Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Thursday, September 3, 2009

Kisah Hati Yang Dilanda Cinta...


Salam warahmatullah...
Alhamdulillah, wa syukurillah...

Sahabatku, Syauqahwardah...

Hari ini
3 September, ingatkah lagi kau tentang tarikh ini?
Aku rasa gembira benar melihat kau dalam penampilan barumu...
Lebih sebulan sudah berlalu...

Alhamdulillah, kau istiqamah dalam memegang hidayahNya.
Mimpi sudah terjawab, persoalan sudah terungkai...

Aku masih ingat lagi,
Bagaimana pucatnya mukamu,
Waktu kali pertama cuba2 memakai tudung yang baru dibeli malam itu.
Kau nampak gusar...

Terdetik di hatimu,
"Besarnya tudung ni... betul ke aku nak berubah ni??"
Langsung tudung itu terus disimpan dalam laci almarimu, kan?
Hampir 3 minggu terperap..
Aku masih ingat semuanya...

Dan aku juga masih ingat tangisanmu..
Pada malam 2 Ogos tempohari.
Hatimu merayu pada Tuhanmu..
Agar jangan dipalingkan lagi hatimu dari kasihNya..
Lantas, esoknya..
Tuhan telah membukakan hatimu..
Untuk memakai tudung yang selama ini kau tidak yakin bisa memakainya..

Hari demi hari..
Aku lihat kau semakin yakin dengan penampilanmu..

Katamu...
"Kerana tudung ini... aku makin jatuh cinta denganNya..."
Syukur
Alhamdulillah.
Kau telah
berjanji untuk menggenggam amanah yang diberiNya dengan baik.
Dan kau menunaikan janji itu.. :)

Dahulu..
Hatimu pernah disentuh oleh cinta duniawi..
BoldKini,
Dirimu sedang berusaha
memenuhkan hati dengan cinta Ilahi...

Benarkan kataku suatu tika dahulu wahai sahabat..
Jika niat kerana Allah,
Pasti kesudahannya lebih indah.

Bagus ya Syauqah..
Kalau dahulu hatimu terasa sepi sekali.
Tiada teman untuk berusrah..
Sekarang?
....................... :)

Kau sekarang sudah dikurniakan ramai saudara..
Saudara2 yang dahulu pernah kau jauhi kerana rasa rendah diri..
Katamu, imanmu tidak sepadan dengan mereka.
Katamu, tudungmu tidak selabuh mereka...

Dahulu...
Kau pernah meminta pada Allah..
Seorang sahabat seperti Asiah Yusra...
Kini, kau ada ramai sahabat2 yang baik..
Syauqah kini ada ramai 'Asiah Yusra' yang diberi Allah..
Sesungguhnya...
Tiada yang mustahil di dalam hidup ini..
Andai kita benar2 percaya pada kekuasaan Allah..

Wahai Syauqahwardah kesayanganku...

Teruslah istiqamah dalam menggapai redhaNya.
Teruskan taqarrub ini dengan yakin dan tawadu'.
Kerana jalan inilah jalan sebenarnya.
Jalan yang lurus, jalan jaminan...
Asalkan hatimu tetap
ikhlas demiNya..
InsyaAllah, kau akan selamat dunia akhirat...

Hari langkah santunmu diatur,
Dengan penuh semangat berkobar2,

Menjaga aurat amanah Tuhan,
Tetapi masih rendah hati mengaku kelemahan..
Tak mengapa Syauqah...
Sedikit demi sedikit ya...
Sebagaimana sabarnya dirimu sewaktu mula2 terdetik hati
Untuk menyusuri petunjuk Allah..

Biarkan apa kata orang...
Aku akan sentiasa ada di sisi untuk menyokong perjuanganmu.
Dulu, kini dan selamanya..
Kerana kita adalah satu.. :)

Teruskan perjalanan, teruskan perjuanganmu...
Wahai Mawar Berduri...
Teruskanlah mencari cinta Ilahi, teruskan....
Wahai hati yang dilanda cinta...


Salam ukhuwahfillah,
sahabatmu..






p/s terima kasih kepada sahabat2 seperti elya humaira, islamic_muslimah, teratai biru dan yang lain2; kerana memberi sokongan untukku berhijrah sebelum ini. Allah merahmati kalian semua. InsyaAllah...:)

6 comments:

  1. tahniah.
    istiqamah itu sangat mencabar ukhti.
    jadi bersiaplah.
    perjuangan diri hampir selesai, jadi mari berganding bahu untuk perjuangan saudara sekeliling kita yang masih lemas. :)

    ReplyDelete
  2. benar ukhti ummi adibah...
    doakan ana terus kuat berpegang pada taliNya.
    Anti juga ya...

    tentang perjuangan itu...
    InsyaAllah... :)

    ReplyDelete
  3. ya.. teruskan usaha...
    sentiasalah beristiqamah kerana Allah...

    HiJrAh iTu MeMaNg SuSaH ...hIjRaH iTu mEmAnG pAyAh ..HiJrah ITu mENUju Allah diHuJungnya HaSanah...

    ReplyDelete
  4. tergerak mmbaca luahan hatimu nie..ssngguh mnyntuh hati nie..Ya Allah telah engkau bukakan pintu sahabatku ini untuk lebih mndekati diri mu..sungguh pun engkau tmpuhkannya dugaan yg melalaikan selama ini..namun engkau mmbkakan lembaran baru bginya agar dia ttp bersamamu untuk mndekatimu..tiada ucapan lebih baik dri diri ini hnye memohon agar kamu sentiasa istiqamah dlm memegang hidayah Allah ini..penuhinyala dengan sabar whai shabtku..ssungguhnya kata2mu itu menrbitkn air mata kerana kebesaran Allah swt yg xterhingga msuk kedalam kalbuku..syukran ya ukhti..

    ReplyDelete
  5. doakanlah semoga hati akan terus dilanda cintaNya hingga ke nafas yang terakhir..

    ku jua akan mendoakan yg terbaik bgimu, agar Allah jua memberikanmu cinta yang sebegini agar dapat kamu tahu bahawa tiada cinta yg lebih indah melainkan hanyalah cinta Ilahi.. cinta yg membawa ke syurga abadi..

    Allahu 'alam..

    ReplyDelete
  6. insyAllahutaala...hanya Allah shaja yg memiliki hati ini..sama2lah kita untuk terus menwan cinta yg lebih agung serta sejati..ykni cinta Allah..amin..

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."