Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Wednesday, June 30, 2010

Tag: Award. :)

Salam warahmatullah,

Pertamanya syukran kepada pemberi award, ukhti zulsyaheedah atas award yang sangat kawaii ni. :) . Mudah-mudahan, ukhuwah kerana Allah di persada dakwah maya ini akan mendapat keredhaanNya, insyaAllah.

Keduanya, aku dikehendaki menjawab tag- di bawah;

1) ceritakan bagaimana usaha korang untuk mencomelkan blog korang.

* Menulislah kerana Allah SWT. Semua usaha dengan niat lillahitaala pasti akan nampak comel kan… ;p

2) website yg korang slalu pegi utk membantu korang mengedit blog.

* Banyak. Dik, perlu disenaraikan ke…? :)

3) tuliskan lima point yang menggambarkan diri korang.

Sebagai hamba Allah, aku sepatutnya seperti ini;

* Punya sekeping hati untuk beriman kepadaNya.
* Punyai satu akal untuk mentafsir kebesaranNya.
* Punyai mulut untuk melafazkan kesyukuran kepadaNya.
* Ada sepasang mata untuk menyaksikan keagunganNya.
* Ada sepasang telinga untuk mendengar kalam cintaNya.

Mudah-mudahan diriku tergolong dalam golongan tersebut. Amin2, insyaAllah.. :)

4) tag kawan2 korang yg korang rasa patut menerima award ini.

* Ukhti Azmah.
* Ukhti Umi Adibah.
* Ukhti Asma'.
* Ukhti Nurr Kasih.
* Ukhti Nisa
* Ukhti G-ja

Dipersilakan semua follower para PencintaMu untuk mengambil award di atas. Syukran ‘ala ziarah. Mudah-mudahan beroleh manfaat yang besar bagi antum semua. Moga2 kita semua sentiasa dilimpahi rahmat & keredhaan Allah. InsyaAllah.


Wallahu 'alam.



Terus Beriku Peluang..





Pernah aku terfikir.
Pernah aku mencuba.
Aku pernah mencuba untuk mengira.
Jumlah rasa terkilan yang ada dalam hidupku.
Jumlah penyesalan yang ada dalam hidupku.

Nyatanya aku tak mampu.
Dan nyatanya aku tak berani untuk mengaku.
Aku malu, untuk memandang ke belakang dan berkira.
Tentang sesal dan terkilan yang terpalit dalam dukaku.

Begitu banyak saat sudah menjauhiku.
Dan masa terus pantas berlari.
Meninggalkan aku nan termangu2 dalam piluku. Dalam senduku.
Nyatanya pilihan bersusun di depanku.
Dan aku malu untuk mengaku, naluri itu kerap menipuku.
Memberiku jawapan nan salah.
Dan ada sesal di hujung cerita.
Cerita yang mana menyaksikan drama aku dan mereka.

Putarkan kembali masa..
Dan aku mencuba.
Beranikan diri memandang wajah lampau.
Dan aku melihat ada wajahmu nan sugul.
Balas pandangan mataku.
Ada soalan dalam matamu.

Tidak!
Aku menundukkan wajahku, mataku ke hulur hilir membawa nada pilu.
Dan hati memalu sendu.
Maafkan aku.. Maafkan aku.
Aku pernah mencarikkan luka di suatu sudut hatimu.
Maafkan aku..
Aku pernah mensiakanmu.
Dan akhirnya, aku kehilanganmu.
Hanya Tuhan yang tahu,
Betapa dalam sesal di hatiku.
Dan seringkali rasa itu,
mengingatkan aku pada pedihnya penyesalan.
'mencari benang hitam di dalam gelap malam.'
Begitu kiasan untuk kucari dirimu.

Aku tertunduk, melarikan anak mata..
sembunyi mata nan berkaca.
Nafas berat kuhela panjang.
Di kejauhan tinggalan masa.
Maluku untuk mengaku, aku sering mengharap pada keajaiban.
Untuk bertemu semula denganmu.
Dalam pertemuan yang lain.
Dan akan cubaku tebus semua silapku.

Begitupun kau memberiku pengajaran.
Begitupun kisahmu telah tercoretkan.
Aku masih tetap ada dalam kesilapan.
Aku masih dalam kelemahan.
Dan masih sampai saat ini.
Begitu banyak hati2 yang telah aku siakan.

Kuhela nafas panjang dan hala pandangan ke hadapan.
Masa nan kian datang..
Berilah ku peluang.

Jangan biarkan ku lepaskan dia yang aku perlukan.
Jangan biarkan ku lepaskan dia yang aku nantikan.
Jangan biarkan ku lukakan dia yang aku cintakan.

Oh Tuhan..
Jangan Kau biarku tersilap perkiraan.
Jangan Kau biarku terus menghitung sesalan.

Oh Tuhan..
Jangan biarku tersilap pandangan.
Jangan biarku terus tersilap pilihan.

Jangan Kau hala pandanganku pada dia.
Jika bukan dia..
Dan jangan Kau beratkan hatiku padanya.
Jika bukan dia..
Juga jangan biar rindu ini untuknya,
Jika bukan dia..
Serta jangan Kau isi hatiku dengan namanya.
Jika bukan dia pilihanMu yang sebenarnya..

Teruslah beriku peluang.
Dan aku takkan pernah tersilap memilih.
Kerana hanya satu pilihan yang benar.
Memilih untuk mencintaiMu.
Dan aku juga memilih untuk terus mencintaiMu..

Ya Allah, kepadaMu jualah aku kembali. Lindungilah hatiku nan sekeping ini..





p/s: 
Mood status: gloomy day. 
Hearts song: 12. 낯선 해 (연주곡) - Park Hye-ri (박혜리).

Footnote:
*Hak cipta terpelihara. 
Hanya untuk display bagi http://syauqahwardah1209.blogspot.com sahaja. Harap maklum.

Thursday, June 24, 2010

10 Orang Islam Yang Kejam.



10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1.Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2.Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3.Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4.Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5.Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6.Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7.Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8.Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10.Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

*Kejam dalam definisi Islam ialah apabila meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Jika bersikap tidak adil itu juga boleh dikira sebagai zalim.


Doa Bulan Rejab.

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah Yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Berdiri Sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembak kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku mengakui nikmat yang Engkau berikan padaku dan mengakui semua dosa-dosaku. Kerana ini aku memohon keampunanMu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau, ya Allah."

Wallahu 'alam.





status: sedang berbahagia dengan ibubapaku di perhujung cuti sidang. :)

Wednesday, June 16, 2010

10 Jenis Solat.


10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."


Hassan r.a berkata :
"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."



Friday, June 11, 2010

Malaikat Malu Kepadanya: Uthman bin Affan.



Khalifah Ketiga, Malaikat Berasa Malu Kepadanya

Khalifah Uthman merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan orang ramai.

Nama beliau sebenarnya ialah Uthman b. ‘Affan b. Abul-As yang mana beliau dilahirkan ketika Baginda Nabi Muhammad SAW berumur 5 tahun. Uthman merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraish dari Bani Ummayah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati. Beliau merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau digelarkan dengan gelaran “al-Ghani”.

Selepas memeluk Islam beliau banyak mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam, sebagai contohnya dalam peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1000 dinar. Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman. Oleh itu Saidina Uthman telah membeli telaga Ruma dari seorang Yahudi dengan harga 20 000 dirham untuk digunakan oleh umat Islam dengan percuma.

Saidina Uthman bin Affan ra adalah seorang yang bertaqwa dan bersikap wara’. Tengah malamnya tak pernah disia-siakan. Beliau memanfaatkan waktu itu untuk mengaji Al-Quran dan setiap tahun beliau menunaikan ibadah haji. Bila sedang berzikir dari matanya mengalir air mata haru. Beliau selalu bersegera dalam segala amal kebajikan dan kepentingan umat, dermawan dan penuh belas kasihan. Khalifah Uthman telah melaksanakan hijrah sebanyak dua kali, pertama ke Habasyah, dan yang kedua ke Madinah.

Beliau digelarkan sebagai “Zunnurain” yang bermaksud dua cahaya kerana menikahi dua orang puteri Rasulullah iaitu Ruqayyah dan Ummi Kalthum. Setelah Ruqayyah meninggal dunia, Rasulullah SAW telah menikahkan beliau dengan puteri Baginda iaitu Ummi Kalthum. Uthman berkahwin sebanyak 7 kali lagi selepas kematian Ummi Kalthum dan seluruh anaknya berjumlah seramai 16 orang. Isterinya yang terakhir ialah Nailah binti Furaifisha.

Beliau dilantik menjadi khalifah selepas kematian Khalifah Umar ra yang ditikam. Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 23 Hijrah oleh jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Khalifah Umar al-Khattab ra.


Kepimpinan Dan Sejarah Pentadbiran

Ahli sejarah telah membahagikan tempoh pemerintahan Khalifah Uthman selama 12 tahun kepada dua bahagian iaitu pertamanya zaman atau tahap keamanan dan keagungan Islam, manakala yang keduanya pula ialah tahap atau zaman “Fitnatul-Kubra” iaitu zaman huru hara.


Zaman Keamanan Dan Keagungan Islam


Banyak jasa-jasa dan juga kejayaan yang telah dilakukan oleh Khalifah Uthman dalam menyebar dan memperkembangluaskan Islam. Ini termasuklah kejayaannya dalam:

1. Bidang Ketenteraan

Khalifah Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara dalam usahanya menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar Islam yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka. Antara wilayah baru yang telah berjaya ditakluki ialah Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa buah negara lagi. Beliau juga bertanggungjawab dalam menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama bagi menjamin keselamatan dan melakukan perluasan kuasa. Banyak negara-negara yang telah dibuka melalui angkatan tentera ini.

2. Pembukuan Al-Quran

Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas. Apabila ramainya orang-orang yang memeluk Islam sudah tentu banyaknya perbezaan antara sesuatu wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka mempelajari Islam. Apa yang paling ketara sekali ialah dalam masalah mereka mempelajari al-Quran. Banyak terdapatnya perbezaan bacaan yang membawa kepada salah bacaan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Dengan keadaan ini banyak terjadinya salah faham dan saling tuduh menuduh sesama orang Islam dalam menyatakan siapakah yang betul pembacaannya.

Oleh itu Khalifah Uthman telah mengadakan satu naskhah al-Quran yang baru yang mana ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah Uthman telah menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan yang mana al-Quran yang berbeza telah dibakar. Al-Quran inilah yang digunakan hingga kehari ini yang mana ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani. Langkah-langkah ini bertujuan untuk menjamin kesucian al-Quran sebagai sumber perundangan Islam.

3. Pembesaran Masjid Nabawi

Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin ramai, Oleh itu Khalifah Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan membeli tanah bagi memperluaskan kawasan tersebut. Masjid tersebut telah diluaskan pada tahun 29 Hijrah.

4. Menyebarkan Dakwah Islam

Khalifah Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan ramai banduan. Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya. Ramai pendakwah telah dihantar keserata negeri bagi memperluaskan ajaran Islam. Beliau juga telah melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga melantik petugas khas yang membetulkan saf-saf sembahyang. Beliau juga banyak menggunakan al-Quran dan as-Sunah dalam menjalankan hukum-hukum.


Al-Fitnah al-Kubra (Zaman Fitnah)


Pada akhir tahun 34 Hijrah, pemerintahan Islam dilanda fitnah. Sasaran fitnah tersebut adalah Saidina Uthman ra hingga mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun berikutnya.

Fitnah yang keji datang dari Mesir berupa tuduhan-tuduhan palsu yang dibawa oleh orang-orang yang datang hendak umrah pada bulan Rajab.

Saidina Ali bin Abi Thalib ra bermati-matian membela Saidina Uthman dan menyangkal tuduhan mereka. Saidina Ali menanyakan keluhan dan tuduhan mereka, yang segera dijawab oleh mereka, “Uthman telah membakar mushaf-mushaf, solat tidak diqasar sewaktu di Makkah, mengkhususkan sumber air untuk kepentingan dirinya sendiri dan mengangkat pejabat dari kalangan generasi muda. la juga mengutamakan segala kemudahan untuk Bani Umayyah (golongannya) melebihi orang lain.”

Pada hari Jumaat, Saidina Uthman berkhutbah dan mengangkat tangannya seraya berkata, “Ya Allah, aku beristighfar dan bertaubat kepadaMu. Aku bertaubat atas perbuatanku. ”

Saidina Ali ra menjawab, “Mushaf-mushaf yang dibakar ialah yang mengandungi perselisihan dan yang ada sekarang ini adalah yang disepakati bersama keshahihannya. Adapun solat yang tidak diqasar sewaktu di Makkah, adalah kerana dia berkeluarga di Makkah dan dia berniat untuk tinggal di sana. Oleh kerana itu solatnya tidak diqasar. Adapun sumber air yang dikhususkan itu adalah untuk ternak sedekah sehingga mereka besar, bukan untuk ternak unta dan domba miliknya sendiri. Umar juga pernah melakukan ini sebelumnya.

Adapun mengangkat pejabat dari generasi muda, hal ini dilakukan semata-mata kerana mereka mempunyai kemampuan dalam bidang-bidang tersebut. Rasulullah SAW juga pernah melakukan ini hal yang demikian. Adapun beliau mengutamakan kaumnya, Bani Umayyah, kerana Rasulullah sendiri mendahulukan kaum Quraish daripada bani lainnya. Demi Allah seandainya kunci syurga ada di tanganku, aku akan memasukkan Bani Umayyah ke syurga.”

Setelah mendengar penjelasan Ali ra, umat Islam pulang dengan rasa puas. Tetapi para peniup fitnah terus melancarkan fitnah dan merencanakan makar jahat mereka. Di antara mereka ada yang menyebarkan tulisan dengan tanda tangan palsu dari pada sababat termuka yang menjelek-jelekkan Uthman. Mereka juga menuntut agar Uthman dibunuh.

Fitnah keji pun terus menjalar dengan kejamnya, sebahagian besar umat termakan fitnah tersebut hingga terjadinya pembunuhan atas dirinya, setelah sebelumnya terkepung selama satu bulan di rumahnya. Peristiwa inilah yang disebut dengan “Al-Fitnah al-Kubra” yang pertama, sehingga merobek persatuan umat Islam.

Saidina Uthman ra syahid dibunuh oleh pemberontak-pemberontak yang mengepung rumahnya. Pada tanggal 8 Zulhijah 35 Hijriah, Uthman menghembuskan nafas terakhirnya sambil memeluk al-Quran yang dibacanya.

Sejak itu, kekuasaan Islam semakin sering diwarnai oleh titisan darah. Pemerintahannya memakan masa selama 12 tahun, yang mana ianya merupakan pemerintah yang paling lama dalam pemerintahan Khulafa ’ ar-Rasyidin.


Wallahu 'alam...





p/s: Teringat kisah di mana kesedihan Ruqayyah hilang apabila terpandangkan wajah Saidina Uthman. Lalu, dia pun tersenyum...

Friday, June 4, 2010

Kelebihan Ayatul Kursi.


Salam warahmatullah..

Alhamdulillah, di kesempatan ini inginku berkongsi fadhilat ayat kursi. Mudah-mudahan bermanfaat.

KELEBIHAN AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:

*Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

* Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir setiap solat Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga solat yang lain.

* Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap solat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

* Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

* Barang siapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir solat Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

* Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., "Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Setiap lelaki dan wanita (khasnya untuk isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang daripada syaitan ,jin dan manusia seperti :

* dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan

* Terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol ,kecurian.

* Dijauhkan dia daripada malapetaka jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalan raya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datangnya daripada Allah S.W.T atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamNya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw.

Serta, jangan lupa selepas selesai solat fardhu duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan, insyaAllah..

Muhasabah sejenak, daripada bibir kita asyik melantunkan lagu-lagu yang tiada berfaedah baiklah kiranya bibir dan lidah itu dididik untuk mengalunkan ayat-ayat Al-Quran. Sekurang-kurangnya menandakan kita sentiasa mengingatiNya.

Dan sesungguhnya, Allah ada berfirman;




Dari surah Ali-Imran ayat 150, maksudNya;

"Allah itu sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik penolong bagimu."


Maka, bertawakallah kepada Allah dan Allah akan membantumu, insyaAllah. Semoga bertemu di lain masa, insyaAllah.. :)







p/s: Syukran ala ziarah ya sahabat-sahabiah yang sudi meraikan walimah kekandaku tempoh hari. Terima kasih aja, rina, zabed, jiji, zahid, mamat, ridzuan serta Rizal dan keluarganya. Moga Allah juga memberkati kalian semua. InsyaAllah.