Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Tuesday, July 17, 2012
The Moon That Embraces The Sun.
Astaghfirullahal adzhim..
Terlalu banyak ketawa aku hari ini..
Terlalu banyak ketawa aku hari ini..
Ketawa yang banyak ini membuatkan jauh di sudut hatiku merasa takut kepadaNya.
Apakah tawa yang terlalu banyak mengisi ruang hariku ini akan membuat Dia memurkaiku?
Janganlah tawa yang galak ini membuatkan hatiku mati, membuatkan aku banyak menangis 'disana' nanti.
Nauzubillah.
Pada hujung-hujung waktu aku masih mengaji di USM..
Aku selalu terfikir..
Aku selalu membayangkan bagaimanalah kehidupanku setelah meninggalkan medan tarbiyyah terbesar aku selama ini kelak.
Bagaimana aku selepas berpisah daripada sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah itu agaknya.
Yang selalu menjadi perantara 'teguran' Allah kepadaku apabila akhlakku memburuk, tutur bicaraku tidak elok..
Mesti nanti aku merindui mereka yang selalu mengingatkan aku kepada Allah, hanya dengan bersuara sedikit & hanya sekadar melihat wajahnya. Subhanallah.
Aku selalu risau dan bimbang...
Bagaimanalah dapat ku harungi hari-hari tanpa langkahan ke majlis ilmu bersama sahabat-sahabat yang dicintai Allah itu...
Apakah iman, hati, akhlak dan peribadiku akan merosot dan memburuk tanpa keharuman 'taman-taman syurga' yang diserikan lagi dengan doa daripada para malaikat itu..
Apakah Allah akan menarik kembali nikmat tarbiyyah, hidayah, taufik, & sahabat yang soleh solehah itu daripadaku apabila aku meninggalkan bumi Minden itu...? Nauzubillah. T_T
Lalu, hatiku tersentuh dalam, terasa sangat besar nikmat & melimpahnya rezeki yang Allah Berikan kepadaku selama ini..
Lalu, mengalirlah air mata di dalam hati ini merayu agar Dia tidak melupakan hambaNya yang masih kekurangan ini..
Ya Allah.. diri ini masih memerlukan Hidayah & TaufikMu.
Jangan diserahkan aku kepada diriku sendiri walau hanya sedetik masa. Bagaimanalah agaknya keadaan aku. Bagaimanalah aku akan mengharunginya.
------------------------------------------
Alhamdulillah..
Sudah lebih seminggu aku menghirup udara bumi Allah, bumi Negeri Sembilan.
Bersama ibu, ayah, adik & 2 orang sepupu kecil.
Ya... aku merindui bumi Minden.
Aku rindukan tarbiyyah, ilmu, ukhuwah yang Allah Limpahkan di sana.
Terasa berkah melaut & harum untuk ku hirup udaranya, lantas membuatkan hati ini seakan begitu dekat sekali kepadaNya.
Lalu, ku soal pula kepada diri ini.
"Apakah Allah itu hanya ada di bumi Penang...?"
"Apakah barokah itu hanya ada di Minden?"
"Apakah kebaikan itu hanya tinggal kenangan di USM...?"
Aku kesal pula dengan diriku.
Manusia seperti aku selalu sahaja memandang hal yang jauh-jauh.
Tanpa menghargai & menikmati rezeki & nikmat yang Dia Limpahkan di depan mataku.
Dekatnya aku dengan ibu bapaku, petanda ruang untukku menimba pahala & kebaikan juga meluas.Dekatnya aku dengan rumah, maknanya itulah medan terbesar untuk aku gali & suburkan tarbiyyah yang selama ini aku kecapi di bumi Minden.
Jangan menyempitkan peluang & ruang yang Allah beri untuk berbuat kebaikan, menyebar kebaikan & menjadi hambaNya yang baik itu dengan pelbagai alasan!
Ibadah itu luas konsepnya. Pesanan ustaz & ustazah bagai terngiang di telinga.
Apapun perkara yang boleh mengingatkan, mendekatkan, menambahkan kecintaan aku kepada Allah, itu juga dikira ibadah.
Allah itu ada di mana-mana.
Allah itu letaknya terlalu dekat.
Dekat di dalam hati.
Jika alasanku mengatakan jauhnya aku daripada sahabat-sahibah, majlis ilmu, tarbiyyah & ukhuwah adalah punca imanku menurun, alasan untuk aku tidak mampu istiqomah..
Itu petandanya aku sendiri yang menyempitkan pandangan & peganganku.
Ingatlah wahai diri...Pejuang Islam yang terpenjara itu,Tanpa sahabat, majlis ilmu, atau terma-terma 'ilmu, hidayah, tarbiyyah & ukhuwah' yang kau gariskan sebagai 'punca' kehebatan mukmin itu..Masih mampu istiqomah menulis tinta-tinta bukti kebesaran Allah.Masih tetap istiqomah menitipkan bait-bait kecintaan & munajatnya kepada Ilahi.Yang terus terwaris kepada umat hingga hari ini..
Kerana Allah itu letaknya di hati.
Hendak jadi baik,Hendak jadi lebih baik,Hendak berusaha memperbaik,Hendak menyebarkan hal-hal baik,Yang perlunya adalah usaha, gerak langkah.Bukanlah mencari alasan untuk memperbantutkan peluang & ruang.
Mengapa mengharapkan orang, suasana, program-program yang membentuk kita untuk menjadi apa yang kita patut jadi (jadi baik)?
Jika kita terlalu bergantung kepada perkara-perkara itu barulah kita mahu menjadi baik & hebat, makanya rugilah kita.
---------------------------------
The Moon That Embraces The Sun.
Aku baru tengok siri drama korea ni.
Ok tiada kaitan dengan entri. Sila abaikan.
Please get back on the track.
Baik.
Apa kaitan matahari & bulan daripada sudut kehidupan kita sebagai hamba & dai'e?
Pada waktu siang, matahari menyinarkan cahayanya kepada alam,
Bulan akan menyerapi semua cahaya itu.
Tatkala malam menjelma,
Tidaklah dia masih mengharapkan kehadiran matahari untuk memberikan cahaya.
Bahkan bulanlah yang memantulkan semula cahaya matahari tadi kepada seisi alam.
Walau tak secerah siang, namun, bulan masih bisa membiaskan cahaya dengan saiznya yang kecil itu.
Matahari itu ibarat Islam.Kita pula ibarat bulan.Yang buruk pada hakikatnya.Namun menjadi indah di malam hari kerana memantulkan cahaya Islam.
Kita ini pun...
Jadilah bulan.
Waktu Allah letakkan kita dalam biah (suasana) soleh, solehah, islamik, barokah.
Serapilah seberapa banyak kebaikan yang kita mampu.
Apabila tercampak pula kita dalam biah yang berbeda,
Jika tidak mampu mengislahkan kesuraman biah itupun..
Setidak-tidaknya masih mampu kita istiqomah menjaga diri.
Sekurang-kurangnya.
Atau setidak-tidak istiqomah kita menjaga & mempamer akhlak baik itu..
Menjadi dakwah & islah kecil buat masyarakat sekeliling.
Mainkan peranan. Walaupun kecil.
Tetap istiqomah. Walaupun terasing.
Alone is not the reason for being astray from the right path.Because at Yaumul Mahsyar,Don't you realize that;You also will be judged by Him;Alone?
So, stay strong & keep moving on.
Allah ada.
& Dia sangatlah dekat.
Ingat tu...
:)
Asif kiranya entri ini tiada manfaat bagi yang berkunjung & sudi membaca.
Asif kiranya entri ini tiada manfaat bagi yang berkunjung & sudi membaca.
Entri ini untuk memujuk & menaikkan semangatku yang dilanda kerinduan ini.. :')
Doakan diri ini selalu di dalam rahmat, redha & cinta Allah. Moga diri ini sentiasa dikuatkan oleh Allah, insyaAllah, amiin.. :')
Semoga kita selamat untuk bertemu dengan ramadhan yang mulia itu sekali lagi tahun ini. InsyaAllah.
Selamat meniti kemuliaan, keampunan & rahmat di bulan ramadhan.
Mudah2an Allah akan permudahkan..
:)
Allahu'alam.
Labels:
bisikan nurani,
catatan hati,
cerita,
hiba,
hikmah,
kesal,
muhasabah diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
allah hu akbar..tersentuh hatiku membaca entry ni..
ReplyDeletetugas kitalah yang memantulkan cahaya Islam...
walau pahit, walau terasing..tetap perlu istiqamah..moga kita sama2 istiqamah..
insyaAllah ya ukhti... amiin2 insyaAllah..
Deletemudah2an Allah tsabit-kan hati2 kita tetap di atas jlnNya. amiin.
syukran atas kunjungan & komennya..
jazakillah khayr..