Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Friday, November 20, 2009

Selamat Hari Lahir, IBU..


“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?”
Rasulullah saw bersabda: “Ibumu, ibumu, ibumu... dan kemudian, ayahmu.."
[HR. Bukhori, Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad]


Khas buat ibuku yang tercinta..

Masih segar dalam ingatanku..


Betapa hangatnya dakapanmu..
Kucupanmu..

Aku juga masih ingat..
Aku suka bersandar di bahumu..
Ketika aku sedih,
Aku gembira,
Aku sakit..

Antara semua..
Akulah yang paling banyak menyusahkanmu..

Akulah yang paling degil,
Paling banyak kekurangan..

Paling berpenyakit,
Paling manja..
Paling lemah..

Aku lemah tanpamu,
Tanpa kasih sayangmu..
Tanpa cintamu..

Tika berjauhan..
Kaulah yang paling kurindu..

Senyummu..
Pelukmu,
Lembut tanganmu..
Hangat sentuhanmu..

Katamu,
Aku hampir menyebabkan kematianmu..
Malam itu..

Katamu,
Antara semua,
Aku yang paling sukar..

I'm sorry..
I really love to stay in your womb.
Sleep tightly and peacefully,
In you..

Maafkan aku..
Begitu besar pengorbananmu,
Begitu banyak yang kau beri padaku,

Tetapi,
Tiada apa yang dapat ku balas.
Dan belum ada apa-apa yang dapat ku beri padamu.

Aku hanya memberimu,
kerisauan,
kebimbangan..
kegusaran..

kerinduan..

kekecewaan..

Maafkan aku..
Ketahuilah ibu..
Aku amat bersyukur..
Kerana masih mempunyai dirimu,
sebagai ibuku..

Aku cuba membayangkan..
Jika aku berada di tempat sahabat2
yang telah kehilangan insan yang mereka panggil emak..

Tetapi..
Kau masih ada di sisiku..
Yang selalu membalas cintaku..
Kau masih ada di sisiku,
Untuk ku sebut..

"Ibu, in rindu..."

Duhai pemilik syurgaku..
Aku amat menyayangimu..

Terima kasih..
Atas semuanya yang kau berikan padaku..

Terima kasih kerana mendidikku..
Terima kasih kerana menyayangiku..

Terima kasih kerana mengajarku pelbagai ilmu..
Terima kasih kerana menjagaku saat aku sakit,
Terima kasih kerana menjahitkan baju untukku,
Terima kasih kerana memasak lauk kegemaranku..

Terima kasih kerana menyekolahkanku..
Terima kasih kerana menyediakan keperluanku..
Terima kasih kerana merinduiku...
Terima kasih kerana mendoakanku..

Terima kasih kerana berada di sisiku,
di saat orang lain meninggalkanku..
Terima kasih kerana percaya padaku..
di saat orang lain menidakkan aku..

Walau aku banyak menyakitimu,
Walau aku banyak mengecewakanmu..
Walau aku memberi derita kepadamu..

Kau tetap menyayangiku,
dan memaafkan dosa-dosaku..

Terima kasih ibu..
Atas segala-galanya..



Terima kasih ibu..
Kerana menerima aku seadanya aku..


Selamat hari lahir ibu..
Semoga Allah merahmatimu selalu,
Memberi hidayah dan petunjukNya kepadamu,
Semoga diberiNya kesihatan, kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosamu
dan sentiasa mengasihanimu,

sebagaimana kau mengasihaniku sejak aku kecil,

Wahai ibuku yang sangat ku kasihi..
Semoga Allah memberikan yang terbaik buatmu..
Di dunia dan akhirat..


Terima kasih Ibu...

Terima kasih kerana melahirkanku..
Terima kasih kerana menyusukanku..


Dan terima kasih..
Kerana sudi menjadi ibuku..




p/s: Mood status: excited nak balik.. :)

Semoga Allah memanjangkan umurku, agar dapat ku bertemu dengan insan2 yang kurindui siang dan malam.. Semoga Allah memanjangkan umurku, agar dapatku meraikan hari lahir ibuku.. insyaAllah..


Post terakhir untuk bulan ini.. Maaf, post ini ditulis agak tergesa2 kerana mengejar masa. Tapi masih ikhlas buat dia yang ku cinta..

Aku akan bercuti panjang.. no more 24 hrs fr3 wireless.. :) insyaAllah, nanti ajak Liyana pi CC. hehe.


Di kesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung2 blog ini, sekiranya ada bahasa tulisanku yang mengguris hati dan perasaan kalian. Moga Allah sentiasa merahmati kalian semua, InsyaAllah!

Saturday, November 14, 2009

Aku kini benar-benar SEDAR..


"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"
[Syed Qutb]




Manusia..
memang bodoh,
Degil,
Jahil,
Hipokrit,
Pendusta,

Kau..
memang jahil!

Pendusta!
Bermuka tembok!

Di hadapan manusia..
Kau berjuta kali lebih baik,
Dari malaikat..
Konon..

Di hadapan Dia..
Kau sebenarnya lebih jahat,
Lebih buruk,
Lebih busuk,
Dari sejuta iblis dan sekutunya.

Kau beramal..
Untuk apa?
Atau untuk hari tertentu saja?

Mengapa..
Ada masanya..
Kau begitu taat kepadaNya..
Dan mengapa..

Ada ketikanya..
Kau berani mengingkariNya?

Allah itu...
Hanya wujud pada hari isnin..
Hingga jumaat sajakah?

Mengapa hari2 yg lain kau begitu malas beribadat?
Atau..
Kau ingat..
Tuhan itu hanya wujud pada waktu2 tertentu?
Hingga kau berani membuat maksiat pada waktu yang lainnya?

Kau hanya ingat Dia..
Waktu susah saja?

Waktu kau susah..
Kau datangi Dia,
mengadu keluh kesah,
Menangis rayu..
Tangisan mendayu-dayu..

Waktu senang dan bahagia..
Waktu bergelak ketawa,
Kau tinggalkan Dia..

Padahal kau tahu..
Semua itu adalah nikmat dariNya..

Dasar manusia tidak tahu malu!
Pendusta!

Kau kata kau cinta Dia..
Benarkah begitu?
Kalau benar..

Apa buktinya?

Hari ini kau minta ampun..
Hari esok kau kembali berbuat dosa..

Kau seperti mempermain-mainkan ampunanNya.
Kurang ajar punya hamba!


Ampuni aku Ya Tuhan..

Aku banyak berbuat dosa..
Tunjukilah aku jalan..
Tuntunilah aku..
Keluar dari lembah kejahilan..

Ya Tuhanku..
Mengapa begitu sukar...
Mengapa begitu sukar..
Mengapa begitu sukar..

Untuk istiqamah?
Untuk terus muhasabah?
Mengapa imanku terus berubah2?

Ada kalanya aku lebih kuat..
Dari sang gajah.,

Adakalanya aku lemah..
Tersangat lemah!

Baru kini aku sedar..
Menuju syurga itu..
Bukanlah mudah..

Baru kini aku sedar..
mengekalkan iman itu amat payah..

Begitu sukar menggapai redhaMu, Tuhan..
Begitu sukar untuk menjadi orang-orang yang beriman..
Yang benar-benar beriman..

Baru kini aku benar2 sedar..
Begitu mahal rupanya..

Mahar bagi syurgaMu..


Saya Tak Rasa TERCABAR..


"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada neraka yang mana bahan bakarnya adalah manusia dan (batu2 yang dijadikan sembahan)..."

(Al-Tahrim:6)




Salam warahmatullah,

Alhamdulillah, akhirnya ada masa terluang untuk terus berkongsi sesuatu dengan pengunjung2 blog ini. Dalam entri kali ini, aku ingin berkongsi suatu cerita yang kubaca dari majalah kesukaanku.

Moga memberi manfaat buat kalian semua. InsyaAllah.. :)

Pelbagai karenah jemaah haji pada musim haji di Makkahtul Mukarramah. Suatu hari seorang isteri datang mengadu dengan seorang ustazah, dia memberitahu suaminya hendak kahwin seorang lagi.

"Dia nak kahwin di mana?"

"Suami saya nak kahwin di sini. Dia minta izin dengan saya." sedu suara si isteri penuh sebak mengenang nasib diri diperlakukan begitu oleh si suami.

Ustazah itu menasihatkan si isteri agar membawa suaminya bertemu dengan kaunselor di maktab penginapan haji agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

Kedua2 suami isteri ini pun bertemu dgn kaunselor.

"Isteri tuan ada memberitahu kami bahawa tuan mahu kahwin seorang lagi. Betulkah tuan nak kahwin lagi?" soal pegawai kaunselor berkenaan.

"Betul." jawab si suami.

"Tapi kenapa? Saya tengok isteri tuan baik, rupa paras juga cantik. Apa yg tidak kena padanya sampaikan tuan mahu berkahwin lagi?"

"Isteri saya sangat baik. Dia jaga saya dgn sangat sempurna. Makan, minum, pakai, layanan batin dan semua keperluan saya semuanya dijaga dgn baik. Walaupun dia bekerja, tetapi dia tetap menguruskan rumah tangga dgn baik. Urus itu, ini. Saya dilayan semacam raja. Dia tak bagi saya buat apa2 pun. Saya ditatang bagai minyak yg penuh.Urusan bayar bil elektrik, bil air, bil telefon dan persekolahan anak2, semua dia yg uruskan.Saya duduk goyang kaki saja di rumah." jelas si suami.

"Uih. Baguslah macam itu. Bukan senang, tuan.. nak dapat isteri yg taat macam ni." tingkah kaunselor.

"Masalahnya, saya rasa tak tercabar. Tujuan saya nak bernikah lagi dengan ibu tunggal adalah untuk membantu urusan kerja2 dia. Nak bantu uruskan anak2nya sebab selama ini saya tak buat apa2 di rumah, semuanya isteri saya yang uruskan. jadi, biarlah saya gunakan masa yang kosong itu untuk diisi dgn bantu orang lain pula." jawab si suami tersenyum lebar.

Tersandar pegawai kaunselor tersebut dgn keluhan yg cukup panjang. kepalanya tak henti2 menggeleng.

"Saya buat ini semua sebab nak dapat keredhaan suami saya, nak dapat kasih sayang suami saya, nak dapat balasan syurgaNya. Suami saya sangat baik orangnya. Salahkah saya balas budi baiknya itu, ustaz?" tangisan isteri semakin kuat kerana terlalu hiba.

"Tuan haji... semua lelaki suka dimanjakan, suka jadi raja dalam rumah dibelai oleh isteri, ditatang tanpa membuat sebarang kerja. Tapi tuan lain pula jadinya. saya cadangkan, tuan haji tangguhkan dulu hasrat tuan haji itu. Raikanlah bakti isteri tuan haji yang selama ini amat setia kepada tuan haji. Berbincanglah balik dengan isteri, mana2 tugasan yang boleh tuan haji ambil alih, tuan ambillah. Macam urusan bayar bil2, beli barang dapur dan urusan anak2 di sekolah. Kalau isteri sibuk memasak di dapur, tolonglah tengok2kan anak2 membuat kerja sekolah. Boleh juga ajar mereka mengaji Al-Quran. Banyak perkara yang perlu kita didik, supaya anak2 membesar jadi orang yang soleh." nasihat kaunselor itu.

Pasangan tersebut mendengar dengan teliti setiap nasihat kaunselor itu.

"Kepada puan hajah pula, berilah kepercayaan kepada suami untuk melakukan tugasan2 utama. Mula2 memang kekok. Tapi, lama2 nanti ok lah." pesannya lagi.

"Makkah bumi barakah. Mintalah pada Allah untuk diberi petunjuk dan ketenangan hati dalam menghadapi ujian hidup ini. Jangan sangka apabila beristeri satu lagi akan menyelesaikan masalah. Takut2 nanti semakin membebankan diri. Sudahnya kita pula yang tak sanggup nak hadapi ujian tersebut dan menyesal tak sudah. Jagalah isteri dan anak2 dgn sebaiknya. Ini amanah Allah yang tidak boleh diabaikan." nasihat kaunselor itu lagi.

Kedua pasangan tersebut saling bermaafan dan berjanji akan cuba mempraktikkan nasihat ustaz.

"Orang mukmin yang paling sempurna iman mereka ialah yang paling elok, baik akhlak mereka, dan terbaik dalam kalangan mereka ialah mereka yang berbuat baik kepada isteri-isteri mereka.."
(Riwayat Al-Tarmizi dan Abu Dawud).

Wallahu 'alam..



Sunday, November 8, 2009

Takutlah Kamu Kepada ALLAH.


"Sesungguhnya orang-orang yang baik dalam syurga dan sesungguhnya orang-orang yang jahat dalam neraka diamnya."

(Al -Infithar: 13-14)




Siapakah manusia2 yang baik itu?

Firman Allah swt;
"Dan mereka yang memelihara kehormatannya." (Al-Mukminun-5)

Maksud ayat itu ialah, mereka yang memelihara diri dari sesuatu yang haram.

Dan Allah berfirman lagi;"Dan janganlah kamu hampiri perbuatan yang keji, baik dari segi lahir mahupun batin." (Al-An'am-151)

Baik yang besar, iaitu zina. Mahupun yang kecil iaitu, mencium, menyentuh atau memandang yang tidak halal.
Sebagaimana yang disebut dalam hadis Rasulullah saw.
"Tangan, kaki dan mata juga boleh berzina."

Allah swt ta'ala berfirman;
"Katakanlah kepada orang2 mukmin lelaki supaya mereka merendahkan pandangannya (melihat benda yang terlarang) dan menjaga kehormatannya (tidak berzina). Itu lebih suci bagi mereka." (An-Nur: 30)

Allah swt telah memerintahkan lelaki atau perempuan yang beriman agar memalingkan pandangannya dari hal yang haram dan menjaga kehormatan, serta mengharamkan zina.

Allah telah berkali2 mengingatkan;
"Barangsiapa yang berbuat demikian, nescaya akan menemui dosa (seksa)." (Al-Furqan: 68)

Dirawikan daripada seorang sahabat Rasulullah saw; dia berkata,
"Hindarkan akan zina. Di dalamnya ada 6 hal. 3 di dunia, dan 3 lagi di akhirat. Yang di dunia ialah 1) berkurangnya rezeki, 2) putus ajal, 3) bermuka durja. Adapun di akhirat, 1) kemurkaan Allah, 2) hisab yang berat dan 3) masuk neraka."

Dirawikan bahawa nabi Musa AS berkata;
"Ya Allah, apakah seksaan buat orang yang berzina?" 
Allah menjawab; "Kukenakan padanya baju besi dari neraka. Kalau diletakkan di gunung, tentu akan hancur."

Dalam suatu hadis ada merawikan bahawa Perempuan yang jahat lebih disukai oleh iblis berbanding 1000 lelaki jalang.

Dalam kitab Al Mashabih: Rasulullah saw bersabda;
"Jika seseorang berzina, hilanglah imannya dan di atas kepalanya ada semacam kegelapan. Jika dia bertaubat daripada perbuatan itu dengan taubat nasuha, maka iman itu akan kembali padanya."

Dalam Kitab Iqna' tersebut: Rasulullah saw bersabda;"Tidak ada dosa yang lebih besar di sisi Allah daripada lelaki yang meletakkan mani pada wanita yang tidak halal baginya." 

Walaupun begitu, liwat itu lebih besar dosanya. Dirawikan dari Anas bin Malik RA, dari Rasulullah saw, beliau bersabda;"Barangsiapa yang berliwat (pelakunya) takkan mencium bau syurga. Meskipun bau itu tercium dari sejauh 500 tahun perjalanan." 

Qadli Imam RA berkata;Kudengar seorang guru berkata,"Setiap wanita disertai seekor syaitan. Dan setiap lelaki disertai 18 ekor syaitan."

Hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ma'qal bin Yasar telah menceritakan bahawa Rasulullah pernah bersabda dengan katanya;
"Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh."

Wahai manusia2 yang tidak tahu bersyukur! Bertaubat itu wajib bagi setiap orang Islam.

Firman Allah dalam Surah At Tahrim ayat 8;"Wahai orang-orang mukmin, bertaubatlah kamu dengan taubat nasuha.."

Kerana sesungguhnya;Rasulullah saw bersabda;
"Orang yang bertaubat daripada dosa bagaikan orang yang tidak berdosa.."

Bertaubatlah. Azab neraka itu tidak terperi..

Allah berfirman dalam Al-Quran tentang balasan kepada penghuni neraka.
"Ketika air diberi kepadanya, dia tidak suka. Setelah dekat air itu ke wajahnya, kulit kepalanya terbakar dan mengelupas. Apabila dia meminumnya, usus putus keluar dari duburnya." 
"Dan diberi minum dengan air panas, sehingga putus-putus usus perut mereka."

Tidak menitiskah air matamu mengetahui balasan seksa Allah buat pengingkarNya?

Kalau kau tanya.. Mengapa aku menulis entri ini?

Jawapannya;

Kerana ini..




Kau bermula dengan ini;



Diikuti dengan ini;


Dan diakhiri dengan ini;



Aku sudah tidak sanggup melihat, membaca berita bayi dibuang. Aku sudah tidak sanggup mendengar berita gadis-gadis yang mengandung anak luar nikah, berzina berkali-kali.. Aku sudah tidak sanggup..

Aku sungguh takut mendengar.. betapa beraninya kamu semua mengingkariNya.. aku sungguh takut melihat kamu semua begitu bangga melakukan dosa.. 

Aku sungguh takut kalau kiranya suatu saat nanti Allah menarik kembali hidayahNya dariku sebagaimana Dia melakukannya kepada orang-orang yang melupakanNya..

Wahai manusia-manusia yang gagal..

Bertaubatlah kau.. sebelum izrail datang ke muka pintu..

Bertaubatlah kau.. sebelum nyawa tiba di hujung halkum..


Moga ampunan Allah sentiasa terbuka buat kita semua..

Wallahu a'lam..



Ya Allah..
Jangan Kau jadikan aku,
Seperti orang-orang yang melupakanMu..
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah aku dalam jalanMu..
Peliharalah imanku,
Diriku, Maruahku,
Dan seluruh manusia-manusia yang beriman..
Dari tipuan dunia yang busuk ini.
Selamatkanlah kami semua, Ya Allah..
Kami sungguh takut dengan azab api nerakaMu..

Ya Allah,
Tuhan Yang Maha Mengasihani..
Tuntunlah hati-hati yang berdosa kepadaMu ini..
Bukakanlah hati mereka untuk mengejar taubat dan redhaMu..

Bukakanlah mata mereka Ya Allah..
Sedarkanlah mereka..
Bahawa dunia ini hanya sementara..

Dan kepadamu jualah tempat kami kembali..


Moga ada tempat untuk kami dalam redhaMu, Wahai Tuhan yang Pengasih lagi Maha Penyayang.. (T T)

*sumber rujukan hadis; Mukasyafah Al-Qulub karangan Imam Al-Ghazali.