Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Wednesday, November 10, 2010
Positif Itu Indah. :)
Maha Benar Allah atas firmanNya dalam surah Ar-Ra’d ayat 28.
“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati akan menjadi tenteram.”
Aku mudah jatuh hati. Aku mudah jatuh cinta. Aku senang jatuh sayang. Hatiku jatuh sudah terjatuh buatMu..
Haish… mudahnya aku jatuh cinta ya? *blushing*. InsyaAllah, ini adalah cinta yang halal. :) Jatuh cinta ini jugalah kerana ingin memburu keredhaanMu, ya Allah..
Rasulullah SAW bersabda;
"Demi Allah yang jiwaku berada dalam tanganNya, tidaklah beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."
Punca aku jatuh cinta ini kerana aku suka benar curi-curi merenung, memerhati & meneliti perlakuan seseorang. Sesungguhnya, orang yang baik-baik memang tidak sukar untuk membuatkan sesiapa pun untuk jatuh cinta kepadanya. Orang yang solehah memang senang untuk membuatkan sesiapa pun jatuh hati kepadanya.
Siapa yang tidak jatuh hati kepada orang yang baik kan?
Malah, akhlak Rasulullah saw yang sangat-sangat baik itu antara faktor utama yang menyebabkan orang-orang di sekeliling baginda jatuh cinta kepada Allah & menganuti agama Islam.
Siapa yang tidak suka dengan orang yang berakhlak mulia, lemah lembut, pemalu, baik hati & jujur, serta santun tutur kata, penampilan & perbuatan.
Bila kita tengok orang yang baik-baik ini, hati kita rasa tenang, sejuk jiwa kita tatkala mendengar tuturnya. Rasa seronok bertemu dengannya. Subhanallah! *melting, melting*
Bila kita tengok orang yang baik-baik ini, hati kita rasa tenang, sejuk jiwa kita tatkala mendengar tuturnya. Rasa seronok bertemu dengannya. Subhanallah! *melting, melting*
Sebagai insan yang terlalu banyak kekurangan & masih bertatih dalam memperbaiki kualiti diri, antara cara atau tips yang aku gunakan untuk memperbaiki diri ialah dengan jatuh cinta kepada orang yang baik-baik ini.
Jatuh cinta dengan iman mereka, jatuh hati dengan ibadah mereka, jatuh sayang dengan akhlak mereka. Lalu gunakan semua yang baik-baik itu sebagai teladan diri. Tidak kiralah orang itu muda daripada kita, atau tua daripada kita, tetaplah hormat kepada mereka. Itu sangat penting.
Jatuh cinta dengan iman mereka, jatuh hati dengan ibadah mereka, jatuh sayang dengan akhlak mereka. Lalu gunakan semua yang baik-baik itu sebagai teladan diri. Tidak kiralah orang itu muda daripada kita, atau tua daripada kita, tetaplah hormat kepada mereka. Itu sangat penting.
Lihat akhlak mereka untuk menjadikan diri lebih berakhlak, lihat kesopanan mereka untuk menjadikan diri lebih bersopan santun, lihat malu mereka untuk menjadi lebih pemalu, lihat kelembutan mereka untuk menjadi lebih lemah lembut.
Selalulah mencari sisi yang baik-baik sahaja tatkala kita berjumpa & melihat seseorang. Selepas itu, contohilah sikap yang baik itu.
Aku percaya. Jauh di sudut hati kita semua, mesti ada terdetik hasrat untuk menjadi orang yang baik & menjadi orang yang lebih baik dari hari ke hari. Betul kan?
Masalahnya; kita tidak tahu harus mula dari mana. Bagaimana mahu berubah? Apa yang patut dibuat? Apa langkah pertama untuk berubah?
Menurut Kitab Mukasyafah Al-Qulub [Penenang Jiwa; pengubatan & rawatan] tulisan Imam Al-Ghazali, bab pertama yang disentuh adalah tentang hati. Ya, hati.
Dalam sebuah hadis ada menyebut;
"… Ingat! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah. Jika ia baik, maka baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati." [HR Bukhari & Muslim]
Maknanya, jika mahu berubah, mulakanlah dengan hati kita. Buang semua yang busuk-busuk, buang semua yang hitam-hitam, buang semua yang basi & berulat itu.
Apa yang busuk, hitam, basi & berulat itu? Selain dari maksiat yang dibuat, itulah dia perasaan prasangka buruk, dendam, iri hati, dengki terhadap orang lain. Itulah yang membuatkan diri kita sentiasa negatif.
Apabila kita berprasangka baik pada orang, insyaAllah, hati kita akan terpelihara daripada menjadi busuk & kotor.
Jangan suka benar mencari kekurangan orang lain. Biasa benar kita tak boleh lihat sikit salah orang, ada saja yang kita nak komen. Laju saja mulut nak mengutuk.
Astaghfirullah hal adzhim. Jangan… jangan begitu. Tatkala kita mahu memberi komen terhadap orang lain, cuba kita letakkan diri kita di tempat beliau.
Apa rasa kita jika kita yang dikutuk?
Tatkala kita mahu melemparkan tanggapan negatif terhadap seseorang, cerminkan diri kita dahulu. Adakah kita benar-benar suci & layak untuk menghakimi & menghukum orang lain begitu & begini?
Apa rasa kita jika kita yang dikutuk?
Tatkala kita mahu melemparkan tanggapan negatif terhadap seseorang, cerminkan diri kita dahulu. Adakah kita benar-benar suci & layak untuk menghakimi & menghukum orang lain begitu & begini?
Firman Allah SWT:
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." [ Al-Hujurat : 12]
Rasulullah SAW bersabda:
((إِيَّاكُمْ وَالظَنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوْا وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَ تَحَاسَدُوْا وَلاَ تَبَاغَضُوْا وَلاَ تَدَابَرُوْا وَكُوْنُوْا عِبَادَ اللهِ إِخْوَاناً)).
“Aku peringatkan kepada kalian tentang prasangka, kerana sesungguhnya prasangka adalah perkataan yang paling bohong, dan janganlah kalian berusaha untuk mendapatkan informasi tentang keburukan dan mencari-cari kesalahan orang lain, jangan pula saling dengki, saling benci, saling memusuhi, jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara” (H.R Bukhari & Muslim]
Pernahkah kita berfikir… mengapakah Allah meminjamkan kita sepasang mata, sepasang telinga, sepasang tangan, sepasang kaki tetapi hanya memberikan 1 mulut?
Pernahkah kita terfikir…
Allah sebenarnya mahu kita menggunakan 2 mata kita itu untuk melihat lebih banyak kebaikan daripada keburukan.
Allah mahu kita menggunakan 2 telinga kita itu untuk mendengar lebih banyak kebaikan.
Lalu kita gunakan 2 tangan & 2 kaki kita itu untuk melakukan & mempraktikkan apa yang kita lihat & dengar itu.
Jadi, Allah beri kita hanya 1 mulut untuk kita gunakan untuk mengatakan hal yang baik-baik & mengurangkan atau tidak berkata langsung hal yang tidak baik.
Dari Abu Hurairah r.a;
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” [Sahih, HR. Al-Bukhari dan Muslim]
Percayalah, jika kita sudah terbiasa hanya melihat yang baik-baik dalam diri orang lain, akan tiba suatu masanya kita tidak tahu bagaimana caranya untuk bersangka buruk & berkata yang tidak baik tentang orang lain. Atau kita lebih selesa untuk mengelak dari berbicara hal yang bukan-bukan tentang orang lain kerana kita tahu, kita tiada hak untuk itu.
InsyaAllah, kita akan menjadi orang lebih positif. Secara tidak langsungnya, kita akan merasakan bahawa hidup ini begitu indah malah hati juga merasa lebih tenang & ringan.. insyaAllah! :)
Tatkala mata kita melihat yang baik-baik & indah-indah, yakni akhlak yang baik, perilaku yang sopan, senyuman yang menawan atau segala apapun yang membawa kepada kebaikan; selalulah kita meletakkan kepujian buat Allah & berdoa kepadaNya agar dijadikan kita sebaik apa yang kita lihat & dengar itu.
Contohnya; kita melihat seseorang itu sangat menjaga tutur katanya, suka tersenyum saat bersua & sangat menjaga ibadah solatnya. Maka;
“MasyaAllah… hebatnya hambaMu itu ya Allah. Jadikanlah akhlakku & ibadahku lebih baik dari dirinya agar bertambah kecintaanku kepadaMu..” ucapkanlah ini dalam hati kita.
Telepati hanya kita & Allah sahaja yang tahu. Selalulah ‘berbual’ dengan Allah. Jika tidak dapat kita rasakan Allah berada di sisi kita, yakinlah Allah sentiasa melihat kita & menyaksikan semua perbuatan kita. InsyaAllah, akan timbul satu rasa yang lain macam dalam hati kita.
Ya, kita dah jatuh cinta la tu.. :) Jatuh cinta kepada Allah. MasyaAllah, comel macam ni kan?
Akhir kalam;
Bukankah lebih indah, jika bukan hanya kita yang jatuh cinta dengan kebaikan orang lain, bahkan orang lain juga jatuh cinta kepada Allah, Rasulullah SAW & Islam kerana akhlak yang kita tonjolkan.
MasyaAllah..
Firman Allah SWT:
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu". [Al-Hashr:10]
Allahu 'alam.
p/s: sebelum melakukan apa-apa, perbetulkanlah niat. sesungguhnya semua ini hanyalah milikMu ya Allah..
status: berjuang untuk paper yg seterusnya. Ganbatte! InsyaAllah.
Labels:
tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam kak intan.. huuu NICE post!!
ReplyDeletesuka baca post kali ni, inshaAllah, akan diusahakan!!!
Positif.positif.positif. =]
may Allah bless u, kak!!!! ^_^
salam sayang ukhty...
ReplyDeletesubhanallah...alhamdulillah...allahuakbar..(",)
nice artikel...benar, positif itu indah sekali kerna ia hadir dlm jiwa yang suci...
hidup yang sentiasa positif akan hadir suatu ketenangan hati yang tak tergambar...insyaAllah...
moga dapat buat yg terbaik ya...ameen ya robb..
salam kak safiku yang comel..
ReplyDeletesungguh sy merasa..
entri ni secomel kak juga..
meniup semangat utk saya agr lebih positif dan mudah jatuh cinta..hehheh..
ntri kak sgt tepat dan kena pada sasaran pada sy yg saat ini bagaikan ditimpa dugaan yg bertubi2..
tp alhamdulillah , dgn brfikiran positif dan bersangka baik pada Allah, hati jadi lebih tenang..
sungguh indah perasaan itu..
sy mau jatuh cinta!!!..
jatuh cinta pada akhlak wanita yg solehah mcm kak,jatuh cinta pada Allah dan Rasulnya..
jazkllh kak..^_^
salam k.intan.......thax 4 the sharing........rs dri ini sgttttttt byk kekurangan..... good luck 4 the next ppr!!
ReplyDeleterespon to annyss:
ReplyDeletewasalam anyss yg comeyy. :)
insyaAllah, tulisan ini utk peringatan diri akk sndiri jg. sama2 kita mengingatkn dgn ksbrn & kebernaran, insyaAllah.
Dengan izin Allah, jom kita bersama2 brusaha utk jdi lbih positif, insyaAllah. berusaha! ganbatte! :)
may Allah bless you too dear.
Respon to bidadari besi;
ReplyDeleteSalam teramat sayang buatmu jg ukhti. : )
Subhanallah wabihamdihi, subhanallahil adzhim.. (^^)
Mudah2an kita semua akan dikurniakan jiwa yang suci & bersih serta memperolehi ketenangan yang akan terpancar di wajah & perlakuan. insyaAllah.
Syukran doakan ana, ana jg doakan ukhti. Kita sma2 mndoakan, insyaAllah.
Semoga Allah merahmatimu.
Respon to Nisa;
ReplyDeleteSalam sayang buat Nisaku yg menawan. : )
Alhamdulillah, mudah2an kita akan sentiasa bersangka baik terutamanya kepada Allah. Allah itu Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya.
insyaAllah, akk doakan kita semua akan jatuh cinta kpd Allah, rasulullah saw serta kepada perkara kebaikan. Berkali2, berulang2 & terus mekar dalam hati kita. insyaAllah.
p/s: akk dah pun jatuh cinta pada Nisa b4 entri ini ditulis pn.. :)
Rahmat Allah bgimu dik.
Respon to Fatihah;
ReplyDeleteWasalam Fatihah..
Kita semua memang tidak akan ada yg mnjadi smpurna. Masing2 jg byk kekurangannya dik.. :)
Akk juga begitu.. :(
Tp insyaAllah, kita harus berusaha utk jadi yg lebih baik, insyaAllah.
Semoga berjaya buat Tehah jgk. Allah bless u always, insyaAllah.
laki-laki boleh komen juga kan?
ReplyDeleteassalamualaikum tuan blog...
mudah-mudahan anda dan sahabat di sini serta pembaca dapat mengaplikasi isi entri ini dalam hidup masing-masing...
boleh, boleh.. silakan.
ReplyDeletewa'alaikumussalam warahmatullah.
selamat dtg ke PP.
syukran atas peringatan. Mudah2an begitulah hendaknya.
seringkali penulis, penyampai diuji dgn apa yang ditulis & dikatakannya sendiri. Namun, selalulah berdoa mudah2an Allah akan mempermudahi jalan & terus mmberikan taufik & hidayah. InsyaAllah..