Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Saturday, July 24, 2010

Nukilan Seorang Hamba.






Salam warahmatullah..

Ya Allah.. lamanya tak jenguk sini. Apatah lagi nak menukil sesuatu. I’m so sorry my dear diary, I’m really quite busy now. Sangat terkilan kerana tak dapat menjagamu dengan baik..

Alhamdulillah, PP [Para PencintaMu] sudah genap setahun di-establishkan di ruangan maya. Menjadi medium utama buatku untuk menukilkan pendapat, luahan, serta berkongsi ilmu pembacaan yang didapati mungkin daripada buku-buku ilmiah serta dari ruangan blog lain.

Setelah ditaklifkan untuk memegang dua jawatan yang agak penting dalam dua persatuan di universiti, baru ku sedar betapa sewenang-wenangnya aku telah membazir serta mengabaikan kesempatan masa yang melimpah ruah selama ini.

Sekarang, hampir setiap hari pun ada perjumpaan & mesyuarat. Hinggakan kini sampai masanya badanku merasa sangat letih dan hampir demam saja rasanya. Aku tahu, ini ujian. Ujian dan rahmat dari Tuhan untuk mengajarku agar lebih berdikari dan menjadi lebih menghargai setiap waktu senggangku.

Alhamdulillah, walau penat tapi aku amat bersyukur. Ya, harus selalu rasa bersyukur! Namun, dalam kesibukan ini, aku selalu menegur & mengingatkan diriku sendiri agar tidak mengabaikan pelajaranku serta tidak melupakan azamku.

Azamku iaitu untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam semester ini kerana keputusanku jatuh mendadak pada semester lepas hanya kerana satu subjek 'killer' (susah & unit tinggi). :( [sangat hampa sebenarnya kerana keputusan subjek-subjek yang lain sepatutnya melayakkan aku mendapat result dekan.]

Aku langsung jadi teringat pada kata-kata Imam As-Syafi’i;

“Ilmu itu adalah cahaya dan cahaya itu tidak akan menyimbah di hati orang-orang yang melakukan maksiat.”

Aku jadi malu sendiri. Mungkin hatiku terlalu kotor dan berdebu untuk ilmu bersinar di dalamnya. Mungkin juga Allah mahu menguji keimananku padaNya.

Beratus kali ku pujuk hati supaya tabah menerima ketentuan Ilahi & cuba menganggap peristiwa itu hanyalah ujian & peringatan dari Allah supaya mengambil berat tentang semua subjek yang diambil tanpa mengabaikan satu pun daripadanya.

Ibarat kita mahu membina rumah, kalau satu tiangnya rapuh, maka rumah yang kukuh pun boleh runtuh.
Begitulah jua dengan kehidupan kita. Walau sehebat mana kita, sebijak mana kita, secantik mana kita, tapi semua itu takkan bermakna apa-apa di mata Allah jika semua laranganNya kita perbuat & semua arahanNya kita ingkari.

Dalam setiap apa pun yang aku telah lakukan, sedang lakukan & akan lakukan, aku selalu mengingatkan diri bahawa aku harus ikhlas & perlu menjauhi sikap suka mengeluh & merungut.

Kalau dikira, dan diperhatikan, Rasulullah SAW lebih sibuk berbanding dengan perananku yang secuil itu. Bagindalah nabi, pendakwah, hamba & kekasih Allah, suami, bapa, ketua perang, kepala negara, hakim dan juga memainkan peranan kepada sahabat-sahabat baginda. Kalau nak diikutkan baginda lebih sibuk.

Rasulullah SAW bersabda;

“Daripada kebaikan Islam ialah seseorang itu meninggalkan apa-apa yang tidak berguna & tidak bermakna kepadanya.”

Ambillah ujian dari Allah sebagai didikan untuk mengajar diri agar menjadi hamba yang lebih solehah dan patuh. Begitu banyak nikmat yang Allah beri pun kita masih suka merungut… begitulah kata Imam Al-Ghazali.

Aku baru habis baca buku PEMILIK CINTAKU: setelah Allah & Rasul karya Fatimah Syarha. Alhamdulillah, aku sangat teruja membaca setiap bait tulisan beliau. Kisah tersebut sangat terkesan dalam jiwaku.

Biar ku ukir di sini antara bait-bait penutup karya ini;

Bingkisan ini kutulis hanya kerana aku terlalu menghargai & mencintaimu, duhai suamiku. Semoga lebih ramai wanita yang akan mengecapi nikmat bahagia apabila peribadi suaminya seperti peribadimu, atau lebih baik daripadanya, mencontohi peribadi Rasul. [insyaAllah.. :)] Terima kasih kerana menjadi imam untuk hidupku ini. Aku berdoa dapat bercinta lagi denganmu di taman Firdausi.

Haish… sangat terharu. Sungguh Allah telah mengotakan janjiNya buat Qani’ah dengan menghadiahinya suami sehebat Dr Muslih. :)

Selain dari karya tersebut, aku juga baru membeli naskah tulisan akhi Hilal Ayraf; Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya, Khalid Haddad [12 Tokoh Pengubah Dunia] serta Ibnu Qayyim Al-Jauziyah [Bahagiakan Hatimu]. Alhamdulillah, kesemua tulisan tersebut memberi inspirasi bagiku.

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga buat Tuhanku kerana memberikan kesembuhan buat nenek yang seminggu lalu kritikal keadaannya. Semoga kesembuhan ini adalah hak yang terbaik buat ibu kepada ibu kesayanganku itu.

Buat semua yang hatinya sedang merindui ibunya, ayahnya, serta segala yang ada di rumahnya sepertimana aku sekarang, teruskanlah berdoa buat mereka. Semoga Allah merahmati mereka semua.
Firman Allah;

“Kami telah turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar & rahmat bagi orang-orang yang beriman & Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim kecuali kerugian.” [Al-Isra’: 82].
Walau penat, letih dan hampir tersungkur dalam ujian tarbiyah dari Allah, aku amat bersyukur kerana terpilih menjadi hambaNya terpilih kerana Allah hanya akan menguji hamba-hamba yang dekat denganNya. Itu tanda Dia sayangkan kita. Itu kata ustazahku suatu ketikanya.

Wallahu 'alam.




status: sedang berperang dengan demam sambil Jiwa terganggu oleh figura 'seseorang'... Semoga Allah akan sentiasa menjaga hati, jiwa & dirinya di kejauhan.

8 comments:

  1. assalammualaikum sahabat kecilku safi..

    alhamdulillah, walaupon sedang disepit tanggungjawab safi masih mampu membelanjakan masa mengupdate entry yang sangat bermanfaat ini..tahniah sayang..
    dari jauh, aku selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaanmu..

    semoga Allah memberkahi langkah perjuanganmu.alhamdulillah untuk kesembuhan nenek.kirim salam pada keluarga nanti yah

    salam sayang.

    ReplyDelete
  2. respon kepada umi;

    salam kerinduan buatmu kekasih hati yang menjadi calon bidadari syurgaNya. :)

    Alhamdulillah, sebagaimana dekatnya kamu dalam hatiku, begitu jua aku mendoakan rpatnya aku dalam sisi hatimu. Aku juga selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan serta kelancaran urusanmu.

    Biar pun jauh jarak & masa yang sempit memisahkan, namun, aku takkan pernah melupakanmu selagi cintaku padamu hanyalah keranaNya.

    Semoga Allah jua memberkahi langkah juang & dakwahmu dalam apa jua arena yang kamu ceburi. kirim salam juga pada emak & adik2..

    salam sayang, kecintaan & kerinduan buatmu. :)

    ReplyDelete
  3. respon kepada Hani;

    salam hani..

    eh, xdelah.. hanya sekadar nukilan biasa. syukran atas kunjungan & selamat datang ke arena blogger.. :)

    semoga dirimu terus tsbat untuk mencoretkan pena tak berdakwatmu atas ukiran lillahitaala. moga usaha2 kecil kita ini terpandang oleh Allah & memberi manfaat kepada yang membacanya.

    salam kerinduan & kecintaan buatmu jua.. :)

    ReplyDelete
  4. salam kerinduan buat kak safi..

    lamanya sy mnunggu ntri t'baru kak..
    xp sy fhm mgkin kak sibuk..
    rindu nak baca ayat2 akak..
    alhamdulillah kerinduan dah terubat..

    semoga Allah sentiasa memberi kekuatan utk kak trus melangkah dan m'jaga amanah(jawatan) itu dgn baek..

    sy pernah terbaca ..yg jumlah pahala diberikan pada kita mengikut penat dan sakit yg kita rasa dlm perjuangan..

    semoga ALLAH sentiasa merahmatimu..uhibbukifillah.:)

    ReplyDelete
  5. salam kerinduan buat adik nisa juga... :)

    syukran atas kesediaan utk menunggu coretan terbaru akk. Alhamdulillah, syukran juga atas sokonganmu.

    InsyaAllah, mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan semua urusanmu juga..

    semoga Allah sentiasa merahmatimu juga. walau tak pernah bersua muka, dirimu tetap dekat di hati ini untuk selalu dirindui dan diingati.

    uhibbukifillah.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam Syauqah..
    Lama rasanya akk x mengukir kata di PP :). Selamat ulangtahun yg pertama akk ucapkan. Semoga terus tsabat dalam pekongsian ilmu untuk semua.

    Apapun akk doakan dipermudahkan stp langkahmu dan tabah dalam mendepani stp ujian yg mendatang. Ameen.

    p/s: Semoga cpt sembuh..:)

    ReplyDelete
  7. wasalam warahmatullah kak NK.. :)

    waa... hug dlu, cium pipi kiri kanan.. rindunya sama akk..!

    syukran atas kunjungan.. syukran atas doanya. mudah2an, amin ya robb.. :)

    saya juga doakan kelancaran semua urusan kebaikan akk. amin.. :)

    uhibbukifillah. :)

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."