Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Tuesday, April 13, 2010

Rendang Tak Berbuah.


Salam warahmatullah.

Masih ada lagi setengah jam sebelum sesi ulangkaji subjek biodiversity. Saat-saat keseorangan sebegini membuatkan malam-malam usai solat maghrib dan sesi tadarus begini terasa agak sunyi.

Sudah 3 kali maghribku sunyi tanpa suara Fadhilah (roommate-ku) bertadarus Al-Quran. Rasa rindu juga dengan dia terutamanya waktu inilah. Rindu dengan suara lembutnya mengalunkan ayat-ayat Quran Nur Qarim. Moga dia sentiasa diiringi rahmat dari Allah disamping kegembiraan bertemu dengan keluarganya.

Ya. Sebut tentang keluarga, buatkan aku teringat pula pada peristiwa semalam. Entah macam mana, usai solat maghrib semalam aku ketiduran dan hanya dikejutkan dengan deringan telefon bimbitku. Liyana call. Dengan mamai-mamai tu aku pun gagahkan diri jawab juga panggilan tu.


"Assalamualaikum kak.."
"Waalaikumussalam.. nape kik?"-kik adalah panggilan khusus yang aku berikan padanya. Kdg2 aku memanggilnya 'Ta'.
"Akak buat apa ni?"
"Hm.. stado.."
"Hm.. sibuk eh? (mgkin dia tak berapa dgr aku jwpn aku.) akk tak baca ea mesej yang adik bagi tu?"
"Mesej? Mesej apa?"
"Laa.. adik ada bagi mesej. Akk check la."
"Ok-ok. Nnti akak check.. K, assalamualaikum."

Panggilanku matikan selepas salamku dijawab. Sebelah tanganku memeriksa SMS sambil tanganku yg sblh lagi membuka telekung yang masih lagi sempurna dipakai.



'Salam, kak. Kawan adik pakai tudung labuh dating. Dah ramai yg tegur dia. Then, dia cakap nak jadi macam dulu. Tak nak pakai tudung labuh lagi dah. Dia benci orang2 yg tegur dia. Budak2 ni suruh adik nasihatkan dia. Tapi kitaorang dah nak exam, takut dia down pulak. Dia ckp, if nak jumpa dia, pakwe dia nak jumpa adik sekali. Akak rasa patut ke adik jumpa dia?'

Entahlah kenapa aku balas SMS tu mcm ni;

'Dia tu pakai tudung labuh dari SMKA or mcm mana?'

Liyana balas;

'Tak. Dia dulu duduk matriks. Kat situla dia pakai tudung labuh sampai sekarang. Dulu dia liar.'

Aku tanya lagi.

'Pakwe dia?'

Ini balasan dia; 'Pakwe dia banyak ilmu, hafal hadis. tapi lembik dgn perempuan.'

Aku sedar kini..

'Hujah bukan persoalannya.. kasihan mereka, dah terlalu asyik dibuai cinta.'

Dalam menegur juga perlukan strategi, adab & keikhlasan. Teringat akan nasihat seseorang;

'Tula.. Salahnya seorang dai'e tu apabila dia berharap dakwah akan sampai kepada hati mad'u hanya dengan sepotong ayat yang disampaikan. Walhal, sebenarnya kita bukan sekadar menyampaikan, tetapi menjadi jalan untuk dia kembali mengingati Allah. Itulah sebaik-baik dai'e. 

Kena bersungguh-sungguh & disertakan dgn kesabaran & doa agar Allah membuka pintu hati mad'u itu untuk berubah. Tak boleh tergopoh-gopoh. Dalam pada kita berdakwah, kita kena jaga cara kita, jaga hati kita, jaga akhlak kita. Semua tu juga jadi cerminan bagi seorang dai'e. 

Bak kata Abuya Hamka, kata-kata yang disertai dengan akhlak yang baik, hati yang ikhlas serta tertib & sopan pasti akan meresapi hati mad'u-nya dengan berkesan...'

Ada SMS masuk. Tapi aku tetap teruskan menaip mesej yang seterusnya.

'Tu la.. Dorg tu ada ilmu, tapi tak ada amalan, pengertian & keinsafan. Maka, smuanya jadi sia-sia. Walhal, Islam memerlukan mujahid & mujahidah yang berilmu seperti itu untuk bela Islam. Takpelah, kita jalankan kewajipan kita sbg muslimah. Biarlah Allah yang tentukan semuanya. Tegurlah dgn cara yang berhikmah mcm yg Nabi SAW ajar. Mudah2-an Allah bukakan hati mereka. InsyaAllah.'

Aku baca semula teks mesej tersebut. Sekali lagi. Ya, memang tak salah.

Hafal hadis? Terpana aku. Bukan apa, aku macam pernah jumpa kes macam ni. Ada saja sahabat & sahabiah aku yang hebat latar belakang agama. Nak cakap tentang hal agama, mereka lagi fasih. Lulusan SMKA itu, SMKA ini. 

Cakap pandai, bahas pandai, hujah pandai, dalil semua tepat, tetapi amat sayang sekali apabila mereka tidak menggunakan ilmu yang ada itu untuk dipraktikkan bagi membenteng diri daripada kemungkaran. 

Hal ini merupakan kerugian yang amat besar kpd Islam, khususnya.

------------------------------------

"Kau tak payah nak tegur aku. Aku tahu hal agama semua ni. Dah puas 5 tahun kena tarbiyah. Aku lebih tahu kot semua ni."

Ada tu pulak cakap macam ni;

"Kau nampak jek aku pakai macam ni, couple-couple semua, tapi aku sekolah agama dulu.. tahu jek semua bab-bab halal haram ni."

Aku keliru. Tak faham. Dah kau tahu benda tu salah kau masih buat jugak???

"Aku tahu benda ni salah. Tapi aku tak cakap yang aku tak nak buat benda tu."

"Releks, aku tak buat apa-apa pun. Aku pandai jaga diri."

Pap! Rasa macam kena tampar. Macam rasa kosong sekejap.

Ingatlah, apabila seseorang itu dah pakai tudung labuh, dah pakai kopiah, dah admit diri sendiri tu lulusan SMKA, orang pasti akan melihat kita lebih tinggi dari orang lain. Sedikit kesilapan saja sudah cukup untuk membusukkan nama agama kerana orang sangat suka mencari kesalahan golongan2 ini.

Bagi sesetengah yang faham, mereka akan masih tetap boleh bersangka baik. Ya, bersangka baiklah sesama muslim. Itu dituntut. Tetapi bagaimana pula dgn golongan yg tidak memahami?

Itulah... ada ilmu, tapi tiada amalan, pengertian & keinsafan. Perumpamaannya sama seperti pohon yang rendang merimbun, tapi tiada buah yang dihasilkan.

Motif aku menulis entri ini adalah kerana rasa terkilanku pada 'pembaziran' anak-anak muda yang berpotensi besar untuk berjuang dalam gerak kerja pengislahan & dakwah. Sungguh banyak tugas, amanah & tanggungjawab yang masih perlu kita lakukan.

Malangnya, jika kita sendiri lemah dalam mengawal nafsu sendiri & terbuai dengan hasutan iblis, bagaimana mampu kita melaksanakan amanah-amanah tersebut?

Imam al-Ghazali pernah menasihati kita bahawa; 

 “ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia.”



Firman Allah;



Ertinya;
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. [Al-Isra':9]

Rujuk pula firman Allah sebelum itu;



Ertinya:
Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat). [Al-Isra':8]

Ku akhiri entri ini dengan sabda Rasulullah S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi :

“Hamba yang baik ialah mereka yang beragama dan menyediakan bekalan amalan selepas mati. Manakala orang sombong adalah mereka yang mengikut kehendak nafsu dan mengharapkan belas kasihan Allah semata-mata.”

Peringatan sudah diberikan. Contoh daripada umat terdahulu juga sudah terlalu banyak. Mari bermuhasabah diri, merenungi khilaf diri. Moga-moga Allah sentiasa merahmati kita semua & melimpahkan taufiq & hidayahNya kepada kita.


Bangkit wahai mujahid & mujahidah semua! bangkit sahabat-sahabatku.. Islam memerlukan kita!

Jangan terkulai layu sebelum sempat kita menyumbang bakti demi agama & saudara-saudara kita. Jangan kerana kelemahan kita, Islam rugi satu demi satu pejuang yang berpotensi untuk bergerak kerja.. 


Demi masa, sungguh, manusia itu benar dalam kerugian, melainkan orang yang beriman & beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan dgn kebenaran & kesabaran. [Surah Al-Asr]

Wallahu 'alam..






p/s: Ambilllah pengajaran dari kisah seorang ulama yang berdakwah selama 5 tahun kepada seorang pemuda yang malas solat. Dakwahnya bukan saja berkesan, bahkan tanpa kata-kata yang melukakan. Inilah dakwah cara berhikmah namanya, yang mana disertai keikhlasan & kesabaran dalam menyampaikan risalah Islam.

17 comments:

  1. salam ukhty...

    alhamdulillah...entry yg bermanfaat.. ana juga alami situasi yg sama...yg jd lebih teruk bilamana org disekeliling "clap" dlm menegur m'yebabkan empunya diri terus hanyut.

    entry nie bagi ana idea utk berhadapan org sebegitu..iman mrk masih ada, cuma berada di tahap yg lemah..

    hati mrk masih boleh diketuk tapi dgn cara yg benar2 b'hikmah...insyaAllah..

    syukran atas perkongsian..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. masih ada orang spt akak..
    ada golongan uns? ustzh yang tak mau jawab apabila ditanya soalan remeh spt hak tu apa? batil tu apa? sedangkan yg bertanya benar2 ingin tahu.. sedih melihatnya..

    ReplyDelete
  3. Wasalam warahmatullah ukhti.. :)

    Alhamdulillah kiranya tulisan ini bermanfaat bagimu.

    Yup. Menegur dgn cara tergopoh2 & tdk berhikmah hanya akan memburukkan lagi keadaan..

    Afwan atas syukrannya.

    Syukran kembali atas kunjungan & komennya. Alhamdulillah.

    :)

    ReplyDelete
  4. Response to syauqah wardah..

    Alhamdulillah, akk ambil kata itu sbg penguat semngt. Namun dik, akk cuma insan biasa yg masih berusaha mengutip ilmu buat penguat diri.

    Kadangkala, org2 yg berilmu fikir org yg bertanya soklan2 mcm tu skdr bergurau atau xserius.. xpe2, kita brsgka baik. Mudah-mudahan org2 yg berilmu akan dibukakan hati supaya lebih berkesan dakwahnya.

    Ilmu yang ada jika tidak dikongsikan, apatah lagi jika ada org2 yang menginginkan penjelasan tapi kita tak nak kongsi, itu sudah dikira zalim.

    Menyembunyikan ilmu itu adalah dosa di sisi Allah.

    syukran atas kunjungan & komen. Doakan akk ye.. Mudah2-an kita tak trmasuk dlm golongan org yg rugi..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    Sedikit perkongsian..
    akak ingin mengajak adik2 semua membuka minda adik2 jauh lagi..knp hal ini berlaku walaupun ilmu penuh di dada..manusia itu Allah ciptakan sifatnya berbeza,berbalik kpd hati,hati itu terlalu rapuh dan mudah dibolak-balikkan,ilmu mrk itu x pernah salah cuma ilmu itu x digunakan pd jalan yg diredhai..malah lebih dibenci oleh Allah berbanding mrk yg jahil..jadikan ini sbg iktibar,bnyakkan berdoa serta crilah sahabat yg dapat memandu diri kearah jln yg sebenar..manusia itu mmg lemah sifatnya krn itu Allah sgt membenci dgn org yg sombong dan takabbur..Nauzubillah..Membawa perjuangan Islam itu mmg akan melalui jln yg sukar dan penuh dgn penghinaan,jgnlah tkut utk dicaci apabila diri menyeru kpd kebaikan dan mencegah dr kemungkaran krn itulah sunnah perjuangan..Disaat Rasulullah SAW mula mndapat wahyu dr Allah,ketika Khadijah membawa suami yg dicintai bertemu dgn Waraqah,Rasulullah saw bertnya kpd Waraqah "Apakah mereka akan mengusirku?",maka Waraqah menjawab,"Ya,betul! Belum pernah seorang juapun yg diberi wahyu spt Anda,yg tidak dimusuhi org. Jika saya masih hidup ketika itu,nescaya saya akan menolong Anda sekuat-kuatnya."Begitulah khidupan mereka yg berjuang di jalanNya..x pernah lari dr dibenci musuh..teguhkanlah hati kalian termasuk diri ini andai diri diuji dgn pelbagai ujian..krn ujian itu tanda Cinta Allah kpd hamba2Nya..bencilah pada perbuatan mereka bukan pada diri mereka,itu adalah ujian buat mereka dan doa itu adalah senjata org2 Mukmin,berdoalah semoga Allah memberi hidayah kpd mereka,dan berdolah semoga diri terhindar dr perbuatan maksiat..Waallahualam..

    ReplyDelete
  6. Response to Rindu padaNya;

    Waalaikumussalam warahmatullah..

    syukran kak. Betul, ilmu tak pernah salah. Salahnya kita yang tak pandai menggunakan ilmu itu untuk meraih keredhaan Allah..

    Berpeganglah kepada Al-Quran & As-sunnah serta jadikan Rasulullah SAW sebagai qudwah hasanah yang paling utama. InsyaAllah, Allah pasti akan tunjukkan serta mempermudahkan jalan..

    Syukran atas perkongsian yang sgt bernilai buat ana khususnya.

    Moga Allah merahmatimu. Syukran atas kunjungan. Datanglah ziarah selalu & tegur, beri komen serta memberi nasihat kpd adik2 di sini, insyaAllah..

    ReplyDelete
  7. Salam warahmatullah...syauqah...

    Syukran atas perkongisan..Sabarlah dan berhikmahlah dlm menyampaikan dakwah. Smga di beri kesabaran dan keikhlasan yg tinggi. Medanmu di kampus sudah mencabar, apatah lagi medan yg sebenar di luar sana..smga kita terus berada di jalan-Nya.

    P/s: peringatan utk diri akk juga.

    Demi masa, sungguh, manusia itu benar dalam kerugian, melainkan orang yang beriman & beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan dgn kebenaran & kesabaran. [Surah Al-Asr]

    Salam sayang kerana-Nya (",)..

    ReplyDelete
  8. Wasalam warahmatullah, kak nurr..

    Alhamdulillah, syukur kpd Allah diberikan peluang utk terus berkongsi di sini. Benar apa akk ckp tu, ini baru sedikit, bagaimana pula hebatnya medan dunia luar kampus. Hnya manusia yg benar2 kuat saja yang boleh mnghadapinya.

    InsyaAllah mudah2-an Tuhan prmudahkan, utk ikhlas & sabar itulah yang paling sukar. Ibarat mncari smut hitam di atas batu hitam dalam gelap malam..

    Ikhlas itu rahsia Allah, mudah2-an kita semua tergolong dlm golongan yang ikhlas beribadah kerana Allah.

    Salam sayang keranaNya khas buatmu juga.. \(^^)/ hugs!

    ReplyDelete
  9. salam ziarah..
    em. kes ni.. spt acapkali, ada sje di mana-mana. selalunya kita akan nampk yg bertudung labuh bila ada kes cm ni.. akan cpt merebak menjadi bahan bualan..huhu.

    sekadar menitipkn bbrp tips..
    i'm not too good at all. melihat kes ni..
    nisa' ni dari latar blkg yg biasa.. kemudian berubah memakai tdg yg bersaiz besar. alhamdulillah, reformasi yg baik ;)

    mmg sukar utk kita utk menegur.. biasa je org dok habaq.. tgur berhikmah.. tapi, cmne? hikmah cmne..? bg hadis.. ayat AQ.. bla..bla.

    kak list skit utk sama-sama kita aplikasi.
    1-niatkn hati kite..utk tgur dia.. IKHLAS lillahi taala. moge dgn niat tu..kita lebih dilapangkan..dan dimudhknNya.jgn lupa doa juga utk shbt kita tu.. ;)
    2- kaji dulu, dua-dua ni.. cmne background. fokus yg nisa' ni .sbb dia shbt kita. slow2 tgur gune pndktn..TOUNCh n HOLD.
    ** tak nafikan guna ayat-ayat cinta-HADIS.aQ tu.. tapi, gune bila sesuai. mksudnya..lebih gunakan psikologi.. ikut rentak dia.. try cungkil ape yg dia minat.. suka.. then get know some perubahan..yg mmbuatkn dia jd bgitu..

    mmg susah nk tgur.. tapi..boleh pelan2. sayang kasih ni..fitrah.tgur la seadanya.. smbil igtkn fokus..tggjwb hakiki dan semasa..

    utk rijal itu.. boleh minta bantuan muslimin.. tgur2.. andai sudah sampai seru utk mengikat.. teruskan dgn usaha murni itu andai itu ditaqdirkan. by huk.. bab tu, biarlah mrk yg menimbang segala aspek.

    3- teruskn dgn inisiatif spt indirect tgur.. bg sms.. poster.. memo.. risalah..etc. buat berterusan.. sbb itu salah satu teknik utk hati kita berubah..

    4- utk direct.. lapangkn masa.. meet her.. talk.. anythings about life.. smbil selit2..pelan2.. ajaklaa makan sama. waktu mkn adalah waktu afdal utk kite tgur shbt..adiks dll.

    sekadar itu terlintas wktu ni.. suke respon bab ni.. sbb biasa dan menjadi kelaziman kes ni akan berlaku di mana2.. kse ustaz.ustazah.. ( label & ikon yg org selalu highlite )

    moge dpt mmbntu shbt2 dlm meneruskan langkah berdakwah. sama-sama berpesan.. mengingatkn 1 = lain ;)

    siruu ala barakatillah.. waallahu'alam..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, Akak...entry ni betul bagus..adik ada beberapa kwn adik(dia pakai tudung+baju labuh) tapi dia bergurau senda tanpa batasan dan berpegang tangan dengan seorg laki..adik cuba nak nasihatkan dia..tapi dia kata diorang hanya kawan...terima kasih akak kerana memberi ilmu yg berguna ini

    ReplyDelete
  11. Pertamanya;

    Response kpd ukhti simple-shida;
    Salam ziarah. Syukran atas kunjungan serta perkongsian pndpt, tips2 serta ilmu.
    Ya benar.. sebaik2 cara mmg kita kena dekati mad'u yang kita nak tegur tu.. kenal hati budinya.

    Ya.. entri ini berkisar ttg 2 kes. kes prtama yg mana mad'u yg dri ltr blkg biasa2. kes kedua sy tulis mengenai golongan yg mempunyai asas agama namun tak ada amalan ttg ilmu yg ada. Ilmu trsebut xdiguna ke jln kebaikan.

    Syukran atas tips2 yang diberikan kerana entri ini sy tulis lebih berkisar ttg kes yg kedua yg mana golongan yg mempunyai asas agama itulah yang lebih mudah membawa fitnah kepada agama.

    Cara dakwah yang berhikmah adalah cara dakwah Rasulullah SAW..

    syukran ala ziarah.
    Moga Allah merahmatimu.. :)

    ReplyDelete
  12. Waalaikumussalam ukhti secret garden.

    Alhamdulillah jika entri ini bermanfaat bagimu. Teruskan usaha untuk menegur sahabiah adik tu sambil mendoakan agar hatinya dibukakan untuk menerima hidayah Allah.

    Berpesan-pesanlah dengan kesabaran & kebenaran. Jangan tergopoh2. Mesti ikhlas. InsyaAllah Allah akan permudahkan jalan bagimu.

    Banyak orang.. suka memberi alasan niat yang baik dapat menghalalkan cara. Walhal, Allah telah menjelaskan di dalam Al-Quran, mana yang haram akan tetap haram. Dan jika kita mengumpulkan banyak yang haram, maka nerakalah tempat kita..

    Wallahu 'alam.

    Moga Allah merahmatimu, dik.. :)

    ReplyDelete
  13. Aslmualaikum buat sahabat "kembar" nama ana nih..=)

    Lama ana tidak menyinggah di sini.
    Btw , ana suka dengan entry ukti yg ini. Penuh dngn ibrah yg tersurat dn tersirat.

    Ana setuju dngn ukhti..ilmu ini , jika tidak amalkan , tiada berguna pun. Hanya pndai berhujah , tapi tiada pengamalannya.
    sebenarnya , apa yg ana selalu perhatikan , apa yg kita tahu dan ilmu yang kita hujahkan selama ini , kdg kala ianya hanya bersifat teori saja. Praktikalnya bagaimana ? Ibarat kita mempelajari , bagaimana kita mahu menjadi wanita solehah. Kita tahu bgaimana mahu jadi wanita solehah , tapi itu pada teorinya saja , jika kita sendiri tidak menggerakkan diri kita utk jadi wanita solehah , tiada guna jugakan. Sebaik2nya ilmu yg ada itu , dikongsikan ,bukan utk simpanan sendiri.

    Berkenaan dgn insan2 yg sering mengutuk insan2 yang alim dengan jolokan "berlagak alim dsb"..ana teringt pesan seorng murabbi,
    "Org ni kdg kala sengaja mempersendakan kita sebegitu , tujuannya utk mmbuat kita membenci diri kita sendiri".Pesanan itu jadi semangat bagi ana sebenarnya utk terus menjadi diri sendiri dan terus berada pada jalanNya.

    Berada pada jalan dakwah sememangnya bukanlah mudah. Kita ibarat berjalan dalam lumpur. W/mcam mana kita elak pun , sedikit sebanyak akan terkena juga percikannya kan. Terpulang pada kebijaksanaan kita utk "membersihkan"nya.

    Berkenaan dgn isu si gadis yg bertudung labuh tetapi masih mengamalkan ikhtilat , ana kira itu terpulang pada hatinya sendiri. Kdg kala , mmg bertudung labuh pun , tapi mengamalkan ikhtilat. Itu semua berpunca dari hati. Bagaimana si individu mencorakkan hatinya sendiri. Bagaimana dia mengemudikan hatinya. Kita sebagai sahabat ini , hanya boleh menegur apa yg kita mampu. Tegur dengan cr yang berhikmah. Ibrt menarik rambut dalam tepung,rambut dapat , tepung pun tak berselerak (^_*). Bersangka baiklah ya. Dan jgn mudah putus asa.


    Aishh..pnjg pulak ana membebel.Maaf jika ada khilaf.
    Oklah..jaga diri , jaga iman ya ukhti..
    (^_^)

    ReplyDelete
  14. Waalaikumussalam warahmatullah.. :) :)

    Sangat lama tak mendengar khabar ukhti. Syukran sudi dtg menjenguk sini..

    Ya, ana setuju dgn semua pendapat yg ukhti lontarkan... :)

    Jalan mujahidah ini bukan selalunya indah.. banyak onak duri yg harus ditempuh. Namun, kekhilafan yang berlaku di sekeliling ada juga hikmahnya yang mana boleh jadi cerminan bg diri kita.

    Belajar dari kesilapan orang lain untuk menjadi hamba yg lebih baik.. InsyaAllah. :)

    Syukran sekali lagi. Moga Allah merahmatimu selalu ukhti yg dikasihi kerana Allah.. :)

    ReplyDelete
  15. Waalaikumussalam warahmatullah.. :) :)

    Sangat lama tak mendengar khabar ukhti. Syukran sudi dtg menjenguk sini..

    Ya, ana setuju dgn semua pendapat yg ukhti lontarkan... :)

    Jalan mujahidah ini bukan selalunya indah.. banyak onak duri yg harus ditempuh. Namun, kekhilafan yang berlaku di sekeliling ada juga hikmahnya yang mana boleh jadi cerminan bg diri kita.

    Belajar dari kesilapan orang lain untuk menjadi hamba yg lebih baik.. InsyaAllah. :)

    Syukran sekali lagi. Moga Allah merahmatimu selalu ukhti yg dikasihi kerana Allah.. :)

    ReplyDelete
  16. salam..kak..syukran atas entri ini..

    sebenarnya dugaan yg kita tempuhi ini terlalu kecil jika dibandingkan dgn apa yg Rasulullah n Sahabat lalui..

    Kutukan dan cemuhan yg kita terima dalam melaksanakan dakwah terlalu biasa..sdgkan nabi yg dibaling tahi dan sampah setiap hari masih boleh berdakwah dgn penuh berhikmah apalagi kita yg hanya sekadar dilemparkan kata2 yg sediktpun xm'cderakan kita..

    krn itu kita tidak boleh berputus asa dlm berdakwah..jika difikirkan kita tidak perlu menunggang kuda dan mengangkat senjata utk mempertahankan agama spt Rasulullah dan para sahabat..xp masih ada jg yg merasa berat utk berjuang..

    semoga hati kita terus ditetapkan dlm perjuangan ini..

    salam rndu buat kak syauqah..

    wallahu'alam..

    ReplyDelete
  17. Wasalam warahmatullah nisa..

    Rindu pada Nisa juga.. :)

    Benar, jika kita merasakan apa yang kita hadapi ini sudah cukup berat & sukar? itu namanya kita ini tidak sedar diri, sombong dan bodoh.

    Kerana Allah ada berfirman;
    "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu?"
    (Al-Baqarah:214)

    Ambillah pengajaran dari umat terdahulu & segera beristighfar & bandingkan kisah kita dgn perjuangan mujahid & serikandi Islam yg syahid jika hati sudah mulai 'tidak sedar diri'. :)

    ya, moga2 Allah merahmati kita & terus memberikan taufiq & hidayahNya kpd kita semua. amiin.

    syukran atas pandangan. :)

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."