Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Thursday, September 17, 2009

Salam AIDILFITRI :)

Salam warahmatullah,

Alhamdulillah, syukur nikmat Allah.. dapat lagiku bernafas pada hari menjelang Aidilfitri yang bakal tiba..

Post kali ini adalah edisi khas sempena hari raya yang bakal menjelang.. hehe. Khas ke..? :)

Hm., dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.. Maaf semua silap salah, kasar taipan ayat hingga mengguris hati sesiapa sahaja yang melawat blog ini.

Wah.. banyaknya kad raya.. hehe. Sabar2.. semua org dapat jangan risau... :)

Khas buat semua readers dan pelawat blog http://syauqahwardah1209.blogspot.com. Syukran atas ziarah dan komen. InsyaAllah, sudi2kanlah ziarah lagi..



Kad kedua ini pula, ana tujukan khas buat semua follower blog ana. Syukran atas ukhuwah yang dihulurkan. Allah redhai kalian semua.. :) rajin2 ziarah blog ini ya...?



Last but not least, terakhir tapi istimewa buat sahabat tersayang; Ummi Adibah.. (http://ana-solehah6511.blogspot.com/). Syukran atas kad hari tu, ana balas yang ini. Maaflah.. kad biasa je.. xdpt nak superimpose dengan pic ana. hehe. Malu la.. ana tak pakai niqab.. :)


Konklusinya...
Semoga di hari Aidilfitri yang bakal menjelang, ana doakan Allah memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada kita semua.
Jaga diri baik2, jaga akhlak, jaga iman.. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmatNya. InsyaAllah...
syukran semua.. :)





Jujurnya, ana memang ceria menanti syawal, tetapi juga sebak untuk melepaskan ramadhan. Yang pastinya berbuka puasa dengan ahli My-usrah semalam memang membahagiakan ana. Ini kali ke-2 (dlm ramadhan ini) ana makan dalam talam dan makan bersuapan sesama saudara2 usrah. Sayang antum semua... :)

p/s: Ini post ana yang terakhir utk minggu ini.. Ana balik N9 esok. Doakan ana selamat balik rumah dan kembali ke kampus.. :)

2 comments:

  1. ukhti,

    demi Allah.
    ummi sayang syauqahwardah.
    benar-benar luarbiasa.
    tolong jaga diri elok-elok dimana pun ukhti berada.

    ummi teringat satu kata sang 'kekasih',
    jika engkau rindu maka aku tiada maka bawalah rindu itu kepada Tuhan, nescaya engkau akan berasa aku ada.

    sama ummi tujukan buat ukhti.
    salam sayang yang tak terhingga.

    ReplyDelete
  2. salam ziarah & salam syawal
    sama-samalah kita memeriahkan syawal ini
    moga2 ceria disamping famly...

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."