Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Tuesday, December 4, 2012

Kisah Hijrah Seorang Syauqah.


Bismillahirrohmanirrohiim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

"Sungguh beruntung orang-orang beriman, iaitu orang yang khusyu' dalam solatnya, & orang yang menjauhkan diri dari perbuatan & perkataan yang tidak berguna, & orang yang menunaikan zakat, & orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela." [al-Mukminun : 1-6]

Saya percaya, setiap orang ada kisah hijrahnya masing-masing. 

Takdir indah yang membawa seseorang itu kembali ke pangkuan Dia yang paling dicintai..

Apabila kaki terasa longlai meniti jalan cahayaNya, mari memandang ke belakang. Inilah masanya mengenang kembali & menghayati semula bagaimana sukarnya kita menggapai HidayahNya suatu ketika dahulu..

Dan apabila terimbaunya kenangan manis itu, akan menimbulkan rasa kesyukuran, timbul kekuatan untuk kembali berjuang, insyaAllah..

Maka, di sinilah tercoret sebuah kisah antara berjuta-juta kisah hijrah para hambaNya.

Kisah hijrah seorang hambaNya yang bernama Syauqah.

Semoga bermanfaat.
InsyaAllah..

---------------------------------


Nama aku Syauqah. Inilah kisah hijrahku.
Maka, izinkanlah aku bercerita. 


Rintihan Hati Di Dalam Hujan.

Awal tahun 2008;

Hari itu, hari Sabtu, aku menyertai kawan-kawan serumah turun ke Pasar Jalan TAR yang terletak berhampiran Sogo, KL. Kami sepakat mahu makan mee sup panas hari itu. Lantas kami memilih salah satu gerai yang agak sesak, namun masih ada ruang kosong, cukup untuk kami semua. 

Ada seorang gadis rupawan duduk di sebelah mejaku. Jelas sekali, pekerja gerai itu seringkali kulihat mencuri-curi pandang wajahnya sambil tersenyum gatal.

Pemuda itu datang ke arah gadis di sebelahku sambil mula mengayat. Ayat-ayat manis yang dilemparkan. Pelik, entah bagaimana ayat-ayat palsu itu boleh mencairkan hati gadis rupawan itu dalam sekelip mata. Mungkin juga kerana pemuda itu berwajah agak tampan. 

Gadis itu tersenyum-senyum. Telefon bimbitnya dihulurkan kepada pemuda itu. Mereka bertukar nombor telefon. Selepas itu, gadis itu beredar.

Aku terkejut apabila pemuda itu tiba-tiba melabuhkan duduk di sebelahku. Agak menjengkelkan apabila pemuda tadi melakukan hal yang sama kepada aku pula. Dia cuba mengoratku pula bagi mendapatkan nombor telefonku.

Astaghfirullah al adzhim..
Aku rasa sesuatu. 

Bukan gembira. 
Bukannya suka. 
Bukan.
Apa dia... 

Semakin pemuda itu tersenyum-senyum, semakin kuat aku merasainya.

Benci.

Aku benci.

Ya, aku benci diperlakukan sebegitu.

Bukan kerana aku sudah punya teman lelaki.
Tidak. 
Aku tidak pernah berpacaran pun.
Baik sebelum aku berhijrah apatah lagi setelah itu.
Syukur Alhamdulillah.

Cuma aku tidak suka caranya itu.
Takkanlah aku semurah itu.

Apa pemuda itu menyangka dia boleh memiliki semua gadis dengan hanya melemparkan ayat-ayat manis yang palsu?

Aku menolak dengan gelengan kepala. Memalingkan pandangan ke arah lain tanda protes.

"Sombongnya awak ni..." 

Aku masih mematungkan diri.

Dia akhirnya malu sendiri. Lalu, beredar sebelum bertambah malu kerana tidak dilayan aku.

Hujan turun renyai-renyai.

"....kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu melemah lembutkan suaramu) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, & ucapkanlah perkataan yang baik.." [al-Ahzab : 32]

Demi Allah...
Inilah kali terakhir aku dipikat dengan cara yang keji & murah seperti itu. 

Demi Allah...
Aku tidak semurah ini ya Allah...

Jika aku ingin mencintai seorang lelaki..
Bukan lelaki jenis macam ini ya Allah..

Ya Allah..
Aku bukan perempuan jahat kan...?
Masih ada waktu untukku kan...?

Hatiku meratap pilu nasib diri.
Hanya kepada Allah aku mengadu..

----------------------------


Muslimah Solehah Di Dalam Tren.

Sebulan selepas itu;


Tren KTM pada petang itu agak sesak... ketika itu mula berkumandang suara seorang staf KTMB mengumumkan tren sudah tiba di stesen UKM melalui pembesar suara. 

Pintu koc terbuka. Aku lihat beberapa orang wanita & lelaki keluar dari koc. Sementara itu ada beberapa muslimat bertudung labuh memasuki ruang tengah koc. Aku menelah mereka adalah pelajar UKM barangkali. 

Salah seorang daripada mereka mengambil tempat di ruang antara tempat aku duduk. Berhadapan dengan aku ketika itu adalah seorang pemuda berbangsa cina. 

Tren pun mula bergerak. 

Kebetulan mataku tertancap pada wajah pemuda cina itu yang ketika itu sedang memerhatikan muslimat yang bertudung labuh tadi, termasuklah muslimah yang berdiri di hadapannya.

Tren bergerak agak laju. Entah bagaimana, muslimah di hadapanku itu gagal mengawal kedudukannya lalu dia terempuh kaki pemuda cina itu. Dia terus meminta maaf berkali-kali. 

Menariknya, pemuda itu cuma tersenyum lalu mengangguk sambil mulai berdiri, dia mengisyaratkan agar muslimah itu duduk, menggantikan tempat duduknya sebentar tadi.

Awalnya muslimah itu enggan duduk. Namun, akhirnya dia duduk juga apabila pemuda cina itu mengatakan;

"You duduklah.. You perempuan, nanti you jatuh..." sambil kepalanya menunduk hormat kepada muslimah itu.

MasyaAllah... hatiku tersentuh.
Muslimah itu dihormati.

Apabila muslimah itu sudah mengambil tempat duduk, aku berpeluang menatap wajahnya. 
Nampak berseri-seri. 
Wajahnya tanpa make-up. 
Hanya wajahnya yang asli beserta senyuman nipis.

MasyaAllah, cantiknya muslimah ini..
Selepas itu aku lihat dia membuka tafsir al-Qurannya yang berwarna turqoise muda & mula membaca ayat-ayat suci al-Quran.

Sukar untuk ku gambarkan perasaanku waktu itu.
Namun, nyatanya mataku berkaca melihat figura indah itu.

Di dalam hatiku sayu berdoa;

"Ya Allah... jadikanlah aku hambaMu yang lebih baik daripadanya ya Allah... berilah HidayahMu kepadaku..."

Selepas insiden itu, setiap kali aku menaiki bas, menaiki tren atau sewaktu keluar bersama kawan-kawan serumah, mataku seringkali mencari figura wanita bertudung labuh. 

Untuk aku teliti akhlaknya.
Untuk aku teliti gelagatnya.
Jika bernasib baik, untuk aku dengar apa yang diperkatakannya. 
Dengar bagaimana cara seorang muslimah bertudung labuh menuturkan kata-katanya.

Jarang aku lihat wanita bertudung labuh diganggu oleh lelaki-lelaki di tepi jalan. Malah, sewaktu di dalam pusat membeli belah, aku sendiri melihat lelaki-lelaki jenis tersebut seakan segan untuk menatap wajah-wajah muslimat yang berpakaian sedemikian, apatah lagi untuk mengoratnya.

Aku rasa terusik.

Di dalam sudut hatiku yang paling dalam..
Timbul satu rasa pelik.
Bukan satu. Banyak.
Ianya bercampur baur.

"...katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu & setiap isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka menutupi dada mereka; ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [al-Ahzab : 59]

Mataku berkaca-kaca.

Semua perempuan itu tidak ternilai harganya. Dan harga seorang muslimah itu bergantung kepada dirinya sendiri. 

Bagaimana dia mahu dihormati jika dia sendiri tidak menghormati dirinya sendiri? 
Bagaimana dia mahu dilayan seperti perempuan mahal jika dia sendiri kelihatan seperti perempuan murah?

Harga diri.
Maruah.

Air mataku menitis ke pipi.

Ya. Aurat seorang muslimah adalah maruahnya. 
Semakin banyak auratnya terdedah, semakin murahlah maruah dirinya.

Bunyinya kasar tetapi itulah kenyataannya.
Dipandang murah. 
Dipandang hina oleh mata-mata jahat.

Aku tidak mahu!

Ya Allah...
Baru kini kusedar..
Auratku adalah maruahku.


"Seorang muslimah menjaga auratnya dengan sempurna kerana Allah, lalu Allah memelihara maruahnya dengan sebaik-baiknya.."


----------------------------------


Mimpi Indah Yang Menyentuhi Hati.

Di keheningan suatu penghujung malam;

Dalam suasana gelap itu, aku nampak seorang muslimah bertudung labuh dengan berpakaian serba putih. Dia menunduk sambil membaca al-Quran sambil duduk bersimpuh. Tubuhnya seakan bercahaya kerana cahaya terang menyuluh dari atasnya. Suaranya perlahan membaca satu persatu ayat al-Quran.

Aku yang berada di dalam gelap ini bergerak perlahan-lahan ke arahnya. Anehnya, aku seakan cam ayat yang sedang dibacakannya.

Surah an-Nur... 

Aku mengamati wajah muslimah itu.
Aku amati betul-betul.
Lalu, menitislah air mataku.

Muslimah itu memandangku.
Dia tersenyum.

Maha Suci Allah.
Air mataku semakin galak menitis ke wajah.
Ternyata muslimah bertudung labuh & berpakaian serba putih itu adalah aku!

Aku teresak-esak.
Dan esakan itu menyedarkan aku daripada mimpi indah itu.

Dengan air mata yang bersisa di hujung mata.
Aku mencari al-Quran.
Aku menyemak setiap ayat surah an-Nur.
Mengamati ayat yang manakah yang aku bacakan di dalam mimpi itu.

Alhamdulillah.
Aku bertemu maknanya.

"Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, dan tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi, iaitu pohon zaitun yang tidak tumbuh di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya saja hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...."

Mata & hatiku, kedua-duanya meniti setiap tafsir makna ayat itu.
Hingga menimbulkan rasa sebak yang sangat dalam. 

"......Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah Memberi petunjuk kepada cahayaNya bagi orang-orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." [an-Nur; ayat 35]

Wajahku basah dengan air mata.
Aku tidak mampu lena sampai ke Subuh kerana tangisanku yang berlarutan.

Aku rasa Allah itu sungguh dekat.
Aku rasa aku ingin menyentuhiNya dengan taubatku yang bersungguh-sungguh.

Demi Allah.. Aku ingin kembali kepadaMu..
Ya Allah.. pimpinlah aku ke jalan yang Kau redhai..

------------------------------

Hijrah Bukan Mudah.

"Ibu... kalau Nur pakai tudung labuh macam mana?" soalku kepada ibu.

Ibu ternyata hanya senyum.

"Alhamdulillah, baguslah kalau macam tu."

"Ibu... Nur nak pakai tudung labuh...."


Tudung labuh warna ungu itu aku pegang.
Aku mencubanya.
Hatiku rasa berdebar-debar.

'Ya Allah... labuhnya. Betulkah aku nak pakai tudung ni?'

Aku laju melipatnya & menyimpannya semula ke dalam laci.
Aku rasa ragu-ragu. Aku seakan tidak mempunyai kekuatan untuk memakai tudung selabuh itu.

Namun sekali lagi... malam itu aku bermimpi yang sama.
Untuk kali ke-3.

Aku bangun.
Aku menangis lagi.

"Syauqah... Allah memanggilmu.." bisikku kepada diri sendiri.

Aku teresak.

"Ya Allah... jangan Kau ambil kembali hidayah yang telah Kau sentuh kepadaku. Aku ini hina & lemah ya Allah... Bimbinglah aku... bantulah aku... aku memerlukan belas kasihanMu..." aku mengongoi dalam tangisan panjang.

Hijrah.

Kiranya ia semudah itu.
Tidak.
Banyak halangan ku tempuhi.

Keluarga.
Kawan-kawan.
Masyarakat sekeliling.
Hatta halangan daripada diriku sendiri.

Apapun, aku masih sangat-sangat bersyukur kepadaNya. Pada zaman sebelum aku berubah memakai tudung labuh, aku pun bukanlah jenis perempuan yang sosial. 

Aku bersyukur, aku tidak berpacaran dengan mana-mana lelaki waktu itu kerana aku lihat ramai insan lain terhanyut lebih jauh seperti berzina dan sebagainya. Nauzubillah.

Alhamdulillah.. 
Syukur ya Allah, di atas masa silamku yang masih terpelihara.. :')

Jika ada kekhilafan yang menyebabkan ku tersungkur sekali dua, aku sungguh memohon agar Allah mengampuniku di atas kejahilanku kala itu.. Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri.. Allahurobbi..



***


Tudung labuh. 
Ada yang berpendapat, ia hanya sekadar sehelai kain.. yakni, kain yang lebih besar untuk menutupi tubuh. 
Namun, bagi aku, ia adalah wasilah untuk aku semakin mencintai Ilahi. 
Kerana itulah aku bersungguh-sungguh untuk memakai sehelai kain itu ke atas kepalaku..

Adakalanya aku rasa seperti ingin berputus asa sahaja dengan niatku untuk berhijrah memakai tudung labuh.
Banyak yang terpaksa aku korbankan, lupakan & perjuangkan.
Namun, demi Allah, semestinyalah ia berbaloi..

Aku berazam untuk berdikit-dikit.
Dengan ilmu, dengan dalil al-Quran & hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, aku mengkaji syariat penutupan aurat seorang muslimah secara sempurna.

Jika selama ini aku memakai tudung bawal yang dipin secara lurus (masih menutup dada), aku menggantikannya dengan tudung bidang 60 yang lebih sempurna menutup tubuhku.

Pergelangan tangan & aurat kaki yang yang selaluku terlepas pandang juga kini ku ambil berat. Aku akan memakai sarung lengan & juga stokin apabila keluar ke tempat awam.

Aku sungguh takut memikirkan bagaimanalah hinanya aku di sisi Allah disamping para hambaNya yang lain; yang jauh lebih solehah, baik, taat & berakhlak mulia..

Banyak masaku yang terluang dihabiskan dengan bermuhasabah diri.
Menilai semula siapa diriku. 
Aku nilai semula semua keburukan akhlak & peribadiku.
Aku cuba memperbaikinya.

Tidak hanya hijrah penampilan, biarlah hijrah keseluruhan...

Kata-kataku yang kasar cubaku lembutkan.
Panas baranku yang selalu menyinga aku cuba sejukkan.
Egoku yang melangit tinggi cuba kulenturkan.
Semuanya kerana aku ingin bertemu Allah.

Aku ingin sekali Allah memandangku dengan pandangan & kasih sayangNya.
Sebagaimana dilimpahkan kepada para hambaNya yang beriman..

Perjalanan hijrah menuju Allah ini panjang...
Namun, dalam perjalanan menujuNya itulah aku mengenali siapakah diriku yang sebenarnya.

Dari mana aku datang.

Mengapa aku didatangkan.

Dan ke mana kelak aku bakal dikembalikan...

"Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu yang dijanjikan Allah pasti akan datang. Dan Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui." [al-Ankabut : 5]

------------------------------------

Usrah Pertama, Manisnya Tarbiyyah.

Pertengahan 2009;

Aku bersyukur Allah memilihku untuk menyambung pengajianku di tempat yang lebat dengan majlis ilmu, tarbiyyah melata, ramai pemuda soleh & pemudi yang solehah. Ramai muslimat bertudung labuh yang kujumpai.

Hati aku rasa tenang melihat mereka.

Aku mencari-cari dahan berpaut; yakni sahabat-sahabat solehah yang mampu menasihatiku, membimbingku, menyayangiku & mengingatkan aku kepada Allah...

Tatkala aku bertemu dengan seorang dua muslimah bertudung labuh yang kukenal sebagai lebih senior, aku akan bertanya jika masih ada usrah yang  boleh kusertai.

Alhamdulillah.
Allah memudahkan hasrat hatiku.

Bertemunya aku dengan seorang naqibah usrah yang solehah dan menganggap aku seperti adik sendiri yang akhirnya menemukan pula aku dengan ahli-ahli usrah yang dahagakan ilmu & tarbiyyah seperti aku.

Hati aku dilanda cinta...
Cinta yang sebenar-benar cinta..

Aku selalu menangis kesyukuran apabila aku mengenang waktu aku mula-mula disapa tarbiyyah. Melalui usrah aku merasakan semua itu, termasuklah menikmati erti ukhuwah kerana Allah.

Seperti watak-watak wanita solehah yang kujumpai di dalam bacaan tarbiyyah pertamaku; Novel Tautan Hati karya Ustazah Fatimah Syarha, aku bagaikan berada di alam mimpi. 

Aku kini dikelilingi oleh ramai wanita solehah.. Subhanallah, ternyata aku berada di alam nyata!

Ya Allah..
Betapa bersyukurnya aku...
Allah memilih aku untuk berubah menjadi hambaNya yang lebih baik di kala Allah membiarkan segolongan hambaNya yang lain terus bermaksiat, melakukan kemungkaran & melupakanNya..

Alhamdulillah..
Sujud syukur hanya padaMu ya Robbi..
Kerdilnya diriku ini terasa..

------------------------------

Cahaya Mawar Berduri.

'Oleh kerana begitu payah untuk mencuri hatimu, perempuan  yang mahal harga dirinya layak diberi gelaran syauqah wardah.'

'Syauqah wardah?'

'Mawar berduri. Seperti mawar berduri. Cantik dipandang, namun sukar untuk disentuhi... apatah lagi untuk dimiliki.'

Gelaran itu lekat terus di dalam hati. 
Aku merasakan gelaran itu sebagai peransang & kata semangat untuk aku menjadi lebih baik lagi.

"Mengapa namamu Syauqah Nur? Bukankah syauqah itu maknanya duri? Duri Cahaya? Mengapa pelik benar?"

Hatiku tersenyum.

"Ia tidak pelik. Syauqah itu untuk sesiapa yang tidak halal bagiku. Nur itu hanya untuk mereka yang mencintaiku kerana Allah.."

Aku juga suka namaku itu.
Syauqah Nur.

Ya Allah..
Berikanlah aku kekuatan untuk terus menghunus duri bagi mereka yang bukan halal untukku agar maruahku ini terus dipertahankan.. Dan permudahkanlah jalan bagiku untuk menjadi Nur cahaya buat insan-insan yang halal & telah banyak mendoakan, membimbing & mencintaiku keranaMu..


Alhamdulillah..

Inilah kisah hijrahku. 
Kisah Hijrah Seorang Syauqah.

Bagaimana dengan kisah hijrahmu? :)


------------------------

[Penutup] : Catatan Penulis

Hijrahkan Dirimu!


Ketahuilah... tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan dosa.
Kita akan sentiasa lalai & leka.
Namun, itu bukanlah petanda kita harus terus hanyut dibawa arus dunia.


Kesilapan, dosa-dosa yang telah dilakukan, pasti tetap akan berbekas, sebagai pengajaran & pedoman di masa mendatang. Maka, peluang dihadapan jangan pula dipersia & dimusnahkan. Perbaiki diri, perbanyakkan amalan, taati perintah Allah & jauhilah laranganNya dengan bersungguh-sungguh. 
Kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas & istiqomah, melalui masa, Allah pasti akan membantu merawat luka yang lepas & memudarkan parut yang berbekas.

Apabila HidayahNya telah mengetuk pintu hati..
Bersegeralah membuka pintu & biarkanlah cintaNya menghuni segenap hatimu itu...


Ingatlah bagaimana sirah melakarkan para sahabat meninggalkan harta yang bakal dituai semata-mata kerana mahu menurut perintah Allah & Rasulullah untuk berjuang di dalam Perang Tabuk. 
Lihatlah bagaimana Allah menggantikan semua yang telah mereka tinggalkan kerana ingin meraih redha Allah dengan nikmat yang berganda-ganda lebih baik. Harta rampasan perang yang bertimbun-timbun dimiliki tanpa perlu berperang! Subhanallah.

Beri peluang kepada diri sendiri. Kita mampu menjadi jauh lebih baik daripada kita hari ini & semalam. 
Sahutlah Hidayah Allah & hijrahlah. 
Kita tidak akan menyangka ke mana Allah akan membawa kita ke darjat yang lebih baik disisiNya..

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah Memilih kamu, & Dia tidak Menjadikan kesukaran untukmu dalam agama....... Maka laksanakanlah solat & tunaikanlah zakat, & berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu, Dia sebaik-baik Pelindung & sebaik-baik Penolong." [al-Hajj : 78]

Mana mungkin semua lumpur-lumpur dosa yang menebal dapat dibersihkan dalam masa sehari.

Mana mungkin untuk menyapu dosa-dosa hitam di dalam hati hanya dalam masa yang singkat...


Proses hijrah & memperbaiki diri memang panjang. Ia tidak akan mampu menjadi sempurna dalam masa sehari, bahkan ia adakalanya memerlukan kerja keras memakan masa bertahun..

Namun, jangan sesekali berpaling semula ke arah jahiliyyah & kemaksiatan. Kuatkanlah semangat & berpegang teguhlah kepada tali yang paling ampuh; iaitu Allah.

Jangan putus asa... Allah sentiasa ada di sisi menemani.

Hijrah kita tidak akan pernah berakhir.
Setiap hari kita berhijrah.
Setiap hari kita berazam untuk menjadi lebih baik.
Setiap hari kita usahakan untuk menjadi hambaNya yang Dia redhai..
Kita hanya berhenti apabila kita mati & di akhirat kelak tempat kita diperhitungkan kembali.

Carilah Allah... 
Usahakanlah caranya, jalannya..
InsyaAllah.. Pasti akan bertemu.

"Dan sungguh beruntung orang yang memelihara amanat-amanat & janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi yakni yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya." [al-Mukminun : 8-11]

Taqabballahu minni wa minkum..
Taqabballahu minni ya Allah...


Sesungguhnya memang benar, tiada perkara yang lebih indah selain daripada jatuh cinta kepada & kerana Allah..

Wallahua'lam..


--------------
p/s: Sebetulnya catatan hati ini mahu ditulis sewaktu awal Muharram tempohari tetapi niat itu tertangguh. :)

Saya suka mendengar & membaca kisah hijrah orang lain. Baru-baru ini saya terbaca bingkisan kisah hijrah Prof Muhd Kamil. Saya menangis membaca kisah hijrah beliau. Betapa gigihnya beliau mula belajar solat & mengaji pada umur hampir mencecah 40-an rentetan taubatnya kepada Ilahi. Subhanallah.. betapa hebatnya kuasa Allah memberikan kekuatan kepada hambaNya yang mahu berubah baik..

Kepada sahabat-sahabat yang ada berkongsi kisah hijrahnya di alam maya. Sudikanlah menyertakan link di ruangan komen. Ataupun coretkanlah sedikit tentang kisah hijrahmu. InsyaAllah, saya berbesar hati untuk membacanya..

Kita sama-sama bermuhasabah diri, insyaAllah.. :)

------------

Notakaki: 
[Ditambah & diedit semula pada 5/12/12, 9pm]
# Ada yang bertanya adakah kisah syauqah ini adalah kisah hijrah saya, orang lain ataupun sekadar rekaan. Disebabkan pertanyaan itu, saya telah edit & menambah sedikit isi entri ini di beberapa bahagian bagi mengelakkan salah faham. :) 

Mudah-mudahan kita lebih memandang ibrah daripada kisah ini berbanding menyiasat samada kisah ini benar-benar terjadi atau tidak. Begitu adalah lebih baik kan...? :)

Semoga Allah meredhai kita semua & sentiasa memelihara keimanan kita.. Allahumma amiin.. insyaAllah. :) 

-------------

Credit Link : References:


35 comments:

  1. assalamualaikum, nawaitu kita sama tapi perjalanan hijrah kita berbza, saya tertarik kpd mereka yg bertudung labuh, nampak ayu, manis dan lebih antik, serlah keperibadian yg indah di sebalik tudung tu, memang sukar untuk ters istiqamah tapi Alhamdulillah, Allah kurniakan sahabat2 yang baik, Allah buka jalan kpd saya mendekati insan insan yang bertudung labuh . saya kira baru dalam setahun saya begini . rasa tenang, betul lah sepotong kata "aurat terjaga, maruah terpelihara"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam..

      insyaAllah, niat & matlamat kita sama; iaitu Allah. :)

      Betul.. rasa tenang & gembira kan..? Alhamdulillah..

      "Jaga aurat kerana Allah, Dia akan memelihara maruah kita.." insyaAllah.

      terima kasih sudi berkongsi cerita. Semoga kita sama2 istiqomah.. amiin. :)

      Delete
    2. sama sama, saya suka baca kisah penghijrahan saudara saudara saya, sentiasa rasa yang hidayah Allah dimana mana sahaja, apa pun, saya juga mndoakan saudari akan terus istiqamah :)

      Delete
    3. saya pun suka.. :') kita boleh ambil sebagai pengajaran utk diri sendiri juga, insyaAllah.

      setiap hambaNya ada kisah hijrah masing2.. yg pastinya yg terbaik caraNya bagi mengetuk pintu hati hamba2Nya yg terpilih.. subhanallah..

      Allahumma amiin.. terima kasih di atas doanya. doa yg sama utkmu ukhti... insyaAllah. :)

      Delete
    4. sama sama yg ukhti, semoga terus ada bingkisan indah dr hati di blog ni :)

      Delete
  2. Hidayah Allah itu mahal In...
    Semoga kita sama-sama kuat...
    ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat mahal kak... :')
      Bersyukurlah apabila Allah menyapa hati kita dengan HidayahNya itu.

      InsyaAllah..
      Mudah2an.. :)

      Delete
  3. Alhamdulillah.. saya juga telah merasa nikmat ini apabila hidayah Allah menyapa.. itulah kenangan terindah saya dan sekarang masih berjalan jalan jatuh mencari agama Allah..

    :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah..
      Alhamdulillah.. :')

      sama2lah kita berusaha untuk mengekalkan hidayah tersebut melalui usaha pembaikan diri, insyaAllah..

      Jazakillah khairan sudi singgah, baca & komen.. :)

      Delete
  4. Assalamualaikum.
    :)
    Subhanallah.Begitu indahnya kisah hijrahmu ukhtiku syg.
    Air mata brlinangn tnpa disedari.Teringat pula hijrah diri ini sewaktu hidayah Allah mnyapa saat2 itu.
    Trlalu manis kn?
    Moga2 trus istiqamah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam..
      Alhamdulillahi robbil 'alamiin.. :')
      iya... terlalu manis.. sukar untuk digambarkan dgn kata2. hanya hati yg pernah merasainya mampu memahami..
      insyaAllah, Allahumma amiin.. mudah2an kita sama2 terus istiqomah menjadi hambaNya yg Dia redhai..
      terima kasih ukhti sudi singgah & baca..

      Delete
  5. akak,,
    ingin sekali lagi dengar akak bercerita..tentang hijrahmu. sungguh indah. setiap insan itu punya peluang untuk menghijrahkan dirinya...
    Sekali ALLAH detikkkan dalam hati, jangan dilupakan detikan itu...bersegeralah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asma'..
      kisah hijrah kita setiap hari akan berganti.. cuma permulaan perubahan itulah yg paling bermakna, insyaAllah.

      Jika kita menggenggam teguh tali Allah, Allah tidak akan sesekali membiarkan kita sendiri.. Dia akan memberikan petunjuk, insyaAllah..

      InsyaAllah.. kena selalu muhasabah diri, setakat hari ini, apakah semua tindakan yg dilakukan adalah untuk mendekatkan diri kpd Allah atau tidak.. Pilihan yg dibuat, telah mendekatkan kita kpd Allah atau tidak..

      jazakillah khaira asma', asma' antara hal yg terindah pernah Allah hadirkan di dlm hidup akak.. :') Alhamdulillah.

      Delete
  6. subhanaAllah..kisah hijrah ukhti nie sungguh menyentuh.hebat Allah merancang..berkaca mata ana mmbaca ny..hehe..
    tahniah ukhti Allah pilih ukhti..
    speechless..syukran ukhti berkongsi kisah nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Alhamdulillah.. Allah jadikan diri ini antara yg terpilih utk menikmati hidayah taufikNya.

      saya bersyukur Allah selamatkan saya sebelum saya terjebak lebih jauh di dalam kejahilan & kemaksiatan yg mungkin akan disesali sepanjang kehidupan seperti insan-insan lain yg saya kenali. Alhamdulillah, syukur sgt2..

      syukran juga sudi singgah, baca & tinggalkan sepatah dua kata di teratak ini.. terima kasih. :)

      Delete
  7. alhamdulillah.. allah pimpin saya ke jalan hijrah seawal 14 tahun (2012). dugaan yang menimpa membuatku lebih matang sebagai seorang remaja yang baru setahun jagung.. alhamdulillah sesungguhnya allah memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..
    allah mempimpinku ke jalannya seawal usia 14 tahun (tahun ni).. namun sebagai seorang remaja yang baru setahun jagung, kekadang terasa payah dan tersungkur.. namun ALLAH sentiasa ada =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. subhanallah.. :) InsyaAllah, 14 tahun tidaklah awal bagi Allah utk memberi enti hidayah. bagi Allah, itulah waktu yg paling tepat utk menyapa enti dgn hidayah taufikNya, subhanallah..

      jatuh bangun, tergelincir, tersungkur adalah adat di dalam pencarian mardhotillah ini insyaAllah. mudah2an Allah akan terus melimpahkan rahmat & kasih sygNya kpd kita semua, insyaAllah amiin..

      Delete
    2. insyaAllah kak, :)salam ukhuwah :)

      Delete
  9. tanggal 11 nov sy mula sedari segalanya. tatkala sy mendapat keputusan ppriksaan final sem1 yg tidak mmuaskn dan mndpt thu ttg kksih sy yang xhnti2 mgajak sy melakukan zina demi hubungan kami sy mulai sedar.. sy sblum ni xsolat.. ske mnipu.. ska buat mksiat wlpn dara msih tplihra.. sy tukar pkwe mcm tukar bju.. bgitu jahil sy dulu.. sy keluar dri bilik pde 11dis tu untuk mnenangkn prasaan. sy nmpak masjid. enth knpa kaki sy melangkah pergi ke situ n ambik wuduk dan bersolat... sy hairan sy aneh! slps solat sy mula angkt tgn n mngadu padanya. sy myesal.. tol2 myesal. sy terbayangkan wjh ibu dan ayah yang telah sy tipu berulang kali krn kekasih. p/s: sy pljr mtrik utara tanah air. jika hndk diceritakn di sini sgt pnjg. n sy tlh mmutuskn hubungn dengan llki itu.
    buat kak syauqah, truskn prjuangan . jgn lpe istiqamah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah.. Allah sgt sygkan adik..

      Alhamdulillah Allah selamatkan adik drp terjebak ke lembah zina yg hina & keji.

      Setiap org pernah melakukan dosa.. bezanya antara kita, apakah kita berusaha utk membersihkan diri drp dosa lalu & memperbaiki diri mnjadi lebih baik ataupun tetap terus menjerumuskan diri dalam kancah kejahilan..

      Alhamdulillah, syukur kpd Allah, Dia menggerakkan hati adik utk menyesali kesilapan2 adik yg lalu & bertaubat.

      Pesan akk, jgn brputus asa mencari ilmu & istiqomah dalam segala kebaikan yg telah dimulakan walaupun sekecil mana pun kebaikan itu.. insyaAllah..

      Akk doakan semoga Allah akan sentiasa memelihara keimanan kita, maruah kita, serta meredhai hidup & mati kita insyaAllah.. :)

      salam sayang drp akk..

      Delete
  10. saya rasa beruntung dan sangat bersyukur Allah pertemukan dengan seorang blogger muslimah yang hebat seperti akak. Saya juga berazam untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik dari hari ke hari. Semoga Allah permudahkan dan Allah redha. Saya juga berharap saya boleh menjadi blogger yang mampu menyebarkan kebenaran dengan kata2 yang penuh dengan hikmah, seperti akak; biiznillah... :)keep it up kak! semoga akak terus menulis... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah, Alhamdulillah.. pertamanya, akak ambil kata-kata adik sebagai doa; iaitu untuk menjadi muslimah yang tidak hanya hebat di alam blogger, tetapi juga secara realitinya, insyaAllah, amiin..

      insyaAllah dik.. setiap hari, setiap pagi tatkala membuka mata, itu adalah merupakan peluang drp Allah untuk kita semua terus memperbaiki diri & bertaubat kpdNya..

      Akak doakan semoga impian & harapan adik menjadi kenyataan suatu hari nanti, tidak spt akk, malah menjadi blogger yg jauh lebih baik, insyaAllah, amiin..

      mohon sangat2 doa adik agar Allah sentiasa melimpahkan ilhamNya kpd diri yg dhoif & hina agar terus dpt berkongsi sesuatu yg bermanfaat utk ummah dlm teratak peribadi ini, insyaAllah...

      Allahumma amiin.. sgt gembira & bersyukur krn adik digerakkan Allah hatinya utk dtg ziarah & menulis sepatah dua kata semangat di sini.. Alhamdulillah..

      :) jazakillah khairan.

      Delete
  11. SubhanAllah....kisah penghijrahan akak sgguh mnyentuh hati..xsedar air mata mengalir..sungguh akak insan yg bertuah...dipilih oleh Allah...sy cemburu dgn akak..sgt...sy pun teringin disapa hidayah Allah dgn cara sebegitu...teringin sgt....byk kali terdetik di hati sy utk berubah...mencari diri sy di mata Allah...byk sgt...tapi sy selalu jatuh...sy bangkit semula,tp sy jatuh lagi...sedih sgt akak...sy memang sudah mula bertudung labuh, tapi kalau sy diaju soalan "knp pakai tudung labuh tetiba?"...sy sndiri terkedu...xtau nak jawab apa...sy sndiri tertanya2 knapa aku bertudung labuh?....tapi sy teruskan juga pakai tudung tu...xterdetik pun hati sy utk pakai tudung lama balik..Alhamdulillah..tapi sy sedih kak...sy xrasa pun sy dapat hidayah mcm org lain dapat...hidayah Allah yg mana sy dapat rasa kemanisannya...yg mana sy dapat ceritakan detik2 manis disapa olehNya...detik2 manis yg mana sy boleh ingat kembali di kala sy jatuh....sy teringin nak dapat semua tu kak...sy pun usahakan utk raih hidayah Allah...tapi sy gagal...sy lemah akak...mungkin usaha sy belum cukup...tolong sy akak..sy nak rasa kemanisan tu...doakan sy.. :)

    ReplyDelete
  12. SubhanAllah....kisah penghijrahan akak sgguh mnyentuh hati..xsedar air mata mengalir..sungguh akak insan yg bertuah...dipilih oleh Allah...sy cemburu dgn akak..sgt...sy pun teringin disapa hidayah Allah dgn cara sebegitu...teringin sgt....byk kali terdetik di hati sy utk berubah...mencari diri sy di mata Allah...byk sgt...tapi sy selalu jatuh...sy bangkit semula,tp sy jatuh lagi...sedih sgt akak...sy memang sudah mula bertudung labuh, tapi kalau sy diaju soalan "knp pakai tudung labuh tetiba?"...sy sndiri terkedu...xtau nak jawab apa...sy sndiri tertanya2 knapa aku bertudung labuh?....tapi sy teruskan juga pakai tudung tu...xterdetik pun hati sy utk pakai tudung lama balik..Alhamdulillah..tapi sy sedih kak...sy xrasa pun sy dapat hidayah mcm org lain dapat...hidayah Allah yg mana sy dapat rasa kemanisannya...yg mana sy dapat ceritakan detik2 manis disapa olehNya...detik2 manis yg mana sy boleh ingat kembali di kala sy jatuh....sy teringin nak dapat semua tu kak...sy pun usahakan utk raih hidayah Allah...tapi sy gagal...sy lemah akak...mungkin usaha sy belum cukup...tolong sy akak..sy nak rasa kemanisan tu...doakan sy.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila orang tanya; "Kenapa pakai tudung labuh tetiba?"

      "Sebab Allah izinkan.." Bukankah jawapan sedemikian pun sudah cukup manis dik?

      Bila terdetiknya di dalam hati untuk kembali, itu tandanya Hidayah Allah telah pun mengetuk pintu hati.. & adik telah pun membuka pintu hati itu utk berhijrah ke arah yg lebih baik..

      Hal ini tentunya sudah cukup indah utk dikenang..

      sangat ramai hambaNya yang lain apabila diketuk pintu hati utk berubah tidak menyahut pun. tetapi adik diberi Allah kekuatan utk berubah menjadi lebih baik. Begitu mudah & ringkas jalan yg adik tempuh.. Subhanallah.. menakjubkan kan..?

      Adik jgn beranggapan bhw kisah hijrah adik tak seindah org lain.. yg lebih indah bukan sekadar titik mula, tetapi bagaimana kita kekal dlm istiqomah berbuat kebaikan itu..

      Adik, mari ingatkan diri.. tak semua yg kita anggap manis itu benar2 manis. Allah lebih tahu apa yg terbaik buat para hambaNya.. kena yakin itu..

      Kuatkan semangat.. Akak doakan agar Allah memudahkan jalan utk adik menemui apa yg adik cari & impikan. semoga berjaya di dunia hingga akhirat, insyaAllah.. amiin..


      Delete
  13. syukran kak..atas nasihat akak..ya Allah berdosanya sy selama ni...Allah yg lebih tahu yg terbaik utk kita kan??...smoga dpt terus bersyukur dgn hidayahNya...dan smoga diberikan kekuatan utk terus istiqamah dgn jalan yg dipilih oleh Allah pda kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kita sama2 terus ingat mengingatkan..

      Allahumma amiin.. perkenankanlah doa kami ya Allah..

      :') Alhamdulillah.

      Delete
  14. Assalamualaikum .. mohon share dan copy . syukran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam.. Alhamdulillah, silakan.. mohon sila sertakan link asal sbg rujukan lanjut ya.. syukran. :)

      Delete
  15. Salam.. semoga saya pun terus istiqomah seperti saudari.. cerita hijrah saya...
    http://kucalanastory.blogspot.com/2013/12/hijrah-dan-saya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam.. semoga Allah sama2 istiqomahkan kita atas jln yg Dia redhai, insyaAllah.

      Alhamdulillah, tahniah atas penghijrahan. Semoga terus menjadi hambaNya yg solehah. Amiin.. :)

      Delete
  16. Jazakallahu khairan kathira kak :')

    ReplyDelete
  17. salam,
    alhamdulillah, syukur atas hidayah yang diberikan..bukan semua orang adalah bertuah seperti anda. :)


    https://www.facebook.com/WanitaHiasanSyurga

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum.
    Kisah bermanfaat. Terima kasih berkongsi. Moga kita terus bersemangat di jalanNya.
    Allahuakbar.

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."