Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Friday, October 21, 2011

Bukanlah Jodoh Namanya...



Bismillahirrohmanirrohim.. 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..,

Kali ini aku menitipkan sebuah kisah buat tatapan & pengajaran kita bersama. Nama watak hanyalah rekaan & jika kisah ini sama dengan sesiapa, sesungguhnya ia hanyalah sekadar kebetulan..


****************

Syauqah tersenyum melihat gambar pernikahan & walimah sahabatnya itu. Nampak anggun dalam persalinan kuning emas. Yang seorang lagi nampak manis dalam tema warna hitam putih.

Matanya beralih pula ke 'tab' yang lain. Wall photos yang dikongsikan salah seorang sahabatnya sewaktu masih bersekolah menengah. 

 "Comelnya anak Ilya. Dah ada 2 orang anak dah dia... kejapnya masa berlalu.." bisiknya perlahan.

Tatkala matanya membaca satu persatu komen-komen kawan-kawan di bawah gambar tersebut, dia perasan, ada satu komen daripada temannya yang juga agak rapat dengannya suatu ketika dahulu bakal mendirikan rumah tangga hujung tahun ini.

Kemudian, secara tiba-tiba, terdetiklah di hatinya.

"Seorang lagi sahabat nak mendirikan baitul muslim. Alhamdulillah.."

"Aku entah bilalah lagi. Belajar pun masih belum habis, Keluarga mengharapkan untuk sambung ke peringkat yang lebih tinggi. Haish, calon pun belum cari... jangan jadi andartu aku kelak sudahlah..." rintih hatinya bercelaru.

Bila melihat teman-teman yang lain sudah 'menayang'kan calon zauj masing-masing, 

"Nampaknya aku sahajalah yang tak ada calon. Akulah bakal-bakal wajah andartu nanti..." seloroh Syauqah kepada teman-temannya.



***
Masa terus berlalu...
Sedar tidak sedar, Syauqah meniti tahun akhir pengajiannya. Pada waktu inilah kesabaran, kekuatan mental, emosi & jasadnya diuji Allah. Kesibukan menyiapkan projek tahun akhir, menghadiri kuliah, Test, Quiz, Field Trip, Field Visit, Report dan Kerja makmal amatlah menguji keimanannya.

Tidak cukup waktu siang, saban malam juga dihabiskan dengan kunjungan ke makmal untuk menyiapkan tugasan projeknya. Tidak lupa juga temu janjinya dengan adik-adik Usrah yang begitu bersemangat untuk sama-sama berkongsi ilmu dengannya saban minggu.

Ditakdirkan Allah, dalam kesibukan itu, Allah telah menghantar seorang lelaki ajnabi di dalam hidupnya. Secara tiba-tiba sahaja Syauqah dikhitbah (dipinang) oleh lelaki tersebut. Alamat rumah ibu bapanya di kejauhan dipinta untuk dikunjungi menghantar lamaran & risikan. 

Syauqah terkedu. Terasa dunianya yang 'hiruk pikuk' menjadi sunyi buat seketika. Jujurnya, ini adalah kali pertama dia menerima lamaran yang sangat serius sepanjang peng'hijrah'annya.

Kali ini... bukan menjadi kekasih seperti kebiasannya, tetapi menjadi seorang isteri. Begitulah seriusnya khitbah kali ini.

Terpaksa diakuinya, semenjak dia mengenakan tudung labuh beberapa tahun lalu, hidupnya semakin sunyi daripada mana-mana lelaki ajnabi pun. Kata teman-teman terdekat, mereka takut untuk mendekati, bimbang tak sepadan ilmu & akhlak katanya. 

"Syauqah baik, aku jahat. Mana layak aku untuk dia." Itu kata mereka walau tak pernah terniat di hati gadis muda itu untuk dihakimi melalui penampilannya semata-mata.

Hatinya terasa berbelah bahagi. Dilihatnya keluarga lelaki ajnabi itu. Molek-molek akhlak & penampilan mereka. Saudara perempuannya mengenakan tudung labuh & ada yang mengenakan niqab. Alhamdulillah, hatinya agak terusik di situ. Namun, masih terlalu awal untuk membuat keputusan.

"...Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu & sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam setiap urusan kami." [surah 18, al-Kahfi ayat 10]
Doa yang dipohon semakin panjang di setiap penghujung pertemuan dengan Ilahi. Saban masa bibir & hati memohon petunjuk daripada Allah dengan penuh rendah hati. Siapalah dia, si jahil yang tidak tahu apa-apa tanpa pentunjuk daripadaNya?

Kepada insan yang disayangi & dipercayai, adindanya; Solehah, tempat mengadu & meminta pandangan.

"Dalam suatu hadis, Rasulullah SAW ada bersabda, "Jika datang pinangan daripada lelaki yang kamu yakini akhlak & agamanya, tetapi kamu tolak, ditakuti akan membawa kerosakan yang besar.." maknanya, ada kemungkinan, calon yang selepas itu mungkin tidak sebaik yang mula-mula tadi." ujarku memulakan.
Solehah membalas; 
"Ya.. memang betul.. tapi jika dia bukanlah orangnya, mungkin yang selepas ini adalah jauh lebih baik daripadanya. Sebab dia tak ada jodoh dengan akak.." 

Syauqah tersenyum.

":) Bukanlah jodoh namanya selagi belum diijabkabulkan..." ringkas balasannya.

Solehah mengambil beberapa minit untuk membalas. 

"Istikharahlah... kita sebagai makmum memang memerlukan imam yang lebih berilmu, beramal & berakhlak untuk membimbing kita..." pesan Solehah.

"...Adik tak kisah, asalkan dia beriman & soleh. Seeloknya minta pandangan ibu dulu.."

Syauqah terus membisu.

"InsyaAllah, doakanlah akak mendapat petunjuk & rahmat daripadaNya.. Mungkin juga ini hanya ujian..." balasnya seakan redha.

"Mungkin juga. Adik pun rasa macam tu. Allah mungkin mahu menguji.." balas Solehah lagi.

Syauqah masih bingung. Semuanya berlaku terlalu pantas. Kepalanya terasa sangat penuh sudah dengan perihal pengajiannya yang agak membebankan semester ini. Dalam pada itu fikirannya asyik teringatkan media plates-nya yang masih belum beku sepenuhnya di dalam Laminar Flow blok G09K yang perlu disimpan di dalam container lebih kurang sejam lagi.

Syauqah menghembuskan nafasnya.

"Ya Allah.... janganlah Kau uji aku dengan ujian yang tak mampu untuk aku tanggungi & jauhkanlah aku daripada ujian yang boleh menjauhkan aku daripadaMu.." doanya perlahan dengan mata berair. 
Langkahnya diatur menapak ke bangunan hadapan untuk kuliah seterusnya.

***
"Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu.. Cuma keperibadiaannya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu."
 
Malam itu. Syauqah terjaga. Doa istikharah dibacanya. Berulang-ulang kali penuh harapan. Tiadalah daya upayanya melainkan dengan bantuan & pertolongan daripada Allah semata-mata.

Matanya berkaca lagi. Hatinya terasa tidak mampu menjalani ujian tersebut. Hatinya terasa lemah dalam membuat keputusan.

***

Hari demi hari berlalu... 

Syauqah sudah berfikir semasak-masaknya...

Hari-harinya masih dilanda kesibukan & amanah-amanah yang bertimbun. Syauqah sedar, dia belum mampu untuk menerima amanah yang baru.

Menjadi seorang zaujah bukanlah suatu amanah yang kecil mahupun bertujuan menghalalkan persentuhan antara lelaki & wanita bukan mahram sahaja. 

Ijab & kabul adalah janji kepada Allah yang dilakukan dengan ikrar & tekad untuk meneruskan perjalanan meraih mardhotillah di samping melahirkan lebih ramai mujahid & mujahidah yang akan menegakkan agamaNya di bumi ini. 
Sudah tentu sekali perjalanan itu bukanlah wangi & indah sahaja. Tentu banyak onak, duri & ranjau yang harus ditempuhi..

Allah telah membulatkan tekadnya, Allah telah menguatkan hatinya dalam membuat pilihan.

Syauqah redha..

Banyak pilihan di depan mata, tidak ada satu pilihan yang kita ketahui baik & buruknya melainkan Allah membantu kita untuk memilih pilihan yang terbaik..

Dalam perihal mencari pasangan, bukan masa masalahnya.
Cepat ataupun lambat itu sepatutnya tidak menjadi kerisauan yang paling utama. Yang penting, dia (calon) yang kita pilih itu adalah pilihan yang terbaik, yang dipilih atas dasar tawakal kepada Allah semata-mata.

Mungkin hari ni dia belum terbuka hati.. ataupun Allah belum menunjuki siapa dia yang terbaik buat mereka.
 
Boleh jadi juga dia bukanlah pilihan yang terbaik.. & boleh jadi juga bila pengkhitbah itu mendapat jawapan istikharahnya, hatinya akan terbuka untuk akhowat yang lain..

Demi Allah, Syauqah tak yakin dia sudah cukup solehah untuk sesiapa pun setakat ini...
 
Dia menyerahkan semuanya kpd Allah..

Alhamdulillah, lelaki itu soleh. Hatinya lembut, redha & terbuka sahaja menerima jawapannya itu.

Syauqah bersyukur.. Allah menghantar 'teguran'Nya buat dirinya dengan cara yang sebegini halus. Selama ini dia terlalu memikirkan perkara yang belum lagi Allah rezekikan buatnya, malah mencemburui rezeki yang Dia kurniakan buat hamba-hambaNya yang lain, padahal Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat setiap hambaNya.

Firman Allah;
"Allah melebihkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan membatasi (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." [surah ke-29; al-Ankabut : ayat 140]

Syauqah juga teringat pesanan seseorang yang dihormatinya;

"Janganlah mencemburui jalan yang dilalui orang lain sehingga membutakan mata kita untuk melihat betapa indahnya jalan yang sedang kita lalui. Sesungguhnya Allah itu Lebih Mengetahui hal yang terbaik buat setiap dari kita.." 

Mata Syauqah basah dalam kepiluan & keinsafan. 
"Sedangkan sehelai daun yang keguguran pun Allah Tahu, inikan pula setakat perihal jodohku? Pastilah Allah lebih tahu calon yang terbaik untuk dipertemukan denganku pada saat yang terbaik..." rintihnya kepiluan.

Tafsirnya yang berwarna ungu itu dibuka lagi.

"Maka Ingatlah kepadaKu, Aku pun akan Mengingatimu. Bersyukurlah padaKu, & janganlah kamu ingkar kepadaKu." [surah ke-2; al-Baqarah; ayat 152]

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar & solat. Sesungguhnya, Allah bersama-sama dengan orang yang sabar." [2: 153]

Syauqah tersenyum manis sesudah menghabiskan ayat terakhir tadarus & tadabburnya malam itu. Dia mengambil ibrah yang sangat besar daripada ujian yang Allah berikan kali ini.

Belum sampai lagi jodohnya, kerana belum masanya, Allah tahu, dia belum bersedia. Syauqah juga tahu, masih banyak amanah yang Allah letakkan di bahunya untuk disempurnakan.

Allah Lebih Mengetahui Bila masa yang paling sesuai untuk memberikan cinta seorang zauj bersaksikan cinta kepadaNya kelak. Allah Tahu. Cuma masanya sahaja yang belum tiba.

Tidak kiralah jika sudah habis semua sahabatnya bernikah sekali pun.. tetapi dia tidak seharusnya berasa ralat & kesedihan kerana Allah tahu, dia belum bersedia... 

Syauqah tersenyum lagi... Dia bersyukur.


********************




Firman Allah SWT di dalam surah ke-24, an-Nur ayat ke-31; 

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada...

suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;

dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

***

Wait patiently. Grow & be ready, InsyaAllah, you’ll see Allah will give you a love story far better than you could ever dream of. 

Jaga aurat, jaga peribadi, jaga akhlak, & jagalah hati... milikilah dahulu cinta Allah & letakkanlah Allah di tempat yang paling tinggi di dalam hatimu, insyaAllah kelak Dia akan menyerahkan hatimu kepada pemilik yang juga turut mencintaiNya sebagaimana dirimu mencintaiNya..


Terfikir tak? Bahawa jodoh kita belum tiba kerana Allah mahu memanjangkan waktu untuk kita membenih cinta bersamaNya, bersama Rasulullah, Ibu, ibu, ibu, ayah & keluarga. Benih cinta yang baik & dijaga dengan rapi itu bakal membuahkan hasil yang berkualiti & baik juga.. 

Cintailah Allah, nabimu, ibumu, ibumu. ibumu, ayahmu, saudara-saudaramu... insyaAllah.. dengan demikian itu sudah mencukupi untuk menjadi 'bekal' sementara penantian untuk bertemu dengan'nya' yang mungkin juga sedang berbahagia menuai cinta, kasih & bakti bersama keluarga...

Ingatlah, kita merancang, Allah merancang, tetapi Allah-lah menentukan segala-galanya. Dan sesungguhnya,. ketentuan Allah itulah yang terbaik...




:)

Wallahu 'alam..  

-------
NOTAKAKI:

Jaga niat kita dalam memperbaiki diri, bukanlah semata kerana mengejar jodoh yang soleh. Namun, pastikanlah, usahakanlah agar niat kita semata-mata hanya kerana ALLAH. BACA DI [SINI]


13 comments:

  1. bismillah..

    subhanaAllah walhamdulillah..bergenang airmata tika meniti setiap bait kata-katamu kak...

    terima kasih ats cerpen ini..

    cukup memberikan ibrah yg besar dlm diri ini..

    cuma sy nak tanya satu soalan..

    "Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu.. Cuma keperibadiaannya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu."

    ayat yg ni ada dinyatakan dimana ya?

    pastu salahkah kita terus menolak hasrat seseorg yg nak m'khitbah kita sebelum beristikharah?sbb kita blum bsedia,nak perbaiki dri n nak menumpukan perhatian dulu pd amanah untuk mmbentuk diri mnjd sbg seorg da'ie?..

    hrp kak dpt mmberikn pndgn..

    ReplyDelete
  2. :') Alhamdulillah..

    p/s: akk reply di inbox ye..

    ReplyDelete
  3. sedap dibaca, betul!
    banyak amalan yg sepatutnya diamalkan dpt sy bljr dr post ni.
    er, ni kisah dilema muslimah mencari jodoh ke?
    sekian terima kasih:-)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, mudah2an byk mnfaatnya bagimu.

    ini kisah muslimah yg sangkanya dia sudah bersedia utk bertemu dgn jodohnya, pdhl sbnrnya, masih byk lagi hal yg belum disempurnakan.. ^^

    Byk remaja muslimah hri ini yg sgt "tidak sbr" utk bernikah & bercinta, mgkin krn terkesan dgn berita shbt2nya dah mendirikn rumah tgga msg2..

    pdhl setiap dri kita Allah sudah rencanakan hal yng terbaik sbnrnya. Hanya perlu bersedia & bersabar.. :)

    sama2. terima kasih kembali atas kunjungan. :)

    ReplyDelete
  5. beruntung org yg mengikt dirinya dgn Allah.
    trimas atas penjelasan :-)

    ReplyDelete
  6. salam alaik ukhti. :')

    Allah...
    rasa tenang selepas membaca tulisan ukhti,
    kerana sy juga sedang diuji dengan perkara yang sama,

    tapi diri tidak bersedia,
    mahu menyemai cinta bersama Allah.

    Hamdan lillah,
    Allah hantarkan ukhti untuk menguatkan diri.
    insyaAllah,
    saya pegang kata kata ukhti.

    :)

    syukran alaik.
    semoga segala kebaikan yang lebih baik dari Allah untuk ukhti.

    salam ukhuwwah fillah :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.Allah kirimkn ayat2 cinta drny..izin copy di blog . ^.^

    ReplyDelete
  8. Buat ukhti Qautsar;

    wasalam alaiki.. :) syukran atas kunjungan. Alhamdulillah.. yg baik dtgnya dri Allah.. Dia masih sygkan kita & tak mahu kita terus terleka.. Masih byk yg perlu kita persiapkan. terutamanya mempersiapkan diri menghadapi kematian.. insyaAllah.

    Mudah2an Allah sudi pandang sy di akhirat kelak. amiin..

    ReplyDelete
  9. Buat ukhti yg dirahsiakan namanya.

    Tafadhol.. mudah2an bermanfaat. syukran sudi singgah..

    ReplyDelete
  10. suatu prkgsian yg ckup mnyedarkan diri ini.. diri ini sering diuji urusan jodoh... ujian ini rasa berat kerana melibatkn hati... kadang2 faktor umur yg smakin brtambah yg mmbuatkn diri ingin bernikah sehingga seolah2 terdesak mencari calon sedangkan keadaan mgkin tk mengizinkn diri utk berumahtngga... ya ukhti,nasihati lah diri ini yg sering diuji ttg soal jodoh..+_+

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru2 ini.. slh seorng shbt telah ditimpa kemalangan & mgakibatkn non-stop brain internal bleeding, walau sudah 2 operation, Doktor gagal mengenalpasti punca & menghentikn pendarahan.

      Setelah beberapa hari koma & kritikal, Allah telah menjemputnya kembali ke rahmatNya.

      Ukhti, tiada cara lain untuk mengubati hati yang seringkali tergoda kepada duniawi.. tdklah ana katakan disini bhw berimpian utk berbaitul muslim itu perkara tdk baik.. namun, ambillah iktibar drp takdir shbt kita tadi.

      Berkahwin itu insyaAllah, namun, yg lebih penting, mati itu adalah pasti.

      Banyakkan persiapan untuk menghadapi mati. Mungkin maut sampai dahulu sblm kita berjodoh dgn mana2 syabab di dunia ini.

      Kurangkan bicara soal hati & banyakkn memikir ttg soal mati..

      InsyaAllah, cukuplah kematian sbg peringatan bg hati yg masih hidup. :)

      Mari kita sama2 jadi solehah, insyaAllah jika bertemu jodoh di dunia, Allah satukan dgn yg soleh juga. Andaikata maut mendatangi kita dahulu, di syurga juga pasti menanti pemuda syurga yg lebih baik utk kita.. insyaAllah.

      Mudah2an Allah tetapkan iman & islam di hati kita. muhasabah ini utk diri sendiri juga, insyaAllah...

      Delete
  11. ALLAHU...nasihat yg begitu menyedarkn diri ini.. syukran ya ukhti... teringin utk terus bersahabat dengan dirimu ya ukhti agar diri ini terus sentiasa dinasihati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..

      Ukhuwah kerana Allah, insyaAllah tidak terbatas oleh masa, ruang & keadaan.

      Selalulah datang mengunjungi saya di sini. Saya juga sentiasa dahagakan ilmu & nasihat drp calon penghuni syurga sepertimu ya ukht..

      insyaAllah. :)

      Delete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."