Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Saturday, September 17, 2011

Doa-doa Sunat Ketika Mengambil Wudhu'.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Adalah haram bagi kita jika bersolat, melakukan tawaf di kaabah & menyentuh al-Quran tanpa wudhu'. 
Rasulullah SAW pernah bersabda; ertinya; 
"Allah tidak akan menerima solat seseorang kamu apabila berhadas sehinggalah kamu berwudhu'."

Begitulah pentingnya wudhu' bagi kita sebelum melakukan ibadah-ibadah utama. Oleh itu manfaatkanlah waktu berwudhu' dengan mengamalkan doa-doa yang diselingkan pada setiap anggota tubuh yang disucikan.

Semasa berkumur-kumur, sunat membaca; 
"Ya Allah, berikanlah segelas minuman daripada telaga nabiMu agar aku tak haus selama-lamanya." [Dipetik dari Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi]

Tatkala memasukkan air ke dalam hidung, berdoalah;
"Ya Allah, janganlah Engkau halangi aku daripada haruman nikmatMu & syurgaMu." [Dipetik dari Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi]

Sewaktu membasuh kedua-dua belah telinga, sunat membaca;
 "Ya Tuhan kami, jadikanlah aku daripada golongan yang mendengar perkataan seterusnya mengikut yang mana lebih baik."  [Dipetik dari Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi]

Semasa membasuh muka disunatkan untuk membaca doa ini; Ertinya;
"Ya Allah, putihkanlah wajahku dengan cahayaMu pada hari hitamnya wajah-wajah, & janganlah Engkau hitamkan wajahku dengan kegelapan pada hari putihnya wajah-wajah." [Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban drpd Anas bin Malik]

Disunatkan membaca doa ini semasa membasuh tangan kanan ketika berwudhu', ertinya;
"Ya Allah berikanlah kepadaku kitab amalanku dengan tangan kananku & janganlah Engkau berikan kitabku ini dengan tangan kiriku." [Dipetik dari Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi]
 
 Semasa membasuh tangan kiri disunatkan pula membaca doa ini; ertinya;
"Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada memberikanku kitab amalanku dengan tangan kiri ataupun dari belakangku."
Selepas menyapu air di atas kepala sunat pula membaca; ertinya;
"Ya Allah, peliharalah rambut & kulitku daripada api neraka. & lindungilah aku di bawah naungan Arasy-Mu pada hari tidak ada naungan melainkan Engkau." [Dipetik daripada kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi]

Disunatkan membaca doa ini tatkala selesai membasuh kedua-dua belah kaki. Ertinya;   
"Ya Allah tetapkanlah kedua-dua kakiku di atas titian (Siratul Mustaqim) pada hari ramai orang tergelincir." [Dipetik daripada kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi]

Mari kita mengamalkan doa-doa ini sewaktu mengambil wudhu'. Bersungguh-sungguhlah menyempurnakan wudhu' kerana sesungguhnya Nabi SAW pernah bersabda; mafhumnya; 
"Barang siapa berwuduk dengan dengan sempurna, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya" [HR : Muslim]

Allahu 'alam.. :)

2 comments:

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."