Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Monday, August 31, 2009

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN



Salam warahmatullah kepada teman-teman semua...

MasyaAllah, dah tiba 31 Ogos..
Hari ini, genaplah 52 tahun hari kemerdekaan Malaysia... :)

Langsung jadi teringat pada perbualan aku dengan ibu masa cuti mid-sem hari tu. Ibu cerita tentang hal kemerdekaan.

Katanya anak muda sekarang lemah jati diri, tak faham makna kemerdekaan, apatah lagi untuk memahami jerih payah orang zaman dulu. Bagaimana susah payahnya hidup dalam zaman penjajahan. Makan ubi kayu setiap hari. Itu pun belum tentu makan, kata ibu.

Waktu itu, anak gadis hidup dalam ketakutan. Muka diconteng dengan arang. Takut nampak dekat tentera Jepun yang lalu lalang. Kena culik... kena rogol... Nauzubillah. Meremang bulu roma aku dengar cerita ibu. Nenek juga pernah cerita benda yang sama.

Alhamdulillah, sekarang, anak gadis tak perlu conteng muka dengan arang lagi dah. Sebaliknya conteng dengan maskara maybeline, blusher lancome dan lipstik Anna Sui kan? hehehe. Maaf, gurau...

Bagi aku sendiri, walau aku tidak merasa hidup dalam zaman penderitaan jajahan Jepun yang kejam dan British, tetapi aku, jujurnya, memang sayangkan negara ini.
Maklumlah, ibu suka tengok cerita Melayu patriotik, seperti filem Bukit Kepong, Darah Satria dan Sarjan Hassan.
Jadi, momentum semangat beliau meresap sedikit sebanyak kepada aku.


Selain itu aku juga memilih cerita Taekugi, lakonan Won Bin dan Jang dong Gun. Filem ini hebat, walau bukan produk Malaysia, sekurang2nya, dapat menaikkan semangat patriotik bagi penontonnya. Bagi saya, kita memang perlu tengok cerita2 perang, perjuangan sebelum merdeka, baca kisah2 perang zaman Rasulullah saw.

Supaya kita tahu, betapa deritanya kesan peperangan, dan supaya kita bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang...

Syukur Alhamdulillah, teman2...
Kita memang benar2 beruntung, jika mahu dibandingkan dengan sahabat2 di negara lain. Walau baru-baru ini ada banyak cerita yang tidak enak berkenaan situasi negara yang dikatakan 'sudah tidak lagi berapa aman'. Harapnya Allah membuka semua kekalutan dan membiarkan nikmat kemerdekaan, aman dan makmur ini terus berkekalan. InsyaAllah.

Ayuh, teman2, walau tak pernah merasa derita sebelum merdeka, sekurang2nya kita mengambil iktibar dari peristiwa itu, dan bersama2lah kita menjaga nikmat yang Allah beri ini...


Detik-detik pengumuman kemerdekaan oleh Tun Abdul Rahman pada 1957


Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-52.. :)

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!



3 comments:

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."