Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Wednesday, June 19, 2013
"Alhamdulillah, Allah 'Hadiah'kan Tudung Labuh Untuk Aku."
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Selawat & salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam..
***
Saya masih ingat.. ketika adinda tercinta saya menggunting kain berwarna turqoise lembut untuk dijahit tudung untuk dipakai di hari konvokesyennya hujung tahun lepas. Wajahnya nampak bahagia tatkala menggunting kain ela koshibo yang dihadiahkan oleh tunangnya itu.
"Cantik warna ni... Pandai dia pilih warna yang sesuai dengan kamu." puji saya.
Waktu itu, saya juga rasa gembira sekali untuknya
& mendoakan bagi kebaikan Allah limpahkan bagi kedua-duanya agar
dipermudahkan urusan & diperkuatkan jodoh jika itu yang terbaik dari
sisiNya untuk mereka berdua.
Kemudian kan.. waktu itu, spontan hati saya terdetik.
"Ya Allah... tak ada sesiapa ke nak hadiahkan aku sehelai tudung labuh...?"
Allah...
Eh.
Cepat-cepat saya beristighfar & berlalu ke dapur.
***
Hari ini (ketika draf artikel ini ditulis),
16/6/2013
Ada yang menghadiahkan saya tudung labuh.
Tahu siapa?
Kekasih saya.
:)
Allah telah menghadiahkan saya sehelai tudung labuh.
Subhanallah.
Kala ini, saya rasa sungguh bahagia.
Alhamdulillah.
***
Berdasarkan petikan daripada timeline photos 'Sufy Solehah Collection'.sumber : Sufy Solehah CollectionBismillah...Pertama sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyertai peraduan yang kami anjurkan. Sehingga, ada yang dari Indonesia dan ada juga kaum adam yang berminat menyertai peraduan ini. Namun, keutamaan diberikan kepada muslimah (Malaysia) sahaja.Ramai yang sangat berbakat dan dapat menulis dengan baik, kisahnya terkesan dan menyentuh hati. Tapi, pihak kami telah memutuskan untuk memilih hanya 2 orang pemenang sahaja selepas memastikan peserta tersebut mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan (asalnya cuma seorang). Antaranya, hendaklah menulis PENGALAMAN sendiri, bermakna bukan hanya cerita/cerpen, tetapi kisah hidup penulis tersebut.Berikut adalah 5 senarai yang terbaik pada penilaian dan pemerhatian pihak kami. :) Dan pemenang bertuah yang menjadi pilihan kami adalah:>> Ukhti Syauqah Nur>> Ukhti Waznah AlhamraManakala hadiah saguhati untuk perkongsian yang mendapat 'like' terbanyak dimenangi oleh:>> Ukhti Menang atau SyahidKepada pemenang yang bertuah, sila PM nama penuh, alamat & no hp anda untuk tujuan penghantaran hadiah. Insyaallah, jika ada ruang & peluang, pihak kami akan menganjurkan peraduan lain pula nanti, biiznillah.Tahniah semuanya dan teruskan berkarya! :)
p/s: sila klik pada nama untuk membaca perkongsian.
***
:')
Subhanallah. Alhamdulillah.
Siapa sangka, pertama kali Allah bukakan pintu hati ini untuk menyertai pertandingan buat julung-julung kali & Alhamdulillah, terpilih pula sebagai peserta yang bertuah yang menjadi pilihan juri. Maha suci Allah yang semua pujian hanya layak ke atasNya.
Saya sedang berbual-bual dengan roommate sewaktu notification daripada Sufy Solehah Collection naik ke Home Wall Facebook saya.
Baca sekilas.
Saya nampak nama saya.
Eh.
Saya langsung baca sekali lagi.
Subhanallah.. terus tersenyum.
Ya Allah... MasyaAllah..
Macam tak percaya Allah rezekikan sehelai tudung labuh percuma untuk saya.
Langsung saya PM manager Sufy Solehah Collection untuk pengesahan.
Alhamdulillah. :)
Langsung saya PM manager Sufy Solehah Collection untuk pengesahan.
Alhamdulillah. :)
Daripada Allah-lah punca segala-galanya...
1) Allah gerakkan hati saya untuk menghantar perkongsian.
2) Allah juga gerakkan hati sahabat-sahabat untuk 'like' (walaupun jumlah 'like' saya taklah sebanyak perkongsian akhowat lain) ;p.
3) Allah jugalah yang menggerakkan hati juri pertandingan memilih perkongsian saya di antara 48 peserta yang menghantar perkongsian.
Subhanallah, baiknya Allah pilih saya yang banyak kekurangan ini... padahal banyak lagi penulisan yang lebih hebat & menyentuh hati.
Saya bukan berbangga kerana menang. Bahkan sejujurnya saya tidak menyangka pun saya akan dipilih Allah kerana jujurnya saya tidak beria-ia pun berharap & promote penyertaan saya itu kerana rasa rendah diri apabila membaca kisah hijrah akhowat lain yang jauh lebih mantap, menyentuh kalbu serta telah dibaca & di'like' oleh beratus-ratus 'likers'.
Sungguh, yang membuatkan saya tersenyum & sungguh gembira sebenarnya apabila hati ini tak henti berbisik berkali-kali;"Alhamdulillah. Allah hadiahkan tudung labuh untuk aku. Allah yang hadiahkan untuk aku.." :')
Tak fasal-fasal teringat persoalan hati sewaktu peristiwa bersama adinda tercinta tahun lepas. Seperti yang dicoretkan di awal catatan.
;D
Alhamdulillah..
Saudara-saudari yang dikasihi Allah sekalian,
Jangan rasa segan hendak berkongsi pengalaman bagaimana kita berhijrah. Siapa tahu perkongsian kita boleh menjadi pengantaraan untuk Allah membuka hati hambaNya yang lain untuk berubah menjadi hambaNya yang lebih baik. Mudah-mudahan.
Bercerita tentang kisah hijrah kita, bagaimana kita membebaskan diri dari jahiliyyah adalah tidak sama dengan mencerita & membuka aib serta dosa silam. Sila bezakan. Maka, hati-hati, pastikan apa yang bakal dikongsi demi meraih redha Ilahi, mengingatkan yang mendengar kepada kekuasaan Ilahi... bagi menjadi teladan buat hati-hati yang mahu disentuhi, insyaAllah..
Maka, jangan rasa segan hendak berkongsi. Setiap orang punya kisah hijrah masing-masing, yang membawa kita kembali semula kepada Allah. Setiap orang punya kisah silam masing-masing. Kisah gelap masing-masing. Sebab semua orang pernah buat silap, buat dosa. Kita hanyalah manusia biasa. Jadi jangan sesekali rasa malu.
Kita sendiri rasa sangat sayang & bersyukur setiap kali mengenangkan saat-saat kali pertama Allah menyentuh hati kita untuk berhijrah kan..? MasyaAllah, manis kan...
Yakinkan diri (supaya tidak berputus asa dengan hambatan dosa lalu), Allah judge kita bukan berdasarkan masa lalu kita (yang telah kita pun memohon ampun & bertaubat sungguh-sungguh kepadaNya. Moga Allah terima taubat kita. Amiin.) Allah judge kita hari ini, saat ini.. jadi, bagaimana lebih baik telah kita berusaha menjadi?
Ingatkan diri, masa lalu tak dapat diubah, tapi kita boleh kenang & learn something from it. Focus on betterment of ourselves. InsyaAllah, kita boleh berubah...
Setiap orang punya masa lalu, dosa & silap. Ingat, sesungguhnya bulan yang terang menderang bercahaya di waktu malam pun punya sisi gelapnya yang tersendiri. Setiap orang ada sisi gelap masing-masing. Kita buat salah, pernah buat salah, kita pernah gagal... semua itulah yang membuatkan kita menjadi sebagaimana kita hari ini kan..?
Bersyukurlah.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jazakumullah khairan kaseero kepada para penge-'like' yang sudi baca & 'like' perkongsian saya termasuklah sahabat-sahabat yang dikenali, yang baru dikenali, followers blog ini & yang sudi request 'friend' di akaun Facebook saya (tetapi maaf saya tak menerima request orang yang tidak dikenali. Asif jiddan).
Saya menghantar perkongsian kisah hijrah saya ke pertandingan ini awal bulan lepas. Hasrat hati saya sekadar mahu berkongsi kisah hijrah saya kepada semua muslimat, mudah-mudahan boleh dijadikan contoh teladan ataupun 'spirit booster' untuk sama-sama merasai rasa manis saat pertama kali memakai tudung labuh.
Selain itu, saya juga teruja sebenarnya untuk meraikan niat baik pihak Sufy Solehah Collection yang menganjurkan pertandingan yang sangat bagus pada pengamatan saya untuk menggalakkan muslimat memakai tudung labuh, insyaAllah. Saya tak dapat menahan rasa excited daripada turut serta. Moga Allah rahmati niat & usaha baik mereka. Amiin.
Kalian boleh membaca semua kisah hijrah daripada 43 peserta yang lain (5 peserta telah saya sertakan link pada nama mereka di atas) yang Allah bukakan hatinya untuk berkongsi kisah hijrah masing-masing, pengalaman bagaimana mereka dibukakan hati oleh Allah untuk mengenakan tudung labuh & memakai niqob : lillahi ta'ala di <SINI>.
Dialu-alukan untuk membacanya. InsyaAllah perkongsian akhowat lain juga sangat menginsafkan & menyentuh hati. Moga Allah rahmati mereka semuanya, amiin.
Oh ya.... jangan lupa untuk 'like' Page 'Sufy Solehah Collection' untuk mendapatkan koleksi kelengkapan pakaian Muslimah & barangan kesihatan yang lain, insyaAllah.
Alhamdulillah.
Jazakumullah khairan kaseero kepada kalian semua.
***
Secebis catatan. Renungan buat peringatan.
Buat si tudung labuh... Memakai tudung labuh bukan bererti seorang perempuan itu benar-benar telah solehah. Makna solehah itu bukan maqam kita sebagai hamba untuk menilainya. Selayaknya hanya kepada Dia kita serah & sandarkan segala.
Perempuan bertudung labuh, maklumilah bahawa mereka bukanlah insan maksum suci daripada dosa & khilaf. Solehah itu mahal harganya. Bukan semudah mengeja, menaip atau menyebutnya.
Pemakai tudung labuh juga adalah manusia biasa yang sedang bertatih menuju ke arah Tuhannya. Kita yang melihat, jangan sesekali menghakimi mereka.. bahkan tolong sama-sama doakan mereka. InsyaAllah, mudah-mudahan kejayaan itu milik mereka akhirnya.
Kejayaan meraih mardhotillah.
InsyaAllah.
***
Sungguh, saya menulis coretan ini kerana ingin berkongsi betapa saya bersyukur Allah mendatangkan kebahagiaan di dalam hati ini. Minggu ini, banyak peristiwa yang mentarbiyyah diri. Membuatkan hamba kerdil ini berasa sungguh-sungguh bersyukur ke hadrat Ilahi. :')
Alhamdulillah ya Allah..
Hamba rasa sungguh dicintai..
Ya robbi.. berilah hamba kekuatan untuk membalas cintaMu itu kembali.
Allahumma tsabits qolbi 'ala deenik.
Allahumma amiin.
Wallahu a'lam.
-----------
Notahati:
Perkongsian saya berdasarkan entri Kisah Hijrah Seorang Syauqah.
Moga bermanfaat, moga Allah meredhai.
Doakan agar Allah terus memberi saya kekuatan, ilmu & ilham untuk menulis kebaikan, menyeru kebaikan & melakukan kebaikan untuk menjadi hambaNya yang baik. InsyaAllah. Amiin. Jzkk.
p/s:

---
p/s:
Kepada
semua follower blog ini a.k.a 'Para Pencinta' yang dirahmati Allah, di
sini saya ingin menghadiahkan sesuatu untuk kalian. :)
Nah!
Nah!
< klik imej untuk besarkan >
Sudilah jika kalian menerimanya.. walaupun tak berapa kreatif. huhu.
:)
Barakallahufikum.
Barakallahufikum.
Labels:
bisikan nurani,
catatan hati,
cinta,
hiba,
hikmah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tahniah kak safi :D
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Deletesyukran fiqah.. :)
Allahuakbar.
ReplyDeleteTahniah ukhti. :)
Alhamdulillah..
DeleteSyukran ya ukht.. :)
Subhanallah, semoga di berikan kekuatan kepada semua muslimah out there
ReplyDeletewww.facebook.com/adanagallery
www.adanagallery.com