Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Monday, August 9, 2010

Bukan Paras Rupa...


Firman Allah;
"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?" [Al-An'am (6):32]

Salam alaik..

Setelah lebih seminggu menyepi, kali ini, aku mahu bercerita tentang seseorang yang sangat mengagumkanku.

Jika melihatnya tanpa mengenalinya, atau melihatnya dengan mata kasar secara sepintas lalu, ku rasa, ramai yang akan kata tak ada apa-apa yang istimewa tentang dirinya.

Bukan langsing badan bak Hymenoptera yang ada padanya, bukan putih kuning kulitnya bak Grylloblattaria, atau mata galak Kim Tae Hee yang bersinar bak Odonata.

Bukan. Bukan. Kakak ini kulitnya hitam manis, serta badannya berisi. Bagi seorang yang beautylistic, mungkin tiada apa yang menarik ada pada dirinya.

"Kak, kenapa tu...?" soalku perihatin tatkala kami terserempak semasa sama-sama menjemur pakaian di ampaian depan bilik. Mataku tertancap pada bibir atasnya yang membengkak dan berwarna kelebaman [ungu kehitaman].

"Memang macam ni... kamu tak perasan ke? bibir akak ni memang sensitif sikit... ada masanya memang terjuih jadi macam ni.. hodoh kan.." jawabnya sambil sempat tersenyum.

Aku segera menggeleng.

"Buruk-buruk pun pemberian Allah..." katanya bermakna.

Demi Allah, aku kagum dengan ketabahan & ketenangannya. Sedang aku baru Allah uji sedikit sudah banyak merungut.

Dan setelah lama ku perhatikan dirinya, ku kini menyedari betapa banyaknya keistimewaan yang Allah berikan kepadanya yang mungkin tidak ada dalam diriku yang hina ini.

Suatu subuh, sayup2 kudengar suara perempuan mengaji. Mataku yang ralit [hampir terlelap] tiba-tiba jadi segar. Segera aku bangun untuk lihat jam.

"Baru pukul 6." bisikku. Selalu kalau tidak ada kelas pagi, aku bangun pukul 6.15-6.30 pagi. Atau lebih awal kerana suara azan yang berkumandang dengan izhar halqi [jelas & nyata] dari bilikku.

Lalu, ku amati suara tersebut. Tidak terlalu kuat, tetapi dapat kudengar jelas butir bacaannya.

Spontan ada genangan dalam mataku.
"Ya Allah... sedapnya suara..." bisikku perlahan.

Aku tahu.. itu kakak sebelah bilik. Ku kenal suaranya kerana selalu ku dengar dia mengaji selepas solat maghrib. Bibir & mulut yang selalu ramah menegur & menyedekahkan sebuah senyuman ikhlas buatku.

Seterusnya, ada suatu malam yang dingin... saat aku sibuk menyiapkan tugasan. Waktu itu aku lihat jam sudah melewati pukul 3 lebih. Mata mula mengantuk. Ku tahan lagi 5 minit, tersengguk-sengguk jadinya. Langsung aku mengalah & bangkit untuk mencuci wajah & mengangkat wudhu' sebelum ke 'peraduan'.

Sewaktu berada di bilik air, ku terserempak lagi dengan kakak itu. Dia tidak perasan akan kelibatku. Ku lihat dia leka mengangkat air wudhu'-nya. Setelah selesai dia berwudhu' barulah ku menegurnya.

"Lewat tidur kak?"

Kulihat dia tersenyum. Dia menggeleng.

"Taklah. Baru bangun tidur..."

"Stay up ke? Ada test?" Tak tahulah kenapa aku begitu benak sekali waktu itu sehingga menyoalnya sebegitu.

Dia tersengih lagi. Lalu menggeleng.

"Nak dating. Malam-malam macam ni tak ada orang ganggu. Tenang sikit..." katanya ringkas sebelum meminta diri untuk pulang ke biliknya.

Disebabkan kelembapan neuronku menghantar impuls ke otak, maka lambat aku menginterpretasikan makna 'tersirat' di sebalik kata-kata beliau itu.

Pap! Wajahku terasa panas.

Ya Allah! Tahajud malam hari!

Astaghfirullah.. berkali-kali aku memohon keampunan Allah atas ketidaksopanan kata-kataku kepada kakak itu sebentar tadi.

Maka, biar ku beritahu kamu keistimewaan dirinya..

Bukan wanginya dia dari perfume berjenama, bukan cantiknya dia dari perhiasan ratusan harga, bukan manisnya dia dari lenggok langsing badan Jamu Mak Dara...

Tapi aku merasa sangat rendah diri apabila berhadapan dengannya. Solatnya sentiasa awal waktu, selalu berjemaah ke surau sedang aku masih terkocoh-kocoh menyiapkan diri, sering bertahajud malam saat aku masih dibuai lena, lunak suaranya mengalunkan kalamullah menggetar naluri rasa...

Mungkin inilah yang Allah ingin tunjukkan padaku... makna sebenar daripada ayat ini;

"Sesungguhnya Aku jadikan apa yang di muka bumi sebagai perhiasannya, supaya Kami uji manakah di antara mereka yang lebih amalannya. Sesungguhnya, Kami jadikan di muka bumi tanah yang kering (tidak ada tumbuh-tumbuhannya.) [Al-Kahfi: 8-9]

Sabda Rasulullah SAW;
"Sepeninggalanku, sungguh akan datang dunia yang memakan imanmu bagai api yang membakar kayu.."

Baginda bersabda lagi;
"Dunia itu mencari dan dicari. Pencari akhirat akan dicari dunia hingga di situ sempurnalah rezekinya. Sedangkan pencari duniaakan dicari akhirat sehingga maut datang mencengkam lehernya."

Ramai orang yang berbibir mungil, kemerahan, seksi, tapi sibuk mahu terjuih2, perasan tangkap gambar sendiri dan tunjukkan di fb untuk dipuji & dipuja oleh yang bukan halal.

Jika begitulah gayanya, mahal & indah lagi bibir kakak yang selalu memuji-muji Tuhan dalam Tahajudnya. Mengalunkan ayatul Quran untuk membersihkan hatinya!

Benar kata Rasulullah SAW, wanita negro yang hitam dan tebal bibirnya itu lebih baik dari wanita yang indah parasnya jika dilihat dari agamanya.

Tujuan utama aku menulis entri ini adalah untuk menegur diriku yang selama ini terlalu merisaukan penampilan diri. Berat badan naik risau, jerawat naik risau... padahal, begitu banyak hal lain yang patut dirisaukan selain hal keduniaan.

Ingatlah, buruk, cantik, gemuk atau hodoh, semuanya adalah Allah yang punya. Dari merisaukan apa yang bukan milik kita, baik kita merisaukan apa yang kita patut miliki tetapi belum kita miliki; amalan kita!

Orang lain amal dah bertimbun... kita masih lagi terbuai dalam lena. Orang lain dah sampai ke bulan. Kita masih berkayuh dalam sampan bocor...

Dalam banyak-banyak perkara yang sangat kurindui dari sidang lepas adalah suara roommate-ku yang syahdu mengalunkan ayatul Quran. Namun, subhanallah, Maha suci Allah, Dia menggantikan suara syahdu itu dengan suara lunak dari kakak; jiran sebelah bilikku.

Kepada akak yang manis, terima kasih kerana menyedarkanku kembali tentang matlamat sebenar hidupku ini..

Akhir kalam,
Renungilah firman Allah;
"Dan diletakkan buku (amalan tiap2 manusia) maka kau lihat orang2 yang berdosa gementar ketakutan, kerana melihat apa yang ada & tertulis dalam buku amalannya." [Al-Kahfi: 49]

Ukuran nilai seseorang hamba di mata Allah adalah bukan melalui kecantikannya, kedudukannya, pangkat & rimbunan hartanya, tetapi melalui ukuran ketaqwaannya...

Wallahu 'alam..






17 comments:

  1. assalamu'alaykum ~ :D

    salam ukhwah dan ziarah :)

    masyaAllah,post yg bagus sekali, huhuu..sgt bagus utk mengkoreksi diri..insaf sekali membacanya...jazaakillah saudari

    ReplyDelete
  2. Nice post. Moga kita sama2 mendapat petunjukNya.amen
    Ramadhan Kareem ya ukhti :)

    ReplyDelete
  3. response to Hope Full;

    waalaikumussalam ukhti.. :)

    salam ukhuwah & salam ziarah kembali. Mudah2an kunjunganmu ke sini memberi manfaat bgmu.

    la syukran... 'alal wajibati. semua ini adalah dtg daripada Allah. yg baik dari Allah, yg kurang itu dari ana sendiri.

    syukran atas komen & pandangan.. :)
    selalulah berziarah ke sini & mmberi nasihat andai diri ini terlalai..

    ReplyDelete
  4. response to detective H;

    welcome hani.. :)

    mudah2an petunjuk & taufikNya sentiasa melimpahi ruangan hidup kita. amin2, insyaAllah..

    ramadhan kareem, ya ukhti.. mudah2an ramadhan kali ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita untuk meraih keredhaanNya..

    :)

    ReplyDelete
  5. Salam Sauqah..
    Sebak pula baca entry ini bila mengenangkan diri sendiri. Betul dik..kdg2 kita hanya melihat luaran seseorg..penampilan, pakaian dan sebagainya..padahal Allah melihat ketaqwaan seseorg..

    "Sesungguhnya Aku jadikan apa yang di muka bumi sebagai perhiasannya, supaya Kami uji manakah di antara mereka yang lebih amalannya. [Al-Kahfi:8]

    Syukran..akk pun kena muhasabah diri.

    Salam Ramadhan Kareem. salam sayang :).

    ReplyDelete
  6. salam kak NK,

    betul.. saat sy berhadapan dengan akk tu, sy pun sebak tatkala memikirkan kekurangan diri sy dibandingkan dgn dia yang mgkin drjatnya di sisi Allah jauh meninggalkan sy..

    keindahan perilaku, adab, pekerti serta keimanan insan2 di sisi kita sebenarnya adalah tarbiyyah dri Tuhan utk kita mengkoreksi segala kebusukan diri..

    salam ramadhan Qareem utk akk juga..

    uhibbukifillahi taala.

    ReplyDelete
  7. salam...
    terasa diri ini sgt kerdil disisi-Nya...
    diri ini selalu alpa dan lupa...
    rupanya masih terlalu byk kekurangan dlm diri ini...
    smga kedatangan Ramadhan memberi peluang kpd kita utk terus dekat dgn-Nya,insya-Allah...

    p/s-rndu nk dgr saudari syauqahwardah m'alunkan ayat2 al-Quran...

    ReplyDelete
  8. wasalam...

    yang baik itu dtgnya dari Allah, yg buruk itu adalah kejahatan diri kita sendiri..
    marilah kita bersama ijtihad dlm terus mencari keredhaanNya.
    Harus kita sedar, setiap apa yang ada di sisi kita hari ini adalah kepunyaannya semata-mata.
    Dunia ini adalah sekadar pinjaman, kepada Allah jualah sebaik2 tempat kembali... :)

    p/s: waa... (T T). suasana yg sgt 'berbeza' skrg mmbuatkan sy lagi rindu awak.. rindu nak sahur sama2... :)

    May Allah always bless you with His taufiq & Hidayah.. :)

    ReplyDelete
  9. salam sayang ukhty...

    alhamdulillah...syukran atas perkongsiaannya...sudah cukup utk muhasabah diri sndr...nice...^_^

    ReplyDelete
  10. wasalam ukhti... :)

    Alhamdulillah, la syukran.. cukuplah jika ia bermanfaat bg kita bersama. berkongsi utk memperingatkan diri sendiri & kita semua..

    p/s: wan salwati yg ada dlm pic ukhti di kelas prbandingan agama tu adalah slh sorg kenalan yg agak rapat dgn diri ini.. :)

    ReplyDelete
  11. salam...

    kak ..suka sangat entri nie...masyaAllah makanan buka puasa buat hati ini..

    alhamdulillah baru dapat abis baca..aritu lagi nak baca xp wifi xkuat..huuhuu..

    anyway...syukran jazilan..

    kak nak tau tak..saya slalu ambil kata2 dari entri kak utk dijadikan status.,xpa kan??
    utk perkongsian org lain..
    harap kak halalkan..ek..

    selamat berbuka kak..^_^

    ReplyDelete
  12. wasalam adikku sayang... :)

    Alhamdulillah jika perkongsian ini bermanfaat bgimu..

    la syukran dik... mmg dah kewajipan kita sbg muslim utk saling menasihati & berpesan dgn kebenaran...

    tentang ambil kata2 tu pun xpe.. semuanya pun dtg dri Allah, tiada apa pun yang ada di sini adalah milik akk.. maka, tiada apa yg nak dihalalkan. ambil saja mana yg bermanfaat.. :)

    selamat menunaikan ibadah puasa dik.. selamat bertarawih, bertadarus & beribadah hanya kerana Allah.

    uhibbukifillah.. :)

    ReplyDelete
  13. nice.
    i like diz.
    jzkk~~~

    salam ramadan ...

    moga ramadan ini ada ruang buat kita.

    ReplyDelete
  14. ukhti teratai biru.. :)

    salam ramadhan kareem. Mudah2an... moga barakahnya dapat kita raih sepenuhnya. insyaAllah.

    syukran. :)

    ReplyDelete
  15. salam.. =]

    at last jmpe jgk blog.. nice blog., org suka, kak. bnyk pngisian+ayt mnarik. ;]

    keep up gd work..~
    salam ramadhan..

    ReplyDelete
  16. salam... *blushing*

    haish.. budak ni... jumpa jugak dia.. :)
    puas menyorok doh. huhu. kecek klate.

    insyaAllah. may Allah bless you always my dear.. :)

    salam ramadhan kareem..

    p/s: ada masa, berbuka la di masjid, kita solat trwih sama2.. :)

    ReplyDelete
  17. Terima kasih atas pesanan ini... ianya amat menarik dan bermanfaat... Terima kasih

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."