Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Thursday, January 13, 2011

Kenangan MAHA Fair 2010.


Bismillahirrohmanirrohim..

"Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa." [an-Nahl: 30]

Salam warahmatullah semua..
Antara kenangan yang paling indah sewaktu bercuti tempohari adalah trip ke MAHA FAIR 2010 pada 4/12/2010 [Sabtu]. 

Alhamdulillah, waktu itu aku pergi dengan ayah dan kikta [salah seorang adik perempuanku]. Memang sangat seronok, paling menarik ialah pameran orkid yang terbesar di Malaysia waktu itu. 

Subhanallah, memang tak tergambar indahnya ciptaan Allah yang cantik-cantik kami lihat di sana. Cukup membuktikan betapa hebatnya kekuasaan Allah dalam penciptaan makhlukNya.

Kami juga terserempak dengan ustaz Fauzi Mustafa [Al-Kuliyyah, TV3] & ustaz Suhaimi Saad [penyanyi nasyid]. :)

Ini adalah gambar-gambar yang sempat ku abadikan waktu itu. :)
 
 

Suka tengok yellow roses tu.. kalau warna merah lagi cantik.. :)


 







Kikta dan ayah.. :)
[kikta kena jadi 'iljimae' demi menghormati privasi beliau. huhu. :D]

Waktu kaki melangkah menaiki tangga bas sebelum bertolak, aku berdoa, mudah-mudahan akan ada banyak pelajaran yang bakalku peroleh sewaktu trip itu nanti & mendekatkan jarak aku dengan Allah. Alhamdulillah, doaku dimakbulkanNya.

"Maka bagi Allah-lah segala puji, Tuhan langit dan Tuhan bumi, Tuhan semesta alam. Dan bagiNya keagungan di langit & di bumi. Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." [al-Jasiyah : 36-37]

Kami juga sempat membeli beberapa buah buku ilmiah di booth Synergy Media. Alhamdulillah, semuanya bermanfaat untuk menambah kecintaan kepada Allah.

Hari tersebut berlangsung dengan penuh kesyukuran & kebahagiaan. Dengan gelagat  kikta & ayah yang sangat comel.  ;p

Apabila aku melihat wajah ayahku dan adikku, aku teringat kepada Allah.  Betapa aku bersyukur dikurniakan seorang ayah yang penyayang & adik yang solehah. Maka, dapatku melihat betapa besarnya tanggungjawabku kepada mereka keduanya. Betapa aku sedar, kehidupanku ini harus dijalani dengan sebaik-baiknya. 

Aku mahu menjadi anak dan kakak yang lebih solehah. Membahagiakan ayah & ibuku serta menjadi teladan & contoh buat adik-adikku. Andai saja diriku dapat menjadi 'benchmark' agar mereka menjadi lebih baik juga sudah cukup membuatku sangat bersyukur.

Akhir kata,

Pandanglah apa jua yang ada di bumi ini untuk menafsir kekuasaan Allah lantas membuahkan rasa takjub & rendah hati dengan keEsaanNya.. ingatlah, semua itu datangnya daripada Allah semata-mata.

Kebahagiaan yang kita nikmati sehari-hari itu adalah juga datangnya daripada Allah. Maka, selalulah bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita. Lalu, berazamlah untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Mari kita menanam bunga-bunga iman ke dalam jiwa kita. Agar mewangi taman-taman hati kita dengan kelopak-kelopak cinta, syukur, rindu, ikhlas, taqwa & taubat kepada Allah nan satu. 

Penuhilah hati dengan mahabatullah, isikan semua kekosongan segenap ruang hati kita dengan cinta yang kemudiannya langsung kepada Allah. Agar tertutup semua ruang untuk kemaksiatan, kemungkaran, kebencian, iri hati dan mazmumah yang lain2 dari membusuk dalam jiwa kita.  

Ku akhiri catatan perjalanan ini dengan firman Allah swt;

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabkannya." [Al-Israk : 36]

Sekian dulu untuk kali ini. Mudah2an akan bertemu lagi kelak.. insyaAllah. 

Allahu 'alam.


p/s: kerja bertambah banyak. tanggungjawab bertambah berat. Allah, permudahkanlah.. 

2 comments:

  1. Aku mahu menjadi anak dan kakak yang lebih solehah. Membahagiakan ayah & ibuku serta menjadi teladan & contoh buat adik-adikku. Andai saja diriku dapat menjadi 'benchmark' agar mereka menjadi lebih baik juga sudah cukup membuatku sangat bersyukur.

    saya juga! mahu sangat2....

    ReplyDelete
  2. :)

    allahumma amiin.. mudah2an, azmah.. :)

    Wahai Allah, tunjukkanlah kepada kami jalan untuk menyelesaikan semua urusan kami supaya kami dapat kembali kepadaMu dengan hati yang tenang & diredhai.. amiin. :)

    p/s: rindu azmah..

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."