Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts
Thursday, May 15, 2014
Takut.
Mengapa tak kau bersangka baik padanya.
Bahawa dia juga sedang berusaha.
Sangat berusaha untuk mula semula.
Mengapa tak kau cuba mengerti.
Bahawa hatinya mungkin pernah terlalu luka.
Luka yang sangat dalam untuk kembali mempercayai.
Maka mengambil sedikit masa..
Untuk menyiapkan sebaiknya tempat.
Sebelum engkau diizinkan & dijemput masuk.
Bagi berehat & berlabuh...
***
Aku...
bukan nak berlagak suci.
bukan nak berlagak seperti mahal benar.
Aku cuma takut.
Takut untuk berbagi hati.
Menyerahkan hati & menerima hati.
Aku sungguh takut kiranya satu saat..
Allah menyerahkan hati ini kepada seorang insan bernama lelaki.
Yang kelak layak ku panggil suami.
Lalu dia tidak mampu menjagaku sebagaimana Dia memeliharaku.
Aku sungguh takut jika dia tidak mampu mencintai semua kelebihan & kelemahanku.
Aku sungguh takut kiranya dia tidak mampu mendidikku bahkan berkasar denganku.
Aku sungguh takut kiranya dia tidak mampu memelihara maruah & melindungiku..
Serta tidak mampu bersabar dengan kejahilanku.. malah menghina semua aib & kekuranganku..
Sungguh aku takut..
Jika dia juga tak mampu membawa aku ke jalan yang Dia redhai..
Dan aku paling takut..
Kiranya waktu itu aku juga gagal memelihara Hidayah TaufikNya dalam hatiku,
Bertindak lebih buruk melebihi dia lantas mengumpul dosa yang berganda..
Lantas menyalahkanNya atas semua ujian yang diberikan terhadapku itu..
Kala itu... apalah makna cinta itu dibanding dengan cinta Dia yang paling aku cintai..
Aku tidak percaya kepada sesiapa selain Dia...
Aku juga tidak percaya aku mampu menjadi pendamping yang sebaik Dia bagi orang lain..
Kalian juga...
Jangan percaya kepada aku..
Jangan berharap kepada aku..
Jangan memandang tinggi kepada aku..
Kelak kalian kecewa bila aku mengecewakanmu..
Padahnya sandaran yang terlalu tinggi yang kau letak atas jemalaku..
Insan hina yang sungguh dhoif ini..
Bila mengenang perihal ini..
Berderailah air mataku membasahi pipi..
Kala menadah tangan kepadaNya memohon pertolongan & simpati..
Agar tidak diuji dengan ujian yang tidak mampu kutanggungi,
Agar tidak diuji dengan ujian yang menjadikan aku jauh dari rahmat kasih sayangNya yang tidak berbelah bahagi...
Aku bukan siapa-siapa tanpa Dia..
Aku bukan siapa-siapa tanpa cintaNya..
Aku bukan siapa-siapa tanpa Hidayah TaufikNya..
Aku bukan siapa-siapa tanpa rahmat & ampunanNya..
Selama ini... yang menjaga hati aku adalah kekasih yang paling sempurna sekali.
Dia yang paling sempurna mencintai diriku yang hina berlumur kekurangan ini.
Subhanallah..
Mana ada tandingannya Allah di dalam hati ini...
Allah-lah yang ada di sisi waktu aku sedih,
Allah-lah yang ada di sisi waktu aku sempit,
Allah-lah yang ada di sisi waktu aku susah,
Allah-lah yang ada di sisi waktu aku sakit,
Bahkan Dia jugalah yang memberikanku kesihatan, kegembiraan, kelapangan, kesenangan & kebahagiaan..
Bila aku bersedih, Dialah yang menggembirakanku.
Bila aku resah, Dialah yang melapangkan hatiku.
Bila aku sempit, Dialah yang mengeluarkan aku.
Bila aku jahil, Dialah yang mendidik serta meminjamkanku ilham & ilmu..
Bila aku buntu, Dialah juga yang menunjukkan jalan keluar bagiku.
Subhanallah...
Sungguh, tiada siapa yang mampu menjaga aku sebagaimana Dia memelihara aku...
Allah tidak pernah menzalimi aku.
Dia tidak pernah mengecewakanku.
Dialah yang paling bersabar dengan karenahku.
Dialah yang paling mudah memaafkan semua dosa & kesalahanku.
Jika Dia mendidik aku, Dia akan menghantar cara & teguran yang paling halus kepadaku.
Penuh lemah lembut.
Penuh dengan hikmah, rahmat & cinta.
Hati aku masih terjaga.
Perasaan aku tetap terpelihara.
Sungguh tiada tandingannya untuk Dia di dalam hatiku ini...
Jika yang lain asyik mengejar cinta insani.
Aku pula takut sekali kiranya aku hilang cinta Ilahi.
Kerana hanya Dia yang mampu..
Mencintaiku & menerima aku apa adanya selama ini.
Jika yang lain takut kalau tidak bertemu cinta insani.
Aku pula sangat takut jika Allah melepaskan pegangan tanganku ini.
Kerana hanya Dia yang mampu..
Memelihara & memimpinku ke jalan yang Dia redhai..
Sungguh Allah itu yang paling tinggi di dalam jiwaku ini...
Sungguh Allah itu sudah cukup untuk memenuhi ruang hatiku ini...
Ya Allah...
Sungguh-sungguh...
HambaMu ini takut sekali...
Ya Allah...
Peliharalah hatiku yang sekeping ini..
:'(
----
Dengan namaNya aku menulis.
Kerana seluruh hati milikNya semata.
23/1/2013
12 Rabiulawal 1434H.
After maghrib prayer.
***
Notahati:
Allahumma yusahhil. Robbi yassir walaa tu'assir. Robbi tammim bil khoir. Amiin.
Ya Allah, persiapkanlah hatiku. Untuk menerima segala pemberianMu dengan rasa syukur & gembira.
Ya Allah, permudahkanlah segalanya & berikanlah segala yang terbaik dari sisiMu.
Labels:
cinta,
hiba,
muhasabah diri,
puisi
Wednesday, February 19, 2014
Tersembunyi.
Bismillah.
Bila kita lihat, sehabis cerah mentari memancar
si salju masih tetap membeku.
Beginikah lazimnya kita manusia...
secerah-cerah cahaya ilahi,
masih membeku keras,
bersama selaput bongkak dan ingkar.
Antara iblis jahanam
yang tersembunyi
di celahan nafsu
yang halus terlindung.
Bisa saja, mereka mengabu
air mata pati keimanan
dengan rasa ajaib
pada amal-amal secubit.
Dari membengkak dengan iri hati
baiklah berhenti seditik memikir
apakah untung laku itu?
Dari meninggi dengan ajaib diri
mampukah selama terapung diawangan
saat yang sama lemas di lembah kehinaan?
Kita punya tugas besar
bersihkan dirimu
teruskan melangkah...wahai diri!
Labels:
catatan hati,
hiba,
hikmah,
puisi
Lelayar Di Lautan.
Bismillah.
Menjadi lelayar di lautan luas
Memburu daratan bagi menghilang lelah
Mencari tanah untuk berlabuh
Untuk menguji, apa betul jalan selama ini.
Bila saat kelam malam
Menjadi paling pekat
Maka cerah bintang-bintang
Menjadi tanda betapa hampir kemilau pagi.
Mengapa perit sekali
Air mata ini
seolah menjerut lapis-lapis
Kulit pipi.
Mengapa lemah sekali diri ini
Berulang tangis
Bersulam harap
Tanpa jitunya usaha.
Berputus asa kah?
Sabar dan bangkitlah
Engkau pasti melepasi saat-saat seperti ini.
Labels:
catatan hati,
hiba,
hikmah,
puisi
Mimpi Indah Belum Pasti.
Bismillah.
Kalau aku sehelai pelepah
yang bisa dihembus angin
beralun dengan bisikan bayu
ke atas... ke mana saja...
Pasti itu indah
kerana tiada penghisaban.
Tapi aku lain
Ada tanah tuju.
Ada bahagian balas
Untuk aku rasa
Untuk aku mohon.
Oh Allah... panjangkanlah tempoh ku bersama iman...
Mungkin saja ini kali terakhir dia mengulur salam.
Dengan titis-titis
Air mata harapan.
Mimpi indah
Untuk bermain di syurga...
Labels:
catatan hati,
cinta,
hiba,
hikmah,
puisi
Ajari Aku.
Dengan Nama Allah.
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Tuhan..
Letih.
Kadang aku letih.
Menafsir apa hikmah.
Kebaikan yang Engkau sembunyi.
Rapi tersembunyi.
Akukah yang buta.
Buta diselaputi dosa.
Mata buta.
Bahkan hatiku jua.
Terhijab pandangan kerana dosa & noda.
Atas menggunungnya curangku padaMu.
Kesan selalu berpaling dari redhaMu.
Tuhan.
Ajar aku untuk redha.
Tuhan.
Ajar aku untuk ikhlas.
Ajar aku untuk sabar.
Ajar aku untuk bersyukur.
..atas semua pemberianMu.
Tatkala aku telah seakan berjaya memujuk hati.
Bahkan redha memilihMu satunya penghuni hakiki hati.
Melepaskan dia yang pernah menuntunku kepadaMu.
Pergi bahagia meniti suratan yang Engkau tentu.
Dalam masa aku merawat hati.
Sepantas masaMu.
Kau rencanakan sesuatu di luar fikirku.
Datangnya dia tanpa disangka & diminta.
Dengan cara Kau yang begitu rahsia & istimewa.
Yang tak mampu aku perhalusi melalui jiwa hambaku.
...Jiwa hambaku yang lemah, jahil, lagi hina ini.
Aku menyangka.
Mungkin itulah penawar.
Buat kelukaan.
Buat kekecewaan.
Kala jiwaku masih retak seribu.
Cuba ikhlas menerima.
Bahawa dia yang pergi itu.
Bukan sebaiknya untuk aku.
Dia itu...
Mungkin..
Tinggi benar untuk aku gapai.
Suci benar untuk aku sentuhi.
Hebat benar untuk aku cintai.
Mahal benar untuk aku miliki.
Aku cuba untuk percaya.
Itulah penawar yang Kau Berikan untukku.
Aku cuba untuk percaya.
Itulah penawar yang Kau anugerahkan kepadaku.
Tuhan.
Mengapa aku sukar untuk meredhai.
Mengapa aku sukar untuk ikhlas.
Hatiku ini sering berbalik-balik.
Selalu tewas dalam perhitungan diri.
Antara nafsu & iman.
Antara redha & ingkar.
Allah..
Siapalah aku untuk menolak.
Apa jua yang datangnya dariMu.
Allah.
Aku tak pernah meminta dia datang.
Tapi Engkau yang mengizinkan dia datang kepadaku.
Sungguh, Engkau Maha Tahu..
Bukan dia ya Allah, yang aku pernah minta di dalam sujud-sujudku.
Bukan dia ya Allah, nama yang aku pernah seru dalam sujud hajatku.
Bukan dia ya Allah, yang pernah aku harap dapat bertemu dalam istikharah mimpiku.
Tetapi atas izinMu.
Itulah dia pilihanMu.
Maka.. keranaMu, aku cuba untuk redha ya Robbi.
Berusaha menerima segalanya dengan gembira & syukur.
Cuba bersyukur atas semua kelebihan,
Jua berlapang dada atas semua kelemahan.
Berusaha belajar untuk meraikan.
Menghapus semua luka & harapan silam.
Aku cuba melepaskan apa yang telah berlalu.
Biar terlalu sukar bangun dari mimpi ngeri.
Kucuba lepasi melalui kekuatan yang Kau Beri.
Namun ya Allah..
Mengapa aku masih merasai segala kesakitan ini.
Mengapa aku masih melalui segala kepedihan ini.
Mengapa aku masih mengalami segala ketakutan ini.
Allah.
Pujuklah hatiku ini.
Allah.
Didiklah hatiku ini.
Aku tidak mampu ya Allah.
Untuk kecewa lagi.
Aku tidak mampu ya Allah.
Untuk dipersiakan lagi.
Hati aku ini..
Sudah terlalu luka,
Untuk disakiti lagi.
Allah.
Manusia itu terlalu lemah.
Untuk menjadi tempat aku bersandar kala aku rapuh.
Allah.
Manusia itu terlalu dingin.
Untuk menjadi pengusap setiap titisan air mataku.
Allah.
Manusia itu terlalu egois.
Untuk memahami punca senyapku, senduku, rajukku.
Allah.
Manusia itu terlalu kasar.
Untuk menyantuni kelembutan & memperbetul silapku.
Allah.
Sungguh...
Dia terlalu lemah.
Untuk menjaga, melindungiku & memimpinku.
Menghilangkan segala ketakutan yang pernah memburu.
Menghapuskan segala kesakitan yang pernah menderaku.
Terlalu jauh untuk aku rapati.
Terlalu sulit untuk aku fahami.
Terlalu sukar untuk aku cintai.
Allah.
Aku tidak perlukan sesiapa selainMu.
Allah.
Hanya kepadaMu yang aku tuju.
Allah.
Kiranya dia tidak mampu.
Engkau saja sudah cukup.
Benar ya Allah..
Jika dia benar tidak mampu..
Engkau saja...
..Sudah melebihi cukup.
Mungkin saja.
Aku juga bukanlah yang selayaknya.
Untuk membawa dia kepadaMu.
Mungkin saja.
Bukan aku yang sepatutnya.
Membawa dia kepadaMu.
Ampunilah aku ya Allah.
Kiranya masih gagal menyelami.
Segala hikmah pemberianMu.
Lantaran kurangnya sujudku.
Lantaran kurangnya syukurku.
Allah.
Kumohon jadikan ujian ini sebagai kifarah dosaku.
Penghapus segala dosa-dosaku kepadaMu.
---
Ya Allah,
Apa yang terbaik & mendekatkanku kepadaMu,
Maka berikanlah.
Mana yang terbaik & mendekatkan aku kepadaMu,
Maka tunjukkanlah..
Ya Allah.
Jadikanlah aku ini hambaMu yang sentiasa bersyukur & bersabar dengan semua pemberianMu.
Amiin.
---
Ammar.
Bilal.
Umair.
Khauthar.
Asif jiddan.
Labels:
catatan hati,
hiba,
hikmah,
puisi
Friday, November 8, 2013
Lelaki Yang Aku Cinta.
....kerana
cinta yang kita cari itu...
ada dalam cintaNya.
Kredit Pic : Umar Mita
***
Bismillah,
Mereka bertanya.
Siapakah lelaki yang aku cinta.
Mereka bertanya.
Bagaimanakah dia lelaki yang aku cinta.
Maka,
Aku mencoretkan ini.
Buatmu lelaki yang aku cinta.
***
Mereka mengira aku sepi.
Bila aku tiada berkirim SMS cinta.
Bila aku tiada bertemu muka.
Bila aku tiada denganmu bergurau senda.
Mempamer kasih mesra seperti mereka.
Walhal engkau selalu menemani aku.
Buat aku terus kuat & sabar berdepan masa.
Mereka mengira aku cemburu.
Bila aku masih sendiri.
Sedangkan mereka sudah bertemu..
Bersatu dengan separuh lagi jiwanya.
Aku hanya senyum.
Aku senyum kerana telahan mereka barangkali silap.
Masakan aku sepi.
Masakan aku cemburu.
Sedangkan aku telahpun ada engkau.
Menemani aku di dalam jiwa itu.
***
Cara aku mencintaimu.
Cara engkau mencintaiku.
Kita bercinta cara kita.
Hanya kita mampu memahami.
Hanya kita mampu merasai.
Untuk iman serapuh kita, menjadikan Dia sebagai perantara.
Engkau bukan separuh dari aku.
Tapi engkau sudah sebahagian dari diriku.
Aku telah temui engkau.
Dalam perjalanan hamba ini mencari Tuhannya.
Ketika aku bertemu Dia..
Aku juga telah bertemu engkau,
Wahai lelaki yang aku cinta..
Kerana aku hanya perempuan,
Maka aku malu untuk bergerak mencari.
Malah bukan mudah untukku.
Untuk terus setia menanti.
Tetapi tidak pernah aku berputus hati.
Yakin sepenuh pada Dia, untuk menagih janji.
Walau belum layak, untuk rasmi memetikmu menjadi pelengkap hati.
***
Engkau yang aku cinta.
Bukan kerana indah paras rupa.
Atau kacak kerana pangkat.
Namun bersinar kerana agama.
Bergemerlapan kerana akhlak.
Muliamu kerana iman.
Malumu menyaluti, menjadikanmu begitu mahal.
Yang aku redha agamanya.
Yang aku redha akhlaknya.
Yang cintamu hanya untuk aku.
Yang setiamu hanya padaku.
Seseorang yang boleh aku harapkan & percaya.
Aku menanti engkau yang begitu,
Wahai lelaki yang aku cinta.
***
Berkisah tentang cinta Rasulullah dengan Khadijahnya.
Bagaimana setianya..
Bagaimana lemah lembutnya..
Bagaimana santunnya..
Bagaimana manisnya..
Bagaimana romantisnya..
Bagaimana sabarnya..
Bagaimana lelakinya..
Buat aku tersenyum & teringat akan engkau.
Kerana baginda adalah teladan utamamu..
Berkisah tentang pemalunya Uthman.
Membuat gundah Ruqayyah hilang hanya dengan senyumannya.
Yang Rasulullah berkata jika baginda mempunyai lebih ramai puteri,
akan dikahwinkan semuanya kepada Uthman.
Subhanallah! hebatnya peribadi Uthman.
Ya Allah...
Uthman buat aku jadi memikirkan engkau.
Kerana dalam bayangan aku.. engkau persis sekali dia.
Dan seringkali...
Bila aku melihat kekasih-kekasih halal yang bercinta.
Menyulam cinta di alam nyata.
Terus menambah pahala dalam catatan amal.
Membuatkan aku sungguh rindu kepada engkau..
***
Engkau yang terlalu mahal untuk aku sentuh..
Aku bercita-cita ingin bertemumu.
Bercita-cita ingin bercinta denganmu.
Bercita-cita ingin bahagia denganmu.
Mensyukuri kelebihan yang dipinjamkan..
Juga meredhai segala kekurangan yang ditakdirkan..
Kita jalani hidup yang sederhana, namun gembira apa adanya.
Penyatuan hati-hati kita, bukan kerana nafsu semata.
Bahkan untuk menjaga iman & kehormatan diri.
Juga demi menyempurna & memperjuangkan agama.
Aku mengimpi cinta kita menembus sampai ke syurgaNya.
Begitulah mahalnya cintaku padamu.
Wahai lelaki yang aku cinta..
Kerana Dia, aku mencintaimu sepenuh jiwa.
Kerana Dia, aku merinduimu sepenuh raga.
Kerana aku yakin.. engkaulah titian aku menuju Dia.
Kerana itu aku tak pernah lelah mencintaimu.
Kerana itu aku tak pernah penat menantimu.
Kerana dasar cinta itu adalah kerana Dia.
***
Telah aku terima lamaran seseorang.
Aku kira dia adalah engkau...
Aku mencarimu di dalam dia.
Aku berharap dia adalah engkau.
Aku berharap engkau adalah dia.
Tanpa izinNya, boleh jadi bukan.
Kalau Allah izin, boleh jadi juga iya.
Apa jua keputusan & pilihanku.
Engkau tetap yang paling aku cinta.
Kerana Dia telah menjadikan engkau sebahagian dari jiwaku.
Kerana engkau menjadikan aku semakin kuat mencintaiNya.
Kerana engkau menjadikan aku semakin gigih mendekatiNya.
Kerana engkau menjadikan aku lebih berusaha untuk membaiki diriku.
Kerana engkau jambatan aku kepada Dia.
Dan...
Kerana engkau antara satunya lelaki,
Yang mampu aku percaya kejujuran & ketulusannya..
***
Aku hanya manusia biasa.
Yang penuh kekurangan & lumuran dosa.Sedangkan engkau mungkin pemuda syurga agaknya.
Mungkin juga engkau terlalu tinggi untuk aku gapai.
Mungkin juga engkau terlalu jauh untuk aku jejaki.
Terlalu mahal & suci untuk aku sentuhi...
Hingga tidak wujud di dalam dunia ini.
Jika engkau tiada dalam dia yang melamariku itu.
Dan jika Allah tidak mengizinkan aku bertemu & memilikimu di dunia ini.
Aku berharap moga kita dipertemukan Allah di dalam syurgaNya nanti..
Dalam suasana yang Allah redhai..
Dalam rasa yang tenang & bahagia..
Dalam cara yang mulia & terjaga..
Kerana atas izinNya, engkau sahaja yang aku cinta.
Bukan dia.
Bukan dia juga.
Melainkan dia adalah engkau.
Sekiranya engkau adalah dia....
Maka nyata Allah telah memegang mimpi aku menjadi nyata.
Aku tidak tahu jika engkau juga mengharapkan yang sama.
Kerana siapalah aku..
Hamba hina,
Tiada mampu untuk meraihmu..
Dengari ini...
Suara dari lubuk hatiku..
Wahai lelaki yang aku cintai kerana Allah..
Sungguh diri ini amat merinduimu...
----------
~syauqahwardah1209~
1101pm
060313
Serdang.
***
Notahati:
1) Kepada yang dicintai;
Kiranya dia yang engkau cinta itu menjadikan engkau menjauhi Ilahi, maka terbuktilah dia tidak layak untuk engkau cintai.
2) Kepada yang mencintai;
Engkau yang mengaku mencintainya kerana Tuhan, buktikanlah melalui perbuatan bukan hanya perkataan picisan ataupun lisan. Lihatlah dia kini lebih soleh/solehah atau menjadi futur setelah kedatangan engkau ke dalam hidupnya?
3) Kepada yang ingin dicintai & mencintai;
Hati engkau itu terlalu mahal untuk disentuhi oleh manusia yang di dalam hatinya tiada cinta kepada Ilahi.
Wallahu 'alam.
Wallahu 'alam.
Labels:
catatan hati,
cinta,
puisi
Sunday, August 25, 2013
Kerana Dia.
Hati ini bukan milikku.
Hatimu juga begitu.
Kita adalah milik Allah.
Selamanya milik Allah yang hakiki.
Dengan Nama Allah...
Telah lama dahulu.
Sejak sebelum engkau datang.
Dia telah terlebih dahulu datang kepadaku.
Menawarkan cinta sejati yang hakiki.
Telah lama sebelum engkau menunggu aku.
Dia telah lebih lama menanti aku,
Untuk kembali semula kepangkuan,
Menawarkan rasa yang lebih tenang & bahagia.
Meletakkan harapan & sandaran kepada dunia,
Tidak lain hanya membuka peluang untuk dikecewakan.
Kerana itu.. sandaran aku hanyalah kepadaNya.
Kerana Dia takkan sesekali mengecewakan aku..
Kerana hanya Dia saja yang setia mencintai aku..
Sungguh,
Aku melakukan semua ini.
Hanyalah kerana Dia.
Kerana sesungguhnya aku ini adalah untuk Allah.
Milik Dia, & akan kembali semula kepadaNya.
Kerana sesungguhnya aku ini adalah untuk Allah.
Milik Dia, & akan kembali semula kepadaNya.
Aku sungguh takut,
Kiranya aku tersasar jauh dari rahmatNya.
Seperti dahulu,
Hidup tergapai mencari cahaya petunjuk,
Dahan yang ampuh untuk berpaut.
Kala itu….
Bukanlah mata aku yang buta.
Bahkan hati akulah yang gagal terlihat cahaya cinta.
Kerana telah mabuk akan wahn dunia.
Pernah ku beri hati kepada dunia..
Dunia menipu, mempersenda & mempergunakanku..
Pernah kuberi hatiku kepada manusia,
Manusia juga memperguna, mempersenda & menghancurkanku..
Dan bila aku membuka hatiku untuk Dia,
Bila aku serahkan hatiku kepada Dia..
Dia menjagaku, memeliharaku, mencintaiku & melindungiku...
Subhanallah..
Betapa pengasihnya pemilik hatiku itu..
Waktu aku tenggelam dalam lautan kejahilan,
Tercari arah tanda meneruskan kehidupan,
Dialah yang menghulurkan tali untuk berpaut.
Menyelamatkan aku..
Mengasihi aku..
Memberikan aku sebenar erti hidup..
MasyaAllah..
Sungguh.. mana hendak ku cari kekasih yang sehebat Dia..
MasyaAllah..
Sungguh.. mana hendak ku cari kekasih yang sehebat Dia..
Kala aku sedih.
Dialah yang menggembirakanku.
Kala aku sempit,
Dialah yang melapangkan aku.
Kala aku sakit,
Dialah yang menyembuhkan aku.
Kala aku sukar,
Dialah yang menyenangkan aku.
Kala aku kekurangan,
Dialah yang mencukupkan aku.
Subhanallah..
Sungguh…
Dia telah membuat aku terjatuh.
Terjatuh cinta berkali-kali.
Membuat aku tak mampu hidup tanpaNya.
Membuatkan aku selalu merindu.
Tanpa terlepas walau sedetik.
Dia tidak memerlukan aku..
Tetapi aku rapuh tanpa sedetik cintaNya..
MasyaAllah... hebatnya pemilik hatiku ini..
Tetapi aku rapuh tanpa sedetik cintaNya..
MasyaAllah... hebatnya pemilik hatiku ini..
Tidak lama dahulu,
Suatu ujian hidup telah mencarik luka yang amat dalam
bagi hati ini.
Amat dalam hingga aku menjadi takut berdepan dengan
hidup.
Namun sekali lagi,
Dialah yang merawat semua kelukaan & kepedihan
itu.
Lantas menyelamatkan aku dari terus tenggelam dalam
perasaanku sendiri.
Sedangkan akulah yang telah menzalimi diriku sendiri..
Aku yang penakut ini.
Aku yang pengecut ini.
Mana mungkin aku mampu menelah hari esok.
Mana mungkin mampu aku menerus hidup ini.
Membuka kembali pintu hati yang pernah retak seribu.
Menyatu kembali serpihan hati yang pernah sehancur debu.
Kalau bukan kerana Dia yang menyembuhkan aku.
Dia Yang Pengasih itu..
Mengizinkan engkau hadir ke dalam hidup.
Maha suci atasNya..
Maha suci atasNya..
Engkaukah penawar itu….?
Dengan izinNya, boleh jadi bukan.
Dengan izinNya, boleh jadi iya..
Walau masih takut.
Walau masih sangat takut.
Walau masih terlalu takut....
Takut akan diperguna.
Takut akan dipersenda.
Takut akan dipersia.
Takut akan dikecewa.
Jujur.. aku sungguh takut....
Takut akan diperguna.
Takut akan dipersenda.
Takut akan dipersia.
Takut akan dikecewa.
Jujur.. aku sungguh takut....
Tetapi kerana aku percaya Dia.
Maka aku cuba belajar untuk percaya.
Kerana aku yakin Dia,
Maka aku cuba belajar untuk yakin.
Kerana aku cinta Dia,
Maka aku cuba belajar untuk menerima & mencuba.
Hati aku, Dia yang pegang..
Hati engkau, juga Dia yang pegang..
Marilah bersama merapatiNya..
Mudah-mudahan dengan cara itu.. kita akan menemui bahagia yang dicari..
Marilah memperbaik hubungan hati denganNya..
Mudah-mudahan dengan cara itu.. kita akan menemui cinta yang dinanti..
Usah mendekati manusia untuk meraih cintanya.
Raihlah cinta Allah untuk memiliki cinta manusia yang mencintaiNya..
Usah berharap kepada manusia untuk meraih bahagia..
Raihlah cinta Allah untuk memiliki cinta manusia yang mencintaimu keranaNya..
Kerana telahku serahkan hidupku, matiku, solatku & ibadahku.. hanya untuk Dia..
Hati aku, Dia yang pegang..
Hati engkau, juga Dia yang pegang..
Marilah bersama merapatiNya..
Mudah-mudahan dengan cara itu.. kita akan menemui bahagia yang dicari..
Marilah memperbaik hubungan hati denganNya..
Mudah-mudahan dengan cara itu.. kita akan menemui cinta yang dinanti..
Usah mendekati manusia untuk meraih cintanya.
Raihlah cinta Allah untuk memiliki cinta manusia yang mencintaiNya..
Usah berharap kepada manusia untuk meraih bahagia..
Raihlah cinta Allah untuk memiliki cinta manusia yang mencintaimu keranaNya..
Kerana telahku serahkan hidupku, matiku, solatku & ibadahku.. hanya untuk Dia..
Kerana hanya kepada Dia... Aku serah & sandarkan segalanya…
Sungguh.
Kerana aku ini adalah untuk Allah & akan dikembalikan semula kepadaNya.. moga Allah meredhaiku.
Sungguh.
Kerana aku ini adalah untuk Allah & akan dikembalikan semula kepadaNya.. moga Allah meredhaiku.
Hasbi Robbi Jalallah.
Ma fi qolbi ghoirullah.
06072013
1129----------------
p/s: Tinggal 18 hari lagi.
Labels:
catatan hati,
cinta,
hiba,
puisi
Subscribe to:
Posts (Atom)







