Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sunday, September 2, 2012
Al-Ithar.
Bismillahirrohmanirrohiim.
InsyaAllah, di dalam post kali ini saya nak kongsikan ilmu yang baru saya baca. Mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk kita semua.
Orang soleh itu sentiasa merendah diri, mengutamakan orang lain dalam urusan keduniaan, lalu mereka sentiasa di hati orang ramai. Sebaliknya, orang 'asi hanya memikirkan diri & kepentingan mereka sahaja, kebencian tersemai di hati orang ramai, lalu mereka berharap & berdoa agar mereka terhindar daripada orang seperti ini.
Sikap mengutamakan orang lain dikenali sebagai al-ithar. Ia adalah sikap melebihkan orang lain atas dirinya sendiri. Sifat ini termasuk sifat-sifat mahmudah disukai oleh Allah subhanallahu wa taala & manusia. Allah subhanallahu wa taala memuji orang-orang Ansar kerana mereka memiliki akhlak mulia, antaranya sifat ithar.
Mengutamakan orang lain atas diri sendiri digalakkan pada perkara duniawi. Adapun dalam masalah ketaatan kepada Allah subhanallahu wa taala, kita diperintah untuk berlumba-lumba padanya, Allah subhanallahu wa taala berfirman; "Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan." [al-Baqarah, 2 : 148]
Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah; "Seandainya manusia tahu apa yang ada pada azan & saf pertama (dari pahala) kemudian mereka tidak boleh mendapatkannya kecuali dengan undian, nescaya mereka akan melakukan undian."
Oleh kerana itu, melebihkan orang lain atas dirinya sendiri terbahagi kepada tiga;1) Sangat digalakkan pada perkara yang bukan ibadah seperti kita memberikan makanan kepada orang lain yang lapar padahal kita sendiri juga lapar.2) Makruh melebihkan orang lain pada perkara sunnah seperti kita mampu berdiri di saf pertama dalam solat, namun kita mempersilakan orang lain.3) Dilarang mengutamakan orang lain pada perkara yang syariat mewajibkan atas kita seperti memberikan air untuk berwuduk kepada orang lain sedangkan kita perlukannya untuk berwuduk.
Justeru, dalam kehidupan seharian kita perlulah memberi keutamaan kepada orang lain kerana ia membawa kepada ketenangan kebahagiaan & keharmonian di samping bsaling menghormati sesama manusia. Orang yang tidak bersedia memberi keutamaan pada orang lain itulah yang mementingkan dirinya sendiri.
Sikap mementingkan diri sendiri dikenali sebagai ananiah. Sifat 'keakuan' atau mementingkan diri serta megah, sombong & tinggi diri. Manusia makhluk yang saling memerlukan antara satu sama lain. Tiada siapa yang mampu hidup bersendirian. Banyak natijah buruk lantaran kesan sikap yang tidak baik ini antaranya menyebabkan berlakunya kerosakan, huru-hara & menimbulkan perasaan benci & dendam.
Oleh itu, hindarilah sikap mementingkan diri sendiri & sikap ananiah di dalam hati. Hiasi diri dengan sikap selalu mengutamakan orang lain, insyaAllah, kita akan menjadi manusia yang baik & bermanfaat untuk orang lain.
Benarlah sabda Nabi salallahu 'alaihi wasallam; yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Hurairah;"Sesiapa yang merendah diri kerana Allah, maka Allah akan mengangkat darjat mereka, sebaliknya orang yang sombong, Allah akan menghinakan mereka."
Allahu'alam.
*Sumber: Ustaz Muhidin Mokter, KUIS.
Labels:
cinta,
hikmah,
muhasabah diri,
sunnah,
usrah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."