Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Sunday, February 13, 2011

semuanya untukMu..

 


Aku rindukan suasana ramadhan yang lepas. Suasana bila mana begitu pemacu untuk memperkencangkan ibadah. Hari-hari yang berlalu selepas ramadhan yang sudah menjauh ini buktinya bahawa apakah momentum istiqomah, semangat serta kekuatan untuk beribadah itu akan kekal atau hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam atau bermusim cuma.

Alhamdulillah, sementelah ‘kerja’ku yang sudah pun berjaya disiapkan kelmarin. Terasa seperti hendak melayang dek ringannya terasa bahu, semacam benang belonku yang terikat di batu-bata beban itu sudah pun dibuka. 

Doakan semoga ‘kerja’ku itu  berjaya. insyaAllah.

Setelah sekian lama tidak menulis entri baru, hari ni terasa segan pula mahu menaip lagi, terasa seperti tidak ada apa-apa yang manis untuk dikongsikan. Kalau begitu, bolehkah aku bercerita sesuatu dengan kalian.? :D

Bagaimana kiranya...?

Situasi 1.

Seseorang pernah bertanya kepada salah seorang sahabatku; apakah ciri-ciri lelaki idamannya. Bagaimanakah ciri-ciri pria yang dia mahukan. Dia benar2 ingin tahu sebab musabab sahabatku itu tidak mahu berpacaran. Almaklumlah, umur pun sudah meningkat. Kalau tidak bercinta pun, sekurang-kurangnya sudah patut ada calon kata mereka.

“Apa yang kau cari? Nak yang beserban ka? 24 ke masjid? Alim waro’ macam pak imam?” nada perli di situ.

“Kau tak menyesal, tak rasa rugi ka andaikata suatu masanya nanti, kau begini sabar menahan diri, jaga itu, jaga ini. Tapi akhirnya kelak kau dapat jodoh yang biasa-biasa saja. Buaya darat. Bekas banyak perempuan. Solat pun tak sempurna. Agak-agaknya macam mana tu?”

“...... yala. Kau kata kapel pon kau tak pernah. Tapi entah-entah esok lusa suami kau tu pernah ber-kapel punyala banyak kali. Kau yang kononnya suci ni dapat bekas-bekas orang lain ja macam tu. Ha.. apa nak kata? ”

Situasi 2.

“Rajinnya belajar, tak lokek ilmu pula tu.. baik akhlak, kuat ibadah. Tak pernah sakitkan hati orang.. macam mana ea, kalaulah bila result keluar nanti, kamu tak dapat DL? Atau result kita yang jahat2 ni lagi tinggi dari kamu yang beria dok ajar kami ni. Kamu mesti sakit hati kan? Yela... macam tak adil.” Kata dia pula kepada sahabat yang ketika itu duduk di sebelahku.

Aku lihat wajah sahabatku itu. Dia memang solehah. Baik, sopan, rajin belajar & jarang menyakiti hati manusia yang berada di sisinya.

Dalam kedua-dua situasi ini, aku pasti, ada juga di antara kita semua yang pernah mengalami perkara yang sama seperti yang dialami oleh sahabatku itu.

Waktu itu, kami hanya tinggal berdua. Aku pandang wajahnya. Dia juga pandang aku. Lalu, dia senyum.

“Jangan buruk sangkalah... mereka tak tahu tu. Setiap apa yang ada di dalam hati kita, apa yang kita fikir, tidaklah sama antara satu sama lain.” Katanya lembut.

Aku senyum. Senang dengan kata-katanya. Jelas kejernihan hatinya yang tergambar melalui bicara katanya yang baik itu.

Betul. Jangan berburuk sangka tidak tentu hala. Jangan fikir apa yang kita fikir, sama dengan cara orang lain berfikir atau apa yang orang lain fikir.

Ada manusia, jadi soleh, jadi solehah, dengan niat untuk mendapatkan bakal zauj atau bakal zaujah yang soleh & solehah juga.

Ada manusia, jadi soleh, solehah, beramal banyak, berakhlak baik, berulang alik ke masjid semata-mata kerana mahu mendengar pujian daripada manusia lain di sekelilingnya. Dia mahu orang puji dia baik & sebagainya.

Ada yang kuat belajar kerana nak dapat kerja bagus. Nak capai cita-cita. Nak banggakan mak ayah, adik, family. Ataupun kerana dicabar oleh orang lain.

Ada yang buat kerana itu. Ataupun kerana ini. Ya. Mana kita tahu apa yang tersirat di hati orang lain. Jadi seboleh-bolehnya perlu letak sangka yang baik pada toplist kita. Sebab kadangkala, hati sendiri pun kita tak dapat nak tafsirkan & faham hakikatnya.

Manusia ini sifatnya suka berubah & memang sangat senang berubah. Ibarat pantai yang dihambat oleh ombak.

Mungkin saja, kita ini yang kononnya kita sangkakan benar sudah baik rupanya lebih hina dari orang yang kita buruk sangkakan itu. Nauzubillah.

Aku percaya, setiap apa yang kita lakukan adalah berbalik semula kepada niat kita. InsyaAllah, kalau betul kita kenal Allah, insyaAllah kita kenal diri kita. Bila kita kenal diri kita, kita akan tahu, kita akan rasa samada dalam hati kita itu hitam kah, putihkah, kuningkah atau ungukah dia.. :D

Mudah-mudahan, hati kita & niat kita adalah jernih & lillahi taala semata-mata.

Bila Badai Melanda. Allah Mahu Menguji.

Bila mana kita lakukan sesuatu itu beralasan, yakni bukan kerana Allah. Nescaya bila kita tidak dapat apa yang kita hendak itu, kita akan kecewa. Kita akan putus asa.

“Penat aku jadi baik. Penat dah aku tahan semua keinginan aku. Mana pernah aku kapel. Mana pernah aku pegang tangan gf macam orang lain. Mana aku pernah dating, buat maksiat semua tu! Tapi kenapa last-last aku dapat kau? Aku dapat perempuan yang dah tak suci macam kau ni sebagai isteri...?” [dialog drama. Skrip semata2. :D]

Hancur berkecai sudah hati kita.

“Punyalah penat aku stay up, study 24 jam. Solat tak tinggal. Nak jawab xm pun baca doa. Solat hajat tak lupa. Yasin setiap minggu aku join kat masjid. Tapi kenapa at last aku tak dapat capai target aku...? unfair!” [sekali lagi skrip drama semata2. :D]

Bersepai sudah harapan kita.

Kesimpulan

Mari kita duduk sejenak. Renungkan sebentar hadis Rasulullah saw ini; yang bermaksud:

"Tidak (diterima) amal-amal itu, melainkan menurut niat. Seseorang tidak akan dapat, melainkan apa yang ia niatkan. Lantaran itu barang siapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka pahalanya itu ialah (pahala amalan) kerana Allah dan RasulNya dan barang siapa berhijrah kerana dunia, nanti ia dapat dunia itu, atau kerana perempuan nanti ia kahwin dengan perempuan itu, (singkatnya) ganjaran hijrah itu menurut niat ia berhijrah". (HR Bukhari)

Lalu, kita cuba fahami pula kata2 as-syahid imam Hassan al-Banna ini;

"Niat yang ikhlas adalah seluruh ucapan, perbuatan, ibadah, dakwah dan jihadnya semata-mata demi Allah & mengharap keredhaanNya serta ganjaran baik, tanpa memandang keuntungan, kemasyhuran, kedudukan (kemuliaan), gelaran, kemajuan ataupun kemunduran. Dengan demikian, ia menjadi "pejuang fikrah dan aqidah", bukan "pejuang kepentingan dan cita-cita peribadi".

Anda perasan tak, kita perasan tak..? Dalam apa jua permasalahan yang kita hadapi di dunia ini, kesudahannya tetap akan kembali kepada Allah swt.

Kembalilah pada Allah, insyaAllah, kita tidak akan kecewa.

Niatkan kerana Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Jadi baik, belajar, tidur, minum, mandi, solat, pergi ceramah, pergi masjid, buat kerja persatuan.. semua-semua pun, niatkanlah kerana Allah.

Ingat semula janji kita dalam doa iftitah yang kita lafazkan di dalam solat kita saban waktu. Juga telah Allah peringatkan janji itu dalam firmanNya;

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan Dengan Yang demikian sahaja Aku diperintahkan, dan Aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam Yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)." [Al An'aam : 162-163]

Perbetulkan niat kita.

Kenapa kita sanggup lakukan apa saja demi kekasih gelap kita, sanggup bazir duit, sanggup gadai itu, gadai ini.. kita berkorban tanpa merungut & mengharapkan apa-apa balasan pun. Semuanya demi cinta itu.

Persoalannya, kenapa dengan Allah kita mahu berkira? Kenapa kita banyak merungut dan meminta balasan itu & ini daripada Allah? Sedangkan memang itu sudah tanggungjawab kita ini sebagai hambaNya. Astaghfirullah hal adzhim.. biadapnya kita...

Kalaulah kita sedar kita ini hanya hamba, tentu kita malu untuk meminta apa-apa pun daripada Allah.

Akhir kalam, kembalilah semula ke posisi kita sebagai hamba. Lakukanlah apa yang Allah suruh & jauhkan apa yang Allah larang. Selebihnya, jika Allah mahu member kita ganjaran, itu terpulanglah kepada Dia.

Ayuh semua. Berhentilah merungut, berhenti bersikap ‘demand’. Kita langsung tak layak untuk itu. Ingatlah, dunia ini hanyalah sementara. Hakikatnya, akhirat itu jualah yang kekal abadi.

Mudah2an hingga ke saat ini, Allah masih redha dengan setiap nikmat yang diberikanNya kepada kita... 

ya Allah, semua ini untukMu. semuanya untukMu kerana segala-galanya adalah milikMu..

Allahu ‘alam.


p/s: salam maulidurrasul. Perbanyakkanlah selawat ke atas baginda nabi. Mudah2an termasuk kita dalam golongan yang mendapat syafaat baginda kelak. amiin.

8 comments:

  1. point yg sgt baik. ikhlas dalam menjaga ikhtilat. membuka mata

    ReplyDelete
  2. ya.. sebaik2 niatkanlah kerana Allah. niatkan krn dunia membuatkn kita rugi krn tiada bekalan utk kita bawa ke akhirat kelak..

    allahu 'alam.

    syukran sudi singgah..

    ReplyDelete
  3. yaAllah,mintak mintaklah segala apa yg dibuat di dunia ni semata mata niatku keranaMu.
    jauhkan diriku dr bisikan halus syaitan.

    ReplyDelete
  4. salam kak.. :)

    first of all, SANGAT suka entri ni. baru baca. huhuu....

    terkena diri sendiri. :)

    niat.

    ^^ moga dipermudahkan..

    thanks 4 this lovely post. :)

    p/s: sgt sayang kak intan. :)

    ReplyDelete
  5. salam anis.. :)

    tu la tu.. perkongsian ni utk jdi guideline buat diri akk & kita semua.

    walau apa jua jadi, semuanya untuk Allah semata2 supaya apa yg kita buat tu x sia2, insyaAllah. :)

    p/s: wo ye hen ai ni.. :)

    ReplyDelete
  6. akak assalamualaikum.. maaf lah lari topik tapi entah kenapa hati sy rasa pilu. rakan baik saya dicintai seorang lelaki soleh yang tidak mahu couple dengannya tapi memilih untuk meletakkan urusan jodoh mereka di tangan allah. lelaki itu menghadiahi rakan baik sy satu set pakaian muslimah yang lengkap. saya sangat terharu tapi pada masa yang sama saya rasa pilu teramat kerana sebelum saya berhijrah saya pernah bercinta dengan ramai lelaki tapi tiada pon antara mereka yang soleh dan menghadiahi saya dengan barangan muslimah. dan kini saya sangat gembira sekiranya saya dihadiahi barang begitu oleh seseorang. adakah lelaki yang saya tunggu2 belum tiba lagi ataupun ni cuma bisikan syaitan agar saya merasa iri hati dengan sahabat saya itu? kak tolong contect sy di email ni dhia_dhianna@yahoo.com. saya betul2 harap akak contect saya. syukran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam dik.. :)

      InsyaAllah, lelaki2 & perempuan2 yg soleh & solehah memang tidak akan bercouple & mengelak untuk bercouple sebelum bernikah.

      somehow, akak faham apa yg adik rasa. kita perempuan mmg sifatnya suka apabila dihargai & disayangi. Apatah lagi oleh seorang lelaki soleh yg mencintai kita krn Allah. Hal ini terbukti apabila dia tidak mengajak kita bercouple sebaliknya terus bertemu dengan wali tercinta bagi menyunting kita menjadi suri di hatinya. subhanallah.

      Adik.. bersabarlah. Yakin & percayalah dengan janji Allah di dalam surah an-Nur bahawasanya lelaki2 yang soleh hanyalah untuk perempuan2 yg solehah. tiada cara lain untuk memiliki suami yg soleh melainkan dengan menjadikan diri sendiri wanita yg solehah; serta memperbanyakkan doa & munajat kpdNya.

      Allah itu tidak zalim.. Allah tahu apa yang baik buat setiap hambaNya.

      Buktinya, shbt-sahabiah akk yang soleh & solehah masing2 Allah jodohkan dgn pasangan yg sgt berpadanan dgn akhlak mereka. sungguh sepadan & secocok. masyaAllah, Alhamdulillah.

      Kita boleh berdoa & menghrpkan yg baik2 utk kita.. tetapi seiringkan juga dgn usaha utk kita menjadi baik utk memperolehi ganjaran yg terbaik itu, insyaAllah.

      Teruskanlah memelihara maruah diri krn Allah. InsyaAllah, apabila tiba masa yang tepat, Allah akan hantarkan jodoh yg soleh utk adik, lebih baik tanpa disangka2..

      Berpeganglah kpd Allah sbg pegangan kita yg paling kukuh. Jadilah hambaNya yg solehah, taat kpd suruhanNya yg wajib, rajin pula membuat ibadah yg sunat, menjauhi segala yg haram & apa yg tidak disukai Allah segera dijauhi.

      InsyaAllah, jika kita bersungguh-sungguh menjaga hak Allah, Allah akan sayang kpd kita. Jika Allah sayang kpd kita, tentulah Allah akan mengurniakan yg terbaik buat kita.

      Berusaha menjadi solehah, berdoa utk dikurniakan psgn yg soleh. InsyaAllah, Allah akan mengurniakan apa yg setimpal buat kita. Berpadanan dgn keimanan & akhlak kita. insyaAllah.

      p/s: sebarang diskusi lanjut, ingin berkongsi cerita & saling nasihat-menasihati, insyaAllah boleh contact akk melalui emel: syauqahwardah1209@gmail.com.

      sudi2lkanlah juga untuk membaca catatan hati akk berkenaan jodoh di sini:
      http://syauqahwardah1209.blogspot.com/2011/07/bicara-hati.html

      mudah2an bermanfaat.. semoga Allah meredhai..

      Delete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."