Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Saturday, July 11, 2009

Berikan Aku, seorang ASIAH YUSRA...




Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Tuhanku yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

2, 3 hari ni hati rasa tak sedap. Rasa runsing asyik mengganggu ketenangan hati, memesongkan sedikit konsentrasi. Asyik terbayangkan figura itu.


Aku asyik membayangkan bagaimana agaknya aku dalam tudung labuh?

Asal fikiran mulai melayang, tika itu jugalah imiginasiku turut terlayang. Lantas, hinggap kembali pada figura yang sama.
Berulang kali... berulang dan berulang...

Hinggalah persoalan yang dicetuskan oleh salah seorang sahabat rapatku, seakan mencetuskan akalku untuk menginterpretasikan sesuatu.

"Kau tak nak pakai tudung labuh?" soalnya selamba.
"...aku tengok kau ok je. Tutup semua. pakai stokin, handcover. Tudung pun ok. Just tudung kau je tak biggy." sambungnya lagi setelah aku diam.

Dup, dup... dup... MasyaAllah, aku rasa terpukul..

Selama ini, kusangkakan tiada yang perasan tentang penampilanku yang umpama bangunan masih dalam pembinaan itu. Belum siap sepenuhnya. 

Benar, aku juga mengaku, penampilanku memang masih belum sempurna. Hanya tinggal satu sahaja lagi. ~ aku masih belum bertudung labuh... ;(

Sesungguhnya, aku masih lagi dalam perjalanan untuk mencari diriku sendiri. Aku tidak mahu keraguan setelah mengambil keputusan untuk memakai tudung labuh. Aku tidak mahu hanya 'physical appearance' aku sahaja yang sempurna sedangkan hatiku masih banyak cacat celanya, imanku masih lagi bergoyang-goyang...

Dan sebenarnya, aku baru sahaja berhijrah dari kekhilafanku sedikit demi sedikit. Aku cuba menyembunyikan apa yang dahulunya pernah tersingkap. Sangkaku, ia sudah cukup bagi seorang 'beginner' seperti aku.

Penghijrahanku bermula pada penggal kedua 2008. Itupun setelah hatiku terbuka seluas-luasnya kerana kehadiran mimpi yang indah.

Di dalam mimpi itu, aku bertadarus Al-Quran dalam simpuhan dan memakai tudung labuh. Aku juga masih ingat warna tudung itu; putih. (Bukan mudah untuk aku mengingati partikel-partikel mimpi yang ku alami). Lebih dari 3 kali mimpi itu kualami. Lalu, kukongsikan bersama ibu.

Kata ibu; 'mungkin itu petunjuk dari Allah~untuk menuntunku ke arah cahayaNya (mengingatkanku pada surah An-Nur: 35). Alhamdulillah...'


Aku merasakan kehadiran petunjukNya hadir ke dalam hatiku. Sedikit demi sedikit melembutkan hatiku. Aku insaf... Allah masih sayangkan aku rupanya. Walhal, selama ini aku sering memungkiri janji kepadaNya~janji untuk menjadi hamba yang solehah dan taat kepadaNya.

Sejak keinsafan itu hadir, aku mulai berubah. Cuba untuk mendekatiNya. Lalu, aku mengambil keputusan untuk bermula dari bawah. Sedikit demi sedikit. Dengan harapan, perasaan ikhlas dan istiqamah itu akan berkubu teguh dalam hatiku.

Lagipula, niatku, aku mahu memperbaiki peribadi, dan ibadahku dahulu. Tiada guna rasanya jika penampilan luaran sahaja yang baik dan menutup aurat sedangkan hati berkarat... Aku tidak mahu kerana aku, imej wanita muslimah bertudung labuh tercalar. Aku tidak mahu..

Aku tidak mahu menjadi fitnah kepada golongan hiasan dunia itu...

Aku tidak mahu berubah terlalu drastik. Dari seorang gadis yang suka memakai seluar jeans, tudung yang tidak begitu sempurna menutupi apa yang sepatutnya, dan bersandal terjulur jari kaki kepada gadis bertutup litup dengan sempurna. Pasti terkejut ahli familiku nanti jika aku tiba2 menukar gaya sebegitu.

~Wah! Sejak bila jadi ustazah pula ni?? (Pakai tudung masa sidai baju pun orang dah pandang lain macam...)


Lalu, aku cuba untuk mengurangkan budaya-budaya 'lagho' dan melalaikan. Aku berusaha membeli dan membaca buku-buku ilmiah yang boleh mendorong penghijrahanku. Aku juga ijtihad untuk mendapatkan khusyu' dalam solatku. Kerana kata ayah, kunci utama untuk dekat dengan Allah ialah dengan khusyu' dalam solat.

Aku juga masih ingat, aku mula memakai stoking dan handcover untuk menyempurnakan usahaku untuk menutup auratku. (~hasil dorongan adik kesayanganku; Nurul Izzati Liyana- Thanks, Ta! You inspire me a lot!)

Aku kuatkan hati untuk memakai stoking, handcover (Agak sukar bagi seorang yang suka memakai jeans, casual sandal dan suka memakai t-shirt seperti aku untuk membiasakannya pada mulanya).

Akhirnya, lama-kelamaan, aku rasa semakin yakin dengan penampilanku ini. Walau masih belum cukup sempurna sebagaimana selayaknya... Tak mengapa, usaha yang berterusan itu pasti akan membuahkan hasil. InsyaAllah!

Alhamdulillah... usaha kecil tersebut telah melunakkan hati sedikit demi sedikit. Aku akan rasa lain macam jika tudungku tak sempurna, kakiku tak berstokin serta tanganku tidak bertutup. Aku rasa seperti ada 'sesuatu' yang sedang memerhatikan dosa-dosaku itu. Aku jadi takut untuk berbuat jahat...


Namun, dalam perjalanan yang penuh onak duri itu, aku rasa sepi... kerana aku terasa aku keseorangan. Aku bukan seperti Layyinul Harrir, Cristine (Muslimah) dan Baz yang mendapat nasihat dan bimbingan dari sahabat yang solehah seperti Asiah Yusra (Tautan Hati- Fatimah Syarha).

Aku keseorangan. Tiada teman yang sama-sama mahu berkongsi ilmu agama, untuk bermuhasabah diri. Aku tiada ruang untuk berusrah atau berhalaqoh untuk meluahkan semua persoalan yang terbuku di benakku. Aku tiada sahabat rapat yang bertudung labuh, walau seorang! Lantas, bagaimana dapatku lontarkan perasaanku yang bercampur baur ini?

Oh Tuhanku!
Aku amat sayangkan hidayahMu...
Malah, kerana sayangku padaMu,
aku sanggup bertatih untuk menyusuri cahaya yang Kau sinarkan padaku.
Walau tanpa sebarang pimpinan untuk mengelakkanku tersadung dalam kegelapan...

Ya Allah... berikanlah aku sahabat yang solehah,
yang hatinya penuh dengan cinta kepadaMu,
yang bibirnya sering berzikir menyebut namaMu,
yang pancainderanya terpelihara dari segala bentuk zina.

Ya Rahman, Ya Rahim,
Berilah aku sahabat yang bisa menjadi jalan untukku bertambah cinta padaMu...
Supaya cintaku juga bisa bertambah teguh padaMu.
Supaya peganganku pada tali agamaMu juga bertambah kukuh...
Berikan aku Asiah Yusra...
Seorang juga sudah cukup...

Untuk menyempurnakan langkah ini... 
untuk menyempurnakan cinta ini... 
untuk menyempurnakan iman ini...

Kerana aku hanyalah seorang hamba yang lemah.. & kebuntuan..



p/s: Catatan ini ditulis di dalam diari peribadi pada November 2008.

15 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Alhamdulillah..anti sungguh beruntung kerana dibukakan hati untuk mengenal Allah dgn lebih dekat..
    X dinafikan..semua orang nk kawan seperti Asiah Yusra..
    xmengapa,jgn peduli ape org lain nk kate..
    Islam dtg secara asing, dan akan pergi pun secara terasing..
    Islam tidak menuntut kepada kehidupan norma masyarakat biasa...ianya terasing..
    biarlah kita terasing..
    asalkan...kita x terlepas dr rahmat Allah..
    nk tny satu soklan leh??
    anti USM mane ek?

    ReplyDelete
  2. Allhamdullillah...
    sama-samalah kita menjaga hidayah yg Allah telah berikan...
    ana juga mcm enti jugak dlu...
    hati ana terbuka pd thn lpas juga, akhir thn..
    tudung labuh ya?ana alhamdulillah pkai tdung yg melepasi paras dada..apa kata enti cuba b'jinak pkai tdung bidang 50@55..tpi lbh bsar, lbh bagus..bidang 60 :) start with this kind of tdung, bidang 60 besar+labuh taw :) then, bila rasa da selesa, kmu leh pkai tdung labuh, insyaAllah :) ana msih lg mencari dan m'dalami ilmu Allah, jadi sama2lah kita mencari keredhaan Illahi...

    ReplyDelete
  3. ~salam alaik...

    ~better late than never...

    ~sedikit tp berterusan itu lebih disukai Allah. mari lakukannya perlahan-lahan... :)

    ~nk join usrah on9? sila kontek sy. add ym. twin89_gja@yahoo.com

    ~ukhti2 yg lain, kalau berminat, bule kontek sy juga ye.. :)

    ~insyaAllah, selagi kite seFIKRAH(satu fikiran yg sama), selagi itu kita masih ade sahabat spt Asiah Yusra---> teruskan berblog, enti akan jumpa mereka secara 'maya'... :)

    ~gudluck, sahabat...

    ReplyDelete
  4. salam...jazakillah khairan kerana sudi berkongsi..

    masyaAllah, saya berada dlm dilema yg sama spt anda...

    saya masih berjinak2 dgn tudung labuh...

    terasa sgt...diri ni masih tak sempurna dan byk perlu dibaiki...layakkah diri ni memakai tudung labuh??

    tapi Alhamdulillah, setelah membaca blog anda saya mendapat semangat baru...

    kita harus berhijrah ke arah yg lebih baik utk mendekatkan diri dgn Allah...

    jgn duduk di takuk yg sama lama2..

    di kala Allah menyapa dgn hidayahNya..membuka pintu hati kita utk berhijrah ke arah yg lebih baik...genggam hidayah itu sebelum ia pergi..

    kerana kita tdk tahu bila lagi hidayah itu akan singgah kembali...

    ReplyDelete
  5. syauqah2.
    kamu 'lebih' dari apa yang saya jangka.
    lihat..
    kamu tidak sendiri.ada sahabat yang prihatin mula mendekati, mendampingi kamu.

    dulu saya juga ada 'rasa' sepi seperti kamu.rasa sendirian dalam perjuangan.teresak-esak dalam rintihan.tapi yakinilah, Tuhan adalah sahabat terbaik.pembimbing terbaik.bila sudah dapat Tuhan, kita akan sentiasa rasa cukup dalam bersahabat.

    saya juga sehingga kini tidak punya sahabat bertudung labuh :) Tuhan ada.Tuhan akan cukupkan kertidakberdayaan kamu.percayalah.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah...

    thanks sahabat2 semua atas komennya..
    Doakan saya terus istiqamah ya? tq.
    ukhuwahfillah abadan abada.. :)

    ReplyDelete
  7. tahniah ya ukhti.. anti beruntung diberikan hidayah. terus istiqamah dalam perjuangan..

    ReplyDelete
  8. syukran jazilan atas komen sahabat dan sahabiah semua..

    ana dah memilih jalan ini.. dan ana akan terus menguatkan hati utk terus berada dlm jalan ini.. jalan yg benar, jalan yang lurus, jalan yg menemukan ana pada redhaNya..

    Alhamdulillah, 'bangunan' ana dah siap.. :) tak ada lompong lagi..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..walau terlambat utk ana mengucapkn tahniah buat ukhti krna berjya utk mengubah diri dri baik kpd lbh baik..cerita ukhti lbh kurang mcm crita ana..crita pnghijrahan ana...skg ini,ana msh lagi bertatih utk mengubah diri ana..wlaupun ana sudh bertudung labuh tp ana masih lg bru dlm dunia jilbab labuh ini...Allah tlh hadirkan ana Asiah Yusra..bkn seorg ttp ramai sgt Asiah Yusra yg sudi bimbing ana...

    doakan ana,smga istiqamah selalu..brda dlm keredhaan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam..

      Subhanallah. Ada juga yg sudi baca lagi catatan lama saya ni.. :')

      Alhamdulillah.. seperti enti.. sy pun bertemu dengan ramai 'Asiah Yusra', elya khadijah & yg lain2 sewaktu menyertai usrah di menara ilmu USM tercinta selepas catatan ini ditulis. Alhamdulillah. :)

      Jika sudi, baca kesinambungan kisah ini dalam catatan penuh di sini : http://syauqahwardah1209.blogspot.com/2012/12/kisah-hijrah-seorang-syauqah.html

      syukran atas kunjungan.
      Moga Allah selalu memelihara keimanan kita. amiin. :)

      Delete
  10. hihihi...sb ana bru terjumpa blog ukhti slps dok usha blog2 org..hihihi..tu yg terbce..hihi

    betul3...ana jupa semua watak yg ad dlm novel 'tautan hati' dlm dunia realiti ana skg nie...ana rsa bersyukur bila ana dpt mlnjutkn pljrn ke UniSZA,wlaupn pd mula berat aty ana utk smbung...upenye ad hikmah di sebalik kjdian tu...

    ana sudah bce entry ukhti yg tjuk kisah hijrah seorg syauqah..sblm ana membwa entry ini..xsmpt nk kongsi kisah ana dkt komen entry sne sb line intrnt k.o..hihi

    mmg kisah ukhti sma dgn kisah ana...wlaupun situasi yg berlainan...ana jgk baca novel tautan hati,hasil karya Ustazah Fatimah Syarha...tulisan yg amat membuaikn..amat mnyedarkn ana..betapa indahnya seorg wanita menjd wanita muslimah...

    afwan...ukhti blh kunjungi jgk blok ana...walaupun x brp menarik..hihi http://ainuladam91.blogspot.com/

    amin...in sha Allah...jika ana ad kesemptn tok menaip,ana akan tulis kisah pghijrhan ana dkt ana pnyr blog...skdr buat renungan n bimbingan buat saudari2 kita yg ingin berubh bersama2 dgn kita...hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 ukhti... segala apa yg Allah takdirkan utk kita pasti punya hikmah yg tersirat, penuh kebaikan utk kita hambaNya yg lemah ini..

      sy pn suka 'Tautan Hati'.. novel tarbiyyah pertama yg Allah jadikan perantara utk mengetuk pintu hati ini kembali mendekatkan diri kepadaNya..

      sekarang ni pun masih dlm proses pembaikan diri.. hari2 mahu berazam & berusaha jd hambaNya yg lebih baik, insyaAllah.

      p/s: sy dah pun ziarah & follow blog enti.. Alhamdulillah.. pengisiannya bagus. I'm lokking 4ward to read about your story soon, insyaAllah.

      Robbuna yusahhil. :)

      Delete
  11. betul tu...
    novel tautan hati jg novel tarbiyyah sy yg pertma sy baca....
    novel tu jgk yg bwk sy kesedaran ttg seseorg wanita...

    sy jgk skg sdg mentarbiyyahkn diri sy tok jd yg terbaik...walaupun xsepenuhnye,ckplah skdr yg termampu shja...

    syukran jazilan ya ukhti...
    sy harap,kita blh berteman walaupun dlm alam maya ini...
    blh la kita berkongsi sdkt ilmu utk membaiki diri kita...

    ReplyDelete
  12. betul2..hikmah yg Allah berikan sgt indah rupanya..walaupun pd mulanya ia amat berat utk kita...

    sama la kita...tu novel tarbiyyah yg pertama sy baca...kita nie mcm ad chemistry gtu...hihihi...
    betul2..dgn baca novel nie,bru sy sdr,betapa indahnya menutup aurat dgn sempurna..walaupun slma nie sy ttp aurat tp xsesempurna dlm cerita nie....

    amin..in shaa Allah..sy pun skg nie masih lagi mencari ilmu utk membimbing sy ke arah kebaikan...dan berharap sgt,dpt mengajak kwn2 sy yg lain tok berhijrah bersma2...

    syukran jazilan ya ukhti... ;)

    sy harap,kita boleh berteman,wlaupun hnye kwn di alam maya sje..dpt la,kita berkongsi sdkt ilmu... ;)

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."