Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Friday, November 1, 2013

Catatan Kembara Ke Bumi UK & Eropah.

Langit Pagi Di Kota London, England.
Berair mata menyaksikan kekuasaan ciptaan Allah.
Menitis air mata merasakan betapa banyaknya nikmat Allah yang tak mampu didustakan.

Dekatnya terasa diri dengan kepulan awanan itu..
Allah... terasa Engkau begitu dekat dalam diriku..

***



Bismillah,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, puji-pujian hanyalah bagi Allah.

Selawat & salam buat junjungan Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wa sallam.

Alhamdulillah, atas keizinan & limpah kurniaNya, Allah beri saya peluang untuk menjejakkan kaki ke bumi England & sekitar Eropah pada bulan September yang lepas, kebetulan masa naik flight malam itu adalah hari lahir saya; 12 September 2013. Suka untuk saya ungkapkan, ruang & peluang itu adalah hadiah hari lahir daripadaNya untuk saya yang mana takkan saya lupakan, insyaAllah hingga ke akhir hayat.

Siapa sangka.... insan hina & tak punya apa-apa seperti saya Allah beri peluang sebegini. Biarpun ada beberapa kesulitan yang dihadapi semasa persiapan & persediaan untuk menyertai technical trip (kursus wajib bagi program Master saya) ini, alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah.

InsyaAllah catatan yang ingin saya kongsikan di sini, cukup sekadar 2 travelog ibrah saya tempelkan dulu di sini. Moga beroleh manfaat, insyaAllah.



*** CATATAN KEMBARA 1 ***

Semasa dalam perjalanan menuju ke Restoran Halal di Wiesbaden, Germany untuk Celebration Dinner a.k.a Farewell Ceremony bagi Technical Trip kami, saya berjalan seiringan dengan salah seorang pensyarah kami.

Dr Monica once asked me. "Just to confirm, it is a Malaysian culture that women can't shake hand with a man? I'm sorry for bothering, I saw that male students didn't shake Dr Kamariah's hand & the female students didn't shake with Dr Samsuri hand just now. So, I started to assume that maybe that is your culture." 

Saya menggeleng.

"No.. it is not a Malaysian culture but we as Muslims don't simply shake hands with different genders. We only shake hands with people that we cannot be married with such as family members. As for a women, her father, brothers, grandpa & selected uncles (memaknakan hanya adik beradik kandung ibu bapa - bukannya ipar duai ibu bapa). And for a foreign man, we, Muslim women just can touch our husband, after nikah.. I mean after married." I replied. (Harapnya beliau faham maksud saya memandangkan Bahasa Inggeris saya berterabur... Terkejut tiba-tiba ditanya sebegitu.)

Dr Monica nodding her head.

"Oh I see... at first I think maybe it's because of a Malaysian culture which prevented shaking hands between genders or it's because you student, he's your lecturer so you can't shake his hands due to respect of each other... like that I think." 

We both smiling.

"No... that's not the issue. It's not a Malaysian culture. I'm not sure for other races in Malaysia like Chinese & Indians since they might be non-Muslims, so I can't concluded, but it's an Islam's rule as a guideline for us Muslims to take care of ourselves & respect for each other. If the situation is unavoidable, like there's a needed for us Muslims to touch a different gender, we need to wear a cover like a glove to prevent a direct touch." (saya agak gementar menerangkan kepada beliau. Takut saya tersalah kata atau gagal menyampaikan makna yang sebenarnya.)

"Well... that's it.. then I understand better the reason why you wore a glove just now... I found your explanation very helpful. Thank you." Dr Monica keeps smiling.

Saya memintanya bertanya jika penjelasan saya membuatkannya keliru tetapi dia mengatakan dia faham apa yang saya sampaikan. 

Alhamdulillah.

---

Esoknya... ketika menghantar kami semua pulang ke Frankfurt Airport, semasa sesi bersalam-salaman tanda perpisahan & terima kasih, Dr Seabrooke & Mr Nigel sekadar meletakkan tangannya ke dada & menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat (dengan senyuman manis) kepada kami para pelajar wanita Muslim, tidak seperti di awal pertemuan, mereka akan menghulurkan salam kepada kami, sebagai tanda hormat & mesra. 

Alhamdulillah. Saya terharu sungguh waktu itu. Mereka sungguh budiman & sopan santun. Moga Allah memberikan HidayahNya kepada mereka.

Sepanjang bersama mereka, saya lihat begitu banyak akhlak Muslim terpancar baik dalam diri seorang not-yet-muslims, membuat saya tertanya; adakah saya sebagai Muslim ini benar-benar telah menunjukkan keindahan Islam kepada mereka... saya bermuhasabah diri & kepada Allah saya memohon ampun.

Saudara-saudari seagamaku.. marilah sama-sama menegakkan Islam di dalam diri kita. Sesungguhnya non-muslim, not-yet-muslims semuanya memerhatikan telatah, gelagat & akhlak kita.. janganlah sampai kita membawa imej yang tidak benar tentang agama yang suci & mulia ini. Nauzubillah.

Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita & menjadikan kita Muslim yang memiliki sebenar iman & takwa dari pandangan mataNya. Amiin.





I don't know these beautiful flowers's name. They make me love white instantly. :)

Dari kejauhan nampak serba putih bertaburan.
Bunga yang cantik menancap pandangan.
Bukti kebesaran Tuhan, biarpun musim hampir luruh,
Bunga menawan tetap mekar berkembangan.

14092013, Bicester Village, UK.



*** CATATAN KEMBARA 2 ***


Bismillah...

Menaiki tren komuter pulang ke kampung halaman sempena cuti minggu lepas meningatkan saya dengan seorang Gadis kacukan Holland & Germany yang saya temui di dalam tren sewaktu dalam perjalanan dari Frankfurt ke Amsterdam.

Perbualan itu bermula apabila saya tersalah duduk di tempat duduknya. Oleh kerana rasa serba salah... saya memulakan perbualan ringkas dengan menegurnya yang kebetulan sedang asyik menulis diari.

"Writing a diary?" tegur saya.

Dia tersenyum.

"Kinda sort of..." balasnya sambil tersenyum lalu terus menunjukkan beberapa catatan di dalam diari itu tentang perjalanannya hari itu seperti bertemu dengan kawan baiknya, melawat nenek & lain-lain. 

Namanya Mieke Ven Den Berghe. Orangnya cantik, sopan, peramah & sangat manis budi bahasa. Kami berbual hampir 4 jam perjalanan itu tentang banyak perkara. Daripada perkenalan berkaitan diri masing-masing hinggalah masuk ke bahagian perbandingan agama. Dia seorang Kristian, tetapi katanya dia & keluarganya bukanlah penganut yang taat kepada suruhan agamanya.

Dia juga tidak segan bercerita tentang dua pengalaman kisah cintanya, lalu bertanya kepada saya samada saya sudah mempunyai teman lelaki ataupun tidak. Soalannya itu membuatkan saya tersenyum lebar & sekadar menggeleng.

"Setahu saya... tiada istilah bercinta, berpasangan sebelum berkahwin di dalam agama kamu kan? Jadi macam mana kamu tahu kalau seorang lelaki itu yang terbaik untuk kamu sedangkan kamu tidak mengenalinya?" 

Saya memohon Allah berikan saya ilham agar dapat memberikannya jawapan yang terbaik ketika itu. 

"Apa yang membuatkan awak berpendapat hanya dengan bercinta & berpasangan sahaja yang boleh membolehkan kita mengenali seseorang (bakal pasangan) kita itu?" saya bertanya kepadanya semula.

Kata-kata nasihat as-syahid Imam Hassan al-Banna, "Biarpun 20 tahun sekalipun kamu bercinta, kamu takkan kenal siapa pasanganmu melainkan hanyalah lakonannya." cuba saya ringkaskan kepadanya sambil menerapkan juga point berkaitan rasa tawakal kepada Allah melalui usaha istikharah & istisyarah. Maknanya Muslim juga punya strategi & caranya yang tersendiri untuk mengenali bakal pasangannya, namun, dengan cara yang lebih mulia & terjaga, insyaAllah.

Lama juga dia terdiam selepas itu.

"Your statement make me thinking a lot." ujarnya.

"Kami Muslim, sangat yakin & percaya kepada Allah, Tuhan kami, yakni kami meyakini bahawa Dia takkan sesekali menzalimi kami. Kami percaya... selagi kami berpegang teguh kepada Islam & kepadaNya, Dia akan selalu memberikan yang terbaik buat kami hambaNya." kata saya lalu menerangkan janji Allah dalam surah an-Nur (24) ayat 26, 

'Bad statements are for bad people (or bad women for bad men) and bad people for bad statements (or bad men for bad women). Good statements are for good people (or good women for good men) and good people for good statements (or good men for good women), such (good people) are innocent of (each and every) bad statement which they say, for them is Forgiveness, and Rizqun Karim (generous provision i.e.Paradise).'

Dia tersenyum.

"Semua agama pun suruh kita jadi orang yang baik. Dalam Kristian juga sebenarnya tak menggalakkan percampuran lelaki perempuan yang berlebih-lebihan. Awak tahu, Kristian terbahagi kepada dua, satu yang agak tradisi & satu yang lebih moden yang telah diubah. Jika ikut yang asalnya... agama kami juga tidak mengalakkan berpasang-pasangan sebelum kahwin." kata Mieke akhirnya.

"Ya betul... saya rasa guideline itu cukup baik untuk memelihara hati & diri kita kan.. macam yang awak ceritakan.. awak cukup patah hati bila putus cinta dengan cinta pertama awak... saya fikir keadaan mungkin berbeza jika cinta pertama kita itu ialah suami kita. Awak tak rasa ke macam tu lebih istimewa?" getus saya. Dia cuma tergelak.

"First time always special the most." balasnya. 

"Apapun... baik dalam Islam ataupun Kristian... memang ramai yang rules-breaker kan? Sepertinya muslimah sepatutnya menjaga adab dengan lelaki ajnabi, memakai hijab menutupi dada, tetapi saya masih kenal ramai muslimah yang tidak melakukan semua tuntutan itu. Mereka juga bercinta, bercouple, make-up berlebih-lebihan & memakai hijab dengan cara yang tidak betul." 

Saya tidak mampu untuk mengatakan tidak. Sekadar mengiyakan dengan senyuman tawar. Jika bukan kerana Allah memberikan petunjuknya kepada saya, boleh jadi saya juga di antara kalangan rules-breaker itu barangkali. Kepada Allah saya berserah diri.

"Guidelines had been given clearly in the Quran. then it is up to us to make our own choice. Our life is our choice right?" balas saya. Di dalam hati memohon agar mudah-mudahan Allah ampunkan semua dosa-dosa Muslimin muslimat seluruhnya.

".... However... we never judging people. People make mistakes but religion doesn't. May Allah bring us to the right path."

Mieke hanya tersenyum bersetuju dengan penyataan saya itu.

Dia menawarkan cookies, saya berjeda sebentar melihat bungkusan cookies yang berwarna ungu muda itu.

"If you feel reluctant, then it's okay..." ujarnya.

"No. It's not like that. But I'm afraid if there's ingredients that I cannot eat." jelas saya cuba menjaga hatinya.

Dia kemudiannya meminta maaf. Kemudian bersungguh-sungguh membaca bahan-bahan yang tertulis di belakang bungkusan itu. Saya tidak faham apa yang ditulis kerana ia tertulis dalam bahasa Germany. Mieke membaca & translating satu per satu bahan-bahan itu. Setelah saya & dia yakin bahawa tiada bahan yang meragukan, barulah saya berani mengambil sebiji cookies yang dia hulurkan.

"I'm sorry... I really don't want you to eat something that you cannot eat though." ujarnya sambil menyusun-nyusun beberapa lagi bungkusan makanan di dalam beg di hujung kakinya.

Banyak lagi yang dibualkan... insyaAllah mungkin boleh disambung dalam perkongsian yang seterusnya.

-------------

Ya Allah. Jadikanlah kami hambaMu yang lebih baik & tsabatkanlah kami atas jalanMu ini hingga ke hembusan nafas kami yang terakhir. Amiin. 

Moga Hidayah Allah sampai untukmu, Mieke Ven Den Berghe. Amiin.


*** CATATAN PICISAN ****

Alhamdulillah... kembara selama 20 hari ini benar-benar membukakan mata saya tentang banyak perkara. Sedikit sebanyak membuatkan saya lebih matang dalam beberapa yang sebelum ini saya terlepas pandang.

Melihat luasnya bumi Tuhan, membuktikan kebesaran Allah, menjadikan saya merasa begitu kerdil sekali disisi Allah penguasa sekelian alam.

Kembara di bumi asing yang beribu-ribu kilometer jauhnya dari tanah air, dalam umur yang boleh dikatakan masih muda, tanpa ditemani mahram yang dipercayai seperti ayah, ibu & adik beradik, membuatkan rasa tawakal kepada Allah lebih besar, pergantungan kepadaNya lebih kuat bila mana berdepan dengan situasi tertinggal daripada kumpulan kawan-kawan ataupun semasa berdepan dengan risiko barang berharga dicopet oleh pickpocket. Masa itulah baru kita tahu, selama ini berapa banyak sebenarnya rasa percaya & yakin telah kita letakkan kepada Allah. Sepenuhnya tawakal & percaya pada Dia atau half-hearted.

InsyaAllah, jika ada rezeki lebih, digalakkan untuk kita bermusafir. Selain untuk kenal budaya, agama, bahasa & cara negeri yang kita lawati dengan lebih dekat, kita juga akan banyak belajar tentang hikmah kehidupan daripada mereka.

Seperti semasa saya di UK, subhanallah.. bangsanya memang sangat bersopan santun (bersungguh-sungguh akan membantu jika diminta pertolongan), pembersih (tandas, persekitaran), efisyen (berdiri di sebelah kanan eskalator untuk memberi ruang orang yang berjalan di sebelah kiri), suka bersenam. Hatta semasa di dalam hujan pun mereka selamba saja berjogging. :) 

Antara negara lain yang saya sempat jejaki ialah Germany, Holland, Belgium & Paris. Alhamdulillah. :)

Windmills area, Amsterdam North.

Bersih.
Damai.
Dingin.
Cantik.

Hebatnya kekuasaan Allah.
Subhanallah.


Setakat ini dulu. insyaAllah akan cuba menyambung lagi catatan di entri yang mendatang.

Salaam sayyidul ayyam.

Wallahu 'alam.


3 comments:

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."