Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Sunday, August 1, 2010
Dalam Kerugian.
MasyaAllah... sehari lagi sudah berlalu. Tak tahu apa kata orang lain, tapi aku merasakan masa berlalu terlalu pantas dari hari ke hari. Tak sedar sudah hampir sebulan aku kembali ke alam kampus & kuliah.
Sungguhnya, demi masa, manusia memang sentiasa berada dalam kerugian. Melainkan bagi mereka yang beramal soleh dan sentiasa berpesan-pesan dengan kebaikan & penuh kesabaran. [Surah Al-Asr]
Yang rugi itu aku.
Hari ini, emosi aku sangat teruk. Tak mahu kata apa-apa, tak mahu buat apa-apa, tak mahu apa-apa pun. Rasa nak lari jauh-jauh. Rasa nak terbang tinggi-tinggi. Rasa nak menyorok dalam lubang paling dalam. Nak menjauh, jauh yang sangat jauh sampai tak siapa dapat menemui aku.
Pernahkah kamu rasa macam apa yang aku rasa saat ini?
Aku, masih baru dalam dunia gerak kerja dakwah ini. Ya, aku masih mentah, kurang pengalaman, kurang dedikasi, kurang karismatik, kurang, ya banyak sangat yang kurang. Tapi, sekurang-kurangnya aku berusaha! [ayat menyedapkan hati sendiri.. :) ]
Hairan sungguh aku... dengan orang-orang yang suka benar, cepat benar bersangka buruk dengan orang.
Hairan aku.. dengan orang yang sangat berani melemparkan komen sinis buat sahabat dan sahibahnya sendiri.
Hairan aku... bagaimana seseorang itu boleh mempunyai sungguh banyak watak dalam satu-satu masa.
Hairan sungguh aku... kenapa boleh jadi macam ni?
Aku tak tahu apa yang kamu fikir. Tapi Rasulullah SAW tak pernah ajar kita untuk berburuk sangka sesama muslim. Baginda tak pernah suruh kita bersikap 'pilih bulu' dalam menjalankan gerak kerja dakwah islamiah. Rasulullah SAW tak pernah ajar kita bermusuh dengan orang, sekalipun dengan musuh kita sendiri!
Adab itu penting. Pekerti itu penting. Akhlak itu penting. Sangat perlu untuk sentiasa menjaga akhlak, adab dan pekerti kita. Kita orang Islam. Kena jadi betul-betul Islam. Berkeperibadian Islam.
Mana kita nak pergi? Mana kita nak lari?
Siapa kata Islam hanya untuk 'orang-orang tertentu'..?
Kamu Islam kan...? Agama kita sama kan..? Kita menyembah Tuhan yang sama kan...? Maka, maka perlu ada perbezaan pada kita?
Aku berada di celah-celah dua jenis manusia. Satu yang ramai orang kata golongan baik. Golongan alim, beragama, rapat dengan Tuhan, kuat ibadahnya. Dan aku juga dikelilingi golongan yang 'biasa-biasa'.
Demi Allah, percayalah.. tak semua orang yang nampaknya baik itu adalah benar-benar baik. Dan bukan semua orang yang nampak tak baik itu adalah jahat.
Manusia berubah. Manusia selalu berubah. Hari ini kita mungkin jahat, esok, siapa tahu Allah beri Hidayah buat kita dan kita jadi baik. Dan paling menakutkan, selama ini kita adalah manusia yang baik, tiba-tiba berubah menjadi ke arah yang bertentangan..
Sebagaimana seseorang pernah memberitahuku;
"Seseorang manusia yang kita nilai buruk, pasti memiliki sisi baik dalam dirinya... Seseorang yang kita nilai baik, belum tentu tidak memiliki sisi buruk dalam perilakunya..."
Walau apapun, haruslah kita ingat, kita semua hanya manusia. Kita hanya pendosa, kita hanya hamba, kita tak layak menghakimi, apatah lagi menghukum.
Islam itu mengajar kita untuk hidup bermasyarakat. Bergaullah dengan masyarakat, kita lihat, kita amati, ambillah semua yang positif darinya dan jauhkan segala macam anasir negatif yang ada di dalamnya.
Jauhkan berburuk sangka, umpat mengumpat, tikam menikam dari belakang, khianat mengkhianati. Semua itu adalah racun berbisa yang boleh membunuh kasih sayang & persaudaraan yang terbina.
Ikhlaskanlah hati, jangan mendekati seseorang kerana ingin mengambil kesempatan darinya. Sebaliknya lakukan amal perbuatan itu semata-mata mahu mencari keredhaan Allah.
Percayalah, sesebuah perhubungan yang dijalinkan atas nama Allah yang dibajai dengan keikhlasan, kejujuran dan kemaafan itu sangat indah.
Sampai bila mahu menipu, sampai bila mahu berselindung, berpura-pura dan hipokrit? Kita hanya akan menyakiti diri sendiri apabila kita menyakiti orang lain.
Akhir kalam, renungilah sebaris firman Allah;
".....Janganlah kamu anggap dirimu bersih, Dia tahu benar siapa yang bertaqwa di antaramu..." (An-Najm: 32)
Tatkala kamu-kamu & kamu yang ku hormati mengeji, mengutuk, 'menikam belakang' sahibahmu di hadapan diri ini... buat aku terasa seperti aku yang dikhianati, buat aku terasa seperti aku yang disalah erti...
Buat aku tidak berdaya untuk mempercayai sesiapa di muka bumi ini melainkan Allah semata-mata..
Sungguh, hanya Dia yang paling jujur dan paling boleh dipercayai. Kerana Allah adalah sebaik-baik tempat kembali...
Hasbunallah wa nikmal wakiil. Cukuplah Allah sebagai penolong..
Wallahu 'alam.

“Aku suka kepada orang-orang soleh, padahal aku bukan termasuk golongan mereka. Harapanku hanyalah agar aku juga mendapat syafaat, kelak bila bersama mereka. Dan aku benci orang-orang yang menjadikan maksiat sebagai perniagaan mereka dalam hidup ini, walaupun aku sendiri mungkin seperti mereka yang melakukan maksiat tersebut.” – [Imam As-Syafi'ie]
Hairan sungguh aku... dengan orang-orang yang suka benar, cepat benar bersangka buruk dengan orang.
Hairan aku.. dengan orang yang sangat berani melemparkan komen sinis buat sahabat dan sahibahnya sendiri.
Hairan aku... bagaimana seseorang itu boleh mempunyai sungguh banyak watak dalam satu-satu masa.
Hairan sungguh aku... kenapa boleh jadi macam ni?
“Satu maksiat yang menyebabkan kamu merasa kerdil, rendah diri, hina dan hancur hati (kerana penyesalan dan taubat) lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung, bangga dan hebat (sehingga tahap ujub)” [Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari]
Aku tak tahu apa yang kamu fikir. Tapi Rasulullah SAW tak pernah ajar kita untuk berburuk sangka sesama muslim. Baginda tak pernah suruh kita bersikap 'pilih bulu' dalam menjalankan gerak kerja dakwah islamiah. Rasulullah SAW tak pernah ajar kita bermusuh dengan orang, sekalipun dengan musuh kita sendiri!
Adab itu penting. Pekerti itu penting. Akhlak itu penting. Sangat perlu untuk sentiasa menjaga akhlak, adab dan pekerti kita. Kita orang Islam. Kena jadi betul-betul Islam. Berkeperibadian Islam.
Mana kita nak pergi? Mana kita nak lari?
Siapa kata Islam hanya untuk 'orang-orang tertentu'..?
Kamu Islam kan...? Agama kita sama kan..? Kita menyembah Tuhan yang sama kan...? Maka, maka perlu ada perbezaan pada kita?
Aku berada di celah-celah dua jenis manusia. Satu yang ramai orang kata golongan baik. Golongan alim, beragama, rapat dengan Tuhan, kuat ibadahnya. Dan aku juga dikelilingi golongan yang 'biasa-biasa'.
Demi Allah, percayalah.. tak semua orang yang nampaknya baik itu adalah benar-benar baik. Dan bukan semua orang yang nampak tak baik itu adalah jahat.
Manusia berubah. Manusia selalu berubah. Hari ini kita mungkin jahat, esok, siapa tahu Allah beri Hidayah buat kita dan kita jadi baik. Dan paling menakutkan, selama ini kita adalah manusia yang baik, tiba-tiba berubah menjadi ke arah yang bertentangan..
Sebagaimana seseorang pernah memberitahuku;
"Seseorang manusia yang kita nilai buruk, pasti memiliki sisi baik dalam dirinya... Seseorang yang kita nilai baik, belum tentu tidak memiliki sisi buruk dalam perilakunya..."
Walau apapun, haruslah kita ingat, kita semua hanya manusia. Kita hanya pendosa, kita hanya hamba, kita tak layak menghakimi, apatah lagi menghukum.
Islam itu mengajar kita untuk hidup bermasyarakat. Bergaullah dengan masyarakat, kita lihat, kita amati, ambillah semua yang positif darinya dan jauhkan segala macam anasir negatif yang ada di dalamnya.
Jauhkan berburuk sangka, umpat mengumpat, tikam menikam dari belakang, khianat mengkhianati. Semua itu adalah racun berbisa yang boleh membunuh kasih sayang & persaudaraan yang terbina.
Ikhlaskanlah hati, jangan mendekati seseorang kerana ingin mengambil kesempatan darinya. Sebaliknya lakukan amal perbuatan itu semata-mata mahu mencari keredhaan Allah.
Percayalah, sesebuah perhubungan yang dijalinkan atas nama Allah yang dibajai dengan keikhlasan, kejujuran dan kemaafan itu sangat indah.
Sampai bila mahu menipu, sampai bila mahu berselindung, berpura-pura dan hipokrit? Kita hanya akan menyakiti diri sendiri apabila kita menyakiti orang lain.
Akhir kalam, renungilah sebaris firman Allah;
".....Janganlah kamu anggap dirimu bersih, Dia tahu benar siapa yang bertaqwa di antaramu..." (An-Najm: 32)
Tatkala kamu-kamu & kamu yang ku hormati mengeji, mengutuk, 'menikam belakang' sahibahmu di hadapan diri ini... buat aku terasa seperti aku yang dikhianati, buat aku terasa seperti aku yang disalah erti...
Buat aku tidak berdaya untuk mempercayai sesiapa di muka bumi ini melainkan Allah semata-mata..
Sungguh, hanya Dia yang paling jujur dan paling boleh dipercayai. Kerana Allah adalah sebaik-baik tempat kembali...
Hasbunallah wa nikmal wakiil. Cukuplah Allah sebagai penolong..
Wallahu 'alam.
* sedang merajuk dengan diri sendiri. Terlena sampai pagi [mungkin atas kesan ubat yg dimakan sebelum tidur], lalu mungkir janji pada sahibah usrah untuk sama2 berjalan ke masjid, terlepas peluang untuk qiam berjemaah.
Mudah-mudahan masih ada peluang untuk memperbaiki diri. Permudahkanlah ya Allah..

Labels:
coretan hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
akak,be strong!
ReplyDeleteamal pon t'mungkir janji untuk qiam d msjd 2 n untuk sokong pemidato usm di dk A esoknya..
pulang ke rumah,ada hal perlu dsetelkan
semoga Allah redha
Assalamualaikum akak sayang...
ReplyDeleteharap sabar dan tabah,.. insan yang bergaul dgn manusia dan sanggup bersabar dgn kerenah mereka lbh baik drpd mereka yg tdk bergaul dgn manusia dan tdk mampu bersabar dgn mereka..
tahniah krn dipilih Allah melalui jln ini, dan semoga trus tabah cekal dgn kerenah mereka yg bernama manusia..
respon to jauh hati;
ReplyDeleteamal pun be strong! [syukran atas support.] :)
kata-kata untuk menyedapkan hati sendiri; semua ini adalah ketentuan dari Allah. Sehelai daun rapuh yang hendak gugur ke bumi pun perlukan keizinan dari Allah. Inikan pula kita untuk datang menjadi tetamu malamNya.
Sungguh, apabila Allah berkehendakkan sesuatu, perkara itu akan jadi serta merta meskipun kita kuat berusaha, kan?
Anggaplah ini ujian dari Allah. Redhakan hati. InsyaAllah, mesti ada hikmah yg besar di sebalik semua ini. :)
we learn from the mistakes, to be a better slave of Allah. InsyaAllah..
mudah2an Allah meredhai. uhibbukifillah, amal. :)
respon to syauqah wardah;
ReplyDeletewaalaikumussalam warahmatullah azmah. :)
syukran atas kata-kata dorongan & semangat. sebuah nasihat yg berharga buat diriku ini..
yup. kena terus bersabar & tabah, insyaAllah. harus diingatkan, perilaku seseorang yang hampir dengan kita boleh menjadi cerminan buat kita..
kesilapan yang dilakukan orang lain, boleh dijadikan sempadan buat kita. manusia sering terlalai dan terlupa.
selalulah bermohon perlindungan & pertolongan dari Allah supaya tidak menjebakkan diri kita yang lemah ini ke lembah kehinaan & fitnah dunia..
Azmah pun.. teruskan berusaha utk menjadi insan yang lebih baik. :) insyaAllah.
uhibbukifillahi taala.. :)
syukran atas kunjungan & komen.
salam...
ReplyDeletesyauqah wardah...
sabar itu separuh drpd iman...=)
berlapang dada lah atas ape yg berlaku...
redha dgn sgla ujian yg menimpa...
supaya suatu hari nanti kite akan m'jd sorg yg lbih kuat dlm m'hadapi dugaan dari-Nya...
im missing u...=(
wasalam...
ReplyDeletefadhilah! :) [excited..]
semua yang awak ckp tu betul.. terima kasih atas nasihat berharga yang diberikan.
ujian diberikan oleh Allah buat orang-orang yang lemah untuk menguatkan mereka. Itu tandanya Allah sayang dan perihatin kepada kita. setiap ujian itu adalah pentarbiyyahan buat diri agar menjadi insan yang lebih mantap iman & jiwanya, insyaAllah.
i'm missing u too.. :(
[salu kena tinggal sorg2..] :(
salam ukhty ku sayang...
ReplyDelete"senyumlah dikala gembira kerna itulah sebaik-baik utusan mengambarkan ketenangan dihati & senyumlah dikala berduka kerna itulah mengambarkan kerelaan hati menempuh dugaan Allah s.w.t. demi Redha_NYA...
senyum....^_^
wasalam warahmatullah ukhti yang juga kusayangi kerana Allah..
ReplyDeletesyukran atas kata2 nasihat yang berharga.
senyum.. :)
salam kak safi...
ReplyDeletetiada kata indah yang mampu ku ungkap utk memujuk hatimu..
cukuplah Allah sbgai penawar bagimu..doaku sentiasa mengiringimu agr terus kuat dan istiqamah dijalanNya..
buatlah sesuatu hanya keranaNya..
insyaAllah apapun yg manusia kata atau buat pada kita xmungkin akan melemahkan kita kak..
rasa xlayak utk mnasihati kak yg sarat dgn tarbiyahNya..xp skdr mperingtkan diri yg jg sring lemah dijalanNya..
sy yakin kak safi seorg yg kuat..
sy sntiasa mnunggu pengisian akak yg sarat dgn sntuhan qalbu..moga mslh yg mggu kak xmnybbkn akak utk bhnti menulis disini ya..
slm ukhuwahfillah..
wasalam warahmatullah nisa yang kusayangi kerana Allah..
ReplyDeletesaat mataku meniti setiap bait kata2mu tak sedar ada air mata yang bergenang di dalamnya.
terasa seperti sedang membaca surat cinta dari kekasih.. :)
Alhamdulillah, sgt bersyukur ditemukan dengan calon bidadari yang tenang dan harum seprtimu..
ya.. buatlah sesuatu lillahi taala. ayat itu sangat terkesan di hatiku..
Mudah2an keredhaan Allah sentiasa mengharum mekar buatmu. doamu kuhargai, & doaku buatmu juga adalah pasti. insyaAllah.
terima kasih atas ukhuwah ini. uhibbukifillah.. :)
syukran atas nasihat berharga. dirimu juga amat dekat dalam hati ini..