Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Friday, February 26, 2010
Coretan Hati.
"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya..."
[Surah Al-Mu'minun: 115-116]
Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya..."
[Surah Al-Mu'minun: 115-116]
Salam warahmatullah..
Sedang enak disajikan dengan balada salawat-Raihan. Fikiran terasa tenang biarpun kesihatanku kurang baik sebenarnya. Waktu-waktu begini paling mujarab untuk merenungi khilaf diri. Dan di sini, izinkan aku mencoretkan catatan hatiku.
Demi Allah,
Aku bukan manusia kalis dosa.
Ada masanya, aku juga melihat drama korea, jepun.
Ada masanya, aku juga mendengar lagu-lagu soul, rnb, country.
Ada masanya, aku juga banyak membuang masa. Melakukan hal-hal lagha.
Ada masanya, aku juga memakai tudung biasa.
Ada masanya, aku juga terlewat menunaikan solat fardhu.
Ada masanya, aku juga tertinggal bacaan al-matsurat.
Ada masanya, aku juga merugikan masa luangku.
Ada masanya, aku juga merugikan masa sihatku.
Ada masanya, aku juga mensia-siakan saat berhartaku.
Ya Allah.. khilafnya aku..
Aku melihat, senyummu sangat manis tika aku dalam labuh tudungku. Dan tiba suatu masa, aku melihat jeling matamu dalam tudung biasaku.
Tindakanmu buat aku terfikir, benarkah labuh tudungku adalah harga bagi senyummu?
Dan kerana dunia ini banyak bahagiannya. Dan manusia-manusia juga ragamnya berbeza-beza.
Aku sedar.. belum pun genap setahun penghijrahanku.
Aku pernah diperli oleh sahabat yang ku kagumi;
"Muslimah yang baru berhijrah. Maksud *** (namanya dirahsiakan), muslimah yang baru berjinak2 nak pakai tudung labuh, dia sendiri pun bukannya faham sangat agama."
-------------
Serius. Aku rasa terluka mendengar bicaranya. Tak kusangka, dalam waro' perwatakannya, dia rupanya memandang rendah padaku selama ini.
Dan kata-katanya itu buat aku termenung panjang. Membisu seharian. Inilah sebabnya mengapa aku lebih suka menulis berbanding berbicara. Jika menulis/menaip. Ayat yang salah boleh aku padam.
Tetapi jika tersalah bicara, terguris rasa hati seseorang? Mana mungkin dapatku hilangkan parut lukanya. Ucapan maaf tak mungkin cukup. Ya, memang tak cukup.
Tetapi jika tersalah bicara, terguris rasa hati seseorang? Mana mungkin dapatku hilangkan parut lukanya. Ucapan maaf tak mungkin cukup. Ya, memang tak cukup.
Disebabkan sikapku yang kadangkala suka berdiam diri, berseorangan, kadangkala menyebabkan salah faham dalam kalangan sahabat2 rapat. Mereka ingat aku marah, merajuk dan sebagainya. Walhal, sebenarnya aku sedang bermuhasabah diri.
Lazimnya, bila seseorang itu keseorangan, dia akan lebih mengingati Allah. Dia dapat mengawal nafsunya dari berkata-kata yang sia-sia dan berbuat yang sia-sia.
Tetapi, aku tak nafikan, kawan itu penting. Saat dengan teman-teman manis. Namun, saat bersendiri juga indah. Aku menghargai masaku dengan teman-teman.
Namun, adakalanya, aku memilih untuk bersendiri bila menyedari aku cenderung untuk menyakiti orang-orang sekelilingku dengan kata-kataku, perbuatanku, dan tindakanku.

Aku sedih apabila orang meyakitiku.
Aku sedih apabila orang berkata kasar dan meninggikan suara padaku. Aku sedih apabila orang menyakitiku dengan tindakan kasarnya.
Oleh itu, aku tidak mahu menjadi orang2 yang seperti itu. Lebih baik aku diam. Diam dan menyendiri. Tak menyakiti sesiapa, dan tak menyusahkan sesiapa.

Diam lebih baik dari berkata tetapi menyakiti orang lain. Diam lebih baik dari berkata tetapi tidak memberi faedah. Diam itu lebih baik dari kata-kata fitnah. Diam itu lebih baik jika berkata tetapi tidak ikhlas.
Bagiku, tidak payah berbuat apa-apa pun jika tidak ikhlas. Ia hanya merugikan diri sendiri. Sia-sia.
Oleh kerana aku mempunyai 'alam' yang berbeza2, maka sikapku juga haruslah fleksibel; supaya tidak mengenepikan dan diketepikan sewenang-wenangnya. Islam itu mengajar kita untuk harus bermasyarakat.
Jadi, ada masanya aku dengan sahabiah tudung labuhku.
Ada masanya aku dengan sahabiah sahabat mayaku.
Ada masanya aku dengan keluargaku.
Ada masanya aku dengan teman2 rapatku yang 'huru-hara' :).
Sikap mereka dan suasana yang berbeza memaksa aku untuk mengadaptasikan diri dengan sewajarnya.

Jujur, ada masanya aku juga menonton crows zero, merantau warriors dengan abang-abangku yang berjiwa fighters itu. Juga banyak lagi filem-filem aksi & martial arts yang kadangkalanya cukup ganas untuk dilihat oleh mata seorang gadis seperti aku. Tetapi aku layankan saja kerana itu sahaja caranya aku merapatkan diri dengan mereka, selagi tidak melanggar syara', maka, aku tidak nampak mana salahnya tindakanku.
Aku meyakinkan diriku;
Jika aku menghormati mereka, Mereka akan menghormatiku semula.
Jika aku memuliakan mereka, mereka akan memuliakanku semula.
Jika aku menerima mereka seadanya, maka mereka akan menerimaku seadanya pula..
Sikap give and take. Itu sangat perlu.
Toleransi itu sangat penting bagiku. Aku dan adik-adik pernah diketawakan sewaktu kami pergi ke suatu majlis kenduri perkahwinan. Mereka menggelarkan kami ustazah sambil ketawa sinis. Aku rela terima semuanya. Tetapi aku pasti sedih jika benar, aku memalukan kedua orang tuaku. dengan hijrahku. Yang mana hijrahku juga membuka jalan penghijrahan adik-adik perempuanku.

Kami berpegang sabda Rasulullah SAW; jika seorang ibu mempunyai 3 orang anak perempuan dan ketiga-tiganya solehah, maka syurga bagi ibu tersebut.
Syukur Ya Allah. Ibu, ayah.. dan semua sudi menerima kami seadanya. Syurgalah balasan bagi ibu dan ayahku. Semoga Allah memberi kesabaran kepada kami semua sehingga akhirnya.
Bagi aku,
Lain.. lain suasananya jika ada di universiti dan pergi ke majlis ilmu. Dan lain pula jika bercampur gaul dengan masyarakat yang tidak mengikut acuan al-Quran & sunnah. Tetapi aku sedar. Mana mungkin dapat ku cari masyarakat yang sebenar-benar Islam seperti zaman Rasulullah SAW dalam dunia akhir zaman ini. Oleh itu aku menerima seadanya semua ini tanpa merungut. Sudah tertulis, memang inilah sifat-sifatnya manusia akhir zaman.
Maka doa & harapanku padaNya, jangan pula aku & keluargaku termasuk dalam golongan yang sama. Nauzubillah.

Dan Rasulullah SAW juga ada berkata;
"Umatku akan berpecah belah kepada 7 golongan. Dan hanya 1 golongan sahaja yang akan terselamat."
"Umatku akan berpecah belah kepada 7 golongan. Dan hanya 1 golongan sahaja yang akan terselamat."
Sematkanlah peringatan Rasulullah SAW ini dalam fikiran. Semoga kita termasuk dalam golongan yang terselamat itu.
Bolehkah kita mengukur seseorang dari segi pakaiannya?
Manusia, bukan tarafmu untuk menghakimi dan mengadili.
Aku hamba, kau juga hamba, dia juga hamba. Kelebihanmu pemberian Allah. Kekurangannya juga adalah pemberian Allah.
Hiduplah di dunia Allah ini dengan serendah-rendah hati. Kedudukan kita di akhirnya belum pasti mana campaknya.
Kau belum tentu masuk syurga. Aku juga belum tentu masuk neraka. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Kau belum tentu masuk syurga. Aku juga belum tentu masuk neraka. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Kau mungkin hanya nampak dosanya. Tetapi Tuhan nampak semua pahalanya.
Janganlah merasakan dirimu cukup tinggi, janganlah merasakan dirimu cukup bijak, janganlah merasakan dirimu cukup kuat. Ingatlah, tinggi itu, bijak itu dan kuat itu semuanya datang daripada Allah SWT.
Ingatlah wahai manusia. Buatlah apa yang kamu suka di atas dunia ini. Tetapi ingat, kelak, semua tindakanmu akan dipersoalkan Allah. Setinggi mana tempat kau berada hari ini, akankah sama tingginya dengan darjatmu di sisi Allah?
Berfikir sebelum melakukan sesuatu. Dan lakukan ikhlas kerana Allah. Jangan berputus asa dalam mencari cinta Allah. Berjuanglah dengan caramu sendiri. Dan haruslah terus bersabar dengan ujian yang menguji.
Sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara.. Dan kepada Allah jualah tempat kita semua kembali...
Sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara.. Dan kepada Allah jualah tempat kita semua kembali...
Firman Allah:
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu?" (Al-Baqarah:214)
Maaf, entri kali ni tak lebih dari sekadar sebuah curahan hati yang bercampur baur.
Wallu 'alam.
Maaf, entri kali ni tak lebih dari sekadar sebuah curahan hati yang bercampur baur.
Wallu 'alam.
-------------------
Sedikit tambahan; hasil edit semula-27/2/10
-Pertamanya, syukran kepada sahabat-sahabiah yang sudi memberi sokongan kepadaku. Allah sahajalah yang membalas dgn sebaik-baik balasan pada kalian.
-Keduanya, kisah ini kukongsikan agar menjadi peringatan kepada kita semua bahawa kita takkan pernah terlepas dari melakukan kesilapan dan bersabarlah dengan ujian dari Allah. Allah takkan membebani hambaNya dgn ujian yang berat, melampaui kemampuan hamba tersebut.
-Ketiganya, haruslah kita menyedari bahawa jalan untuk mencari keredhaan serta cinta Allah itu amat sukar kerana penghujungnya adalah manis.
Firman Allah:
"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah Al-Insyirah: 5-6)
-Tetapkan hati, kuatkan semangat dan teruskan bersabar. Jangan sesekali berburuk sangka kepada Allah. Percayalah kepada Allah kerana Allah itu adalah sebaik2 sandaran..
Labels:
catatan hati
Thursday, February 25, 2010
Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua MUSLIMAH
Wahai puteriku…
Aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.
Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.
Wahai puteriku…
Banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan… sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.
Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.
Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya-Allah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya
Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.
Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong…aku kecurian.”
Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing…… dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.
Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu… iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.
Wahai puteriku…. Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.
Aku bersumpah lagi:
“Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”.
"Bohong… bohong… demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”
Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.
Apakah sesudah itu puteriku?
Renungkanlah!
*Sekadar copy-paste dari e-mail seorang sahabat. Syukran akhi Suffyan Eddie. Moga bermanfaat. Salam warahmatullah.

Selamatkanlah wahai Allah.. lindungilah maruah dan kehormatan kami..
Labels:
sunnah
Demi Sebuah Cinta.
Katakanlah kau mencintai Allah dan Rasulullah SAW. Maka, apakah buktinya?
Salam warahmatullah..
Sebelum itu, harap sudi menjenguk link ini;
KAU ISTIMEWA
Sabda Rasulullah SAW;
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, yang sekiranya kamu beregang teguh kepadanya, nescaya kamu tak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku."
SALAM MAULIDURRASUL. 12 Rabiulawal, bersamaan 26 Feb 2010.
The Chosen One by Maher Zain.
In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله
You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله
Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One..
In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله
You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله
Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One..
Cintailah Rasulullah SAW, kerana itu bermakna kita mencintai Allah. Memang tak mudah istiqamah untuk menjadi ummat baginda yang terbaik. Tetapi sekurang2nya kita mencuba, supaya taklah malu kita tatkala bertemu baginda kelak.. InsyaAllah. :)
Labels:
sunnah
Friday, February 12, 2010
Isn't Proof Enough?
I still remember.. when I was in form 5, my chinese friend came to me and ask;
"I still wondering until now, how come muslims, like you can trust, pray and give a worship upon ur God even u can see Him?"
I look into her face, deeply, with the hope that I can give her the best answer for her question just now. But, my mind seems like had been blocked (I admitted that I afraid to answer her that time). So, I keep silent until one of my bestfriend came and answer;
"Aileen, can you see the wind?" she ask Aileen. Then, Aileen replied with her shaking head.
"But you still can feel it, right?" Dania ask her once again. Then Aileen smile to agree with her. I keep observing them, both. Dania felt relieved since Aileen seems like statisfied with her analogy. Dania smile at me. But the smile becoming bitter when Aileen ask her this;
"So, ur God is like a wind?"
"Ur God is a wind?"
**********************************************************************************
OPEN YOUR EYES BY MAHER ZAIN.
Let's share how Ruben (Abu Bakr convert into a muslim).
Subhanallah.. There's no need for Allah to do such things, instead we ourselves who should open our eyes, our mind and our heart to see the signs of Him and obey His order.
Allah is not either the wind, the air, the sun, the star or what ever that we can see, or the things that we can imagine. Allah is the creator of all of the things that we can see everyday. Plus, our imagination also has a limits.
Please don't be stupid by ignoring His order just because you can't see Him. Remember, it is only we can't see Him, but He always see what we do. Please be thankful to be born as a Muslims. So please act like the muslims should be.
Remember, He will not even lose anything if we don't worship Him. In fact, we are the losers if we turn away from Him.

Bimillahirahmanirrahim...
But, it is a set of clear signs in the heart's of those who have been endowed with knowledge. None except the utterly unjust will deny Our signs. [An-Kabut: 49]
Allah is not either the wind, the air, the sun, the star or what ever that we can see, or the things that we can imagine. Allah is the creator of all of the things that we can see everyday. Plus, our imagination also has a limits.
Please don't be stupid by ignoring His order just because you can't see Him. Remember, it is only we can't see Him, but He always see what we do. Please be thankful to be born as a Muslims. So please act like the muslims should be.
Remember, He will not even lose anything if we don't worship Him. In fact, we are the losers if we turn away from Him.
Allah create us. He can never be looks alike what He created.
Wallu 'alam..
Labels:
catatan hati
Friday, February 5, 2010
AMANAH dari Allah
Bismillahirahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Allah SWT berfirman:
Ertinya;
"Sesungguhnya telah Kami berikan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung. Lalu, mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya. Kemudian, amanah itu dipikul oleh manusia..."
[Al Ahzab: 72)
[Al Ahzab: 72)
Al-Hasan telah berkata;
"Allah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung seraya berkata, "Jika kau laksanakan dengan baik dapat pahala, jika tidak maka akan diseksa.", lalu mereka berkata, "Kami tidak sanggup." Al Qoffal dan lainnya berkata, "Penawaran dalam ayat tersebut adalah sesuatu yang indah. Di mana langit, bumi dan gunung, meskipun besar tidak sanggup menerima amanat itu. Namun, manusia menyanggupinya."
"...Sesungguhnya dia (manusia) itu zalim dan bodoh..." [Al Ahzab:72)
Ibnu Abbas berkata, amanat itu ditawarkan kepada Adam. Dikatakan kepadanya, Jika kau taat diampuni. Jika kau derhaka kau akan diseksa." Adam menjawab, "Aku menerimanya." Namun, dalam jarak kira-kira Asar hingga malam hari itu juga, Adam telah melanggar amanah tersebut. Adam telah memakan khuldi sedangkan Allah melarangnya daripada makan buah itu.
Pengertian amanah yang dimaksudkan dalam surah tersebut [Al Ahzab: 72] adalah menurut perintah taat yang mempunyai akibat pahala dan dosa (seksa). Namun, menurut al-Qurthubi diertikan sebagai agama. Sedang Ibnu Mas'ud membatasinya kepada soal harta. Malah kata Abu Darda' mandi wajib juga termasuk dalam amanah.
Kata Ibnu Umar; awal mula bagi kejadian manusia ialah Allah swt menjadikan kemaluannya terlebih dahulu dan itu merupakan amanah yang cukup besar dan mesti digunakan secara benar. Jika engkau menjaganya, nescaya ia akan menjagamu. Bahkan kemaluan, telinga, mata, perut, tangan dan kaki semuanya adalah amanah. Tidak beriman bagi orang yang tiada ber-amanah.
Amanah merupakan manifestasi dari iman. Siapa yang menjaga amanat Allah, tentu Allah akan menjaga keimanannya.
Rasulullah saw bersabda;
"Tidak akan beriman bagi orang yang ber-amanah dan tidak ada agama bagi orang yang tiada janji baginya."
Rasulullah saw brsabda;
"Mukmin itu adalah setiap orang yang tidak akan mengkhianati dan mendustai.."
Dan Rasulullah saw telah bersabda lagi;
"Umatku sentiasa baik selama tidak menjual amanah dan menggadaikan kejujuran."
Rasulullah saw ada bersabda;
"Sampaikan amanat pada orang yang mempercayaimu dan jangan mengkhianati orang yang mengkhianatimu."
Menjaga amanah adalah sifat para malaikat, nabi dan rasul serta orang muttaqin.
Allah swt berfirman;
Ertinya:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." [An Nisa: 58]
Kembalilah beriman kepada Allah dan bersungguh-sungguh menjaga amanah yang diberikan Allah kepada kita semua, kita adalah umat Muhammad SAW, umat terbaik dari kalangan manusia sebagaimana firman Allah SWT;
Ertinya:
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." [Ali Imran: 110]
Sempena tarikh kelahiran Rasulullah SAW yang bakal datang, marilah bersama-sama kita meningkatkan keimanan kita kepada Allah dan menjadi umat kebanggaan Rasulullah SAW. Demi menunaikan sebuah janji, janji kepada sang kekasih yang sentiasa dirindui...
Wallu 'alam..
*sumber: Mukasyafah Al-Qulub, tulisan Imam Al Ghazali.
Labels:
sunnah
Subscribe to:
Posts (Atom)