Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts

Friday, November 26, 2010

Award Untuk Kamu. :)


Salam alaik.. Alhamdulillah, masih ada yang sudi follow blog ini walau tak ber-update. Mudah2an beroleh manfaat.. 

Sebenarnya ingin menukilkan sesuatu di sini sebelum balik. Idea juga sudah ada, namun masa tidak mengizinkan.. Tak mengapalah, panjang umur, insyaAllah mungkin boleh berkongsi di lain masa. Doakan. :)

Di kesempatan ini, penulis ingin memberikan award kepada follower yang ke 300 dan ke atas. Sokongan kalian amatlah dihargai, & membuatkan penulis terharu. Terasa semakin bersemangat untuk berkongsi dengan kalian. Sharing is caring, right?

Teruskanlah mengikuti laman yang serba kekurangan ini & berilah teguran sekiranya ada kesilapan & kekhilafan. Penulis juga hanyalah insan biasa, hamba Allah yang dhoif & masih bertatih untuk menyusuri jalan pencintaNya..

Sementelah penulis akan bercuti selama sebulan, ada kemungkinannya blog ini tak akan  di-updatekan dalam tempoh tersebut. Namun, doa-doakanlah kita punya jodoh untuk bertemu lagi. 

Juga cuti yang ada jangan sesekali biarkan dakwah, iman kita juga bercuti. Keep moving on. Jangan diri semakin baik dari hari ke hari.. serta awal sesuatu perbuatan atau tindakan, perbetulkanlah niat. Pastikan semuanya semata2 demi mendapatkan keredhaan dari Allah semata-mata..

Sebelum mengundurkan diri untuk bersiap pulang ke pangkuan keluarga; menaiki bas pukul 10 malam ini, penulis ingin memohon kemaafan dari pembaca yang pernah singgah di sini & tersinggung dengan mana-mana tulisan, nukilan atau coretan dari penulis. Maafkanlah ya..

Sampai di sini sahaja dulu. Mudah2an bertemu lagi. Award di atas saya cipta khas untuk kamu semua. Teruskan mengikuti para pencintaMu & semoga Allah terus meredhai kita semua.


Allahu 'alam. Ilalliqa'.. :)

Salam warahmatullah.. 

Wednesday, June 30, 2010

Tag: Award. :)

Salam warahmatullah,

Pertamanya syukran kepada pemberi award, ukhti zulsyaheedah atas award yang sangat kawaii ni. :) . Mudah-mudahan, ukhuwah kerana Allah di persada dakwah maya ini akan mendapat keredhaanNya, insyaAllah.

Keduanya, aku dikehendaki menjawab tag- di bawah;

1) ceritakan bagaimana usaha korang untuk mencomelkan blog korang.

* Menulislah kerana Allah SWT. Semua usaha dengan niat lillahitaala pasti akan nampak comel kan… ;p

2) website yg korang slalu pegi utk membantu korang mengedit blog.

* Banyak. Dik, perlu disenaraikan ke…? :)

3) tuliskan lima point yang menggambarkan diri korang.

Sebagai hamba Allah, aku sepatutnya seperti ini;

* Punya sekeping hati untuk beriman kepadaNya.
* Punyai satu akal untuk mentafsir kebesaranNya.
* Punyai mulut untuk melafazkan kesyukuran kepadaNya.
* Ada sepasang mata untuk menyaksikan keagunganNya.
* Ada sepasang telinga untuk mendengar kalam cintaNya.

Mudah-mudahan diriku tergolong dalam golongan tersebut. Amin2, insyaAllah.. :)

4) tag kawan2 korang yg korang rasa patut menerima award ini.

* Ukhti Azmah.
* Ukhti Umi Adibah.
* Ukhti Asma'.
* Ukhti Nurr Kasih.
* Ukhti Nisa
* Ukhti G-ja

Dipersilakan semua follower para PencintaMu untuk mengambil award di atas. Syukran ‘ala ziarah. Mudah-mudahan beroleh manfaat yang besar bagi antum semua. Moga2 kita semua sentiasa dilimpahi rahmat & keredhaan Allah. InsyaAllah.


Wallahu 'alam.



Sunday, March 28, 2010

Award.


"Wajiblah cinta-Ku bagi mereka yang berkasih sayang kerana-Ku"
(Hadith Qudsi)


Salam warahmatullah.

Entri ini adalah entri khas. Hari ini & semalam aku telah di-tag oleh 2 orang sahabiah yang baik hati. Mereka yang beri aku award ni. Maka, haruslah aku menyelesaikan tugasan yg diberikan.

1) Thank and link the person who gave you the award.
2) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3) Contact said Blogs and let them know they've won the award.
4) State 7 things about yourself.

Baiklah.


Pertamanya; syukran jazilan kepada 2 serikandi Islam yg amat kukagumi;
Ummi Adibah & adik Zuhelsyaheedah atas award yg diberikan. Mudah-mudahan ukhuwah yang terjalin kerana Allah ini akan terus kukuh & memberi manfaat kepada bukan saja diri kami tapi jua kepada agama & ummah, insyaAllah. :)

Keduanya; aku menghadiahkan award ini kepada 15 bloggers yg juga kukagumi & kuhormati. Memandangkan award ini dinamakan sbg Beautiful Blogger, maka moleklah kalau aku bagi pada bloggers wanita saja. (^^)y

Serikandi2 yang kuhadiahkan award ini adalah seperti berikut;


3) InsyaAllah, rasanya semua dah dijemput. Nama-nama di atas adalah nama yg cukup dekat dalam hatiku. Terimalah award di atas sebagai tanda kasih dariku.

Kepada sahabiah yang namanya tak cukup untuk ku senaraikan, dengan rendah hatiku, dipersilakan untuk mengambil award ini juga. :) Teruskan menziarahi teratakku ini utk menasihatiku & menegurku andai aku kekhilafan. Moga Allah sentiasa merahmati kalian semua.. :) Ukhuwahfillah abadan abada, insyaAllah.



Bagi award yang kedua ini, aku namakan 12 bloggers yang bagiku blognya memberikan inspirasi kepada pembacanya, insyaAllah.

Dipersilakan;


Tugas yg anda perlu selesaikan jika berkelapangan ialah;

1) Sila link-kan pemberi award ini & pendapat kamu tentang cadangan pembaikan blog beliau.
2) Sila beri award ini kepada 12 bloggers yang memberi inspirasi kepada anda.
3) Antara Fiqah, Aqidah, Sirah Nabawiyah, Akhlak, & kajian Quran (tilawah) & Hadis [sekadar menyebutkan beberapa], bahagian ilmu manakah yang paling anda sukai?
4) Senaraikan 10 buah buku ilmiah [sertakan nama penulis] yang telah anda baca & memberikan inspirasi kepada anda.
5) Senaraikan 5 Surah di dalam Al-Quran yang paling menjadi kegemaran anda & nyatakan sebab.

Itu saja soalannya. Syukran atas kesudian anda semua. Teruskan tsabat di jalan Allah. Moga Allah merahmati kalian semua, insyaAllah. :)




Kepada rakan-rakan yang namanya tidak tersenarai, jangan berkecil hati. Selagi mana kalian ber-blogging untuk menegakkan agama Allah, selagi itu kalian berhak untuk mendapat award ini. :) silakan.. :)

Akhir kalam, renungilah kata-kata ini;

"Jika Islam diibaratkan sebuah rumah usang yang hampir roboh, akan ku merantau ke seluruh pelosok dunia bagi mencari JIWA2 MUDA. Aku bukan mahukan dari mereka, bilangan yang ramai, tetapi aku mahukan golongan yang benar2 ikhlas dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Jika aku menjumpai mereka, akan kuubah Islam itu dari rumah usang tadi kepada sebuah bangunan yang cantik dan tersergam indah." (As-Syahid Imam Hasan Al-Banna)
Hayati juga Firman Allah;
Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa. (Az-Zukhruf : 67)

Salam ukhuwahfillah semua.. :)




p/s: Silakan semua ambil award ini & sudi-sudikanlah untuk menjawab 5 soalan yang diberi. Soalan tersebut adalah tambahan dariku & bukannya dari tugasan asal.. hehe. (^^)y Nak juga tahu apa jawapan kalian. Sudi-sudikan menjawabnya. Tapi tak perlu jawab kalau rasa menyusahkan.. :)

*Niatkan dlm hati utk ikhlas berkongsi. Mungkin perkongsian senarai buku2 & senarai surah-surah tersebut memberikan inspirasi kepada yg lain2.. Moga-moga jawapan kalian nanti akan memberi manfaat, insyaAllah. :)


Monday, September 14, 2009

AWARD season 2 :)


Salam warahmatullah...
Alhamdulillah...
Hari ibadah puasa berjalan lancar.. (setakat pukul 3.30 ni lancar lagi... :))
Oh Tuhanku.. lancarkan semua urusanku hari2..

Balik je dari foyer library (utk tengok schedule jaga kaunter Bio-society), terus on laptop.. Uish.. En. Dzul, err.. Pn Norma sekali; RE: sila pantau keadaan anak encik nih.. Fiil buruknya bertambah menjadi2 ni.. :)

Apapun.. rasa terharu bila baca post Ummi Adibah.. Ayuhai... 'sahabat maya'ku yang seorang ni benar2 dah merantai hatiku.. ceh..

Tapi.. jujur aku memang terharu...

Serius... mana tak berair mata membacanya.. pujinya melangit.. sedangkan aku hanya manusia hina dan xla secomei ummi pun... (sounds humble..)

Ummi2.. anti banyak dah bagi semangat kat ana.. thanks my dear. Ana bagi satu award, anti balas 2 award.. (how sweet...) :)


Jujur, hatiku memang senang benar terusik.. perasaanku pada Ummi sama macam perasaanku pada Kak Farah (Naqibah My-usrahku). Aku sangat sayang kedua2 calon bidadari syurga ini.. kerana aku dapat merasakan keikhlasan hati mereka dalam menjalinkan ukhuwah denganku. Kasih kami kerana Allah... :)

Dah2... cukup2.. sambung tugasan anda, wahai saudari syauqah.. hehe.

okeh2..

1> sila nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award: UMMI ADIBAH a.k.a Serikandi Umar; (nama gelaran untuk Ummi yang sangat berani...)

*Ummi is the person that really make me feel blessful, thru 'the spirit words', the supports, the courage... and oso the love as 'sahabat', sincerely...
*I really admire on her words in her posting.. each of them!
*Ummi is one type of lady who looks rough in her words, but really humble in her deep inside. I know... :)
*I'm just knowing her, but my heart had been stolen my her... ! (from the way she treat me and oso the niqab..) :)
*Ummi tak kasar.. Ummi bukan perempuan gila.. (as what she thinks) but, ummi is the soon to be-mujahidah of Islam... :) InsyaAllah.. kita sama2 kejar gelaran itu...

Kami nampak macam dah kenal lama... padahal baru je kenal.. kan Ummi? Kerana cinta itu milik Allah, maka Dia berhak memberinya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.. :)

2> 10 facts about me..

ala... hari 2 baru posting...

skip2... :)

3> Beri award ini kepada 10 rakan blogger anda;

Dengan ini aku mengumumkan; sesiapa yang menjadi telah pun menjadi follower http://syauqahwardah1209.blogspot.com,
silalah, dengan segala hormatnya, mengambil award anda... :)

Terima kasih semua...

Semoga ukhuwah kita terus berkekalan demiNya dan agama yang Mulia ini.. InsyaAllah.. :)




p/s Infinite thank 'yous' dedicated to my lovely ex-lecturer; Mdm Norazrin Arifin for the advices.. love u oso.. :)

Sunday, September 13, 2009

AWARD... :)


Salam warahmatullah..

Ana dapat award dari ukhti Syauqah Mujahidah. :)
amboi, senyum lebar... thanks Syauqah..

Happy2 juga.. ada assignment yang perlu disempurnakan ni..

1> kena letak 5 fakta menarik tentang pemberi award: Syauqah Mujahidah;

-seorang ukhti manis yang agak misteri... hehe
-nama pena kami sama, "syauqah". Bermakna duri..
-walaupun tak kenal rapat dan tak pernah bersua muka, tapi ana pasti.. ukhti syauqah adalah seorang muslimah yang baik...
-blognya bagus!
-hm... ukhti syauqah adalah antara mujahidah Islam yang berani dalam tulisan2 nya. teruskan perjuangan!! :)

2> kena nyatakan10 fakta tentang diri sendiri;

-ana berasal dari Jempol, Negeri Sembilan.
-Menyambut hari lahir semalam; 12 september
-Berumur 21 tahun.
-pelajar sains gunaan (biologi) di USM penang.
-anak ke-3 dari 5 adik beradik. 2 abang dan 2 org adik perempuan..
-ana boleh jadi sangat pendiam.. dan ada masanya suka bercakap.. hehe.
-ana suka warna merah, putih, ungu dan hitam. Tapi tak tahulah kenapa blog ni warna merah jambu ye.. (semangat femininisme menjalar dalam diri... :) hehe)
-hm.. banyaknya 10.. tak tahu nak merapu apa lagi nih.. hm... ana suka tengok orang.. tengok.. meneliti... dan berfikir.. (bukan mengumpat ye!) hehe. xla, ana memang suka tengok orang..
-ana seorang yang pemalu tapi suka senyum... :)
-last but not least, i'm just a simple person.. :) kesederhanaan itu penting..

Alhamdulillah.. habis jugak..
eh.. eh..
lupa... ada assignment ke-3..

Dan yang terakhir, sila beri award ini keada 10 orang yang anda anggap istimewa;

Semua follower ana istimewa... :)

Jadi korang ambillah sendiri award ni ye..

Tapi, ada nama yang ana nak highlight kan.

-ukhti ummi habibah; nah amek... special for u... :)
-ukhti bazliah rodzi atas nasihat berharga y pernah diberikan..
-ukhti yanayeir sebab rajin ziarah + beri komen..
-ukhti farah rahim sebab rajin ziarah juga.. :)

dan tentunya;

-ukhti syauqah :)

Kepada semua follower blog-syauqahwardah1209.blogspot.com, terimalah award ni... jangan lupa posting ye.. :)

terima kasih semua..