terima kasih enti ... Semoga Allah memudahkan urusan enti dalam berdakwah melalui penulisan blog ... entry2 enti bnyak membuatkan sy tersentuh ...
    salam ukhwah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam 'alaiki.

      Alhamdulillah.. segala pujian hny bg Allah.

      Sesungguhnya, setiap bait yg dikongsi di blog ini adalah teguran & peringatan utk diri ini terutamanya, insyaAllah.

      salam ukhuwah.. :) moga sama2 kita saling ingat mengingatkan..

      Delete
  9. assalamua'laikum mtk izin share

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."