Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Thursday, August 6, 2009
Jalan Yang Lurus Itu Bukan Milik Kita...
FirmanNya;"Begitulah Kami mewahyukan kamu Roh (Al-Quran) daripada perintah kami. Sebelumnya kamu tidak mengetahui apakah Al-kitab itu, dan tidak juga keimanan; tetapi Kami menjadikan Al-Quran itu cahaya, yang dengannya Kami tunjuki siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya Kami memberi petunjuk pada jalan yang lurus..." (Asy-Syura: 52)
Dikatakan, seseorang yang mendapat petunjuk itu sebenarnya telah mendapat segala-galanya di dalam kehidupan. Manakala, siapa yang gagal mendapat petunjuk sebenarnya gagal dalam segala-galanya. Benarkah kenyataan ini?
Jawapannya; benar. Apalah ertinya hidup tanpa petunjuk dan Hidayah dari Allah?
Mungkin ada yang tidak bersetuju denganku. Kalau Islam bukan pilihanmu, maka apakah pilihanmu?
Seronokkah hidup tanpa pegangan? Seronokkah hidup tanpa Tuhan? Bertemankan syaitan, berkiblatkan maksiat dan kemungkaran. Adakah zina, arak, hidup cara munafikin itu yang memberi makna bahagia? Jika benar, sampai bila keseronokan itu akan jadi kebahagiaan buatmu?
Hanya Allah sahaja yang mempunyai jawapannya. Dan memang hanya Allah saja y Maha Mengetahui dari setiap apa yang ditakdirkanNya, kita sebagai hamba perlulah sentiasa memohon kekuatan, serta petunjuk dariNya kerana bukan selamanya kita berada di bawah lembayung HidayahNya. Dan sesungguhnya, jalan yang lurus itu bukan milik kita.
Oleh itu, berhentilah berasa diri sendiri sudah cukup baik, beriman, soleh/solehah dan sebagainya kerana Hidayah Allah juga adalah hanya pinjaman dari Allah. Hidayah itu diberikan pada hamba-hambaNya yang terpilih sahaja. Hidayah itu hanya untuk orang-orang yang beruntung sahaja.
Maka, rendahkan hatimu serendah kedudukan pasir lautan dalam... dan ijtihadlah untuk menjaga keimanan dan hidayah Allah itu. Dan sedarlah, masih banyak perkara yang perlu kau pelajari, pelihara dan pulihara...
Dan janganlah kau melupakan sahabat2 dan saudara2mu yang masih dalam dunia kegelapannya. Doakanlah mereka, marilah kita saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Apakah kau tegar untuk masuk syurga seorang diri? Bukankah tidak lengkap keimanan seseorang itu jika dia rela membiarkan sahabat2 dan saudaranya kesesatan?
Menginsafi bahawa keselamatan kita, baik di dunia mahupun akhirat bergantung sepenuhnya kepada belas ehsan Allah, maka berdoalah dengan doa yang Tuhan empunya jalan yang lurus ini;
Semoga hati kita sentiasa tetap dalam jalan yang lurus ini... lurus, terus menuntun kita ke dalam syurgaNya, semoga dijauhkan kita dari kelalaian, kemungkaran, dan janganlah kita tergelincir dari landasan yang lurus dan benar ini, kerana inilah satu-satunya jalan yang membawa kita ke dalam rahmatNya...
Mungkin hari ini, kita hamba yang taat, umat yang soleh/solehah dan anak yang baik. Esok lusa? Mungkin kita adalah hamba, umat dan anak yang derhaka? Siapa kita untuk mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok? Bukan saja esok, sesaat y akan datang juga kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita...
Oleh itu, berhentilah berasa diri sendiri sudah cukup baik, beriman, soleh/solehah dan sebagainya kerana Hidayah Allah juga adalah hanya pinjaman dari Allah. Hidayah itu diberikan pada hamba-hambaNya yang terpilih sahaja. Hidayah itu hanya untuk orang-orang yang beruntung sahaja.
Maka, rendahkan hatimu serendah kedudukan pasir lautan dalam... dan ijtihadlah untuk menjaga keimanan dan hidayah Allah itu. Dan sedarlah, masih banyak perkara yang perlu kau pelajari, pelihara dan pulihara...
Dan janganlah kau melupakan sahabat2 dan saudara2mu yang masih dalam dunia kegelapannya. Doakanlah mereka, marilah kita saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Apakah kau tegar untuk masuk syurga seorang diri? Bukankah tidak lengkap keimanan seseorang itu jika dia rela membiarkan sahabat2 dan saudaranya kesesatan?
Firman Allah swt;"Iblis menjawab."Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, maka aku benar2 akan duduk (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus." (Al-A'raf:16)
Menginsafi bahawa keselamatan kita, baik di dunia mahupun akhirat bergantung sepenuhnya kepada belas ehsan Allah, maka berdoalah dengan doa yang Tuhan empunya jalan yang lurus ini;
Erti; "Wahai pemelihara kami, janganlah Engkau menyimpangkan hati kami setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan dari sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi." (Al-Imran:8).
Semoga hati kita sentiasa tetap dalam jalan yang lurus ini... lurus, terus menuntun kita ke dalam syurgaNya, semoga dijauhkan kita dari kelalaian, kemungkaran, dan janganlah kita tergelincir dari landasan yang lurus dan benar ini, kerana inilah satu-satunya jalan yang membawa kita ke dalam rahmatNya...
"Ya Allah,
nikmat yang paling besar yang Kau berikan pada kami
adalah nikmat iman dan islam.
Janganlah Kau tarik nikmat ini dari hati kami ya Allah...
Selamatkanlah kami dunia dan akhirat..."
Labels:
catatan perjalanan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum wbt..
ReplyDeleteBenarlah 'Jalan Yang Lurus Itu Bukan Milik Kita'..Semuanya hanya kembali kepada Allah..Bahkan hati ini dipunyai oleh Allah..Bila-bila masa sahaja akan dibolak balikkan olehNya..namun, pengharapan cukup tinggi, agar diri sentiasa punya iman..yang bisa menunjuki diri jalan yang Dia redhai..InsyaAllah Intan..sm2 kita saling ingat mengingati..:)
Sekadar pandangan, Kak farahfarhan
wa'alaikumussalam kak...
ReplyDeleteBenar, semuanya adalah milik Allah kan kak.
Maka, berpesan-pesanlah kita dengan kebenaran dan kesabaran. InsyaAllah.
thanks 4 the comment. :)