Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Saturday, July 21, 2012
TIPS Ibadah Wanita 'Uzur' Di Bulan Ramadan.
Bismillahirrohmanirrohiim..
"Sesiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadhan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka." [HR Ibn Majah]
Alhamdulillah.. Setelah meniti Rejab & Sya'ban, selangkah demi selangkah, akhirnya kita telah pun Allah izinkan untuk sampai ke bulan Ramadhan yang penuh barakah. Alhamdulillah.. :)
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin & muslimat. Kepada muslimat yang 'bercuti', insyaAllah, kita masih boleh beribadah & memanfaatkan kemuliaan & mengutip sebanyak mana rahmat & redha Allah. Jadi, janganlah bersedih ya..
Wanita Haid Pun Dapat Pahala Puasa Penuh.
Ummulmukminin Aisyah radiallahu anhu didatangi haid ketika haji. Beliau menceritakan;
"Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam menemuiku yang sedang menangis. Baginda bertanya: 'Kenapa denganmu? Adakah kamu sedang 'uzur'?' 'Ya.'. Lalu baginda memujuk: "Inilah hakikat yang Allah telah tetapkan atas anak-anak perempuan Adam." [HR al-Bukhari]
Dalam hadis lain, baginda bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang hamba itu sakit atau bermusafir, Allah tulis siap-siap pahala amalannya seperti mana yang dia lakukan ketika sihat & bermukim." [HR al-Bukhari]
Haid ialah penyakit yang menghalang seorang wanita daripada melakukan ibadah rutinnya termasuklah berpuasa di bulan Ramadan. Sekiranya beliau sememangnya komited dengan ibadah ketika sihat (suci), pahala amalannya tetap berterusan walaupun ketika dia sedang 'uzur'.
Subhanallah! Begitulah pemurahnya Allah subhanallahu wata'ala. Dia amat menghargai keikhlasan hamba-hambaNya.
InsyaAllah, dikongsikan juga di sini Tips atau senarai semak ibadah bagi wanita yang 'uzur' (didatangi haid) di waktu bulan Ramadan. Mudah-mudahan akan beroleh manfaat. insyaAllah.. :)
--------------------------------
TIPS Ibadah Wanita 'Uzur' Di Bulan Ramadan.1) Mengikhlaskan niat beribadah hanya kerana Allah. Yakni ingin mendekatkan diri denganNya, ingin mendapat rahmat & ampunanNya serta meningkatkan iman & cinta kepadaNya.
2) Masih dekat dengan al-Quran dengan mendengar bacaan al-Quran (di radio, mp3, bacaan live ahli keluarga dan sebagainya.), menelaah tafsir & mentadabbur isi-isi al-Quran.
3) Banyakkan berdoa & memohon keampunan & beristighfar. Juga sangat digalakkan untuk memperbanyakkan sedekah.
Digalakkan berdoa (selepas membaca doa selepas azan) di antara waktu selepas azan & iqomah kerana waktu tersebut adalah waktu mustajab untuk berdoa, insyaAllah.Disebutkan di dalam hadis;"Doa di antara azan & iqomah tidak ditolak." [HR at-Tirmidzi]4) Membantu, menggalakkan & mendesak sedikit ahli keluarga dalam beramal ibadah di bulan Ramadan. Antaranya;i) Kejutkan ahli keluarga bangun bersahur atau bersolat subuh berjemaah.ii) Gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid.iii) Mempersiapkan pakaian solat mereka.iv) Nasihati mereka supaya giatkan amalan.
Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang membimbing ke arah kebaikan, baginya pahala orang yang mengerjakannya." [HR Muslim]5) Berzikir & berselawat dari semasa ke semasa. Membaca al-matsurat pagi & petang.6) Menjawab azan bagi setiap solat & berdoa selepas azan.7) Berbakti kepada kedua orang tua, berkhidmat kepada suami (bagi muslimat yang sudah berkahwin). Meringankan beban mereka dengan membantu & memudahkan urusan mereka, mengembirakan hati mereka.8) Menuntut ilmu samada dengan mendengar di televisyen, radio atau menelaah dari pembacaan buku ilmiah.9) Mempersiapkan makanan berbuka dengan ikhlas & gembira.
Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang menyediakan juadah berbuka untuk orang yang berpuasa, baginya seperti pahala orang yang berpuasa..." [HR at-Tirmidzi]
10) Jaga hati, iman, akhlak, tutur kata & aurat. Elakkan daripada berbicara yang buruk apatah lagi mengumpat, bergosip, membuka & mencari orang lain. Sentiasa memastikan bicara yang baik-baik atau berdiam diri, memakai pakaian yang menutup aurat & banyakkan membaca bacaan yang ilmiah serta elakkan membaca majalah gosip, hiburan & melihat gambar aurat wanita lain untuk menjaga pandangan & hati.
InsyaAllah, kedatangan haid bukanlah bermakna peluang untuk kita beribadah & mengumpul pahala akan berkurang. Maka, janganlah menjadikan 'keuzuran' itu sebagai penghalang untuk kita sebagai muslimat untuk melakukan kebaikan.
Ayuh! Ramadan yang mulia itu telah tiba... bergembira & berbahagialah menyambut ketibaannya & menitinya selama 30 hari ini, fastabiq al-khairat! insyaAllah.
Apapun, janganlah sampai kita menjadi Ramadaniyyin sedangkan kita sebenarnya adalah Rabbaniyyin untuk sepanjang bulan. Maknanya, janganlah kita hanya bersemangat pada bulan ini saja.
Namun, manfaatkan peluang yang diberikan Allah untuk merebut ganjaran yang Allah subhanallahu wata'ala sediakan untuk meningkatkan keimanan & amalan supaya berkekalan untuk dibawa ke bulan-bulan seterusnya.
Sesungguhnya rahmat, keampunan & pintu syurga dibuka seluas-luasnya di bulan ini. Syaitan & sekutunya juga dibelenggu sepanjang bulan ini. Maka, bolehlah sekiranya mahu menguji sejauh mana kuatnya keimanan kita sebenarnya..
Dahulu & perbaiki amalan, ibadah yang wajib serta tingkatkan amalan, ibadah yang sunnah. InsyaAllah.
Selamat menjalani ibadah puasa & meningkatkan iman & amal disisiNya, insyaAllah.
Ramadan kareem, Allahu akram!Senyumlah...Bukankah cinta Allah sedang menanti...? :')
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
*sumber: Majalah SOLUSI & al-Ustaz.
*sumber: Majalah SOLUSI & al-Ustaz.
-------------------------
p/s: InsyaAllah, borang mutaba'ah amal sebagai reminder akan dikongsikan di dalam entri seterusnya, insyaAllah.
mood: Sangat happy sebab dah pandai potong ayam & masak sendiri ayam tu untuk ahli keluarga bersahur esok.. Alhamdulillah.. :D
[padahal sebenarnya malu sebab baru praktik sendiri sekarang! ;p]
[padahal sebenarnya malu sebab baru praktik sendiri sekarang! ;p]
Labels:
cinta,
muhasabah diri,
ramadan,
sunnah,
tips
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Syukran kak =')
ReplyDeleteramadan kareem asma'! Allahu akram.. :)
DeleteNice blog kak :)
ReplyDeleteBerdakwah kerana Allah
Nice blog kak :) berdakwah kerana Allah
ReplyDeleteJazakillah khayr adik sabrina.. :) InsyaAllah, doakan akak terus istiqomah ya.. amiin.. :)
Deleteramadhan kareem.. selamat berpesta ibadah! InsyaAllah..