Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Saturday, August 29, 2009
Berbicara Tentang HATI
Bismillahirrahmanirahim...
Syeikh Ibnu 'Atoillah al Sakandari RA menyebutkan di dalam kitabnya Bahjat Al Nufus bahawa HATI adalah sebuah pohon. Bilamana ia disiram dengan air ketaatan maka buahnya akan nampak dengan jelas.
Sementara itu apabila hati menjadi kering kerana tidak disiram dengan air ketaatan, maka buahnya akan gugur dan manfaatnya turut menghilang.
Syeikh Ibnu 'Atoillah al Sakandari RA berkata lagi,
"Jika engkau hendak membersihkan dan membuat hatimu kembali menjadi putih serta mengangkat karat yang melekat padanya,
Sebenarnya hati dan anggota tubuh badan manusia itu ada hubung kaitnya. Anggota badan manusia ibarat saluran air yang mengalir menuju ke hati dan menumpahkan airnya di sana. Maka, perlu diingat bahawa kita harus menjauhkannya dari barang2 yang kotor yang dapat merubahnya dari air yang jernih kepada najis.
Hati baru akan bersinar dan bercahaya dengan makan makanan yang halal, selalu berzikir, dan membaca Al-Quran dengan difahami maknanya. Demikian juga melazimi duduk bersama para ulama dan org2 mukmin yang memelihara diri dari yang terlarang dan makruh serta berasa takut untuk melakukan maksiat.
Peliharalah cahaya hati. Janganlah membuka tatapan mata kecuali untuk menambah ilmu dan hikmah. Siapa yang ingin melihat kepada pelbagai macam hati, hendaklah dia melihat kepada pelbagai jenis rumah di daerahnya. Ada rumah yang sudah rosak dan menjadi kotoran sampah. Ada rumah yang tidak bercahaya, lalu gelap gelita. Ada rumah yang menjadi tempat berkicaunya burung gagak dan hantu. Dan ada pula rumah yang ramai penghuninya, menyebarkan haruman wangi-wangian dan bunga2 serta disinari bintang begemerlapan.
Bila hati itu bebas daripada segala penyakit nafsu dan syahwat, beerti hamba itu telah memperolehi takwa.
Ingatlah, sesiapa yang memperlakukan hatinya seperti petani yang rajin memperlakukan tanahnya, hatinya akan bersinar dengan cahaya iman dan hikmah...
p/s Semoga ramadhan kali ini akan lebih bermakna dari sebelumnya, dapat kita menyucikan hati dengan berlumba2 mencari redhaNya. InsyaAllah..
Mata akan membuahkan penjagaan. Telinga akan membuahkan perhatian terhadap Al-Quran dan ilmu. Lidah pula akan membuahkan zikir dan ucapan yang baik. Kedua tangan dan kaki pula akan membuahkan amal-amal kebajikan, taat serta sikap mahu membantu orang.
Sementara itu apabila hati menjadi kering kerana tidak disiram dengan air ketaatan, maka buahnya akan gugur dan manfaatnya turut menghilang.
Rasulullah saw bersabda;
"Hati manusia lebih bergolak daripada kuali yang sedang mendidih di atas api."
Betapa banyak orang mukmin yang hatinya kadang-kadang menyatu dengan Allah tetapi sebentar kemudian berpisah. Betapa banyak ahli ibadah yang menghabiskan malamnya dengan Allah, tetapi ketika matahari menyinsing, dia jadi lupa padaNya. Oleh kerana itu,"Hati manusia lebih bergolak daripada kuali yang sedang mendidih di atas api."
Rasulullah saw bersabda;
"Wahai Yang Membolak-balikkan hati dan pandangan. Teguhkanlah hatiku ini atas agama dan ketaatan padaMu."
"Wahai Yang Membolak-balikkan hati dan pandangan. Teguhkanlah hatiku ini atas agama dan ketaatan padaMu."
Syeikh Ibnu 'Atoillah al Sakandari RA berkata lagi,
"Jika engkau hendak membersihkan dan membuat hatimu kembali menjadi putih serta mengangkat karat yang melekat padanya,
maka hendaklah engkau melakukan 4 perkara iaitu;
1) Banyak berzikir dan membaca Al-Quran2) Selalu berdiam dan sedikit berbicara3) Menyendiri untuk bermunajat kepada Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui4) Sedikit makan dan minum.
Sebaliknya, ada 4 perkara yang dapat mematikan hati iaitu;1) Duduk bersama orang kaya2) Berbicara dengan wanita yang bukan mahram3) Jarang berzikir4) Banyak makan.
Sebenarnya hati dan anggota tubuh badan manusia itu ada hubung kaitnya. Anggota badan manusia ibarat saluran air yang mengalir menuju ke hati dan menumpahkan airnya di sana. Maka, perlu diingat bahawa kita harus menjauhkannya dari barang2 yang kotor yang dapat merubahnya dari air yang jernih kepada najis.
Oleh itu, janganlah kita menyiram hati kita dengan perbuatan yang hina seperti mengumpat, membuat fitnah, berkata kotor, mendengar yang terlarang, melihat perkara yang tidak halal, makan makanan yang haram, dan sejenisnya. Ingatlah, bahawa hati yang tidak dikotori oleh sesuatu yang keluar darinya. Tetapi, ia dikotori oleh sesuatu yang masuk ke dalamnya.
Hati baru akan bersinar dan bercahaya dengan makan makanan yang halal, selalu berzikir, dan membaca Al-Quran dengan difahami maknanya. Demikian juga melazimi duduk bersama para ulama dan org2 mukmin yang memelihara diri dari yang terlarang dan makruh serta berasa takut untuk melakukan maksiat.
Peliharalah cahaya hati. Janganlah membuka tatapan mata kecuali untuk menambah ilmu dan hikmah. Siapa yang ingin melihat kepada pelbagai macam hati, hendaklah dia melihat kepada pelbagai jenis rumah di daerahnya. Ada rumah yang sudah rosak dan menjadi kotoran sampah. Ada rumah yang tidak bercahaya, lalu gelap gelita. Ada rumah yang menjadi tempat berkicaunya burung gagak dan hantu. Dan ada pula rumah yang ramai penghuninya, menyebarkan haruman wangi-wangian dan bunga2 serta disinari bintang begemerlapan.
Lalu perhatikanlah hati itu, sehingga benar2 mengetahui ke manakah ia sewaktu sedang solat, membaca Al-Quran, berzikir dan berkhalwat. Jika hati itu tidak hadir, maka tangisilah diri, taburilah kepala dengan tanah taubat, serta berdoalah pada Allah agar diberikan hati yang khusyu'. Ketahuilah bahawa orang yang hatinya sakit kerana maksiat dan nifak, dia tidak akan memakai baju ketakwaan.
Bila hati itu bebas daripada segala penyakit nafsu dan syahwat, beerti hamba itu telah memperolehi takwa.
Wahai para hamba Allah yang beriman!Agama merupakan modal hidup di dunia. Apabila hilang modal tersebut, sibukkanlah lisan itu dengan menyebutNya, hati dengan mencintaiNya, dan anggota badan dengan mengabdikan diri padaNya. Selain itu, bersikaplah tawaduk, temuilah para ulama' yang mengamalkan ilmunya, sampai benih datang, turunnya hujan, dan ia pun tumbuh.
Ingatlah, sesiapa yang memperlakukan hatinya seperti petani yang rajin memperlakukan tanahnya, hatinya akan bersinar dengan cahaya iman dan hikmah...
p/s Semoga ramadhan kali ini akan lebih bermakna dari sebelumnya, dapat kita menyucikan hati dengan berlumba2 mencari redhaNya. InsyaAllah..
Labels:
usrah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam..
ReplyDeletesatu prkongsian yg sangt berguna..
semoga ibadah ramdhan kali ne dpt melmbutkn hati kita utk trus mncri keredhaanNYA..
insyaALLAH..Amin
salam warahmatullah..
ReplyDeletesyukran atas komen..
insyaAllah..:)