Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Thursday, July 9, 2009

Susahnya Menjadi PEREMPUAN!



Sejak aku melangkah ke sini,
Aku melihat pelbagai karenah manusia,
Ya, aku suka melihat, dan memikir...

Indah sungguh figura di hadapanku itu,
Kak Farah nama diberi,
Santun kata, lembut tuturnya,
Hanya wajah serta kehalusan tangannya dapat kurasa,
Selebihnya tersembunyi di sebalik pakaian,
serta tudungnya yang labuh...

Benar Riwayat Al Bukhari dan Muslim, Wanita solehah memang adalah hiasan dunia. Penyejuk mata dan penyejuk hati. Jika aku sebagai perempuan juga bisa terpaut, entah bagaimanalah agaknya bagi seorang lelaki...

Ya, wanita solehah... Kaulah idaman para mujahid!


Lantas, mataku terpaku lagi,
Kali ini figuranya berbeza.
Cantiknya badan...
Boleh ku anggar berapa inci pinggangnya,
Dadanya juga,
Dan punggungnya juga...
walau tanpa mengukurnya.
Badan berbalut,
Tapi tiada maknanya,
kaifiyahnya terbuka.
Ternyata pakaiannya tiada berfungsi,
Ibarat ada dalam tiada.

Aurat wanita...
Semua yang ada padanya.
Kecuali wajah dan...
apa yang lebih dari pergelangan tangannya.
Maka, besar sungguh tanggungjawab seorang perempuan.
Kerana auratnya adalah maruahnya.
Terdedah auratnya,
Hilanglah malunya,
Maka, rendahlah maruahnya,
Apabila rendah maruahnya...
Maka, hinalah dia.
MARUAH,
harganya amatlah mahal,
Jika hilang hari ini,
Tak mungkin dapat dibeli lagi...



Aku ingin menjadi perempuan yang baik,
Baik akhlaknya,
Baik agamanya,
Baik pegangan ilmunya,
Dan mahal harga dirinya.

Aku sedar,
bukan mudah mahu menjadi muslimah sejati,
Berazam saja tidak cukup,
Tetapi perlu ada usaha, doa dan semangat.
Kepada Allah lah jua tempatku panjatkan doa, Semoga perjalananku diredhaiNya...

Ya Allah...
Susahnya menjadi perempuan...
Tapi,
semua ini pasti ada hikmahnya.
Kerana Allah tidak mentakdirkan sesuatu dengan sia-sia...

Dan sesungguhnya inilah yang harus dibayar sebagai mahar syurgaNya..



Bukankah telah dicatat di dalam sebuah hadis;"Dunia itu adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah?"

Alhamdulillah.
Bergembiralah kerana dilahirkan sebagai perempuan & jom usaha untuk jadi perempuan solehah!

InsyaAllah.. 

:)

No comments:

Post a Comment

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."