Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Thursday, April 8, 2010

Tahajud Cinta.


Salam warahmatullah.

Pertamanya, entri ini kutulis sbg peringatan buat diriku khususnya. Keduanya baru kutujukan kepada kalian pembaca yang budiman. Demi masa, sungguh manusia itu berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dgn kebenaran & kesabaran. Moga beroleh manfaat yang besar buatmu.

Entri ini sepatutnya ditulis sebelum pulang ke negeri 9 minggu lepas, namun tidak sempat. Namun, Alhamdulillah, dalam kesemputan nafas mengejar masa yang sempit, akhirnya dapat jua ku berkongsi di sini.

Seperti yang diluahkan seseorang kepadaku;

Aku berkira-kira, sepanjang 3 minggu berada di kampus uni, rasanya hanya beberapa kerat hari saja aku lunch dgn nasi campur. Selebihnya, tak, paling tepat, majoritinya menu kegemaran aku adalah soto ayam kafe bakti.

Tiap-tiap hari makan pun tak rasa jemu. Walau kedudukan bilik aku agak jauh dari kafe tersebut, aku sanggup. Redah arus jalan raya, mendaki bukit demi semangkuk soto ayam. :) Sampaikan makcik kaunter tu pun dah kenal dgn muka aku. Peliknya, aku tak rasa jemu, walhal bertambah suka dgn menu tersebut sampaikan rasa tak lalu nak makan nasi campur.

Paling kelakar, kawan aku pernah mengusik aku sebagai penagih. Ya, penagih soto ayam. Bukankah tengahari sepatutnya makan nasi? Mana kenyang makan soto?

Walau normalnya memang patut makan nasi, tapi aku tetap memilih soto sbg menu lunch. Pedulikan org lain, yang penting aku rasa seronok bila mangkuk licin daripada membazir.

Dalam pada kulihat kuah sup yang sudah kering, hatiku sempat bermonolog. Aku selalu menunaikan kehendak selera makanku. Bagaimana dengan santapan jiwaku?

Apakah aku sudah menunaikan kehendak jiwaku yang dahagakan keseronokan ibadah yang boleh membuatkan aku jadi penagih? Ibadah yang apabila aku tinggalkan akan membuahkan rasa rindu & rasa tidak tenang dalam jiwaku.

Aku merasakan ada yang tidak cukup dengan rutin seharianku. Masih tidak cukup hanya dengan solat 5 waktu, tadarus & tadabbur Quran Tafsirku. Aku merasa masih ada yang tidak sempurna. Sama rasanya seperti sehari tanpa soto ayam kegemaranku.

Lama masanya aku memuhasabahkan diri untuk mencari sebuah jawapan bagi semua persoalan jiwaku.

Dan akhirnya aku tahu jawapannya.

Jiwaku menginginkan sesuatu. Ya, sesuatu. Aku mahu menjadi bukan sekadar muslimah. Tetapi mukminah sejati. Kerapku baca dalam tafsir, seruan Allah pada manusia. Kebiasaannya Dia akan menyeru;

"Wahai manusia yang beriman!, wahai orang2 yang beriman!, wanita yang beriman, lelaki yang beriman."

Aku bukan mahu sekadar Islam pada nama. Aku mahu benar2 menjadi Islam. Aku benar2 mahu merasai kemanisan iman & cinta Ilahi kerana hanya dgn cintaNya dpt kutepis cinta semu dari dunia yang fana ini.

Aku mahu dekat padaNya. Aku mahu melihat wajahNya di akhirat kelak. Aku mahu jadi hambaNya yang dicintaiNya.

Lantas, aku merasakan, ibadahku masih belum cukup untukku merealisasikan azam & harapanku. Ya, aku perlu melipatgandakan amalanku. Amalan yang boleh meraih redha, rahmat & cintaNya.

Kuselak helaian sejarah kekuatan para mujahid & serikandi agung Islam. Ku untai rahsia kekuatan iman & pegangan mereka. Dan akhirnya kutemui jawapannya.

Baginda sultan Al-fateh dan tentera-tentera baginda ingin menunaikan solat Jumaat kali pertama di Konstantinople selepas menumpaskan Angkatan tentera Byzantine. Timbul pertanyaan di kalangan mereka siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda kemudiannya memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan:
"Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya,
"Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertitah,
"Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri!

Subhanallah! Betapa hebatnya penangan Tahajud! Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh.

Sememangnya, ada satu waktu yang amat ajaib dalam kehidupan kita; waktu pilihan Tuhan untuk bertemu dengan hamba-hambaNya. Waktu itu, sekiranya ada manusia yang bangun, membersihkan diri & sujud kepada Maha Pencipta, sesungguhnya, martabatnya telah diangkat lebih tinggi berbanding manusia lain.

Firman Allah;
"Dan dari sebahagian malam, hendaklah engkau bangun (tahajud), sebagai amalan tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu mengangkat (darjatmu) ke tempat yang terpuji." [Al-Isra': 79].

Misalnya, dalam sebuah keluarga, ibubapa akan menyayangi anak-anak mereka secara adil. Tetapi, antara anak yang degil, pemalas, suka meminta-minta dengan anak yang baik & menyenangkan hati ibubapanya, manakah yang meraih tempat lebih dekat di hati ibubapa mereka? Percayalah, anak yang lebih ringan tulang & suka berbakti dengan ikhlas akan lebih disayangi berbanding anak-anak yang lain.

Begitulah jua hubungan antara manusia & Penciptanya. Allah mensyariatkan hal yang wajib bagi hambaNya utk dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Namun, Allah juga membuka seluas-luasnya peluang bagi hamba-hambaNya yang memperbanyakkan amalan sunat sebagai jalan untuk mendekatkan diri padaNya.

Ketahuilah.. kehidupan ini panjang jalannya, maka haruslah kita banyak berjalan malam untuk cepat sampai ke penghujungnya. Orang yang tidak meninggalkan ibadah yang wajib & memperbanyakkan ibadah sunat pasti duduknya takkan sama dengan orang lain di sisi Allah SWT.

Kelebihannya akan menyerlah keberkatan dalam hidup, sifat mahmudah menghiasi dirinya & kata-katanya senang sampai ke dalam hati manusia yang mendengarnya; sebagaimana terbukti bagi para nabi, para sahabat, para solehin, para tabiin & seterusnya orang-orang beriman pada zaman ini.

Saat seorang hamba pergi pada Penciptanya dengan susah payah melawan rasa kantuk & letih, sebenarnya dia sedang membuka jendela cintaNya. Waktu Tahajud adalah 1 per 3 malam yang menyaksikan para insan di alam mimpi. Tahajud adalah waktu khusus bagi seorang hamba untuk bertemu & berbicara dengan Tuhannya dengan ketenangan & kedamaian.

Simpanlah semua masalah, sakit hati, sayu, sedih & resah di siang hati & hamparkan semuanya di hadapan Allah dalam tahajudmu. Itulah yang lebih baik bagimu dari mengadu pada manusia yang tidak dapat berbuat apa-apa untukmu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Setiap 2 sepertiga malam terakhir, Allah turun ke langit dunia sambil berseru, "Hambaku yang malam ini menjauhkan rusuknya dari tempat tidur kerana mendirikan solat tahajud, Aku berasa malu padanya sekiranya Aku tidak mengampuni dosanya & mengabulkan semua doanya serta memberikan apa yang mereka minta. Sungguh, solat sunat yang utama selepas solat fardu adalah tahajud."

Tahajud malam. Satu perkara yang mudah diperkatakan tapi bukan mudah untuk melaksanakan bagi kita yang belum benar-benar sebati utk menikmati kurniaan besar yang Allah datangkan. Namun, jangan mudah patah semangat, tetaplah terus berusaha untuk mencapainya.

Jangan mudah berputus asa untuk meraih cintaNya. Kuatkan hati, ingatkan diri, hanya redha Allah yang sangat diharapkan untuk melayakkan kita ke syurga & bertemu dgnNya.

Harus terus cuba, cuba & cuba! Tak ada bayi yang lahir terus pandai berjalan melainkan melalui fasa meniarap, merangkak, bertatih & barulah berjalan perlahan. Setapak demi setapak. Selangkah demi selangkah. Begitu jugalah kisahnya dengan meraih keredhaan Allah.


Tak senang nak bangun malam & tinggalkan tempat tidur, bantal yang empuk, toto yang panas menyamankan badan yang kedinginan. Tetapi ingatlah, syurga Allah itu mahal harganya..

Ku akhiri catatan ini dengan Firman Allah SWT;

"Mereka itu orang-orang yang dipimpin oleh Tuhan, maka dgn pimpinan mereka itulah yang hendaknya engkau turut." [Al-An'am: 90].

Susurilah perjalanan para solehin untuk sama-sama berada dalam saf orang-orang yang mendapat rahmat & cinta dariNya.

Ya Allah, mudahkanlah urusanku & jadikanlah aku penagih tahajud cintaMu..




p/s: Tahajud adalah ibadah tambahan bagi mereka yang ingin mendekatkan lagi diri dgn Allah. Namun, jangan pula sibuk mengejar Tahajud dlm pada solat fardu masih belum sempurna. Sebaiknya, mantapkan dahulu ibadah wajib seperti solat fardu, tadarus & tadabbur Al-Quran serta zikrullah. InsyaAllah, dgn keimanan yg mantap, pastinya kemanisan Tajahud meraih cintaNya akan lebih sempurna. Allahu 'alam..


10 comments:

  1. salam sayang...

    subhanallah...inilah penangan tahajud, melahirkan generasi hebat melalui solat..

    "demi jiwa yang berada di genggaman_NYA"

    moga terus istiqomah menulis ya...(",)

    ReplyDelete
  2. Amin ya rob..
    Kupasan yg menarik..
    Yup, jiwa jga perlu makanannya yg tersendiri yakni zikir (majlis ilmu, tilawah dsb).. Jika tdk, itulah wujudnya org yg hidup, tp 'mati'.. hatinya mati..

    Dn tahajjud mrupakan satu rahsia yg hnya di ketahui antara hamba dn Sang Pencipta.. yakni bebas dr pndangn dn tarikan manusia..

    ReplyDelete
  3. salam ziarah.. komen pertama kot kat sini.. hehe..
    1. moga tsabat dengan jalan kebaikan.
    2. membaca di sini dan di tempat-tempat lain buat saya terfikir, 'sebegini ramai manusia yang menyeru kepada Islam, kenapa masih berjuta kemaksiatan yang tertumpah?'
    3. Jemput berkomen di blog saya.
    4. moga Allah redha dengan kita...

    ReplyDelete
  4. 1. paparan yang baik.Banyak info diperoleh. Benar apa yang dikatakan, tahajjud mudah disebut, tapi nak buat amat-amat-amat berat. Sepertiga malam mudah terkejut, bukan untuk tahajjud, tapi oleh mimpi yang menakutkan. Mohon doa agar diberi kekuatan untuk beramal.

    2. Er..respon komen Hamba Ilahi, memang kita tidak menafikan, walaupun ramai yang menyeru kepada Islam (amal makruf) tetapi masih berjuta kemaksiatan yang tertumpah dan dilakukan oleh manusia. Itu memang sudah adat kehidupan ini. Kemaksiatan akan tetap wujud sehingga kiamat, selari dengan seruan amal makruf tetap berlaku sehingga kiamat. Logiknya, walaupun pada zaman nabi dahulu, Rasulullah berada dalam kalangan umat Islam, namun seruan amal makruf nahi munkar tetap dijalankan dan berterusan lantaran Rasulullah tahu, kemaksiatan tidak dapat disifarkan, cuma boleh dikurang atau dibendung. Ini kerana hati manusia itu sentiasa bersifat berbolak balik. Bak kata nabi, paginya beriman petangnya kufur, malamnya beriman, siangnya kufur. Sehinggalah setelah nabi wafat, tugas dakwah itu disambung oleh para sahabat dan para ulama, dan para orang awam yang ada kesedaran tentang perkara ini. Apa yang penting, kita teruskan berdakwah. Adakalanya kita yang menyerukan ke arah kebaikkan pun ada kalanya kita melakukan kesilapan yang sama. Kerana itulah pentingnya konsep saling berpesan-pesan ke arah kebenaran dan kesabaran itu. Ada kalanya kita alpa dan lemah, pada masa itulah kita mengharapakan ada orang lain yang tolong perbetulkan. Tegurlah saya kalau pandangan ini silap. Wallahualam.

    ReplyDelete
  5. Syukran atas komen-komen antum semua.

    Response to ukhti bidadari besi;

    Salam syg lillahi taala buatmu jua. Benar, penangan tahajud sgt hebat yakni boleh melahirkan insan2 yg hebat iman & jiwanya.

    syukran, insyaAllah, selagi ana bernafas selagi itu ana akan berkongsi di sini. Harapnya memberi manfaat.

    p/s: doakan kejayaan ana dlm final xm yg bakal mnjelang. insyaAllah. :)




    Response to slave of almighty;

    yup, sy setuju dgn pndapat akhi. Terapi tahajud sgt brkesan utk meredakan stress, keresahan & lain2ny selain dri cara yg berkesan utk mendekatkan diri padaNya.





    Response to Hamba Ilahi;

    Salam ziarah kembali. syukran atas komen.
    1) insyaAllah, mohon doanya. Doa utk akhi jua.
    2) sbg manusia, yg terhad kuasanya, sy ambil analogi ini;
    kita hanya boleh menarik kuda ke gigi air utk minum. Tapi kita tak boleh memaksa kuda tersebut utk minum jika tidak ia yang mahu minum.

    Hidayah itu milik Allah yg mutlak, akhi. Allah jg pnh brfirman pd Muhammad SAW yg mana tugas baginda hanyalah menyeru manusia kpd kebaikan & menyampaikan wahyu-Nya. Tetapi Allah-lah memberikan Hidayah & membukakan pintu hati sesiapa yg dikehendakiNya utk kembali ke pangkuan rahmatNya.

    3) insyaAllah. jemput ziarah selalu & beri komen andai ana khilaf.

    4) Amin-amin insyaAllah.

    Rahmat Allah bagimu.

    ReplyDelete
  6. Response to mesintaip;

    salam ziarah.. moga kunjungan beroleh manfaat.

    yup. sgt sukar utk istiqamah bgun mlm. Tapi bukannya mustahil utk dilakukan. Ustaz ana kata jgn jadikan tahajud sebagai hanya rutin krn ia akan mghilangkan kemanisan ibadah sunat tersebut.

    sy jg masih trkial2 utk menyempurnakan ibadah ini. Doakan sy juga. Sama2 kita memohon moga Allah akan merahmati kita dunia & akhirat. insyaAllah.

    syukran atas komen & respon. sudi2kan berkunjung lagi..

    ReplyDelete
  7. Salam warahmatullah..Syauqah,

    Entri yang bermanfaat. Subhanallah...

    Moga istiqamah untuk terus bangun di keheningan malam bertaqqarub kepada Allah. Mengadu, melepasakan segala keluh gelisah dan meratap pada-NYa dengan sendu tangis. Ya Allah, hadirkan ketenangan nan damai.

    “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam taman-taman syurga dan di mata air-mata air, sambil mengambil apa yang diberikan oleh Rabb mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat kebaikan, (yakni) mereka sedikit sekali tidur di waktu malam, dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah)” (Adz-Dzariyat: 15-18)

    ReplyDelete
  8. Wasalam warahmatullah kak nurr.. :)

    Alhamdulillah jika bermanfaat kak. Hrp2 sgt pengunjung dpt membawa sesuatu dari pembacaan blog ni.

    InsyaAllah kak. Akak doakan ya. Sukar tp bukan mustahil. InsyaAllah, Allah akan permudahkan jln bgi hambaNya yg bersungguh2 mahu meraih redhaNya.

    Semoga Allah merahmatimu selalu kak. :)

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum ukhti :)

    Semoga selalu menjaga kesihatan 'iman', kerana kesihatan 'iman' selalu memberi impak kepada kesihatan fizikal. Insya Allah :)

    Selain tahajud, perbanyakkan membaca al-Quran. Kalau tidak mampu, memadailah mendengarnya :)

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam ukhti insyirah. :)

    pertamanya, syukran atas kunjungan & doa yang diberikan..

    Alhamdulillah, syukran juga atas nasihat ukhti. InsyaAllah.. :)

    Moga Allah jua merahmatimu selalu. :)

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."