Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Saturday, May 14, 2011

Benarlah, Aku Telah Tertipu..



Nampaknya selama ini,
Telah ku tertipu dengan pantulan cahaya,
Hingga menafsir kaca sebagai permata,
Dan pandangan mataku,
Yang dibutakan oleh emosi & nafsu buruk,
Hingga membuang permata yang ku kira ianya kaca.

Sungguh benar aku jahil,
Terburu-buru,
Dan aku benar telah tertipu.
Lalu kini aku menyesal,
Kerana kejahilanku sendiri..

Astaghfirullah hal adzhim..
Mengapa begini sekali aku diperbodohkan?
Mengapa begini sekali aku mempersiakan?

Astaghfirullah hal adzhim..
Cetek benar ketelusan hati,
Dan menilai reluk kilas beza,
Antara hitam dan putih.
Antara kaca & permata,
Antara buruk & baik..

Benarlah aku telah tertipu...

Penyesalan,
Rasa terkilan,
Berputus asa,
Berputus harapan,
Kekecewaan...

Semuanya seakan sudah tiada kegunaan.

Mana yang pergi,
Mana mungkin boleh kembali...

Mana yang hilang,
Mana boleh dicari ganti,
Yang sempurna sama.
Kerana dia.. hanya ada satu.
Hanya satu saja yang seperti dia.

Maafkanlah..
Maafkanlah diriku yang jahil & terburu-buru ini.
Keputusan yang ku rasakan sudah benar,
Rupanya adalah yang terburuk sekali.

Apapun padaNya,
Tetapku panjatkan kesyukuran.
Kerana terpilih untuk diuji.
Walau carikan ujian ini..
Meninggalkan luka yang dalam,
Serta parut yang sangat buruk..


Benarlah kata Imam al-Ghazali,
Bersahabat dengan tukang besi,
Tercarik baju terkena serpihan api.
Sebaliknya pula..
Wangi bersemi dek sahabat penjual minyak wangi. 

Carilah, Dekatilah & Pilihlah,
Sahabat yang memegang agamaNya sebagai tali hidup.
Sahabat yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup.
Sahabat yang mencintai Allah & memikirkan Allah dalam setiap saat hidup.

Andai kau marah, dia memberikan kesabaran.
Andai kau tersasar, dia menunjuki jalan.
Andai kau tersilap, nasihat nya pula berpandukan Islam.
Kata-katanya manis,
Tiada dendam, perli & keji.
Tiada niat buruk yang tersirat.
Kerana hubungan mahukan redha Allah sebagai ganjaran.

Sesungguhnya,
Kawan, teman & sahabat itu jauh benar bezanya..

Ya Allah..
Walau aku bukan Asiah Yusra..
Untuk mendapatkan Elya Khadijah sebagai sahabat sejati..

Aku redha..
Kerana aku mengerti..
Kau mahu aku hanya bergantung & berpegang padaMu..
Mungkin jika ku diberikan nikmat sahabat yang solehah..
Dia mungkin akan mencuri perhatianku melebihi diriMu..

Alhamdulillah..
Besarnya ibrah yang kuperolehi dari ujian ini ya Allah...

Alhamdulillah..




10.29 pm | 12/5/2011 | Thursday
Seksyen 10, Shah Alam.


p/s: 2 bulan di shah alam.. Mudah-mudahan Allah redha.