Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Tuesday, October 20, 2009
MERISIK CALON PEMILIK CINTA
Salam warahmatullah,
Firman Allah swt; "Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yg demkian itu benar2 terdapat tanda-tanda bagi kaum yg berfikir" (Ar-Rum: 21)
Adalah wajar, jika seseorang yang hendak bernikah berharap utk mendapat pasangan yang boleh dicintai dan mampu untuk mencintainya. Wanita tentunya mahu mencari lelaki yg boleh dijadikan pelindung, pembimbing dan seseorang yg boleh dipercayai; boleh mententeramkan jiwa dan memberi ketenangan hati sebagai calon zaujnya. Sementara seorang lelaki pula mencari wanita yg mampu menyejukkan mata dan menenangkan hati sebagai calon isteri pilihan.
Nabi saw telah bersabda;
"Apabila Allah telah menjatuhkan cinta pada hati seseorang di antara kamu semua, maka hendaklah melihat wanita itu. Sebab yg demikian itu lebih nyata dapat menyebabkan timbulnya keharmonian antara kedua suami isteri itu." (Riwayat Ibnu Majah, Tirmizi dan An-Nasa'ie)
Seharusnya juga tujuan 'melihat' itu adalah untuk menumbuhkan cinta, bukan utk jatuh cinta. Sebenarnya tidak benar adanya cinta pandang pertama. Cinta itu terhasil setelah dipupuk, bukan berlaku secara spontan. Cinta itu adalah buah daripada putik kasih dan sayang yang membara secara bertahap di hati. Justeru, cinta yg sejati perlu melalui beberapa proses yg memakan masa agar terus subur lagi tahan apabila diuji.
Daripada Abu Hurairah r.a;
"Aku sedang melihat Rasulullah saw. Tiba2 datang seorang lelaki memberitahu baginda bhw dia hendak kahwin dgn seorg wanita Ansar. Baginda lalu bertanya, "Sudahkah engkau melihat wanita itu?" lelaki tersebut menjawab; "Tidak." Maka Rasulullah saw bersabda, "Pergi dan lihatlah dia, kerana org2 Ansar boleh dibaca pada matanya." (Riwayat Muslim dan An-Nasa'ie)
Jelas di sini, melihat itu bukannya dari sudut rupa paras dan raut wajah. Tetapi disuruh 'membaca' iaitu melihat lebih jauh daripada apa yg dipandang oleh mata. Hal2 itu adalah pegangan agama, hati budi, perwatakan dan seumpamanya berdasarkan sabda Rasulullah saw;
"Dinikahi wanita itu kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan keagamaannya. Hendaklah kamu pilih yg kukuh pegangan agamanya, tentu akan menenangkan kedua tanganmu." (Riwayat Bukhari Muslim)
Wanita tidak berkuasa untuk memilih siapa yg akan menjadi ibunya, atau bapanya. Tetapi wanita mukmin boleh memilih lelaki yg bakal menjadi zaujnya. Maka, seharusnya, wanita yg beriman haruslah mengikut saranan Rasulullah saw dlm memilih calon zauj yg terbaik.
Nabi saw bersabda;
"Apabila telah datang meminang lelaki yang kamu (wanita/walinya) percayai akan agamanya dan kejujurannya (amanah); maka terimalah pinangannya. Sebab jika pinangannya ditolak maka tunggulah terjadinya fitnah di bumi dan kerosakan yg besar." (Riwayat Tarmizi)
Hal ini demikian kerana, seorang lelaki yg beriman itu lazimnya seorang yg penyayang, bertimbang rasa, penyabar, adil dan bertanggungjawab kerana lelaki yg beriman pasti akan menjaga amanahnya dgn baik sebagaimana dia menjaga hubungannya dengan Allah.
Rasulullah saw telah menyarankan tips terbaik utk memilih pasangan lantaran keutamaan lafaz ijab dan kabul yang mana ia adalah termasuk dlm 3 lafaz yg tidak boleh dibuat gurauan.
Sabda Nabi saw dari Abu Hurairah r.a;
"3 hal yg apabila dilakukan dgn sungguh2 maka bergurau pun dinilai sbg sesuatu yg sungguh2 iaitu; nikah, talak dan rujuk." (Riwayat Abu Daud)
Maka, bersungguh-sungguhlah dalam setiap apa yg dilakukan kerana setiap kebaikan yg dilakukan walau sebesar zarah pasti akan mendapat balasan yg baik pada akhirnya.
Wallahu 'alam..

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam alaik sahabatku,
ReplyDeletenice post..
ehem..ehem, mood kahwin nampak :P hihihi.gurau tau, usik2 manja.
wooo abdullah fahmi?yaa suka dia..beruntungkan dua-dua insan terpilih..hmmm..
semoga Allah terus merahmatimu sahabat.
salam warahmatullah ya umi adibah,
ReplyDeletesahabat yg kukasihi kerana Allah.. :)
Mood kahwin? huhu.. ada2 jek umi ni..
"Pasangan yg beriman adalah hadiah dari Allah utk hambaNya yg beriman.."
semoga kita tergolong dlm golongan trsebut.
Dan semoga Allah merahmatimu jua, sahabat.. :)
hehekkk...mesti pipi dah merah lah tuh :P
ReplyDeletebetul tuh, insya Allah sebab tuh kita sama2 usaha meletakkan diri menjadi solehah bukan semata-mata meraih si soleh tapi menunjukkan bukti kecintaan kita pada Allah.
betul tak?
notatangan:syahdu kan diakad dgn penuh suasana keredhaan mcmneh, dapat pulak suami soleh penyejuk mata penawar hati.hmmm syurga satu kepastian.
errr esok2 kalau ada rezki nikah nak pakai niqab terus dah T_____T boleh tak?hehe
betul umi..
ReplyDeletekalau kita jadi baik kerana Allah,
sekurang2nya, jika tiada cinta zauj soleh buat kita, masih ada cinta Allah untuk kita.. :)
Dan dgn redhaNya, dptlah kita bertemuNya di dalam syurga pada akhir nanti..
InsyaAllah.. :)
salam..
ReplyDeleteumi..skrg dah nak dekat cuti sekolah..elok sangat la tu..
jangan lupa jemput anaklaut ya..:)))
tq singgah anaklaut.:)
salam anak laut.,.
ReplyDeletesenyum lebar ana baca komen anta..
ana bukan 'umi' la.. nama ana lain..
hehe.
tapi, xpe2.. it's ok.. :)
doakan kebahagiaan ana ya.. ?
salam..
ReplyDeleteukhty,mnarik la..
=)
smg kta trglg dlm klgn insan toyyibah yg dtemukn Allah dgn insan yg toyyibun..
amin,
manisnya menikah bgini..~
(mgkin mcm nilah agknya yg brniqab akn mnikah..)
زهرة حلوة,
ReplyDeletesyukran atas kunjungan dan komen..
insyaAllah,
semoga kita juga termasuk ke dlm golongan yg dirahmati Allah..
dan diberikan nikmat kemanisan saat bernikah.. :)
insyaAllah.
salam...hahahhaah
ReplyDeletemenarik entry tp rq tak berangan nak kawin lagik...hahaahahah
err~sy tk knal ummi scara rapat tp smlm adelah 1 st time dtg blog beliau dan teringin brkongsi pndpt sy jer...
syukran ala ziaratiki ilal bait
syukran atas kunjungan..
ReplyDeletesemoga dirahmati Allah..
post ini bukan utk sy.. tapi utk dikongsi utk semua pembaca.. moga beroleh manfaat..
nikah, jodoh, ajal, maut, rezeki, nikmat itu semuanya urusan Allah..
kita hanya mampu merancang.. Allah jua yg menentukan..
biar tak 'berangan' lagi nak kahwin.. hrpnya kita semua dpt bersedia utk menghadapinya..
apapun, syukran atas komen..:)
syukran ats artikel yg sangat bermanfaat.
ReplyDelete"jangan mengharap yg soleh,anadai diri belum jadi solehah"
insyaAllah,sama2 kita menjadi solehah.
=)
wallahualam.
to NajaTikah;
ReplyDeletebenar2..
Janji Allah; orang yang baik2 hanya utk orang2 yang baik2 juga. Moga kita termasuk dlm golongan trsebut. InsyaAllah.
syukran sudi singgah. :)