Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Tuesday, September 28, 2010
Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Tempohari, ada seseorang datang dengan mata yang bengkak kepadaku. Mengadu sangat tertekan dengan pelbagai hal yang melanda dirinya. Dia bagai kehilangan arah kerana katanya selalunya setiap kali dia stress, teman lelakinya akan menenangkannya & memberinya pelbagai solusi untuk menangani tekanan yang beliau hadapi.
1 persoalan yang aku lontarkan buatnya;
Lantas dia diam.
Pernah dengar madah ini? Kalau kita mencintai bunga, bunga akan layu, jika kita mencintai manusia, manusia akan mati.. Lantas, cinta manakah yang paling abadi?
Cintakan Allah nescaya kekal abadi. Itu jawapan madah tersebut.
Sekarang, tanyakan kepada diri kita, jika kita dilanda masalah yang maha memberat, kepada siapakah tempat pertama kita meluah rasa & berkongsi masalah? Siapakah ‘dia’ yang pertama kita bercerita menghambur semua reluk rasa di pelusuk jiwa kita itu?
Benar, kita berhak memilih kepada siapa kita ingin berkongsi rasa, tetapi tidak bolehkah kita melihat situasi ini dalam konteks yang lebih luas? Buka mata kita, buka hati kita, untuk menilai kepada siapa yang paling molek untuk kita bergantung harapan & pertolongan.
Ujian itu dari Allah, musibah itu datangnya dari Allah, bala itu datangnya dari Allah. Maka, mengapa kita mengharapkan manusia untuk menjadi tempat kita bermohon & bergantung harap sedangkan semua itu adalah datang dari Allah?
Seharusnya, dari mana, dari siapa kita datang, maka, kepada Dia jugalah kita kembali. Ayuh, mari kita meletakkan diri kita sebagai hamba. Kita ini hanyalah hamba yang tiada apa-apa jika bukan tanpa belas & kasihan daripada Allah swt. Makan kita, pakai kita, pancaindera, gerak langkah, malah, keupayaan untuk menyedut nafas ini juga adalah datangnya dari Allah.
Jika kamu pernah membaca kisah Nik Nur Madihah, pelajar cemerlang yang memperolehi 20A di dalam peperiksaan SPMnya. Beliau digelar ‘wanita besi’ oleh ahli keluarganya kerana tidak pernah dilihat menitiskan air matanya di hadapan keluarganya. Saat ditanyakan sebabnya; beliau mengatakan, beliau selalu mengadu kepada Allah tentang semua kesusahan & masalah yang dihadapinya waktu bertahajjud & sewaktu menunaikan solat dhuha. Dari Allah-lah datangnya kekuatan itu.
Jika kita meletakkan Allah yang paling tinggi di dalam hati kita, insyaAllah, Allah juga akan melapangkan hati kita walau kita sedang ditimpa masalah & ujian yang berat sekali pun. Hati lapang walau susah, hati gembira walau sakit, hati tetap bersyukur walau serba kekurangan. Itulah sebaik-baik hati bagi seorang hamba. Tetap redha & lapang dada menerima ujian daripada Allah.
Tidak ada salahnya, kita mahu berkongsi rasa dengan ibubapa, adik-kakak, kawan-kawan, tetapi haruslah tetap meletakkan tawakal kita kepada Allah di tempat yang pertama. Mengadu kepada Allah dahulu, mohon petunjuk Allah dahulu. Utamakanlah Allah dalam apa jua yang berlangsung dalam hidup kita, insyaAllah.
Dengan meletakkan Allah di tempat pertama, hati kita takkan rasa resah jika tiadanya manusia yang menyokong kita di sisi kerana kita telah pun meletakkan sehabis tawakal & pergantungan kepada Allah. Tidaklah kita merasa resah jika tidak ada si polan, & si polan. Tanpa kita sedar, seolah-olahnya kita telah meletakkan pergantungan kita kepada manusia tanpa disedari. Mudah-mudahan saja kekhilafan itu tidak dikira sebagai syirik di mata Allah. Nauzubillah.
Maka, janganlah kita memungkiri janji kita kepada Allah dengan memohon pertolongan & meletakkan pergantungan kepada selain dari Allah, apatah lagi daripada makhluk, yang juga diciptakan oleh Allah, sama seperti kita.
Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah berpegang teguh pada tali Allah, mudah-mudahan Allah akan terus memberikan taufik & hidayahNya kepada kita semua.
Wallahu ‘alam.
p/s: sedang menghadapi hari-hari yang sibuk. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan semua urusan. insyaAllah.
Allah berfirman;
"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."(Surah Al-Insyirah: 5-6)
Tempohari, ada seseorang datang dengan mata yang bengkak kepadaku. Mengadu sangat tertekan dengan pelbagai hal yang melanda dirinya. Dia bagai kehilangan arah kerana katanya selalunya setiap kali dia stress, teman lelakinya akan menenangkannya & memberinya pelbagai solusi untuk menangani tekanan yang beliau hadapi.
1 persoalan yang aku lontarkan buatnya;
“Bagaimana kalau suatu hari nanti dia tak ada? Kamu nak bergantung pada siapa?”
Lantas dia diam.
Pernah dengar madah ini? Kalau kita mencintai bunga, bunga akan layu, jika kita mencintai manusia, manusia akan mati.. Lantas, cinta manakah yang paling abadi?
Cintakan Allah nescaya kekal abadi. Itu jawapan madah tersebut.
Sekarang, tanyakan kepada diri kita, jika kita dilanda masalah yang maha memberat, kepada siapakah tempat pertama kita meluah rasa & berkongsi masalah? Siapakah ‘dia’ yang pertama kita bercerita menghambur semua reluk rasa di pelusuk jiwa kita itu?
Benar, kita berhak memilih kepada siapa kita ingin berkongsi rasa, tetapi tidak bolehkah kita melihat situasi ini dalam konteks yang lebih luas? Buka mata kita, buka hati kita, untuk menilai kepada siapa yang paling molek untuk kita bergantung harapan & pertolongan.
Ujian itu dari Allah, musibah itu datangnya dari Allah, bala itu datangnya dari Allah. Maka, mengapa kita mengharapkan manusia untuk menjadi tempat kita bermohon & bergantung harap sedangkan semua itu adalah datang dari Allah?
Seharusnya, dari mana, dari siapa kita datang, maka, kepada Dia jugalah kita kembali. Ayuh, mari kita meletakkan diri kita sebagai hamba. Kita ini hanyalah hamba yang tiada apa-apa jika bukan tanpa belas & kasihan daripada Allah swt. Makan kita, pakai kita, pancaindera, gerak langkah, malah, keupayaan untuk menyedut nafas ini juga adalah datangnya dari Allah.
Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah dalam kitabnya, Al-Fawaid mengungkapkan, “kemaksiatan yang dilakukan oleh manusia sama ada besar atau kecil berpuca dari tiga perkara iaitu meletakkan pergantungan kepada selain Allah, menuruti kekuatan marah dan menuruti kehendak hawa nafsu”.
Jika kamu pernah membaca kisah Nik Nur Madihah, pelajar cemerlang yang memperolehi 20A di dalam peperiksaan SPMnya. Beliau digelar ‘wanita besi’ oleh ahli keluarganya kerana tidak pernah dilihat menitiskan air matanya di hadapan keluarganya. Saat ditanyakan sebabnya; beliau mengatakan, beliau selalu mengadu kepada Allah tentang semua kesusahan & masalah yang dihadapinya waktu bertahajjud & sewaktu menunaikan solat dhuha. Dari Allah-lah datangnya kekuatan itu.
Jika kita meletakkan Allah yang paling tinggi di dalam hati kita, insyaAllah, Allah juga akan melapangkan hati kita walau kita sedang ditimpa masalah & ujian yang berat sekali pun. Hati lapang walau susah, hati gembira walau sakit, hati tetap bersyukur walau serba kekurangan. Itulah sebaik-baik hati bagi seorang hamba. Tetap redha & lapang dada menerima ujian daripada Allah.
Tidak ada salahnya, kita mahu berkongsi rasa dengan ibubapa, adik-kakak, kawan-kawan, tetapi haruslah tetap meletakkan tawakal kita kepada Allah di tempat yang pertama. Mengadu kepada Allah dahulu, mohon petunjuk Allah dahulu. Utamakanlah Allah dalam apa jua yang berlangsung dalam hidup kita, insyaAllah.
Dengan meletakkan Allah di tempat pertama, hati kita takkan rasa resah jika tiadanya manusia yang menyokong kita di sisi kerana kita telah pun meletakkan sehabis tawakal & pergantungan kepada Allah. Tidaklah kita merasa resah jika tidak ada si polan, & si polan. Tanpa kita sedar, seolah-olahnya kita telah meletakkan pergantungan kita kepada manusia tanpa disedari. Mudah-mudahan saja kekhilafan itu tidak dikira sebagai syirik di mata Allah. Nauzubillah.
Firman Allah;
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Surah At-Thalaq: 2-3)
Malah, Allah sendiri telah mengingatkan kita;
Allah berfirman;
"Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)". [Ali Imran: 173]
Juga ingatlah; 17 kali dalam sehari kita membacakan ayat ini;
“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.” [Al-fatihah: 5]
Maka, janganlah kita memungkiri janji kita kepada Allah dengan memohon pertolongan & meletakkan pergantungan kepada selain dari Allah, apatah lagi daripada makhluk, yang juga diciptakan oleh Allah, sama seperti kita.
Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah berpegang teguh pada tali Allah, mudah-mudahan Allah akan terus memberikan taufik & hidayahNya kepada kita semua.
Wallahu ‘alam.
p/s: sedang menghadapi hari-hari yang sibuk. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan semua urusan. insyaAllah.
Labels:
tazkirah
Sunday, September 19, 2010
Pemegang Kunci Syurgamu.
“… Janganlah kamu merasakan diri kamu bersih, sedangkan Dia Mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa dalam kalangan kamu…”
17/9/2010
(Jumaat), 12.03 am
Subhanallah. Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya baru lagi aku berbual dengan Zati semasa dalam perjalanan pulang ke kampung tempohari. Kini, sudah pun tiba penghujung cuti mid-term semester. Sebagaimana masa pantas meninggalkan diriku yang masih terkontang-kanting mencari keredhaan Ilahi, Ramadhan jua sudah pun jauh meninggalkan diriku yang masih belum puas menghadam tarbiyyah kekasih itu.
Alhamdulillah. Penghujung Ramadhan yang syahdu dan sibuk, Hari Raya Aidilfitri yang ‘mencuri’ banyak masa & tenagaku, juga Hari lahir yang sederhana, semuanya menjadi kenangan yang indah buat diri ini. Seharusnya, dengan pertambahan 1 lagi angka pada bilangan umurku, begitu juga bertambahnya amalan & ketakwaanku padaNya, itu harapan & doaku. Ya Rabbi, janganlah rahmat & hidayah ini ditarik dariku…
Seiring dengan pertambahan usia, menuntun juga bertambahnya tanggungjawab, beratnya amanah, perlu keluasan pandangan & pemikiran, lebih mementingkan kerasionalan berbanding menurut kehendak nafsu. Mudah-mudahan aku akan menjadi lebih matang, tenang, berilmu & boleh dijadikan tempat bersandar… insyaAllah.
Bertambahnya usia, menandakan semakin dekat kita dengan kematian, dengan hari pembalasan. Harusnya, hati & diri dididik bahawa sedekat-dekat jantung yang berdegup di tepi hati, dekat lagi kematian itu dengan diri.
Begitu jua perginya Ramadhan, meninggalkan bekasan yang amat dalam. Hinggakan di suatu sudut hati, sebenarnya seakan tidak merelakan perpisahan ini. Berulang kali bersoal diri, apakah cukup kuat sudah iman untuk menjaga diri baik dari segi Emosi, Spiritual mahupun Intelektual sepanjang tempoh setahun yang akan datang? Atau mungkin boleh jadi inilah kali terakhir dapat ku bertemumu, wahai kekasih yang mulia?
Beruntunglah bagi manusia yang memasuki Ramadhan dan keluar darinya dengan membawa banyak tarbiyyah, kekuatan & kebaikan. Beruntunglah orang yang berjaya mendapatkan keampunan & keredhaan Allah dalam bulan mulia itu. Lebih beruntung, jika mereka menemui lailatul qadar pada penghujung ramadhan yang indah itu. Masya Allah.
Dari Mu'adz bin Jabal radhiallahu Anhu;
“Tidak bergeser kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai ia dipertanyakan tentang 4 perkara; tentang usianya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan, tentang hartanya dari mana didapat dan untuk apa dinafkahkan, dan tentang ilmunya untuk apa diamalkan.” (Riwayat al-Baihaqi dan selainnya.)
Banyak terdapat manusia, semakin tua, semakin lupa diri, semakin mencintai maksiat. Semakin kaya, semakin tamak, hingga sanggup memutuskan silaturrahim sesama saudara, adik beradik. Semakin bijaksana, semakin menjadi bongkak, ilmu tidak diguna untuk kebaikan ummah.
Apabila kita berada di bawah, kita melihat kekhilafan orang lain & kita dapat melihat dengan jelas silap itu. Namun, sedarkah kita, ada mungkinnya, apabila tiba waktu kita di atas kelak, dikurniakan Allah kemurahan rezeki, anak-anak semua menjadi, rumah besar, kereta berbiji-biji, kita pula akan serta-merta lupa akan silap yang pernah kita lihat, fikir & tafsir itu.
Waktu itu, apabila adik-beradik yang tak ‘berapa’ nasibnya, kita anggap sudah tidak sekufu dengan kita. Ziarahnya ke rumah kita, kita anggap seolah-olah seperti hanya mengharapkan harta kita, mengganggu harmoni rumah tangga kita.
Sakit perit ibu kita di kampung seperti luput sudah dek kerana kita hanyut dalam keindahan & sempurnanya isteri & anak-anak kita. Saat itu, kita merasakan pendapat-pendapat orang lain sudah tidak boleh diterima pakai kerana mereka tak se’maqam’ dengan kita.
Nasib ibu yang sakit sudah lagi tidak diambil kisah kerana kita sibuk mencarikumpul duit bekalan dunia. Lantas kita serahkan tanggungjawab menjaga ibu yang uzur itu kepada adik-adik perempuan kita yang syurganya sudah pun beralih kepada suaminya.
Kita ini, yang sepatutnya menjaga sebaik-baiknya ‘pemberi kunci syurga’ kita itu telah mengabaikan dia dengan sewenang-wenangnya. Masa itu, kita sudah lupa. Tonton drama & filem kisah tanggang derhaka pun sudah tidak dapat menyentuhi hati.
Adanya isteri yang baik, anak-anak yang berjaya, rezeki yang melimpah ruah, kita menarik nafas lega. ‘Alhamdulillah, Allah memurahkan rezeki aku, anak isteri semua baik-baik & berjaya.’ Kita merasakan Tuhan sedang memberi nikmat kepada kita. Kita merasakan jalan kita pilih itu sudah benar2 benar & lurus… kita bersyukur dengan rahmat Allah!
Astaghfirullah hal ‘adzim. Kita tidak sedar, itu sebenarnya bukanlah semata-mata nikmat; tetapi ‘fitnah’ dari Allah untuk menguji jauh mana taqwa kita dalam mengendali nafsu, akal, jiwa & hati.
Sebagai lelaki yang dikurniakan Allah mempunyai 9 akal, harusnya lelaki lebih rasional menjadi pemimpin melebihi wanita yang hanya berbekal 1 akal untuk mengepalai keluarga dengan adil & penuh hemah. Apa yang patut didahulukan, tetap harus didahulukan. Jangan menjadi zalim dengan meletakkan apa yang di bawah kaki di atas kepala, meletakkan di atas kepala ke bawah kaki…
Harus dipatrikan di dalam hati, lelaki yang telah bernikah, syurganya masih di bawah telapak kaki ibunya. Sedangkan saudara perempuannya yang telah bernikah akan lebih berhak mentaati suaminya lebih dari ibunya kerana syurganya sudah beralih kepada suaminya. Malah, setelah Allah, Rasul & suaminya, wanita harus mendahulukan ibubapa suaminya barulah kedua ibubapa kandungnya.
Sebaliknya, bagi lelaki yang bujang mahupun yang sudah bernikah, ibunya tetap berada di tempat ke-3, ke-4 & ke-5, bapanya kemudian barulah isterinya. Berdosa jika dia melebihkan isterinya melebihi ibunya hingga membuatkan ibunya terabai & berkecil hati.
Di sinilah untungnya bagi lelaki-lelaki yang mempunyai isteri yang solehah, yang sentiasa menasihati & mengingatkan suaminya tentang tanggungjawab suaminya terhadap keluarganya, mengingatkan dengan istiqamah tanpa niat buruk & cemburu walau sekelumit pun!
Baik lelaki, mahu pun wanita, sudah tersedia amanah yang dipertanggungjawabkan. Berdoalah agar Allah sentiasa memberi petunjuk & janganlah kita mengulangi kesilapan & kekhilafan manusia-manusia yang alpa dengan ujian Allah yang dianggapnya nikmat itu. Ingatlah, nikmat iman & islam ini adalah kepunyaan Allah, yang diberikan kepada hamba-hambaNya yang terpilih & bisa direntap pada bila-bila masa Dia mengkehendaki.
Firman ALLAH SWT:
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; Siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)." [Surah Al-Mulk: 2]
Tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini, kerana tiada apa yang sempurna pun dalam dunia ini. Tiada apa yang sempurna melainkan Allah itulah yang Paling Sempurna dan satu-satunya yang berhak menyempurnakan semua doa & kehendak kita.
Hidup kita, adalah atas pilihan kita. Kita boleh pilih mahu mati sebagai apa, di mana. Mahu mati sebagai seorang Naqib yang sedang menyampaikan tazkirah, mahu mati sebagai anak yang baik, mahu mati sebagai anak yang derhaka, mahu mati sebagai pemutus silaturrahim. Mahu mati di dalam masjid atau mahu mati di dalam pub?
Pilihlah yang mana kamu mahu. Kematian itu kita tak tahu bila akan tiba, tapi sentiasa ada begitu hampir dengan diri kita. Jagalah diri kita sebaiknya selagi hati masih ada sekelumit iman kurniaan Allah.
Cuba untuk menghindari dosa & perbanyakkanlah membuat kebaikan. Mudah-mudahan Allah akan mengurniakan nikmat iman & islam ini sehingga ke hembusan nafas terakhir & kita dimatikan dalam penghujung yang tenang & bahagia. InsyaAllah.
Akhir kalam,
Daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya dunia itu manis & indah menghijau & sesungguhnya Allah telah menjadikan kamu sebagai khalifah di dlmnya & kelak Allah akan melihat apa yg kamu berbuat (apakah kamu mentaatiNya atau menderhakaiNya). Oleh kerana itu, berhati-hatilah terhadap (fitnah) dunia & hati-hatilah terhadap (fitnah) wanita. Sesungguhnya bencana pertama yg menimpa Bani Israel adalah kerana wanita."
Kenal pasti siapa pemegang kunci syurgamu, & raihlah redha Allah melalui redhanya selagi dia masih hidup. Jangan menyesali kesilapan kita apabila semuanya sudah terlambat. Redha ibu kita, redha suami kita antara faktor yang menentukan mana pengakhiran kita; syurga atau neraka.
Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua.
Allahu ‘alam..
p/s: Jauh di mata dekat di hati, tetapi bila dekat di mata jauh di hati. Semoga Allah memberikan petunjuk.
Labels:
catatan hati,
hiba,
tazkirah
Wednesday, September 1, 2010
Hampir tiba hari perpisahan itu...
Salam warahmatullah..
Alhamdulillah, wa syukurilah.. Alhamdulillah, dapat juga diri ini menghirup pinjaman udara segar bulan september.. :)
Hari ini, sudah masuk 22 ramadhan. Dalam kata lainnya, kita sudah masuk dalam fasa ke-3, fasa terakhir ramadhan. Fasa untuk mendapatkan keampunan & rahmat daripada Allah SWT. Rasanya semua pun sudah tahu tentang keistimewaan fasa terakhir ramadhan ini.
Di penghujung 10 malam ramadhan, terdapat 1 malam yang istimewa. Apakah malam istimewa itu?
Jawapannya ada dalam firman Allah SWT ini;
Aku tak mahu berbicara lanjut tentang malam yang istimewa ini. Kalian lebih mengetahui daripadaku, aku yakin. Apa yang penting, kita berusaha untuk mempertingkatkan ibadah kita pada hari-hari terakhir ramadhan ini.
Semakin aku dewasa... semakin aku lebih mencintai ramadhan daripada syawal-Nya. :) Masih aku teringat, waktu kecil dahulu, tak kisah pun samada puasa cukup atau tidak, solat tarawih hadir atau tidak, yang penting bagiku adalah hal baju raya, kuih raya, kasut raya & kehadiran Hari Raya itu sendiri. Betapa tidak matangnya aku waktu itu. hehe.
Alhamdulillah, dalam masa yang terus berlari pecut ini, Allah telah banyak mengajar serta mentarbiyyahkan diriku untuk menjadi lebih mengetahui tentang hal-hal yang sepatutnya telah lama aku ketahui & kuasai.
Aku tidak pernah menyesali masa silamku, masa kegelapanku, kerana aku tahu, kekhilafan, rasa keberdosaan itulah antara faktor yang memangkin untuk aku menjadi seperti aku hari ini.
Izinkan untukku bercerita sedikit sebanyak pengalamanku menyertai program Ops Sayangi Remaja (OSR) anjuran Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) Pulau Pinang dengan kerjasama NGO-NGO Islam; ABIM, API, HALUAN, GIM, PMI dan beberapa lagi nama-nama yang tidak kusenaraikan di sini.
Program itu berlangsung pada malam menjelangnya 31/8/2010, sempena hari kemerdekaan negara kita. Program Dakwah Lapangan ini berlangsung di persisiran Queensbay. Kami berjalan sejauh 2km dari Masjid Sg Nibong untuk ke tapak lapangan.
Sedari dalam perjalanan lagi kami telah menerima ujian dari manusia2 yang menaiki kereta mahupun motosikal yang menganggu dengan siulan, jeritan, perlian serta pandangan-pandangan sinis kepada kami. Naqib menasihati kami agar terus tabahkan hati & kuatkan semangat. Tazkirah bilal masjid Sg. Nibong sebelum itu berkumandang lagi dalam hati kecilku.
Mungkin mereka beranggapan kami ni pegawai pencegah maksiat barangkali. Atau mungkin perarakan beramai-ramai? Mungkin..? Hanya Allah Yang Tahu apa yang mereka fikir & rasa. Aku tak mahu berburuk sangka..
Kami terus menapakkan langkah secara berjemaah. Aktivis yang terlibat lebih kurang 170 orang terus istiqamah menyusuri denai dakwah & tarbiyah... Masya Allah.
Kaedah kami mudah. Dekati mad'u, Memberi salam, berjabat & cuba untuk berbual mesra sebelum kami masuk ke dalam topik perbincangan untuk berdiskusi tentang masalah gejala sosial dalam kalangan remaja Islam kita hari ini terutamanya hal penzinaan, buang bayi, lesbian, gay, budaya melepak & kutu rayau sambil menasihati mereka tentang kemuliaan & keampunan yang diganjarkan Allah dalam bulan Ramadhan ini.
Alhamdulillah, respon & penerimaan dari mad'u yang didekati adalah baik. Masing-masing memberikan respon & mahu bekerjasama. Salah satu perkara yang menarik perhatianku adalah sekumpulan besar pelajar maahad tahfiz yang juga turut serta dalam program seumpama ini.
Suasana nampak luar biasa pada pandanganku yang sebelum ini tidak pernah melihat begitu ramai tahfiz yang berserban & berjubah putih yang bercampur gaul dengan mat-mat motor, remaja-remaja bawah umur & pasangan kekasih tanpa nikah untuk memberi nasihat & bertazkirah.
Alhamdulillah, menurut senior-senior, keadaan seumpama itu adalah sudah menjadi kebiasaan kerana mereka [maahad tahfiz] akan mengadakan program dakwah lapangan seperti itu setiap bulan. Subhanallah! betapa mereka istiqamah dalam usaha dakwah ini.
Aku banyak belajar dari masyarakat luar kampus ini. Betapa aku terkesan dengan tazkirah ringkas Bilal masjid tempat kami beriktikaf. Betapa aku kagum dengan mak cik2 yang energetik yang sangat bersemangat mengerjakan solat sunat tarawih 20 rakaat [sedangkan gadis2 remaja yang masih muda sudah berundur ke belakang kerana kaki lenguh..]. Betapa adik-adik tahfiz belasan tahun yang istiqamah menyebar dakwah dengan tegas & tawaduk. MasyaAllah! Tak tergambar rasanya hati ini..
Jauh di suatu sudut hati ini, aku rasa benar-benar bersyukur kerana Allah memulangkan aku ke pangkal jalan & memberiku kesempatan untuk meraih tarbiyah daripada semua peristiwa ini.
Nasihatku sebagai hamba Allah yang dhoif ini kepadamu teman yang kukasihi kerana Allah;
Segeralah menyahut seruan taubat tatkala hatimu terdetik penyesalan akan dosa-dosa yang telah/sedang kamu lakukan. Itu tandanya hati kamu masih hidup & masih ada lagi keimanan dalam hatimu.
Kenapa beralasan untuk bertaubat & membiarkan diri terus dibelenggu dosa? Kenapa masih bertangguh menyahut panggilan Allah seolah-olah kamu boleh membeli hidayah Allah?
Jangan ikut kawan, jangan buat demi manusia. Jangan dikira nasib satu jemaah. Jangan-jangan.. Kerana tiba detiknya pengadilan hakiki kelak, aku, kamu & kita semua dihisab atas tiket diri kita sahaja. Nafsi-nafsi! [sendiri-sendiri].
Tatkala Hidayah Allah menyapai hati, raihlah ia dengan kerendahan hati & bawalah hatimu itu menuju Allah & kamu akan ketahui betapa indahnya jalan tarbiyah ini hinggakan kamu tidak mempunyai satu perkataan pun untuk menggambarkan kesyukuranmu padaNya.
Akhir kalam,
Di kesempatan ini juga; ingin ku kongsi Head Line majalah Solusi bil 23;
Apabila kita mencintai Allah, hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta & kematian. Persoalannya; sejauh manakah cinta kita terhadap Allah..?
Ingatlah, selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah menghampiri kita.
Mari bersama-sama berusaha untuk menyempurnakan cinta ini kerana hari perpisahan itu sudah hampir tiba..
Allahu 'alam.

Maksudnya;
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" [Al Qadr (97):1-5]
Aku tak mahu berbicara lanjut tentang malam yang istimewa ini. Kalian lebih mengetahui daripadaku, aku yakin. Apa yang penting, kita berusaha untuk mempertingkatkan ibadah kita pada hari-hari terakhir ramadhan ini.
Semakin aku dewasa... semakin aku lebih mencintai ramadhan daripada syawal-Nya. :) Masih aku teringat, waktu kecil dahulu, tak kisah pun samada puasa cukup atau tidak, solat tarawih hadir atau tidak, yang penting bagiku adalah hal baju raya, kuih raya, kasut raya & kehadiran Hari Raya itu sendiri. Betapa tidak matangnya aku waktu itu. hehe.
Alhamdulillah, dalam masa yang terus berlari pecut ini, Allah telah banyak mengajar serta mentarbiyyahkan diriku untuk menjadi lebih mengetahui tentang hal-hal yang sepatutnya telah lama aku ketahui & kuasai.
Aku tidak pernah menyesali masa silamku, masa kegelapanku, kerana aku tahu, kekhilafan, rasa keberdosaan itulah antara faktor yang memangkin untuk aku menjadi seperti aku hari ini.
Izinkan untukku bercerita sedikit sebanyak pengalamanku menyertai program Ops Sayangi Remaja (OSR) anjuran Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) Pulau Pinang dengan kerjasama NGO-NGO Islam; ABIM, API, HALUAN, GIM, PMI dan beberapa lagi nama-nama yang tidak kusenaraikan di sini.
Program itu berlangsung pada malam menjelangnya 31/8/2010, sempena hari kemerdekaan negara kita. Program Dakwah Lapangan ini berlangsung di persisiran Queensbay. Kami berjalan sejauh 2km dari Masjid Sg Nibong untuk ke tapak lapangan.
Sedari dalam perjalanan lagi kami telah menerima ujian dari manusia2 yang menaiki kereta mahupun motosikal yang menganggu dengan siulan, jeritan, perlian serta pandangan-pandangan sinis kepada kami. Naqib menasihati kami agar terus tabahkan hati & kuatkan semangat. Tazkirah bilal masjid Sg. Nibong sebelum itu berkumandang lagi dalam hati kecilku.
Mungkin mereka beranggapan kami ni pegawai pencegah maksiat barangkali. Atau mungkin perarakan beramai-ramai? Mungkin..? Hanya Allah Yang Tahu apa yang mereka fikir & rasa. Aku tak mahu berburuk sangka..
Kami terus menapakkan langkah secara berjemaah. Aktivis yang terlibat lebih kurang 170 orang terus istiqamah menyusuri denai dakwah & tarbiyah... Masya Allah.
Kaedah kami mudah. Dekati mad'u, Memberi salam, berjabat & cuba untuk berbual mesra sebelum kami masuk ke dalam topik perbincangan untuk berdiskusi tentang masalah gejala sosial dalam kalangan remaja Islam kita hari ini terutamanya hal penzinaan, buang bayi, lesbian, gay, budaya melepak & kutu rayau sambil menasihati mereka tentang kemuliaan & keampunan yang diganjarkan Allah dalam bulan Ramadhan ini.
Alhamdulillah, respon & penerimaan dari mad'u yang didekati adalah baik. Masing-masing memberikan respon & mahu bekerjasama. Salah satu perkara yang menarik perhatianku adalah sekumpulan besar pelajar maahad tahfiz yang juga turut serta dalam program seumpama ini.
Suasana nampak luar biasa pada pandanganku yang sebelum ini tidak pernah melihat begitu ramai tahfiz yang berserban & berjubah putih yang bercampur gaul dengan mat-mat motor, remaja-remaja bawah umur & pasangan kekasih tanpa nikah untuk memberi nasihat & bertazkirah.
Alhamdulillah, menurut senior-senior, keadaan seumpama itu adalah sudah menjadi kebiasaan kerana mereka [maahad tahfiz] akan mengadakan program dakwah lapangan seperti itu setiap bulan. Subhanallah! betapa mereka istiqamah dalam usaha dakwah ini.
Aku banyak belajar dari masyarakat luar kampus ini. Betapa aku terkesan dengan tazkirah ringkas Bilal masjid tempat kami beriktikaf. Betapa aku kagum dengan mak cik2 yang energetik yang sangat bersemangat mengerjakan solat sunat tarawih 20 rakaat [sedangkan gadis2 remaja yang masih muda sudah berundur ke belakang kerana kaki lenguh..]. Betapa adik-adik tahfiz belasan tahun yang istiqamah menyebar dakwah dengan tegas & tawaduk. MasyaAllah! Tak tergambar rasanya hati ini..
Jauh di suatu sudut hati ini, aku rasa benar-benar bersyukur kerana Allah memulangkan aku ke pangkal jalan & memberiku kesempatan untuk meraih tarbiyah daripada semua peristiwa ini.
Nasihatku sebagai hamba Allah yang dhoif ini kepadamu teman yang kukasihi kerana Allah;
Segeralah menyahut seruan taubat tatkala hatimu terdetik penyesalan akan dosa-dosa yang telah/sedang kamu lakukan. Itu tandanya hati kamu masih hidup & masih ada lagi keimanan dalam hatimu.
Kenapa beralasan untuk bertaubat & membiarkan diri terus dibelenggu dosa? Kenapa masih bertangguh menyahut panggilan Allah seolah-olah kamu boleh membeli hidayah Allah?
Jangan ikut kawan, jangan buat demi manusia. Jangan dikira nasib satu jemaah. Jangan-jangan.. Kerana tiba detiknya pengadilan hakiki kelak, aku, kamu & kita semua dihisab atas tiket diri kita sahaja. Nafsi-nafsi! [sendiri-sendiri].
Tatkala Hidayah Allah menyapai hati, raihlah ia dengan kerendahan hati & bawalah hatimu itu menuju Allah & kamu akan ketahui betapa indahnya jalan tarbiyah ini hinggakan kamu tidak mempunyai satu perkataan pun untuk menggambarkan kesyukuranmu padaNya.
Akhir kalam,
Di kesempatan ini juga; ingin ku kongsi Head Line majalah Solusi bil 23;
Apabila kita mencintai Allah, hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta & kematian. Persoalannya; sejauh manakah cinta kita terhadap Allah..?
Ingatlah, selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah menghampiri kita.
Mari bersama-sama berusaha untuk menyempurnakan cinta ini kerana hari perpisahan itu sudah hampir tiba..
Allahu 'alam.
p/s: sejak akhir-akhir ini; aku semakin menyukai merah jambu.. :)
Labels:
catatan perjalanan
Subscribe to:
Posts (Atom)