Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Friday, September 30, 2011
Review: Kungfu Panda. :)
Bismillahirrohmanirrohim..
Kalau diikutkan.. sudah agak lama aku menyepikan diri dari dunia blog. Alasan sibuk dengan urusan harian mahupun tidak mempunyai masa yang ekstra untuk digunakan untuk menaip kedengaran agak klise.
Baru-baru ini, semasa menyelak-nyelak buku rujukan yang dipinjam dari PHS, dalam proses menyiapkan proposal Final Year Project (FYP), aku sempat 'marathon' filem animasi Kungfu Panda serta Kungfu Panda 2.
Harus ku akui tanpa visual serta audio sampingan, pembacaan buku-buku tebal berkulit keras yang bersusun itu terasa amat 'menakutkan' sekali. ;p
Oh ya. Mungkin aku agak ketinggalan zaman kerana baru berpeluang untuk menonton filem tersebut dan sekuelnya. Tapi aku tetap juga mahu berkongsi 'keterujaan' aku selepas habis menonton.
Pujian harus diberikan buat pembikin filem ini serta semua kru produksinya kerana kedua-dua filem animasi ini bukanlah animasi kosong semata-mata. Ada beberapa nilai baik yang dipaparkan seiring dengan komedi yang mencuit hati hingga roommate ku berkali-kali menoleh apabila aku ketawa kecil seorang diri sambil menatap laptop.
Aku meminta maaf kepadanya kerana mungkin bising. Namun, seketika kemudian, aku ketawa lagi. sangat menjengkelkan! =.="
Po seekor Panda gemuk merupakan anak kepada pemilik restoran mi yang terkenal di lembah tempat kediamannya. Suatu hari dia bermimpi bahawa dia menjadi seorang lagenda Kung Fu yang sangat handal berlawan.
Atas keterujaan itu dia telah pergi ke Jade Palace yang mengadakan Majlis untuk menentukan bakal Dragon Warrior yang akan menentang Tai Lung (banduan yang merupakan bekas anak murid Master Shifu). Secara tidak sengaja, dia telah dipiliholeh Master Oogway sebagai Dragon Warrior.
Hal ini menyebabkan ketidakpuashatian dalam kalangan The Furious Five dan Master Shifu sendiri kerana Po adalah Panda yang langsung tidak mempunyai asas Kung Fu.
Antara scene kegemaranku ialah sewaktu Po merajuk setelah diberi 'hint' supaya meninggalkan Jade Palace oleh Tigress. Po disapa oleh Master Oogway. Gelagat Po bercakap dengan mulut yang dipenuhi buah pic itu memang sangat comel. Antara pesanan positif Oogway kepada Po yang sangat meninggalkan kesan ialah;
"You are too concerned with what was and what will be."
"There's a saying; yesterday is history, Tomorrow is mystery, but today is a gift. That is why it's called present."
Maksudnya;
"Kau terlalu risau dengan apa yang telah lepas dan apa yang akan berlaku."
"Ada pepatah menyebut, hari ini adalah sejarah, esok adalah misteri, tetapi hari ini adalah anugerah. Sebab itulah ia dipanggil sekarang (Hadiah)."
Kata-kata itu telah membuatkan Po menarik kembali niatnya untuk pulang ke rumah & kembali meneruskan perniagaan mi bapanya.
Namun, Po kembali menjadi tidak yakin selepas kematian Oogway dan wasiatnya agar dia menjadi Dragon Warrior dan menentang Tai Lung. Begitu juga dengan Master Shifu yang tidak yakin dengan Po yang langsung tidak tahu menahu apa pun tentang Kung Fu.
Namun, dia dapat mengesan Po akan bertindak agresif apabila tentang makanan. Lalu, Master Shifu menjadi makanan sebagai umpan dalam melatih Po berkung fu.
Master Shifu yang kreatif melatih Po dengan cara yang bersesuaian dengan Flabby Panda itu serta sifat kesungguhan Po dalam berlatih Kung Fu amatlah mengharukan. Terutamanya apabila Po memberi hormat di waktu akhir latihan Kung Fu mereka. Menunjukkan betapa kita perlulah menghormati guru yang mengajari kita ilmu.
The Furious Five meninggalkan Jade Palace untuk menyekat kemaraan Tai Lung. Namun ternyata Tai Lung terlalu kuat untuk mereka ber-5. Setelah pulang dengan kecederaan yang agak teruk akibat serangan 'Nerve Attack' Tai Lung, Master Shifu membuat keputusan untuk menyerahkan skrol Dragon Warrior kepada Po kerana merasakan Po sudah bersedia menerimanya.
Namun, agak mengejutkan apabila skrol itu didapati kosong. Oleh itu, The Furious Five dan Po diminta untuk meninggalkan Jade Palace untuk menyelamatkan semua penduduk lembah itu. Master Shifu akan menentang Tai Lung seorang diri kerana merasakan itu adalah balasannya kerana kesilapannya dalam mendidik Tai Lung.
Walaupun Kung Fu Panda hanyalah sebuah animasi yang berjaya mencecah Box Office dan animasi ke-2 popular selepas Shrek, namun, ia menyampaikan banyak mesej kebaikan kepada penontonnya. Memang sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Sebagaimana Po yang gemuk, boroi, dan tidak mempunyai asas Kung Fu dapat mengalahkan Tai Lung yang mahir berKung Fu, bukan kerana kuasa sakti skrol Dragon Warrior. Tetapi kerana keyakinannya terhadap diri sendiri.
Tiada alasan untuk kita memandang rendah terhadap diri sendiri & selalu berasa lemah & tidak berkeyakinan.
Bak kata bapa Po yang konon-kononya mempunyai ramuan rahsia di dalam mi supnya,
"There's no secret ingredients. The secret ingredients is nothing. It will be special if you assume it to be special."
"Tidak ada ramuan rahsia. Ianya akan menjadi istimewa jikalau kamu menganggapnya istimewa."
Kita akan menjadi istimewa, kalau kita menganggap diri kita istimewa. Beursahalah untuk menjadi yang terbaik. Sebagaimana Po si Panda yang gemuk berusaha & yakin kepada dirinya sendiri & akhirnya dapat mengalahkan Tai Lung.
Akhir kalam,
Firman Allah swt: "...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib (keadaan) sesuatu kaum sebelum mereka mengubah nasib(keadaan) mereka sendiri." [surah ke-13, ar-Ra'd; ayat 11]
InsyaAllah review: sekuel Kung Fu Panda 2 akan menyusul selepas ini.
Labels:
catatan hati
Saturday, September 17, 2011
Doa-doa Sunat Ketika Mengambil Wudhu'.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Adalah haram bagi kita jika bersolat, melakukan tawaf di kaabah & menyentuh al-Quran tanpa wudhu'.
Rasulullah SAW pernah bersabda; ertinya;"Allah tidak akan menerima solat seseorang kamu apabila berhadas sehinggalah kamu berwudhu'."
Begitulah pentingnya wudhu' bagi kita sebelum melakukan ibadah-ibadah utama. Oleh itu manfaatkanlah waktu berwudhu' dengan mengamalkan doa-doa yang diselingkan pada setiap anggota tubuh yang disucikan.
Semasa berkumur-kumur, sunat membaca;"Ya Allah, berikanlah segelas minuman daripada telaga nabiMu agar aku tak haus selama-lamanya." [Dipetik dari Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi]
Tatkala memasukkan air ke dalam hidung, berdoalah;
"Ya Allah, janganlah Engkau halangi aku daripada haruman nikmatMu & syurgaMu." [Dipetik dari Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi]
Sewaktu membasuh kedua-dua belah telinga, sunat membaca;"Ya Tuhan kami, jadikanlah aku daripada golongan yang mendengar perkataan seterusnya mengikut yang mana lebih baik." [Dipetik dari Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi]
Semasa membasuh muka disunatkan untuk membaca doa ini; Ertinya;
"Ya Allah, putihkanlah wajahku dengan cahayaMu pada hari hitamnya wajah-wajah, & janganlah Engkau hitamkan wajahku dengan kegelapan pada hari putihnya wajah-wajah." [Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban drpd Anas bin Malik]
Disunatkan membaca doa ini semasa membasuh tangan kanan ketika berwudhu', ertinya;
"Ya Allah berikanlah kepadaku kitab amalanku dengan tangan kananku & janganlah Engkau berikan kitabku ini dengan tangan kiriku." [Dipetik dari Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi]
Semasa membasuh tangan kiri disunatkan pula membaca doa ini; ertinya;
"Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada memberikanku kitab amalanku dengan tangan kiri ataupun dari belakangku."
Selepas menyapu air di atas kepala sunat pula membaca; ertinya;
"Ya Allah, peliharalah rambut & kulitku daripada api neraka. & lindungilah aku di bawah naungan Arasy-Mu pada hari tidak ada naungan melainkan Engkau." [Dipetik daripada kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi]
Disunatkan membaca doa ini tatkala selesai membasuh kedua-dua belah kaki. Ertinya;
"Ya Allah tetapkanlah kedua-dua kakiku di atas titian (Siratul Mustaqim) pada hari ramai orang tergelincir." [Dipetik daripada kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi]
Mari kita mengamalkan doa-doa ini sewaktu mengambil wudhu'. Bersungguh-sungguhlah menyempurnakan wudhu' kerana sesungguhnya Nabi SAW pernah bersabda; mafhumnya;
"Barang siapa berwuduk dengan dengan sempurna, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya" [HR : Muslim]
Allahu 'alam.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)