Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Sunday, March 10, 2013

Apabila Taman Di Sebelah Lebih Indah.



[Original Draft; Early 02 2013 - Edited 070313]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Selawat & salam atas junjungan mulia Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam..


***
[Prolog]

Harumnya taman jiran sebelah..
Penuh mewangi dengan mawar nan merah..
Dilitupi dengan jalan berturap tar..
Nampak indah..
Nampak mewah..

Setiap hari tak pernah terlepas dia melihat keindahan taman jirannya itu.
Sambil mengeluh, 'mengapa taman aku tidak seindah itu..?'
Tanpa dia menyedari bahawa tabiatnya itu menyebabkan dia terlupa menghargai taman di tanahnya sendiri.

Hakikatnya, tamannya juga sedang mewangi dengan sakura yang berterbangan..
Berguguran ke tanah bak salju merah jambu..
Yang mempesonakan ribuan mata lain yang memandang..
Bahkan ada juga di antara mereka yang bertanya soalan yang sama...

'Mengapa taman aku tiada berbunga sakura...?'

Allah..... 
Manusia... 
Memang tak pernah merasa cukup.

Bahkan, jarang sekali bersyukur....


***
Seseorang yang saya hormati pernah menasihati; 

"Jangan mencemburui jalan indah yang dilalui oleh orang lain hingga terlupa hendak mensyukuri jalan yang telah Allah kurniakan, lorongkan untuk kita.... yang juga serba indah namun mungkin kita tidak perasan lantaran cemburunya kita kepada rezeki yang Allah berikan kepada orang lain..."


***


Sebagai insan yang imannya selalu naik & turun, seringkali kita ni kan (saya terutamanya)..... cemburu pada rezeki yang Allah kurniakan kepada para hambaNya yang lain. Kadangkala, tanpa sedar cemburu itu membuta tuli secara keterlaluan. Menjadikan kita lebih banyak merungut, complain itu ini, tidak berpuas hati & sangat....... kurang bersyukur.

Tak jauh pun.. diri saya sendiri pun pernah juga 'ter'cemburu apabila melihat kawan-kawan seumur yang sudah mampu menunaikan kewajipan kepada ibu bapa yang sudah tua dengan lebih baik dari segi materialistik, membantu dari segi kewangan dan sebagainya. Malah ada di antaranya yang sudah pun membawa mereka ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah & haji sepenuhnya atas perbelanjaan si anak ini tadi. Subhanallah. Respect!

Agak 'ter'cabar juga apabila melihat mereka yang dahulu pernah sama-sama mengantuk di dalam kelas kini sudah pun berkarier hebat, memandu kereta idaman & sudah mampu memiliki serta menunaikan satu persatu rencana yang telah lama dirancangkan. Sedangkan saya masih berebut-rebut dengan undergrad students untuk ke kelas menaiki bas universiti. Allah.... Bahkan yang lebih junior pun sudah menunggu panggilan konvokesyen Master-nya.

Allah.... rasa macam saya ni kerdil sekali. Sehelai sepinggang lagi. Allah.. malu sekali. Dua kali. Tiga kali. Macam ditampar berkali-kali hingga malu mengangkat wajah.

Tepuk bahu sendiri & beri motivasi; 
"Tak apa, sabar. Kita teruskan merancang, membuat persiapan, berusaha menuju ke arah matlamat yang dituju. InsyaAllah.."

Lepas tu, senyum & banyak-banyak panjatkan kesyukuran kepada Allah.. Setidak-tidaknya Dia masih Memberikan peluang untuk kita memohon keampunan & memperbaiki diri. insyaAllah.. :)

Kena pujuk hati banyak-banyak. Kena istighfar banyak-banyak. Ingat pesanan kekasih yang paling Allah & kita cintai; Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda bahawasanya hendaklah kamu memandang orang yang di bawahmu (lebih susah daripadamu) supaya kamu tetap merasa kurniaan Allah padamu cukup besar & tetap merasa cukup, bersyukur.

Maka, bagaimana ditenteramkan nafsu ammarah *1 yang bergelodak itu tadi?

Sudah tentulah... kepada Allah diri ini kembali.

Tiada cara lain untuk menenangkan hati. Tiada cara lain untuk menghapuskan & menyahkan 'rasa' itu dari dalam hati melainkan dengan memandang kehidupan ini dari sudut pandang yang lebih luas. Pandangan Allah, pandangan akhirat.





Mari istighfar.

"Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya telah Dijamin Allah rezekinya. Dia Mengetahui tempat kediamannya & tempat penyimpanannya .*2 Semua (tertulis) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)." [Hud (11) : 6]

Setakat sampai ke helaan nafas ini, semuanya dalam genggaman Allah. Semuanya adalah ketentuan Allah. Mana kita mampu menelah apa yang terjadi secara tepat apa yang akan berlaku esok hari. Bahkan kita tidak mampu memutar kembali masa yang berlalu hatta walau satu saat! MasyaAllah.

"Dan jika Kami Berikan rahmat Kami kepada manusia, kemudian (rahmat itu) Kami Cabut kembali, pastilah dia tidak berterima kasih. Dan jika Kami Berikan kebahagiaan padanya setelah ditimpa bencana yang menimpanya, nescaya dia akan berkata; 'Telah hilang bencana itu daripadaku'. Sesungguhnya dia sangat merasa gembira & bangga, kecuali orang-orang yang sabar, & mengerjakan kebajikan, mereka memperolehi ampunan & pahala yang besar." [Hud (11) : 9-11]

Sekali lagi.... tanpa sedar, kita terlupa bahawa dunia ini hanyalah sementara. Akhirat itulah tempat yang abadi. Dunia hanyalah tempat kita diuji, bukannya menerima ganjaran. Ganjaran yang sebenar-benarnya adalah apabila segala amalan kita di dunia ini dihitung di Yaumul Mahsyar kelak. Jika Allah menerima & meredhai semua amalan kita, maka syurgalah ganjaran kita. Jika sebaliknya, ke nerakalah kita.

Rezeki, kelebihan, nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita hari ini adalah ujian untuk kita. Ia adalah wasilah untuk mencari keredhaan Allah, sekali lagi diingatkan, ianya wasilah, & bukannya ganjaran. Allah Uji, samada kelebihan itu kita gunakan untuk jalan Allah atau sekadar kehendak diri sendiri?

Apakah kita gunakan segala nikmat itu untuk menunaikan hak Allah? Maka, jangan sesekali salah faham.

"Alhamdulillah, aku dapat 4 flat sem ni atas usaha aku study kuat-kuat."

"Alhamdulillah, Allah ganjarkan aku suami yang soleh setelah penat lelah aku menjadi perempuan yang baik selama ini.."

"Finally segala kerja keras aku di universiti terbalas after aku dapat kerja best-best, dapat beli kereta best, rumah best, gajet best."

Mari senyum akan kejahilan & kelalaian kita.
Allah.. nampaknya telah tertipu kita.

Wahai saudara-saudariku, itu bukan ganjaran...
Itu ujian.

Kelak di akhirat, Allah akan tanya,
"Aku bagi 4 flat dulu, apa yang kau buat dengan kejayaan itu? Adakah kau menyumbang untuk Islam? Ada tak kau didik anak bangsa, seagama dengan kau, agar mereka menjadi semakin mengingatiKu?"

Allah akan bertanya;
"Ha.. kau dulu kat dunia aku bagi suami yang soleh... ada tak kau manfaatkan suami yang soleh itu untuk menjadi hambaKu yang lebih baik? Telah kau usahakan sehabis baik atau tidak untuk membantunya untuk menjadi khalifah yang terbaik di bumiKu kala itu? atau dia semakin lupa kepadaKu setelah berkahwin dengan engkau?"

Juga tidak terlepas;
"Kerja yang kau agung-agungkan dulu tu... ada tak kau niatkan untuk kemaslahatan agamaKu? Kereta besar mewah yang Aku bagi pinjam dulu tu... ada kau jadikan wasilah untuk menyebarkan dakwah, ada kau wakafkan untuk jemaah bagi membawa anak-anak usrah ke tamrin & kursus tarbiyah, ada buat kau makin rajin pergi ke majlis-majlis ilmu untuk memperbaiki amalanmu? Tak lupa.... gajet terbaru & moden tu yang boleh wifi 24 jam tu, kau gunakan untuk memberi peringatan kepada manusia tak? Kau ada menasihati saudara-saudaramu yang lain tak? Ada kau pasangkan ayat-ayat Quran untuk ingat kepadaKu tak?"

Allah beri pinjam nikmat, rezeki & kelebihan, bukanlah untuk dibangga-banggakan, disalahgunakan. Bahkan lebih banyak pinjaman yang diberikan Allah kepada kita, makin panjanglah list soalan yang bakal ditanyakan kepada kita di akhirat kelak..

Waktu itu....
Mulut kita akan dikunci rapat. Hanya tangan, kaki, & segala pancaindera yang lainlah yang akan menjawab segala pertanyaan Allah itu.

Ya Allah...
Betapa dahsyatnya hari kepulangan kepadaMu.
Tak mampu kami lari waktu itu.
Tak mampu kami mengelak waktu itu.
Tak mampu kami berdalih waktu itu...

Segalanya akan dipersoalkan..
Segalanya akan diperhitungkan....

Jangan waktu itu baru kita hendak meraung-raung merayu pada Allah, berjanji untuk berasa cukup & bersyukur dengan apa jua yang Allah kurniakan kepada tatkala hidup kita di dunia. Waktu itulah baru beria-ia kita sedar hakikat dunia itu bukannya apa-apa berbanding akhirat yang selamanya..

Sayang sekali, waktu itu.... telah terlambat sudah penyesalan itu.

***


Saya masih ingat... dalam satu slot ceramah sewaktu mukhayyam (perkhemahan), ustaz ada menceritakan tentang seorang pakcik (kini telah kembali ke rahmatullah) yang kerjanya biasa sahaja. Kerja kampung. Hidupnya dalam rumah kecil yang agak uzur & menunggang motosikal yang juga uzur untuk mencari rezeki yang halal. Dia membuat simpanan berdikit-dikit untuk menunaikan haji atau sekurang-kurangnya umrah bersama isterinya yang tercinta. 

Alhamdulillah, Allah izinkan pak cik tersebut menjadi tetamuNya di Tanah Suci.

Kemudian, sekembalinya dia ke tanah air, kesihatannya & isteri tiba-tiba menjadi merudum. Waktu itulah dia mewasiatkan kepada ustaz bahawa lebihan simpanannya hendak diwakafkan kepada jemaah untuk digunakan ke jalan Allah. Subhanallah... Ditakdirkan Allah tidak lama kemudian, pasangan suami isteri itu pun meninggal dunia.

:'( ~speechless~

Saya sangat sebak memikirkan kisah ini. Berapa sangatlah duit yang telah saya sumbangkan untuk Islam. Tenaga pun entah berapa kerat sahaja sudah dimanfaatkan untuk Islam. Buat kerja kebaikan sedikit pun sudah bersungut & merungut penat, letih & sebagainya. Malu sungguh rasa dengan arwah pakcik itu yang yang sangat besar jiwanya untuk membantu agama Allah.

Lihat pula diri kita..

Kita ni.... nak bagi derma dekat orang yang minta sumbangan waktu kita makan di restoran, RnR, waktu jalan-jalan hendak ke Sogo, Mall mana-mana pun kita pandang semacam. Siap ada syak wasangka samada betul ke  mereka ni berdaftar, betul ke sah, betul ke sahih apa yang dikatakan, betul ke.. Banyak sangat yang bermain dalam kepala.

Teringat kisah-kisah wali Allah yang diturunkan untuk menguji kita melalui cara-cara yang sebegini. Untuk uji iman kita. Untuk uji akhlak kita.

Ada kita teliti bagaimana akhlak kita kepada mereka? Dengan akhlak kita yang buruk kepada makhlukNya, kemudian, kita mengharapkan Allah beri kita nikmat sebaik sahaja kita minta kepada Dia? 

Ini sangat ironi.

***

Siapa pernah baca buku tentang biografi Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam terbitan Must Read? 

Ya, yang hardcover warna hitam tu... 

siapa belum beli... jom beli. Memang wajib beli.

Dalam buku tu ada foto baju Rasulullah, baju sayidatina Fatimah, baju sayidina Husin... Boleh lihat sendiri bagaimana compang-camping, bertampal-tampal & sangat lusuhnya pakaian mereka.

"Macam sarung guni..." ujar salah seorang kawan saya masa saya membuka halaman itu.

Berkaca mata saya.

Mereka insan kesayangan Allah. Dijamin syurga Allah.
Tapi mereka sangat zuhud kepada dunia.. sebab cinta, rindu mereka kepada Allah & akhirat melebihi segala-galanya..
Ibadah mereka juga... masyaAllah....

Saya segera merasa terpukul.
Allah...
Wajah separas tapak kaki, malu sungguh pada Allah.

Kita... kita di mana kita sebagai penyokong & pendokong agama ini?


Berapa banyak sudah harta, masa, tenaga & doa yang telah kita wakafkan untuk agamaNya ini?

Itu pun kita masih mahu merungut macam-macam kepada Allah. Nak itu, nak ini. Minta itu, minta ini daripada Allah. Tapi hak Allah pun kita tak pernah nak tunaikan... hubungan dengan Allah pun kita tak jaga... macam mana Allah nak jaga kita & tunaikan doa kita?

Sudahlah banyak meminta, permintaan itu pula diniatkan kerana mahu bersaing dengan hambaNya yang lain (bersaing hanya sekadar tujuan duniawi). Kelebihan, nikmat & rezeki itu dipohon bukannya dengan niat mahu bantu agama Allah, mahu tunaikan hak Allah. Sebaliknya hanya terbatas pada keinginan & keperluan diri. 


***

Kejap....
Mesti ada yang argue kan.. 

"Hey, come on.... hidup hanya sekali. Face the reality-lah! Everything needs money.  Takkanlah tak nak berusaha & membina cita-cita langsung? Zuhud sangat sampai meminta-minta jadi peminta sedekah. Yelah... kata dunia ni sementara je kan... duduk je kat masjid 24 jam beribadah..."

Eh... taklah sampai macam itu... itu melanggar sunnatullah.

Begini....


Hiduplah. Binalah hidup di dunia ini. Tapi masih mengikut acuanNya.

Bercita-citalah. Bermimpilah. Bergeraklah. Berusahalah. Tapi jangan sampai ingat kita hidup selamanya..

Ya.. kita hidup di dunia ini.. Tapi.. jangan lupa, kita juga hidup di akhirat sana.
Malah, lebih panjang waktunya berbanding di dunia ini.

Tak salah kita mengimpikan mahu beli rumah besar, kereta mewah, holiday oversea, shopping & sebagainya di dunia ini. Tapi jangan sampai kita lupa untuk memikirkan rumah yang bagaimana bakal kita duduki di akhirat kelak? di dalam syurga ke.. dalam neraka ke... (nauzubillah). Juga, kenderaan apa yang kita bakal naik meniti titian siratNya? 

Itu dia point-nya di sini.

Kita lupa, kita ni hidup untuk dunia sahaja ke?

Akhirat kita macam mana?




***
[Penutup]

Sekali lagi, saya ingatkan diri saya & anda yang saya kasihi semua, mari kita banyak-banyakkan bersyukur. Yakinlah, apa yang Allah Kurniakan kepada kita itu adalah yang terbaik. Yakin & percaya pada Allah. Manfaatkan apa juga rezeki & kelebihan yang Allah pinjamkan kepada kita untuk membantu agama Allah.


Akhirul kalam;
Mari kita tanya diri sendiri dengan satu persoalan yang sungguh sederhana;


"Adakah benar kita memandang & mengambil dunia ini sekadarnya sahaja? Mengambil segala kurniaan yang Allah berikan, baik segala kelebihan mahupun kekurangan, semuanya digunakan hanya sebagai wasilah untuk mencari keredhaan Tuhan?"


Tepuk dada, mari kita tanya iman.

Masa kian berjalan. 
Umur kian bertambah.
Bermakna.... kematian itu semakin dekat..

Kita dengan Allah... semoga hubungan hamba-Robb ini semakin erat. 
Mudah-mudahan.



Wallahu a'lam..

--------------
Notakaki:
*1 : nafsu ini dimiliki oleh insan-insan biasa yang imannya selalu naik & turun.
*2 : Menurut sebahagian mufasir, yang dimaksud dengan 'tempat kediaman' di sini ialah dunia & 'tempat penyimpanan' ialah akhirat. Dan sebahagian mufasir yang lain berpendapat maksud 'tempat kediaman' ialah tulang sulbi  & 'tempat penyimpanan' ialah rahim.

6 comments:

  1. ya Allah terima kasih akak buat entry ni..sy manusia yg mmg tak reti bersyukur :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entri ni tak lebih selain drp peringatan & teguran buat diri ini terutamanya dik..

      kita manusia selalu terlalai & leka.. hingga terlupa dunia yg begitu kita kejar & cinta ini bakal ditinggalkan buat selama-lamanya dlm waktu yg masih dlm rahsiaNya..

      semoga Allah ampuni semua dosa2 kita, menerima semua amalan serta terus menunjuki Hidayah TaufikNya kpd kita semua, insyaAllah.. amiin.

      Delete
  2. Replies
    1. Kak... rindu akak...

      Semoga Allah sentiasa merahmati, mencintai & menjagamu kak.. Allahumma amiin..

      Delete
  3. Salam..akak..sy nak share ilmu yg ada dlm blog akak dgn kawan2 eh.. :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..akak..izinkan sy share ilmu yg ada dlm blog akak ni dgn kawan2 sy.. :)

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."