Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Monday, December 12, 2011

Belum Sedia Nikah, Namun Hati Merindu.



Bismillahirrohmannirrohim..
Dengan NamaMu Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, Jumaat lepas, saya diizinkan Allah untuk pergi menyertai Taman Syurga (yakni Majlis Ilmu) Forum Istikharah Cinta anjuran Persatuan Mahasiswa Islam USM (PMIUSM). Panelisnya adalah Ustaz Syaari Abd Rahman (Penulis Buku Kepimpinan Al Fateh) & zaujahnya yang tercinta, Ustazah Nurul Shuhadah Shuib.

Namun, saya belum berkesempatan untuk menulis review tentang forum itu & isi-isinya. InsyaAllah, saya akan tulis pada entri yang akan datang.

Kali ini, saya mahu berkongsi satu permasalahan & lengkap dengan jawapan yang saya kongsikan di sini. Ilmu ini saya kutip di blog Ustaz Ubaidillah Alias iaitu: Ustaz Cinta.

Saya kira masalah ini kerap juga berlaku dalam kalangan akhowat yang telah 'ter'jatuh cinta dengan seseorang namun malu untuk memulakan langkah untuk mengkhitbah lelaki tersebut atas dasar malu, rendah diri, belum bersedia & tidak yakin. 

Untuk mengetahui apa respon Ustaz Ubaidillah tentang masalah ini, teruskanlah membaca hingga ke titik akhir entri ini. Semoga bermanfaat.



***********************

"Emel ini datang dari seorang wanita yang berhati tulus. Wahai lelaki, bacalah dengan kemuliaan jiwa seorang khalifah. Bacalah dengan nawaitu untuk menjadi pemimpin sebuah keluarga yang akan memasuki pintu syurga Allah di akhirat kelak.

Assalamualaikum ya Ustaz

Sebagai manusia biasa, saya tidak dapat lari dari fitrah dan naluri ingin bercinta. Saya pernah sekali bercinta ketika umur saya 19,namun ia putus ditengah jalan. Saya dikecewakan . Saya terpaksa mengambil masa yang lama untuk membasuh kekecewaan hati saya dan untuk melupakan dia. Saya menyepi dan bersendiri untuk buang rasa cinta. Setelah pulih, saya mampu bangkit semula. Hati saya yang kecewa, saya rawat dengan selalu dekat bersama Allah. Saya takut untuk jatuh cinta lagi kerana saya tahu ianya akan buat saya kecewa.

Namun, dugaan Allah silih berganti dan saya diuji lagi. Saya bertemu dengan seseorang ditempat saya belajar. Sekali saya terlihat dia, hati saya seolah-olah terpaut. Dari fizikalnya, dia telah memenuhi ciri-ciri lelaki idaman saya. Tapi saya tak kenal dia. Saya tak tahu dia orang yang macamana. Setelah bersahabat, baru saya tahu dia seorang yang alim dan menjaga hubungannya dengan Allah. Dia sering menasihati saya dan menyedarkan saya dalam setiap perlakuan saya. Saya rasa jatuh hati pada dia tanpa saya tahu apa sebabnya. Saya impikan dia sebagai khalifah hidup saya namun saya tidak pasti siapakah yang tertulis di Luh Mahfuz untuk saya.

Saya tahu matlamat dia untuk berubah menjadi lebih baik. Saya juga begitu. Saya tidak mahu menjadi racun dalam hidupnya. Maka saya buat keputusan untuk tinggalkan dia. Bukan niat saya untuk putus silaturrahim, namun saya memberikan jarak dan ruang untuk kami capai impian terlebih dahulu.

Ustaz, sesungguhnya saya telah menemui seseorang yang saya dambakn selama ini. Seorang yang mampu menjadi imam dalam solat saya, yang dapat menjadi khalifah mengemudi bahtera keluarga dan mampu menjadi abi kepada anak-anak saya. Tapi saya belum pasti adakah dia yang tercipta untuk saya dan adakah saya tulang rusuknya. Ustaz pernah cakap dalam artikel sebelum ni bahawa kalau kita dah jumpa lelaki seperti ini, kita kena pegang cepat2. Tapi apa yang saya buat adalah melepaskan dia kerana kami masing-masing belum bersedia. Ustaz, apakah saya perlu hadir dalam hidupnya lagi setelah saya lepaskan dia? Bantu saya, ustaz.

RESPON USTAZ 

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudari sudi bertanya, soalan dan polemik yang sangat wajar untuk dibincangkan. Semoga saudari mendapat kebaikan. Ustaz juga manusia biasa, tidak tahu meramal masa depan. Ustaz tidak tahu apa yang terbaik buat saudari... tetapi Allah tahu. Maka, kita perlu berdoa sepanjang masa agar dibantu oleh hidayah Allah.

BILA SUDAH KETEMU LELAKI YANG DICARI...

Jika benar saudari merasakan dia lelaki terbaik untuk saudari. Maka, beritahu ibubapa dan minta mereka buat risikan. Jika boleh, cari maklumat pasal keluarganya dari masa ke semasa. Jika ibubapa bersetuju. Maka cadangkan lelaki agar masuk menghantar wakil untuk tanda. Tidak salah bertunang awal. Walaupun belajarnya masih lama. Kerana semasa bertunang, tidak perlu berjumpa atau berbual. Bertunang adalah tanda... maka, bila sudah tanda. Hati tidak runsing lagi.

Inilah tindakan terbaik jika mahu menjaga ikatan sekarang agar membawa ke jenjang pelamin. Sebolehnya, biarlah pihak lelaki juga serius dahulu. Buat majlis ringkas saja. Tidak perlu besar-besar. 

JIKA MASING-MASING MASIH BELUM BERSEDIA...

Maka, tidak perlu fikir panjang. Banyakkan berdoa dan sambil itu fokus kepada pengajian. Kerana, tidak semua yang kita fikir baik... adalah baik di sisi Allah. Tidak semua yang kita nampak comel, maka ia juga comel di sisi Allah. Boleh jadi ada sesuatu yang kita tidak tahu dalam perhubungan. Anggaplah bahawa saudari sedang melalui proses ujian dan kesabaran.

Walaupun hubungan hati tidak putus, tidak perlu luahkan. Tidak perlu dedahkan. Allah maha mengetahui dan dia yang berkuasa menentukan perhubungan ini berjaya atau tidak. Bukan kita yang tentukan. Oleh itu, banyakkan berdoa. Lagi besar harapan dan dalam cinta kita kepada bakal pasangan, biarlah lagi banyak doa dan munajat. Bukan lagi banyak angau dan berangan. Maka, jika hal ini dapat diteruskan... bererti, saudari sedang melalui jalan yang diberkati. Insya Allah.

MASA DEPAN MILIK ALLAH SECARA MUTLAK

Kerana masa depan adalah milik Allah, kita boleh berusaha dengan apa yang kita mampu. Keputusannya kita serahkan kepada Allah. Banyak sangat fikir, membuang masa. Kena ada azam dan tawakkal. Barulah kita boleh fokus kepada pengajian. Bila sampai masa, kita boleh teruskan dengan pertunangan dan perkahwinan. Insya Allah."


***************************

RESPON SAYA:

Saya tahu, saya faham, bab hati & perasaan ni memang susah nak dikawal & diduga. Tak ada siapa yang kata senang hendak mengawal nafsu. Nafsu nak tengok muka dia, nak bertemu dia, stalk page dia, nafsu nak SMS dia, tanya khabar, dah pelbagai lagi.

Apatah lagi kita hanyalah manusia yang mudah benar tergoda & rapuh imannya. Bukanlah saya kata kita tak boleh berperasaan langsung. Siapa kata tiada cinta sebelum kahwin? Ada. Yang sepatutnya tiada ialah hubungan cinta tidak halal sebelum kahwin. Itu yang tidak wajar ada.

Kalau kamu cinta, & mahu meminang dia, maka gunakan orang tengah & bernikahlah. Masalahnya sekarang, kita cinta, suka, angau, malangnya tak nampak langsung hasrat & jalan untuk menuju ke arah pernikahan. Ini yang bahaya. 


Kalau sudah terang-terangan kita masih belum bersedia ke arah pernikahan, eloklah kita rahsiakan sahaja dahulu hasrat hati kita padanya itu. Kalau hendak kita luahkan padanya pun, tak ada kesinambungannya. Benar kata Ustaz, eloklah kita fokus dahulu dalam pengajian kita & fokus dalam usaha untuk terus memperbaiki diri.

Boleh jadi, perasaan itu cuma satu ujian kecil daripada Allah SWT buat kita bagi menguji sekuat mana cinta kita kepadaNya. Allah Mahu Tahu, adakah kita benar-benar cinta padaNya ataupun kita mudah membuang cintaNya demi meraih cinta makhluk. Begitu rapuhkah? Begitu mudahkah hati kita digugah dengan cinta selain dariNya? Mungkin itu tujuan Allah sebenarnya.

Maka, kuatkan hati. Jangan pula dilangsungkan perasaan itu dengan meluahkan padanya, berlangsung lagi dengan berhubung dengannya, chatting, SMS, menjadi lebih rapat & seterusnya terus-berterusan membuka satu persatu pintu ke lembah zina. 

Awalnya hanya zina hati, terbayang-bayang, angau, termimpi-mimpi. Kemudian, diikuti dengan zina tangan, berSMS, chatting. Diikuti pula dengan zina mulut, melafazkan cinta buat dia yang belum halal, berkata rindu, sayang, cinta & lain-lain yang melalaikan. Kemudian? kemudian, syaitan memujuk lagi, sehinggalah kita terjebak ke dalam zina seksual. Nauzubillah. Astaghfirullah.


Nampak tak permainan syaitan? Ingatlah, syaitan takkan pernah berhenti 'memujuk' kita dengan 'keindahan-keindahan' palsu ciptaannya. Keindahan-keindahan yang palsu ini akan menjerut batang leher kita dengan dengan tali dosa besar yang kemudiannya akan mengheret kita ke dalam neraka Allah kelak.


"Iblis menjawab: Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pastilah aku akan selalu menghalangi mereka (manusia) dari jalanMu yang lurus, kemudian, aku akan mendatangi mereka dari depan, belakang, dari kanan & kiri mereka. & Engkau tidak akan Mendapati kebanyakan mereka bersyukur." [surah al-A'raf; 7: 16-17]


Itu janji Iblis apabila Allah halau dia dari syurga setelah enggan sujud kepada Nabi Adam. Sejurus saja 'janji' tersebut dikatakan, dia terus menggoda Nabi Adam & Hawa agar memakan buah khuldi yang telah Allah larang dari mereka mendekatinya. Itu Nabi Adam & Hawa. Jadi, siapa pula kita untuk menyangka kita cukup kuat untuk mengindar godaannya dari melakukan zina yang disenaraikan di atas?


Daripada elok-elok niat kita suci, mahu mendekatkan diri kepada kepada Allah & memperbaiki diri, hanya kerana kegagalan kita mengendalikan 'ujian kecil' ini, kita bertambah jauh pula daripada Allah. Astaghfirullahal adzhim..  


Firman Allah SWT:
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji & suatu jalan yang buruk." [Surah ke-17, al-Isra': ayat 32]

Maka, berhati-hatilah wahai muslimin & muslimat sekalian, jagalah hati kalian. Ingatlah bahawa tiada perhubungan antara lelaki & wanita yang Allah redha melainkan hanya dengan pernikahan.

Simpanlah segala bentuk ungkapan cinta dan derap hati dengan rapat. Allah akan menjawab dengan lebih indah disaat yang lebih tepat. Sebelum Allah mengizinkan. Belum tentu yang kau cintai adalah yang terbaik untukmu. Siapakah yang lebih mengetahui selain-Nya?

Pegang prinsip ini;
"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya. Manakan boleh cintaku kepada ciptaanNya melebihi Penciptanya? Wajiblah bagiku untuk mencintai Pencipta hamba & perasaan itu melebihi makhluk yang juga ciptaanNya.."

Point terakhir, bukankah kita mensolehahkan diri ini hanya untuk mempersiapkan keadaan diri dengan sebaik-baiknya sebelum bertemu dengan Allah? Jadi Solehah bukan untuk ganjaran jodoh Soleh. Jadi Solehah kerana mahu redha, rahmat & ampunan Allah. Kerana mahu masuk ke syurgaNya dengan hati yang tenang & diredhai.. 

Jika kita mencintai Allah, kita kira, adakah Allah akan membiarkan kita begitu sahaja? Saya yakin berdasarkan janji-janjiNya yang jelas & nyata di dalam al-Quran bahawa Allah akan Menganjarkan hambaNya yang bertakwa dengan ganjaran yang setimpal.

InsyaAllah, kalau tiada jodoh kita dengan ikhwan di duniaNya ini, mudah-mudahan Allah sediakan seorang pemuda syurga yang mungkin sedang menunggu kita di Jannatul FirdausiNya yang indah itu...

Janji Allah itu Pasti. Allah Pasti akan Menganjarkan balasan yang setimpal dengan usaha & amal kita, insyaAllah. Jadi, hanya tinggal kita sahajalah: Mahu terus terleka dengan dunia inikah? Ataupun makin laju mempersiapkan diri untuk bertemuNya?


Mintalah kekuatan daripada Allah. Sesungguhnya, selama ini, Yang Menguatkan kita & Mempermudahi semua urusan kita itu hanyalah Dia. Jadi, mengapa tidak, kesempatan begini, dilanda ujian begini, kita kembali semula kepadaNya?

Mudah-mudahan Allah akan mempermudahi semua urusan kebaikan kita dari dunia hingga ke akhirat. Amiin.


Allahu'alam.


*Sekiranya antum rajin membaca lagi; bolehlah membaca coretan ini juga: BICARA HATI.


p/s: Bulan ini, saya menerima 2 undangan walimah. Kak Has & ukhti Farhana. Saya doakan jodoh mereka berkekalan hingga ke syurga & diredhai oleh Allah. :)



14 comments:

  1. Doa tu senjata mukmin. Sepatutnya tak boleh biar diri asyik fikir masalah hati. Masalah ummat pun banyak yang perlu kita fikirkan. :)

    Yang ni kira side dish pun oke lah! :)

    Hehe. Barakallah.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, menanti yang soleh, walaupun masih awal :)

    ReplyDelete
  3. respon to As:

    :)

    Bukan semua hatinya kebal seperti ukhti.. :)

    Mgkin enti trlepas pndg barangkali, daripada kegagalan mendidik hati, mengemudi cinta dalam hati, tak tahu ke mana nak dilorongkan rasa hati itulah yang menyebabkan masalah zina yg berleluasa sekarang..

    zina. antara masalah ummah yg agak serius skg. zina & masalah buang bayi menyebabkan rosaknya institusi Baitul Muslim yg seharusnya suci. Rosaknya Baitul Muslim, membanjirnya kelahiran anak luar nikah.. sy pasti, bukan ini ummah yg Rasulullah saw mahu banggakan..

    Punca terjadi? sbb inilah.. masalah hati. kurgnya pengetahuan ttg steps ke arah membina baitul muslim.

    Mungkin bagi sesetengah antara kita, ini masalah remeh. saya juga pernah fikir begitu. Namun, selepas lawatan ke Raudhatus Sakinah tahun lps, berubah terus persepsi sy itu.

    Lemahnya aqidah, kurangnya kefaqihan dlm feqah, rapuhnya ilmu & amalan tasawwuf, lantas menyebabkan ramai saudara2 kita mencampakkan diri mereka dlm cinta nista lalu terjerumus ke dalam zina.

    Maafkan saya kalau post ini enti nmpak sempit fokusnya. tp sy memandang jauh misinya. Moga Allah mudahkan.. insyaAllah.

    syukran sudi singgah.. :)

    saya sgt hargai pandangan bernas ukhti.

    sidedish pun ok juga tu.. hehe.

    Barakallahulaki.. :)

    ReplyDelete
  4. respon to Deera Ismail;

    saya doakan ukhti bertemu imam yg soleh, yg meminangmu, menikahimu, mnjadi sahabatmu di dunia & di syurganya. amiin.

    syukran sudi singgah.. :)

    ReplyDelete
  5. perk0ngsian yg bermanfaat..sm0ga tr0s istiqamah dlm mngejar redha Nya..

    ~ sharing is caring..(^_~) ~

    ReplyDelete
  6. insyaAllah.

    syukran sudi singgah ya.. :)

    ReplyDelete
  7. nice entry. saya pun berpendapat jugak macam anda dalam bahagian perlunya semua orang tahu proses-proses yang sebenar. Ini tidak. Ada pihak yang seboleh-bolehnya merahsiakan perkara ini kerana alasannya takut berlaku fitnah. Itu tidak tepat. Jika ada orang hendak tahu bagaimana caranya, mereka perlu diberi tunjuk ajar.

    Ada movie yang sedikit sebanyak (mungkin tidak berapa tepat) yang menceritakan tentang prosesnya. Boleh tengok di http://maherilham.blogspot.com/2011/11/arranged.html

    ReplyDelete
  8. salam

    terima kasih kak..

    entri yang sesuai seiring dengan latar belakang lagu opick rapuh..

    isu ini sebenarnya berlaku bukan saja pada wanita-wanita biasa malah wanita2 yg terlibat dalam persatuan islam juga begitu..

    kekadang bila berbicara soal hati..rasa gerun pun ada boleh jadi masa tu juga Allah uji kita tentang terhadap apa yg kita bicarakan atau lakarkan untuk menasihati/menegur orang lain,,kun fa ya kun..Allah twistkn hati kita kemaruk cinta pada seseorg..nauzubillah

    maka timbul persoalan disitu..

    kalau macamtu baik diam je la..nanti kita plak yg kena..

    tapi atas dasar tugas sebagai khalifah dan mata rantai perjuangan rasulullah saw maka dakwah itu wajib dilaksanakan..

    dan kita yg berkata pastinya perlu mempunyai perisai yg hebat untuk menghdpi dugaan itu..

    niat,doa dan amalan kita perlu berperanan seiring sama seperti apa yg kita katakan..

    seperti firman Allah dalam
    surah as-saff 2-3

    " Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!"

    "Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya"

    sama-sama bermuhasabah.^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam warahmatullah..

      nisa.. jazakillah khair atas peringatan.

      Subhanallah, indahnya Islam sbg agama nasihat. sama2lah kita saling ingat-mengingatkan sesama saudara seagama. kita nasihatkan orang lain bermakna target pertama yg kita tujukan adalah diri sendiri.

      mudah2an Allah rahmati nisa & kita semua. insyaAllah.

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. salam, ini kali pertama sy ziarah blog akak,tersentuh hati sy bca entri akak.. sy jgk punya situasi yg lebih kurang mcm gadis td.. sehingga saat ni sy x henti2 doa moga ada jodoh dgnnya jika dia benar2 yg terbaik.. sy cuba yakinkn dia utk langkah sterusnya tp, dia seakan cuba mengelak.. sy masih sabar & berdoa agar Allah bukakan hatinya.. sy belum sempat lg beristikarah..innsyallah, jika dberi kesempatan slps final exam nti sy akan beristikarah... terima kasih akak krn bg sy semangat...

    ReplyDelete
  11. Kepada adik yang tidak diketahui namanya.. :)

    wasalam..

    istikharah kebiasaannya dilakukan 2 peringkat.

    peringkat yg pertama; utk meminta petunjuk Allah samada kita telah bersedia utk bernikah atau tidak.

    peringkat yg kedua: meminta petunjuk Allah untuk memberatkan hati kita kpd pilihan bakal pasangan yg betul.

    Adik, cuba suarakan lagi sekali samada dia serius atau tidak dgn adik.

    Ingatlah, hubungan lelaki & perempuan sebelum nikah yang berlangsung tanpa niat ingin bernikah adalah haram. [ustaz Azhar idrus]

    Jika sudah jelas kawan lelaki adik tu tak mahu serius & tak plan masa depan dgn adik.. tinggalkanlah saja dia. dia masih tak serius & tak bersedia lagi utk brtanggungjwb..

    Jgn terhegeh2 utk org yg tak sudi..

    Mudah2an Allah menjaga hati & maruah adik serta menguatkan hati adik. insyaAllah. amiin.

    p/s: syukran atas kunjungan..

    ReplyDelete
  12. salam kak .
    saya nak bertanya , sepanjang kita menjaga perhubungan , adekah bermksod kite ibarat terputus hubungan . maksdonya lngsung x dek kabar brita ... perkara penting . terputus langsong ker ? hanya nak tahu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam dik...

      adik, if adik nak tahu perkembangan lanjut ttg dia, tak bermakna hanya ada 1 cara saja kan.. maksud akk, selain contact 2 way (kita & psgn secara sms, call, chat) insyaAllah ada byk cara lain utk terus mengikuti perkembangannya sbg cth, maybe boleh cntact kakaknya, adiknya atau saudara2 perempuannya secara berkias & bersopan. cara ini lebih terjaga, dpt jaga diri kita, niat kita & hati kita, insyaAllah..

      jika kita telah mengetahui bahawa iman kita lemah (akan rasa rindu if cntact 2 way, maknanya if sms, mulalah start nak cerita hal2 yg dah tak syari'e & tanpa urusan. maka, better kita guna cara lain sbg yg akk sarankan di atas.) if dia(lelaki) yg benar2 soleh, maka dia juga akan memikirkan cara yg terjaga juga utk mengikuti perkembangan adik.. (maybe dgn cntact terus dgn ayah, abg atau saudara2 lelaki adik yg lain)

      tanyalah fatwa hati. bila buat sesuatu hati terasa resah, maka itu petandanya perkara yg kita lakukan itu tak betul.. apapun, fatwa hati ini hny benar2 berkesan bg hati yg masih responsif terhadap dosa.

      if hati tebal dengan maksiat, mana mungkin dapat respon pada dosa lagi kan.. apatah lagi bg benda2 yg selalu dianggap kecil & remeh bg sesetengah org, spt ikhtilat ant lelaki & wanita bkn mahram ini..

      maka, sama2lah kita berhati2.. syaitan itu kreatif utk menyesatkan kita.. mudah2an Allah selamatkan kita drp tipuan dunia yg sementara ini, insyaAllah amiin...

      Delete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."