Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Saturday, August 1, 2009

Siapa KHADIJAH di hati RASULULLAH saw?


Salam warahmatullah
...
Izinkan untukku mulakan taipan ini dengan kalam agung;
Bismillahirrahmanirrahim...


Hari ini aku diberi kesempatan oleh Allah untuk mengemas bilik. Dan aku sempat jua mengemas kotak bukuku yang 'seal'nya sudah terbuka. Lalu, Allah membukakan pintu hatiku untuk mengemas kotak itu.

Di dalamnya kuletakkan koleksi majalah kesayanganku, ANIS: pedoman wanita solehah. Lantas, mataku tertancap pada ANIS keluaran MAC 09, Nora sebagai 'cover'nya. Hatiku tergerak untuk membuka majalah itu.

Langsung mataku tertancap pada bait-bait kata tulisan di catatan bahagian editor.

Siapa Khadijah di hati Rasulullah?

Aku terdiam sesaat dua.
Ya, siapakah Khadijah di hati Rasulullah?
Siti Khadijah ialah isteri kesayangan Rasulullah saw...
Apakah yang membuatkan Rasulullah saw amat cinta pada isterinya itu?

Marilah kita sama-sama meneliti ruangan ini.
Mari kita semak, apakah faktor yang menjadikan Khadijah begitu istimewa di hati Rasulullah saw...


Sayidatina Khadijah ra mempunyai kedudukan di hati Rasulullah saw. Sehingga baginda ada bersabda:

"
Sebaik-baik wanita ialah Maryam binti 'Imran dan Khadijah binti Khuwailid." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nama Sayidatina Khadijah sering baginda sebut-sebut walaupun setelah isteri kesayangan baginda itu meninggal dunia. Hal ini dicemburui oleh Sayidatina Aisyah ra; sebagaimana pengakuannya:

"Aku tidak pernah cemburu terhadap salah seorang daripada isteri Nabi saw sebagaimana cemburuku terhadap Khadijah. Aku tidak pernah melihatnya. Tapi Nabi saw sering menyebut-nyebut namanya. Kadang-kadang baginda menyembelih kambing, lalu memotongnya menjadi bebrapa bahagian lalu mengirimkannya kepada kawan2 Khadijah. Terkadang aku berkata kepada baginda: "Seolah-olah di dunia ini tiada wanita lain selain Khadijah."

Dan Rasulullah saw menjawab;
"Sesungguhnya Khadijah itu seorang wanita yang utama, bijaksana dan darinya aku dikurniakan anak." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam versi lain Rasulullah saw berkata;
"Khadijah beriman ketika orang2 kafir kepadaku, dia membenarkanku ketika orang2 mendustakanku dan dia membantuku dengan hartanya ketika orang2 memulaukanku." (Riwayat Ahmad)



Memang sukar untuk memperincikan sumbangan Sayidatina Khadijah ra kepada Rasulullah saw sehingga wafatnya, kisah hidupnya penuh dengan pengorbanan. Ketika Nabi saw menyatakan keresahan didatangi Jibril, sifat keibuan yang tinggi dan isteri yang penyayang Sayidatina Khadijah ra yang dapat menenangkan Nabi saw.

Ketika Rasulullah saw berdakwah, beliau pula menjadi pembantu perjuangan. Sayidatina Khadijah ra bukan sahaja sanggup memberikan sokongan moral tetapi juga mengeluarkan harta untuk jihad dan perbelanjaan umum. Malah, kekuatan Islam pada peringkat awal digerakkan oleh dana yang disumbangkan oleh beliau. Rasulullah saw dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada dakwah kerana sokongan sumber kewangan Sayidatina Khadijah ra.



Untuk mendapat cinta Rasulullah saw, maka contohilah cinta dan pengorbanan Sayidatina Khadijah ra kepada baginda.
Cinta Nabi kepada Ummul Mukminin berakhlak agung ini bukanlah pada kecantikan paras rupa. Tetapi cinta sejati berasaskan pada kesetiaan Sayidatina Khadijah ra, pengorbanannya, kesabarannya, perlindungan, dan pembelaannya serta zuriat yang pernah dikandungkannya.


Marilah kita cemburu sebagaimana kecemburuan Sayidatina Aisyah ra kepada Siti Khadijah. Cemburu Aisyah bukan cemburu buta mengikut nafsu melulu. Tetapi cemburu untuk mencontohi jejak langkah wanita kesayangan Rasulullah saw itu. Kecumburuan itulah yang akhirnya memacu Aisyah ra berazam kuat untuk mengikut jejak langkah Sayidatina Khadijah ra hingga berjaya merebut cinta agung Rasulullah saw.

Tidak rugi berbuat demikian, kerana wanita solehah akan mendapat dua cinta sekaligus. Iaitu balasan cinta daripada suami dan juga cinta Rasulullah saw...


p/s: bunga2 itu lambang indah dan wanginya nama Sayidatina Khadijah ra pada ingatan penghuni bumi, dan namanya juga menjadi bualan para penghuni langit...



9 comments:

  1. Salam ziarah.. nice artikel.. dah lama saya tak baca sirah2 islam ni.. teruskan perjuangan.. sy add link blog ni ya.. salam ukhwah dari saya.. (^__^)

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..singgah sekejap..;)
    thanks for info sharing..(^_^)

    p/s: apa lagu background nih yer?
    best..:)

    ReplyDelete
  3. Moga syauqatul wardah memiliki keperibadian ummul mukminin ini..:)
    thanks 4 sharing sis..:)

    ReplyDelete
  4. salam ziarah dari kami MUSLIMDAIRYZ.

    ReplyDelete
  5. salam..terima kasih ziarah..orang PD ke? saya kat msia ni..hu3..ps: blog best!

    ReplyDelete
  6. salam ziarah kembali....

    :D

    thanks for the nice articel...

    suke2...


    :)

    saya add blog nie dlm list saya..

    follow pun dah..

    :D

    ReplyDelete
  7. salam kak.syukran sbb sudi jadi follower..^_^..so akak sekarang bekerja la ye? ni ym sy..su_aqua89@yahoo.com
    nnt blh borak2,bincang mslh umat.insyaAllah..take care kak:)

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."