Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sunday, August 21, 2011
9 'SITI IMPIAN', Menjadi teladan..
Bismilahirrohmanirrohim..
Ada 9 Siti patut dijadikan contoh, untuk dijadikan panduan buat kita sebagai muslimah. InsyaAllah.
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'.
Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?
Allahu 'alam.
*Sumber diambil daripada fb salah seorang sahabat. :)
Labels:
tazkirah
Monday, August 15, 2011
Ke manakah Ramadhan kita?
Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya;
"Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan & minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya & kata-kata yang keji" [HR Sahih Muslim]
Ramadan
Satu nasib tak serupa
Peluangnya sama, natijah berbeza
Ramadhan mereka
Gemilang cemerlang, mukmin berjasa
Di awal zaman
Ramadhan kami, malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergiannmu
Siang mereka basah bibir menyebut zikir,
mengisi masa dengan tadarus al-Quran,
Siang kami pula diisikan dengan umpatan nista.
Malam mereka meriah disimbah Nur Al-Quran,
Tapi malam kami pulang bertemu dangdut.
Mereka berlumba mengejar ruang-ruang
Tapi kami, lesu diburu nafsu
Hati mereka,bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Tarawih dan ibadah mereka berterusan hingga ke hujung.
Tapi kami hanya sekerat jalan, sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Takbir mereka, takbir kemenangan
hadiah mujahadah.. sebulan Ramadan
Takbir kami, lesu tak bermaya
adakala lemah tak berdaya.
Satu nasib tak serupa
Peluangnya sama, natijah berbeza
Ramadhan mereka
Gemilang cemerlang, mukmin berjasa
Di awal zaman
Ramadhan kami, malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergiannmu
Siang mereka basah bibir menyebut zikir,
mengisi masa dengan tadarus al-Quran,
Siang kami pula diisikan dengan umpatan nista.
Malam mereka meriah disimbah Nur Al-Quran,
Tapi malam kami pulang bertemu dangdut.
Mereka berlumba mengejar ruang-ruang
Tapi kami, lesu diburu nafsu
Hati mereka,bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Tarawih dan ibadah mereka berterusan hingga ke hujung.
Tapi kami hanya sekerat jalan, sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Takbir mereka, takbir kemenangan
hadiah mujahadah.. sebulan Ramadan
Takbir kami, lesu tak bermaya
adakala lemah tak berdaya.
Puasa mereka mendidik taqwa
Puasa kami tidak ke mana
Puasa mereka menyubur iman
Puasa kami sekadar lapar dan dahaga.
Ramadhan mereka menerima rahmatMu,
Memburu ampunanMu,
Berkejar ke syurgaMu.
Puasa kami...
Apa ada puasa kami?
Ke manakah ramadhan ini membawa kami?
Ramadhan kini sudah sampai ke pertengahannya. Mudah-mudahan kita termasuk ke dalam golongan orang yang meraih rahmat, keampunan & syurga Allah dalam Ramadhan kali ini. InsyaAllah.
Diriwayatkan Abu Hurairah RA, Sabda Nabi saw, mafhumnya;"Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga & ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu." [HR Bukhari]
Allahu 'alam.
Labels:
tazkirah
Thursday, August 11, 2011
Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah.
Alhamdulillah.. fasa 1 ramadhan yang penuh dengan rahmat sudah melabuhkan tirainya. InsyaAllah, akan menjelang pula fasa ke-2 yakni fasa penuh keampunan & fasa yang terakhir yakni fasa di mana pintu syurga dibuka seluasnya, manakala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya..
Assalamualaikum warahmatullah para pengunjung semua yang sudi menjengah ke teratak hamba yang jarang ber-update ni.. huhu. Aku sekarang agak sibuk membantu bonda tercintaku menyiapkan tempahan baju. Agak sibuk menyibuk. :D hah, alasan!
Kagum aku melihat para sahabat-sahibah lain yang lebih penuh jadual ramadhannya, namun, tetap juga konsisten menyebarkan kebaikan melalui tinta tak berdakwat mereka di alam maya ini.. Subhanallah. Boleh bagi tips macam mana antum boleh 'menyelit' dalam kesempitan masa untuk update blog?
Oh.. sibuk mengomel sampai terlupa akan niat utama penaipan bait-bait alfabet ini. Sebenarnya, aku mahu berkongsi dengan ilmu yang boleh dijadikan nilai tambah untuk kita semua, insyaAllah. Tempoh hari, alhamdulillah, aku berkesempatan menonton Madrasah Akhlak di saluran Astro 114, Tv AlHijrah. Ustaz Roslan Mohamed membincangkan tajuk Akhlak Mahmudah vs Akhlak Mazmumah waktu itu.
Pertamanya; Akhlak, boleh didefinisikan sebagai kelompok sifat yang berteraskan iman dan takwa. Namun, disebabkan kewujudan kontra-nya, maka ada pula akhlak yang buruk, yakni sifat yang berteraskan perkara yang bertentangan daripada agama dan iman.
Manakala, mahmudah pula membawa makna sifat-sifat terpuji. Contohnya, pemaaf, menepati janji serta bersopan santun. Sebaliknya. mazmumah pula membawa makna sifat-sifat yang tercela. Contohnya; riak, bersangka buruk dan hasad.
Sumber mahmudah ialah daripada Al-Quran dan mewarisi dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah saw. Manakala, mazmumah pula berpunca daripada iblis dan merupakan ciri-ciri orang yang mewarisi iblis.
Imam Al-Bahty mengatakan bahawa akhlak yang terpuji merupakan tiang kepada manusia. Hal ini membuktikan bahawa akhlak adalah sangat penting dalam pembentukan keseluruhan seseorang itu. Sebagaimana perumpamaan Solat Itu Tiang Agama menunjukkan pentingnya solat sebagai penegak kepada agama di dalam diri seseorang.
Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah saw; "Ya Rasulullah, apa itu agama?" Lalu, Rasulullah saw menjawab; "Akhlak yang baik (terpuji)."
Harus kita tekankan, akhlak bukanlah warisan pusaka. Maka, jika ibubapa kita tidak berapa molek akhlaknya, itu bukanlah alasan untuk kita berakhlak buruk pula. Sesungguhnya, akhlak yang mahmudah itu ditempa dengan keimanan, ilmu serta amal.
Pembentukan akhlak yang baik adalah sangat perlu yang mana akan mempengaruhi perwatakan, sikap, cara bertutur, berpakaian dan pembawakan diri seseorang itu.
Renungi sabda Nabi saw di atas tadi. Kiranya agama itu bermakna akhlak yang terpuji, maka sesiapa yang tidak berakhlak sama sahajalah dengan tidak beragama.
Maka, Allah menyarankan kita supaya mencontohi akhlak Rasulullah saw untuk membentuk sifat-sifat yang terpuji pada diri kita.
Firman Allah swt:Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang. [Al-Ahzab, 33: 21]
Akhirul kalam,
Mudah-mudahan Ramadhan kali ini, yang telah merantai iblis dan sekutunya akan dapat mendidik jiwa kita agar lebih lunak untuk berakhlak seperti mana indahnya akhlak baginda Rasulullah saw.. insyaAllah, amiin.
Selamat menyambut Fasa keampunan, semua..
p/s: Alhamdulillah, dapat juga update! :)
Labels:
catatan hati
Subscribe to:
Posts (Atom)