Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sunday, January 16, 2011
Khaulah Adalah Pejuang Misteri Itu.
Siapakah yang menerbangkan debu pasir,Dengan deruan kuda yang ditunggangnya,Selendang yang menutupi wajahnya,Menjadi pelindung hiasan dunia,Halus jemarinya menghunus senjata,Lembut tingkahnya bertukar perkasa...
Salam warahmatullah...
Aku ingin berkongsi kisah mujahidah yang menyertai peperangan menentang Kafir. Kisah ini ku petik dari pembacaanku dalam buku Riwayat Bidadari Syurga tulisan ustaz Munif Ahmad.
Mari kita susuri perjalanan sirah serikandi terbilang ini.
Khaulah binti al-Azwar Al-Kindi adalah seorang wanita yang berani yang mempunyai semangat dan sifat juang yang tinggi dan cekap menunggang kuda. Ayahnya Al-Azwar adalah seorang pahlawan yang terbunuh sewaktu mempertahankan Rasulullah SAW. Saudaranya pula ialah Dhirar bin Al-Azwar, seprang penunggang kuda yang terkenal. Khaulah dibesarkan dalam keluarga yang mulia dan berani.
Suatu hari, Khaulah keluar Khaulah bersama saudaranya untuk menyertai tentera muslimin dibawah pimpinan panglima Khalid bin Al-Walid. Mereka menuju ke Syam untuk menakluki negeri itu. Khaulah telah turut serta dalam pertempuran itu.
Ketika pertempuran itu berlaku, Panglima Khalid Al-Walid sedang memerhatikan seorang tentera berkuda yang tinggi dan cekap menunggang kuda. Orangnya tinggi dan tiada apa yang kelihatan di wajahnya melainkan kedua matanya sahaja. Dia telah menutupi seluruh tubuhnya dengan kain hitam dan di kepalanya terdapat serban hijau yang dilabuhkan ke paras dada. Dia selalu di hadapan, bertarung dengan cekap dan pantas di atas kudanya. Lagaknya seperti seorang lelaki yang melawan musuhnya dengan penuh keberanian. Tiada siapa yang menyangka dia adalah seorang wanita.
Setelah selesai peperangan itu, semua pejuang muslimin yang lain tertanya-tanya siapakah gerangan beliau. Maka, Khalid Al-Walid telah memintanya membuka kain penutup wajahnya. Namun Khaulah enggan berbuat demikian. Setelah itu Khalid memintanya menyebutkan namanya. Itu juga tidak dipenuhi oleh beliau hingga menaikkan darah panglima itu.
Setelah melihat Khalid Al-Walid seakan marah kepadanya, lalu dia pun menjawab;
“Aku Khaulah binti Al-Azwar. Aku sedang bersama sekumpulan wanita, kemudian datang kepadaku khabar yang mengatakan saudaraku Dhirar telah ditawan musuh. Maka, aku pun terus menunggang kudaku dan menyertai pertempuran ini.”
Khalid merasa kagum dan memuji Khaulah di atas keberaniannya bertempur dan keikhlasannya terhadap saudaranya. Lalu tentera muslimin sekali lagi menggempur sisa-sisa tentera Rom. Di bawah pimpinan Rafik, seramai 100 tentera Islam telah mengejar sebahagian tentera Rom yang telah pulang ke Hims untuk membebaskan Dhirar. Khaulah turut menyertai pasukan tersebut. Mereka berjaya membebaskan Dhirar selepas bertempur dengan sengit.
Seterusnya Khaulah turut serta dalam penaklukan Mesir sehingga namanya menjadi terbilang dan disebut-sebut oleh wanita-wanita Arab dan kaum lelakinya. Dia terus menjadi seorang pejuang Islam yang menyertai pelbagai peperangan sehinggalah menemui ajalnya di bawah pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan.
Khaulah telah meninggalkan nama yang harum mewangi, yang keharumannya akan dirasai oleh kita semua di sepanjang zaman.
Semoga coretan ini akan dapat membakar semangat kita semua untuk menjadikan semangat juang beliau sebagai teladan untuk meneruskan kehidupan ini. InsyaAllah..
Labels:
muhasabah diri,
sirah,
tazkirah,
tokoh islam
Thursday, January 13, 2011
Kenangan MAHA Fair 2010.
Bismillahirrohmanirrohim..
"Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa." [an-Nahl: 30]
Salam warahmatullah semua..
Antara kenangan yang paling indah sewaktu bercuti tempohari adalah trip ke MAHA FAIR 2010 pada 4/12/2010 [Sabtu].
Alhamdulillah, waktu itu aku pergi dengan ayah dan kikta [salah seorang adik perempuanku]. Memang sangat seronok, paling menarik ialah pameran orkid yang terbesar di Malaysia waktu itu.
Subhanallah, memang tak tergambar indahnya ciptaan Allah yang cantik-cantik kami lihat di sana. Cukup membuktikan betapa hebatnya kekuasaan Allah dalam penciptaan makhlukNya.
Kami juga terserempak dengan ustaz Fauzi Mustafa [Al-Kuliyyah, TV3] & ustaz Suhaimi Saad [penyanyi nasyid]. :)
Kami juga terserempak dengan ustaz Fauzi Mustafa [Al-Kuliyyah, TV3] & ustaz Suhaimi Saad [penyanyi nasyid]. :)
Ini adalah gambar-gambar yang sempat ku abadikan waktu itu. :)
Kikta dan ayah.. :)
[kikta kena jadi 'iljimae' demi menghormati privasi beliau. huhu. :D]
[kikta kena jadi 'iljimae' demi menghormati privasi beliau. huhu. :D]
Waktu kaki melangkah menaiki tangga bas sebelum bertolak, aku berdoa, mudah-mudahan akan ada banyak pelajaran yang bakalku peroleh sewaktu trip itu nanti & mendekatkan jarak aku dengan Allah. Alhamdulillah, doaku dimakbulkanNya.
"Maka bagi Allah-lah segala puji, Tuhan langit dan Tuhan bumi, Tuhan semesta alam. Dan bagiNya keagungan di langit & di bumi. Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." [al-Jasiyah : 36-37]
Kami juga sempat membeli beberapa buah buku ilmiah di booth Synergy Media. Alhamdulillah, semuanya bermanfaat untuk menambah kecintaan kepada Allah.
Hari tersebut berlangsung dengan penuh kesyukuran & kebahagiaan. Dengan gelagat kikta & ayah yang sangat comel. ;p
Apabila aku melihat wajah ayahku dan adikku, aku teringat kepada Allah. Betapa aku bersyukur dikurniakan seorang ayah yang penyayang & adik yang solehah. Maka, dapatku melihat betapa besarnya tanggungjawabku kepada mereka keduanya. Betapa aku sedar, kehidupanku ini harus dijalani dengan sebaik-baiknya.
Aku mahu menjadi anak dan kakak yang lebih solehah. Membahagiakan ayah & ibuku serta menjadi teladan & contoh buat adik-adikku. Andai saja diriku dapat menjadi 'benchmark' agar mereka menjadi lebih baik juga sudah cukup membuatku sangat bersyukur.
Akhir kata,
Pandanglah apa jua yang ada di bumi ini untuk menafsir kekuasaan Allah lantas membuahkan rasa takjub & rendah hati dengan keEsaanNya.. ingatlah, semua itu datangnya daripada Allah semata-mata.
Kebahagiaan yang kita nikmati sehari-hari itu adalah juga datangnya daripada Allah. Maka, selalulah bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita. Lalu, berazamlah untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari.
Kebahagiaan yang kita nikmati sehari-hari itu adalah juga datangnya daripada Allah. Maka, selalulah bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita. Lalu, berazamlah untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari.
Mari kita menanam bunga-bunga iman ke dalam jiwa kita. Agar mewangi taman-taman hati kita dengan kelopak-kelopak cinta, syukur, rindu, ikhlas, taqwa & taubat kepada Allah nan satu.
Penuhilah hati dengan mahabatullah, isikan semua kekosongan segenap ruang hati kita dengan cinta yang kemudiannya langsung kepada Allah. Agar tertutup semua ruang untuk kemaksiatan, kemungkaran, kebencian, iri hati dan mazmumah yang lain2 dari membusuk dalam jiwa kita.
Ku akhiri catatan perjalanan ini dengan firman Allah swt;
"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabkannya." [Al-Israk : 36]
Allahu 'alam.
p/s: kerja bertambah banyak. tanggungjawab bertambah berat. Allah, permudahkanlah..
Labels:
catatan perjalanan
Tuesday, January 4, 2011
Catatan Selepas Cuti. :D
Bismillahirrohmanirrohim...
"Ya Allah, sesungguhnya tidak ada yang mudah melainkan apa yang telah Kau jadikan ianya mudah. Dan Kau menghapuskan duka cita dengan mudah jika Engkau mengkehendaki.."
Sebetulnya semacam tak percaya sudah lebih sebulan PP diabaikan. :D Haish.. bersawang dah halaman ni.. sementelah laptop kesayangan rosak + demam selsema yang berbalik-balik, perancanganku buat masa itu nampaknya berlainan benar dengan kehendakNya. :)
it's okay.. He is the best planner yet the best determinant. Aku selalu ingatkan diri bahawa ketentuanNya adalah yang terbaik, maka berusahalah untuk berlapang dada dgn setiap ketentuanNya itu. insyaAllah. :)
Menyelusuri denai waktu yang semakin merimbun meninggalkan jejak-jejak kaki nan lalu. Bermuhasabah makna doa akhir tahun & awal tahun yang dibacakan usai solat maghrib awal muharam yang lalu, menimbulkan pelbagai rasa yang menusuk-nusuk ke lubuk hati.
Begitu banyak dosa yang ditimbun, pasti begitu banyak jualah dosa yang belum terampun. Bahkan melewati untaian tahun baru, semakin menggununglah dosa-dosa yang telah membusuk itu. Astaghfirullah hal adzhim..
Namun begitu, hendak tidak hendak, rela atau tidak, masa akan terus berlari tanpa menunggu sesiapa. Melainkan ia berhenti hanya jika Allah berkehendak sedemikian.
Masa cuti yang sebulan itu... alhamdulillah, begitu bermakna buat diri ini dengan kehendak Allah. Waktu itulah jemputan walimah berderet-deret menunggu turn untuk menambah 'kilogram'-ku.. :)
Namun, waktu itu jugalah adalah kesempatan terbaik untuk melihat pelbagai jenis tabiat, akhlak, tingkah laku, tutur kata dan body language yang ada kalanya tidak pernah ku temui di dalam kampus Minden ini; sekaligus menjadi teladan & sempadan buat diri ini dalam meneruskan musafir ini..
Begitu pun... dalam masa sebulan itu jugalah aku mengetahui betapa indahnya ukhuwah sesama ahli keluarga. :) melihat kerenah ayah, ibu, adik-adik. Juga abang2 serta kakak2 ipar yang memang comel & mencuit hati. Memang rasa sekejap benar waktu 4 minggu itu. Sampaikan rasa sangat sedih jugalah kami kala mahu berpisah tempohari. huhu. :D
Ada pun begitu... masih ada misi yang perlu diselesaikan. Masih banyak tugas yang perlu digalas. Masih banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Biarpun hujungnya nanti tidaklah begitu sempurna sebagaimana yang diharap-harapkan, harus diingatkan bahawa diri ini hanyalah insan biasa yang terlalu banyak kekurangannya. Sentiasalah berusaha, berdoa & bertawakal kepada Allah supaya jalan-jalan yang dilalui itu dipermudahkan olehNya..
Teringat kata-kata seorang adik manis lewat musim peperiksaan yang lepas;
"Yang dilihat & diukurNya bukanlah sejauh mana hasilmu, tapi yang diharap tawakal, percaya nan jitu, pergantunganmu padaNya. Tapi tak bermakna tak perlu berusaha. Usahalah sedayamu, tapi jangan sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu itulah penentu kejayaanmu.Sesungguhnya, Allah itulah sebaik-baik tempat bergantung harap & sebaik2 penolong, maka bertawakallah padaNya. Kejayaan itu adalah hak milik Allah yang diberikan kepada hamba2Nya yang terpilih..."
Sampai di sini dahulu kali ini... mudah2an akan bertemu lagi, insyaAllah. :)
Labels:
catatan hati
Subscribe to:
Posts (Atom)