Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Wednesday, September 5, 2012
Warna Hidup.
Bismillahirrohmanirrohiim..
Alhamdulillah.
Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah.
Syukur ke hadrat Allah diatas segala nikmat pinjamanNya kepada hambaNya yang dhoif ini.
Sedih saya rasa apabila lihat saya tidak begitu produktif menulis pada bulan Ogos yang lepas. Minggu-minggu di dalam bulan Ogos dirasakan begitu penuh dengan aktiviti sempena Ramadan. Alhamdulillah.
Begitupun, kesihatan yang tidak berapa baik pada minggu-minggu terakhir Ogos membataskan saya untuk menukilkan sesuatu di sini. Semoga sakit itu menjadi kifarah dosa-dosa saya yang menggunung.
Mudah-mudahan Allah ampunkan saya di atas ketidakupayaan saya melakukan 'multi-tasking' sampaikan terabai teratak catatan hati kesayangan saya ini.
Terima kasih kepada pengunjung yang masih sudi datang ziarah & follow blog ini. Doa & harapan saya semoga kalian beroleh manfaat yang besar daripada kunjungan ke sini.
InsyaAllah, saya akan terus berusaha menukilkan kebaikan di sini. Doa kalian amatlah saya harapkan agar dapat saya terus istiqomah meng-update posts yang bermanfaat.
Ibrah Dari Kisah Sahabat
"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." [al-Baqarah : 216]
Beberapa bulan yang lalu, dalam tangisan yang dalam & hiba, seorang sahabat yang sangat rapat dengan saya telah berkongsi cerita hatinya. Rupa-rupanya orang yang selama ini dia cintai bertahun-tahun di dalam diam akan melangsungkan perkahwinannya dengan gadis lain dalam masa yang terdekat.
Allahuakbar.
Dia berada jauh. Saya menyerahkan dia yang saya cintai kerana Allah itu berada dalam jagaan Allah. Saya amat yakin, dia lebih memerlukan Allah berbanding memerlukan saya.
Luka di tangan. Yang mengalir keluar darinya adalah darah.
Luka di hati. Yang keluar mengalir tentunya adalah air mata.
Luka di dalam hatinya pasti sangat dalam. Telah saya.
Namun, katanya, peristiwa itu telah menambah dekatkan dia dengan Allah. Dia mengisi hari-harinya dengan munajat, taubat & doa kepada Allah.
"InsyaAllah, Allah pasti akan gantikan kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik." itu katanya penuh yakin.
Dan kerana tawakalnya dia kepada Allah yang begitu tinggi, memang benar, Allah gantikan lelaki yang lebih baik untuk dia tidak lama selepas itu. Lelaki yang lebih soleh & sangat menghargai dia. Alhamdulillah.
Dengan izin Allah, cinta & perasaannya yang begitu dalam untuk secret admire-nya sebelum itu terus hilang digantikan dengan rasa kasih kepada suaminya. Walhal, dia memendam perasaan itu sangat lama sebelum itu. Manakala, suaminya itu adalah calon yang tidak disangka-sangka tiba muncul ke dalam hidupnya & dia langsung tidak cinta.
Subhanallah. Begitu sekali Allah merawat kelukaan di hati sahabat saya itu.
Allah mengujiNya dengan mencampakkan rasa cinta kepada lelaki yang belum halal baginya. Lalu, dia bermujahadah mengawal hati & perasaannya itu dengan mendekatkan diri kepada Allah (kerana dia belum mampu untuk bernikah & mahu mengelakkan terjebak dalam 'couple').
Jadi, apabila dia dikecewakan oleh cinta manusia yang tidak kesampaian, Allah telah merawat hatinya dengan cintanya kepada Allah yang selama ini tidak bertepian.
Cantik kan ketentuan Allah?
Jadi, apabila dia dikecewakan oleh cinta manusia yang tidak kesampaian, Allah telah merawat hatinya dengan cintanya kepada Allah yang selama ini tidak bertepian.
Cantik kan ketentuan Allah?
Benarlah firman Allah;
"...Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan Membukakan jalan keluar baginya, & Dia Memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangkanya. & barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah Mencukupkan keperluannya..." [at-Thalaq : 2-3]
Alhamdulillah. Untuk kamu, saya doakan semoga pernikahan itu akan terus dirahmati & diberkati oleh Allah SWT. Amiin. :)
Hebatnya Allah melakarkan kisah hidup sahabat tadi. Saya kongsikan di sini untuk muhasabah kita bersama bahawa hati, hidup, mati kita ini dalam genggaman Allah. Sentiasalah berdoa & bertawakal kepadaNya. InsyaAllah, Dia akan Membantu kita keluar daripada ujian yang diberikanNya kepada kita.
Bukankah apabila satu 'tangan' Allah mencampakkan kita ke dalam ujian, sebenarnya kedua-dua 'tangan'Nya sedang menyambut kita ke dalam rahmat & kasih sayangNya..?
"Dan sungguh, Kami benar-benar akan Menguji kamu sehingga Kami Mengetahui orang yang benar-benar berjihad & bersabar di antara kamu; & Kami akan Uji perihal kamu." [Muhammad : 31]
Hakikat Kehidupan.
Jika difikirkan, hidup manusia yang manakah yang sunyi daripada ujian & masalah?
Tidak ada saya kira.
Hidup itu sendiri penuh dengan ujian & mujahadah. Berbahagialah bagi insan yang matanya sentiasa celik & hatinya sentiasa rindu kepada akhirat. Subhanallah...
Namun, berapa ramaikah di antara kita yang menyedari bahawa ujian itu merupakan nikmat & rezeki bagi hambaNya yang berfikir & bersyukur?
Kebanyakan daripada kita akan rasa seperti dizalimi oleh Allah apabila diuji dengan ujian & musibah yang berat. Kita mengeluh, kita gagal melihat hikmah yang tersenyum di sebaliknya.
Sahabat-sahabat, tolonglah...
Mari kita tegur kesilapan diri kita itu.
Mari kita tegur kesilapan diri kita itu.
Janganlah kita berburuk sangka kepada Allah hanya kerana Allah tidak Memberi apa yang kita mahu. Sedarlah bahawa Allah lebih tahu apa yang kita perlukan..
Sebagai hamba yang beriman kepadaNya, yakin & percayalah kepada Allah bahawa segala apa yang datang daripadaNya itu semuanya adalah kebaikan. Biarpun, kita seringkali gagal menafsir & melihat kebaikan serta hikmah yang tersirat di sebalik dugaan yang diberikan Allah itu.
Kita kena sentiasa yakin bahawa tiada sesiapa yang lebih mengenali, menyayangi & mengetahui perihal diri kita selain daripada Allah. Maka, ketentuanNya itulah yang terbaik bagi setiap hambaNya.
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cubaan seperti yang dialami orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan & digoncang dengan pelbagai cubaan, sehingga Rasul & orang-orang yang beriman bersamanya berkata; 'Bilakah akan datang pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." [al-Baqarah : 214]
Masalah vs Solat & Sabar.
Mari kita renungkan.
Kadangkala, pada waktu kehidupan kita bebas daripada masalah & ujian yang melelahkan, solat kita pun kita lakukan tanpa kehadiran jiwa yang sepenuhnya bukan? Apabila kita berdoa pun kita tidak rasa apa-apa.
Solat itu tiba-tiba menjadi sebagai rutin.
Kita hanya fokus, jika ditinggalkan, kita akan mendapat dosa.
Ia hanya setakat itu.
Bukan lagi dilihat sebagai talian hayat yang menghubungkan kita kepada pengharapan & pergantungan kita kepadaNya.
Kita berdoa pun, acuh tidak acuh. Setakat berdoa saja. Sebagai cukup syarat adab selepas solat.
Bagaimana pula kisahnya jika kita ditimpakan Allah ujian, masalah yang besar?
Tidak semena-mena pertemuan dengan Allah itulah yang paling kita nanti-nantikan. Solat yang seketika itupun dirasakan begitu bermakna & mendekatkan diri kita benar-benar kepada Dia.
Kita berdoa, merintih, menitiskan air mata dan merendahkan diri di hadapan Allah, berharap agar Allah memberi kekuatan untuk kita menghadapi masalah yang menimpa diri kita itu.
Kadangkala, sewaktu mengangkat takbiratul ihram pun air mata kita sudah merembes sampai berhingusan. Begitulah rapuhnya kita. Begitulah bersungguh-sungguh sekali kita merapatkan diri kepadaNya..
Subhanallah.
Allah itu memang sangat Mengetahui perihal hamba-hambaNya yang selalu terlalai leka dengan keduniaan.
Allah itu memang sangat Mengetahui perihal hamba-hambaNya yang selalu terlalai leka dengan keduniaan.
Jika kesenangan, kemewahan, kegembiraan gagal membuatkan kita mengingati Allah, Allah akan mengirimkan pula musibah kepada kita agar kita segera mengingati & kembali semula kepadaNya.
Subhanallah.
Begitulah hebatnya cinta Allah kepada kita. Begitulah mulianya kasih sayang Allah kepada para hambaNya.
Begitulah hebatnya cinta Allah kepada kita. Begitulah mulianya kasih sayang Allah kepada para hambaNya.
Inilah hikmahnya ujian & musibah yang ditimpakan Allah kepada kita. Kita menemui kelazatan ibadah & kemanisan sewaktu bertemu & berhubungan dengan Allah.
Allahuakbar.
Allahuakbar.
Renungi kalam Ibnu 'Atho'illah;"Sesiapa yang merasakan kasih sayang Allah terputus sewaktu ditimpakan Allah ujian ke atasnya, itu bermakna dia belum benar-benar mengenali siapa Tuhannya."
Oleh itu, jangan merungut apabila ditimpa musibah.
Itu adalah 'return-call' daripada Allah.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan daripada Allah dengan sabar & solat. Sungguh, Allah bersama orang-orang yang sabar." [al-Baqarah : 153]
Kuatkan hati kita dengan banyakkan membaca & memahami maksud ayat-ayat yang Allah turunkan kepada kita di dalam al-Quran.
Jika hubungan kita dengan al-Quran pun longgar...
Jika hubungan kita dengan Allah pun jauh....
Bagaimanalah dapat kita bersyukur & bersabar dalam menjalani ujian yang telah Allah timpakan untuk menguji keimanan kita kepadaNya?
"..Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar satu peringatan. Maka barangsiapa yang mengkehendaki, tentu dia akan mengambil pengajaran daripadanya." [al-Muddatstsir : 54-55]
InsyaAllah, rajah di atas adalah berkaitan dengan hadis yang ingin saya kongsikan hari ini.
Dari Abdullah rodiallahu anhu meriwayatkan;Suatu ketika Nabi salallahu 'alaihi wasallam membuat satu garisan berbentuk empat segi. Kemudian baginda melukiskan satu garisan sehingga keluar dari rajah empat segi tersebut. Baginda juga melukiskan garisan-garisan kecil da dalam rajah di antara garisan tengah. (Ulama telah melukiskannya dengan pelbagai bentuk) di antaranya adalah seperti rajah di atas.
Kemudian baginda bersabda: "Garisan tengah ini adalah manusia, dan garisan empat segi ini adalah ajal mautnya yang manusia tidak dapat lari darinya. Garisan yang terkeluar dari kotak itu adalah angan-angan manusia yang lebih panjang dari kehidupannya. Garis-garis kecil di dalam kotak itu ialah kejadian dan ranjau-ranjau kehidupannya. Jika ia terlepas dari satu kejadian, maka kejadian yang lain pula akan memerangkapnya. Dan begitulah seterusnya." [Hadith Riwayat Bukhari]
Nah. Inilah buktinya.
Hidup ini takkan sesekali terlepas daripada ujian.
Kesenangan mahupun kesusahan.
Kedua-duanya adalah ujian.
Untuk Allah uji, apakah kita akan segera kembali kepadaNya bila ditimpa ujian..
Hidup ini takkan sesekali terlepas daripada ujian.
Kesenangan mahupun kesusahan.
Kedua-duanya adalah ujian.
Untuk Allah uji, apakah kita akan segera kembali kepadaNya bila ditimpa ujian..
Allah Itu Maha Mengetahui.
Allah itu Maha Mengetahui segala apa yang ada di dalam hati & jiwa kita. Dia tahu apa yang kita zahirkan, atau apa yang kita sembunyikan daripada manusia yang lain. Dia Tahu tu!
Allah juga Tahu kalau kita ini benar-benar ikhlas ingin bertaubat, membersihkan diri kita daripada dosa lalu, & ingin kembali kepadaNya.
Percayalah, jika apa yang terlahir itu memang meluncur keluar daripada hati & niat yang bersih, maka Allah akan sentiasa ada untuk menyambut 'kepulangan' kita kepadaNya.
Percayalah, jika apa yang terlahir itu memang meluncur keluar daripada hati & niat yang bersih, maka Allah akan sentiasa ada untuk menyambut 'kepulangan' kita kepadaNya.
Tinggal lagi, terpulanglah kepada kita sahaja. Samada ingin bersungguh-sungguh atau tidak memulakan langkah untuk menghampiriNya itu.
Betapa luasnya rahmat Allah SWT, janganlah kita merasa sempit jika terjatuh dalam dosa. Namun, keluasan rahmat Allah itu pula janganlah sampai kita mengambil mudah akan dosa dengan menjerumuskan diri ke dalam maksiat & kebinasaan.
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau Berikan petunjuk kepada kami. & kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." [ali-Imran : 8]
Yang Baik-Baik.
Murobbi pernah berpesan bahawa bagi menjadikan seseorang yang baik itu, perlulah dia melihat, membaca, makan, mendengar & berkata-kata sesuatu yang baik.
Hal ini kerana, persekitaran yang baik itu akan melunakkan sekeping hati, menjadikan ia bersih, suci, lembut & baik. Natijahnya, hati yang baik itu akan dapat melahirkan pemilik jasadnya yang baik juga kerana hati itu adalah raja yang paling berkuasa di dalam kerajaan diri seseorang manusia.
Hal ini kerana, persekitaran yang baik itu akan melunakkan sekeping hati, menjadikan ia bersih, suci, lembut & baik. Natijahnya, hati yang baik itu akan dapat melahirkan pemilik jasadnya yang baik juga kerana hati itu adalah raja yang paling berkuasa di dalam kerajaan diri seseorang manusia.
Oleh itu, jagalah apa yang kita lihat, makan, baca, dengar & katakan. Supaya kita akan lebih tenang & bahagia menjalani kehidupan kerana kita selalu bersangka baik kepada apa jua yang Allah berikan kepada kita.
InsyaAllah. Marilah kita bersungguh-sungguh untuk menjadi manusia yang baik, hamba Allah yang baik, umat Nabi Muhammad yang baik, anak yang solehah & baik, Sahabat yang baik.
Sesungguhnya Allah sangat suka kepada orang-orang yang baik & berakhlak mulia. Mudah-mudahan kita semua tergolong di dalam golongan tersebut. InsyaAllah.
Mari Muhasabah Diri.
Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda; "Sesungguhnya hasad dengki itu umpama api yang membakar semua amalan kebaikan."
Tidak akan kukuh tapak sesuatu hubungan (tidak kiralah persahabatan, persaudaraan & lain-lain) jika berlandaskan dusta, pura-pura & ketidakjujuran.
Di dalam kehidupan ini, tentulah tak semua orang sukakan kita, setuju dengan pendapat kita & gembira apabila kita gembira.
"Kita akan tua dalam usaha untuk memuaskan hati manusia." [Ustaz Azhar Idrus]
Kita juga kena sedar, kita takkan mampu memuaskan hati semua orang. Jadi, opsyen yang kita ada; hanyalah melakukan apa yang mampu memuaskan hati Allah.
Berbaik sangka & berlapang dadalah menerima kekurangan & kekhilafan orang lain. Ia adalah serendah-rendah level dalam ukhuwah. Manakala setinggi-tingginya ialah al-ithar.
Sesungguhnya, apabila kita bersangka baik kepada manusia, itu juga petanda kita sedang bersangka baik kepada Allah.
Sesungguhnya, apabila kita bersangka baik kepada manusia, itu juga petanda kita sedang bersangka baik kepada Allah.
Sebelum mengakhiri entri ini,
Kalian pernah dengar lagu 'Kehidupan', dendangan kumpulan in-team ft Nazrey Johani?
Lagu nasyid ini adalah salah satu nasyid kegemaran saya. Lirik & melodinya menginsafkan sesiapa yang mendengarnya.
Lagu nasyid ini adalah salah satu nasyid kegemaran saya. Lirik & melodinya menginsafkan sesiapa yang mendengarnya.
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan.
*Klik di SINI untuk mendengar & mendownload lagu ini.*
Jangan berputus asa melalui kehidupan yang penuh berwarna warni ini. Mujahadah itu memang payah, kerana hujungnya manis... :)
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa puasa 6 di bulan syawal ini ya..?
:)
InsyaAllah.
Moga Allah Meredhai..
Allahu'alam.
**************************
p/s: Selamat berbuka puasa & salam maghrib kepada sahabat-sahabat yang berpuasa hari ini. Taqabbalallahu minna wa minkum. Amin InsyaAllah. :)
Notakaki:
# Tak pandai mengatur bicara secara realiti, hanya pandai menyusun kata melalui tinta hati.
# Hati sakit hanya Allah yang tahu. Bersangka baik walaupun pahit. Memaafkan walaupun sukar.
# Mengalah bukan bermaksud kalah, cuma tak mahu terus berbalah. Demi persahabatan yang dibina atas dasar ukhuwah kerana Allah.
# Mendung di hati, segeralah pergi....
Kredit kpd Akh Afdholul Rahman untuk idea & untaian tazkirah yang bermanfaat.
# Tak pandai mengatur bicara secara realiti, hanya pandai menyusun kata melalui tinta hati.
# Hati sakit hanya Allah yang tahu. Bersangka baik walaupun pahit. Memaafkan walaupun sukar.
# Mengalah bukan bermaksud kalah, cuma tak mahu terus berbalah. Demi persahabatan yang dibina atas dasar ukhuwah kerana Allah.
# Mendung di hati, segeralah pergi....
Kredit kpd Akh Afdholul Rahman untuk idea & untaian tazkirah yang bermanfaat.
Labels:
catatan hati,
cerita,
cinta,
hiba,
hikmah,
jodoh,
muhasabah diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Keluar Kota Tiga Hari
ReplyDeleteMenyedut Udara Illahi.
Subhanaallah.. penuh manfaat :')
ReplyDeletesyukran ya ukhti..
Alhamdulillah.
Deletesyukran ilallah..
terima kasih sudi singgah & baca.
salam kak..!
ReplyDeletethanks ;')
kak. sy rindu kak intan. :'(
wassalam, anis.. :)
DeleteAlhamdulillah.
Akk pun rindu dgn anis..
InsyaAllah nt kita jumpa.
p/s: sediakan hadiah utk akk time konvo nt! ;p gurau.
sangat bermanfaat..akak.. farhana kongsi petikan dalm entry ni untuk dikongsikan kat fb,,moga ramai yang dapat manfaat dri penulisn akak,,suka sangat
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteinsyaAllah, silakan..
jika tak keberatan, sila linkkan blog ini untuk rujukan ya. jazakillah khairan. :)