Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Monday, August 19, 2013
Yang Baik-Baik Itu Mudah Untuk Dicintai.
Jazakillah khairan kekanda Nurul Azni untuk gambar ini. :)
170813
Sabtu
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Selawat & salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam..
Alhamdulillah.. saya rasa gembira sangat apabila melihat seorang lagi kekanda yang dekat di dalam hati ini mula mengenakan jilbab labuh bagi menyempurnakan penutupan auratnya sebagai seorang muslimah.
Maha suci Allah yang membolak balikkan hati. Sungguh, hidayah Allah itu mampu hadir kepada sesiapa sahaja yang mahu menerimanya.
Masihkah ingat Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda; "Bahawa sesungguhnya umatku semuanya boleh masuk syurga melainkan bagi sesiapa yang tidak mahu."
Sahabat-sahabat bertanya kepada baginda, "siapa dia orang yang enggan memasuki syurga itu?"
Kalian ingat lagi apa jawapan Rasulullah?
Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam menjawab; "Mereka yang enggan mengikuti suruhan & tuntutan Allah & tidak mengikuti sunnahku."
Subhanallah.
***
Saya masih ingat.... ada orang pernah bertanya kepada saya.
"Bagaimana hendak menjadi orang yang baik?"
Allahu... kerdil benar rasa diri ini hendak menjawab soalan itu. Sedangkan saya sendiri tidak tahu apakah Allah sedang meredhai diri saya ataupun tidak.
Apapun....
Berbalik kepada soalan tadi...
Pertamanya... kita perlu fahami, apakah sebenarnya makna 'orang yang baik' itu?
Jika kita bertanya kepada insan A, definisinya tentang orang yang baik mungkin berlainan daripada insan B.
Insan A mungkin akan menjawab, orang yang baik itu adalah orang yang jujur, penyabar, pemurah, pemaaf dan sebagainya.
Insan B pula mungkin berpendapat orang yang baik itu adalah orang yang pandai mengambil hati, suka membantu orang lain, lemah lembut, sopan santun dan sebagainya.
Subhanallah.
Yang baik-baik itu memang mudah sekali untuk dicintai... kan? :)
Walau apa jua definisi kita dalam memaknakan 'orang yang baik', tentu sekali orang yang terbaik itu adalah hamba Allah yang terbaik..
Hal ini kerana...
Jika baik di mata Allah, insyaAllah baik jugalah di mata manusia.
Sedangkan jika baik di mata manusia, belum tentu akan baik juga pada pandangan Allah.
Maka, utamakanlah pandangan Allah dalam setiap apa juga yang kita lakukan.
Bila kita jaga hak Allah, insyaAllah Allah akan memelihara kita lebih-lebih lagi...
Bila kita jaga hak Allah, insyaAllah Allah akan memelihara kita lebih-lebih lagi...
***
Selepas menunaikan solat maghrib hari itu, saya menemani ibu mengaji al-Quran.
"Hari tu... waktu solat subuh, Izzat baca surah al-A'la & surah al-Fajr dalam rakaat pertama." kata ibu bercerita kala kami berhenti sejenak.
"Oh ya... rakaat 2 dia baca surah apa?" soal saya.
"Dia baca surah al-kafirun je sebab rakaat pertama dia dah baca 2 surah kan..."
Saya cuma mengangguk.
"Bacaan dia terang. Jelas betul sebutan suara satu persatu..." puji ibu.
"Alhamdulillah. Dia tahfiz kan bu... Beruntungnya orang yang hafaz al-Quran..." ujar saya pula.
Ibu cuma mengangguk sambil tersenyum, lalu meneruskan lagi pembacaannya.
Sampai pada surah at-Tin. Ibu berhenti sekali lagi.
"Ini surah yang Ashraf baca hari tu kan...?"
"Ye ibu..." jawab saya pendek.
"...Surah yang balong baca masa dia jadi imam hari tu surah apa ya...?" ibu bertanya lanjut.
"Itu surah al-Jumu'ah."
Suara abang sulung saya sewaktu menjadi imam solat maghrib hujung Ramadan hari itu bagaikan kembali terngiang pada pendengaran saya. Saya & ibu sama-sama berjeda buat seketika.. saya rasa ibu juga teringatkan perihal yang sama barangkali.
Jika kita mahu jadi baik...
Kembalilah kepada al-Quran. Sesibuk mana pun kita dengan agenda dunia, jangan pernah tinggalkan al-Quran walau sehari. Pastikan kita baca walau sebaris ayat di dalam al-Quran.
Mana yang belum lagi mempunyai al-Quran sendiri, belilah al-Quran mini, belilah tafsir mini. Ada rezeki lebih, hadiahkan buat sahabat-sahabat yang dikenal pasti belum lagi mempunyai tafsir peribadi. Tiap kali dia membaca al-Quran pemberian kita itu, insyaAllah Allah mengganjarkan balasan pahala buat kita juga.
Begitu juga bagi wanita yang didatangi haid pun jangan gunakan keuzuran itu sebagai alasan untuk meninggalkan al-Quran.
Tak boleh baca, tadabburlah isiannya.
Tag mana-mana part yang menyentuh hati kita tatkala sesi tadabbur makna ayat-ayat tersebut.
Saya yakin.... orang yang baik-baik itu hatinya sangat cinta kepada Al-Quran. Akhlaknya mengikut acuan al-Quran.
Mustahil bibir orang yang basah membaca butiran kalam mulia, kalam al-Quran bisa mengeluarkan kata-kata yang kotor seperti mencarut dan sebagainya.
Mustahil.
Jika benar dia benar-benar beriman.
***
Ada suatu hari, waktu saya menemani ayah ke pekan terdekat, dalam hujan renyai-renyai itu ayah terpandang kepada salah seorang kawannya yang mengalami strok ringan berjalan keluar dari klinik kesihatan mukim saya tinggal. Pakcik itu berjalan perlahan-lahan ke arah keretanya. Waktu ayah menyapa lelaki tua itu dengan lambaian tangan & salam, kami terpandang anaknya yang sekadar menunggu di dalam kereta.
"Astaghfirullah.. kasihan betul dia. Anak dia ada tunggu dalam kereta. Sepatutnya dia yang pimpin ayah dia, ambilkan ubat untuk ayah dia. Pakcik tu lagi dah strok..." terlepas kata-kata itu daripada mulut ayah saya.
Saya yang melihat & mendengar juga menjadi simpati... lalu saya berdoa sungguh-sungguh di dalam hati. Mudah-mudahan dijauhkanlah saya daripada menjadi anak yang buta mata & hati seperti itu. Nauzubillah. Dan semoga Allah memberikan Hidayah Taufik buat anak muda itu. Amiin.
Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam pernah mengaminkan 3 doa malaikat sewaktu langkahan kaki baginda naik ke atas mimbar. Antara 3 doa malaikat yang diaminkan itu ialah; "Celakalah bagi anak-anak yang tidak berbakti kepada kedua ibubapa yang sudah tua sedangkan Allah memberinya peluang untuk berbuat demikian."
MasyaAllah.
Dan tentunya; Allah juga pernah berfirman di dalam surah Luqman ayat 14 yang bermaksud:
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah & bertambah-tambah, & menyusukannya dalam usia 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKu & kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku tempat kembalimu."
Subhanallah.
Jelas sekali peringatan ini...
Mustahil orang yang menghayati ayat-ayat al-Quran akan berkasar & biadab dengan kedua ibu bapanya yang telah banyak berkorban jiwa & raga untuknya.
Mustahil.
Jika mereka benar-benar telah menghayati & beriman dengan tuntutan ini.
***
Ramai orang yang terdetik untuk kembali mentaati Allah & Rasul.
Ramai juga yang telah mengambil langkah pertama untuk hijrah.
Namun,
Ramai juga yang enggan menyahut panggilan kembali itu lantaran terlalu cinta kepada selain Allah.
Ramai juga yang kembali berpaling semula ke arah maksiat kerana tidak mampu istiqomah dalam jalan kebaikan. Nauzubillah.
Maka, beruntung & bersyukurlah bagi orang-orang yang terus Allah tsabatkan (tetapkan) hatinya atas Deenul Haq (agama yang benar) ini..
Seperti yang saya kongsikan pada awal taipan di atas. Dalam pada Allah membukakan hati seorang kekanda saya kembali kepada fitrah seorang muslimah yang berusaha menutup auratnya dengan sempurna, saya juga rasa agak sedih apabila melihat sebilangan yang lain semakin singkat pula tudungnya mengikut trend semasa.
Saya rasa bersyukur... Allah masih kuatkan hati saya untuk terus memakai tudung labuh hingga ke hari ini. Seperti sewaktu mula-mula berhijrah, hingga ke saat ini, saya tak pernah lupa untuk berdoa bersungguh-sungguh agar Allah terus menghidupkan saya & mematikan saya dalam keadaan yang sempurna menutup aurat. Perkenankanlah Allah, permintaan hambaMu yang hina ini.
Perasaan kali pertama memakai tudung labuh dulu, sampai ke hari ini mampu membuatkan saya menitis air mata kesyukuran. Betapa bersyukurnya saya... saya Allah pilih untuk melaksanakan perintahNya dengan hati yang penuh cinta & rela.
Barakallahulakum buat semua kekanda, adinda, sahabiah, rakan-taulan yang masih teguh dengan mujahadah melawan nafsu untuk bertabarruj melalui fesyen yang tidak patuh syariat Allah. Tahniah. Moga Allah terus memelihara kalian..
Orang yang baik itu..
Tentulah orang yang malu untuk membuka auratnya di hadapan mata yang tidak halal. Sebab dia tahu, tubuh badannya itu adalah milik Allah semata-mata, yang di akhirat kelak pasti dipersoal untuk semua pertanggungjawaban.
Allahu ghoyatuna..
Beruntunglah bagi orang yang Allah terus memegang tangannya menyelusuri denai ujian di dunia yang fana ini..
***
Hari ini... dalam pada kita masih terus bernafas.... melihat orang-orang yang kita sayang & cinta. Adakah kita terlupa, di suatu sudut dunia hambaNya yang lain telahpun melepaskan nafasnya yang terakhir untuk kembali kepadaNya. Di suatu ceruk dunia yang lain, insan-insan lain sedang meratap tangis jenazah orang-orang yang mereka sayang & cinta.
Kita ini terlalu selesa kan... Tapi entahlah mengapa kita masih berat mahu melakukan ketaatan /kepadaNya. Mungkin juga kerana keimanan kita terlalu lemah hinggakan ujian keselesaan ini pun kita tak mampu hendak menghadapinya dengan cara yang Allah inginkan.
Saya terjumpa ini di ruang Facebook.
Ada yang tertanya-tanya mengapa begitu hebat ujian yang menimpa para pejuang Islam di Mesir, adakah silapnya pada mereka? Adakah ini balasan kerana kepincangan mereka sendiri?
Shame on you. Kau tanya kenapa pejuang Islam di mesir begitu berat ujiannya?
Sebab mereka sudah selesai dengan tilawahnya.Selesai dengan tadabburnya.Selesai ibadah fardhi hariannya.Selesai qiyamnya, maaliyahnya, kekuatan fizikalnya, ukhuwwahnya.
Jadi sangat bertepatan dan wajarlah, ujiannya bukan lagi wanita, harta atau kekeringan ruhiyah dan ukhuwah.
Jauh sekali ujian anjing, babi dan pertandingan ratu cantik.
-Akh Al Ameen Hatta
Astaghfirullah.
Rasa terpukul.
Malu untuk mengangkat wajah.
Selalu saja dengar orang kata.... bersyukurlah lahir dekat Malaysia. Malaysia aman makmur. Tak macam negara Islam yang lain, bergolak, berperang, berbunuh-bunuhan, darah para syuhada membasahi bumi Tuhan setiap hari.
Apabila saya keseorangan muhasabah diri, saya akhirnya tersedar bahawa untuk insan yang masih lemah imannya seperti saya ini, mana mungkin ujian sehebat itu (yang menimpa saudara-saudari di Mesir, Gaza, Syria, Rohingya, Burma, Iraq, Afghanistan & lain-lainnya) mampu saya pikul. Walau bergelar anak gadis, seorang ibu sekalipun, muslimah di sana rela mengangkat sumpah untuk sama-sama berjihad menentang musuh agama. Subhanallah.
Orang yang baik itu... selain cinta & taat kepada Allah & Rasulullah. Cinta kepada jihad di jalan Allah adalah yang ketiga tertinggi dalam hatinya.
Orang yang baik itu... mestilah orang yang selalu mendahulukan saudara-saudarinya dalam hal-hal dunia kerana mentaati hadis Nabi yang mengatakan bahawa seorang muslim itu dengan lainnya adalah bersaudara.
Dalam sujud-sujud kita...
Apakah terselit doa buat saudara-saudari kita di Mesir, Syria, Gaza, Rohingya, Burma & seluruhnya..?
Saudara-saudariku...
Apakah kita ini sudah benar-benar baik agaknya?
***
Semuanya akan binasa.... kecuali YANG IKHLAS.
Tiada siapa mampu menyelamatkan kita daripada azab Allah, melainkan Allah sendiri.
Tiada siapa mampu memasukkan kita ke dalam syurga Allah, melainkan dengan rahmat Allah sendiri.
Sekali lagi, saya ingatkan diri sendiri & semua, mari perbanyakkan usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah... perbanyakkan lagi masa untuk mencari aib & salah sendiri serta memperbaiki semua kekurangan itu sedikit demi sedikit...
Mari... mari menjadi orang baik dalam erti kata menjadi hambaNya yang baik, umat baginda yang baik, pejuang agama yang baik, anak ayahbonda yang baik, manusia yang baik & bermanfaat buat masyarakat sekeliling. InsyaAllah.
Kita manusia. Mana pernah suci daripada melakukan dosa. Tak akan pernah terlepas dari terlalai & terleka. Moga Allah akan terus memberikan hidayah taufikNya kepada kita semua dalam meniti kehidupan ini dengan keimanan & ketaqwaan yang sebenar kepadaNya.
Isian syurga itu... semuanya dipenuhi dengan perihal yang terbaik.
Oleh itu... usahakanlah untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa.
Sungguh...
untuk kalian yang sudi membaca catatan saya ini, siapapun kalian, moga Allah akan menghimpunkan kita lagi bersama-sama dalam syurgaNya kelak, insyaAllah... Amiin.
Jazakumullahu khairan kaseero..
Allahumma innaka 'afuwun, tuhibbul 'afwa fa'fu anni..
Moga Allah ampunkan segala dosa-dosa saya & kedua ibubapa saya, serta semua muslimin & muslimat.
Allahumma innaka 'afuwun, tuhibbul 'afwa fa'fu anni..
Moga Allah ampunkan segala dosa-dosa saya & kedua ibubapa saya, serta semua muslimin & muslimat.
Wallahu a'lam.
----------------
Notahati:
Kemenangan & kebahagiaan sebenar ialah apabila kita berkumpul dengan orang-orang yang kita cinta di dalam syurga kelak, disambut oleh Allah di hadapan pintu syurga dengan hati yang tenang & diredhaiNya.
Itulah kemenangan & kebahagiaan yang sebenar bagi seorang hamba...
Labels:
catatan hati,
hiba,
hikmah,
muhasabah diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jazakillahu kheir,ukhti fillah, 'ala tazkiratan.Barakallahu fik.
ReplyDeleteSubhanallah,terketuk pintu hati menyedarkan diri dari lamunan duniawi.
Tidak mudah melakukan kebaikan, itu norma kehidupan,kan ukhti?
Sedikit perkongsian..
Ada seorang ukhti pernah mengadu hal, walau dia sudah lama bertudung labuh, tetapi makin menjadi2 mehnahnya bilamana sekarang ada byk tudung yg berfesyen2. Bukan dirinya sendiri yg berkeinginan utk memakainya,tetapi insan2 trsyg di sekeliling berhajatkan dia memakainya. Dibawa ke butik,ditunjukkan majalah2 fesyen,dibelikan tudung. Bagi menjaga hati mereka, dipakai juga tetapi hanya di hadapan keluarga. Melihatkan cara pemakaiannya, dia bersederhana sahaja orangnya & bukanlah seorang yg syadid yg menolak utk berfesyen, cuma diluahkan;kebanyakan fesyen & material tudung skrg kurg menepati kehendak syari'at dlm menutup aurat.
Terkesan benar dgn mujahadahnya.
Smga Allah thabatkan hati kita semua di jalanNya.
Tentang mesir,ianya sebuah negara yg hebat. Hebat pemudanya. Punya veteren yg berjiwa besar & mantap tarbiyyah mereka. Fi hifzillah.
waiyaki, ukhti fillah..
Deletebenar... hendak jadi baik pun banyak halangannya. & tentunya halangan terbesar dtg drp diri kita sendiri.
syukran utk perkongsian yg bermakna. jujurnya sy juga pernah diuji dgn perkara yg sama ttpi tdk la sampai thp dibawa ke butik & dipaksa memakai tudung berfesyen trsebut.
Dan tentunya saya belajar sesuatu drp perkara tersebut.
Sungguh, tiada siapa boleh memaksa kita untuk melakukan perkara yg kita tidak redha utk melakukannya. Berpegang teguhlah kpd prinsip diri (berpandukan syariat). Hormati prinsip itu (dgn niat krn Allah) agar org lain juga boleh menghormati kita, insyaAllah. saya berpesan kpd diri sendiri juga.
Mmg muslimah kini diuji dgn ujian dilema pemakaian berlandaskan syariat ini. Bkn saja bab tudung, ttpi juga jubah, t-shirt, blaus, hatta stoking juga perlu diperhatikan krn byk org yg menjual stokin tidak patuh syariat spt jrg & sbgnya..
Moga Allah lindungi kita, muslimah seluruhnya.. agar terus tsabat atas jalan yg Dia redha. insyaAllah.
------------
Tentang Mesir, Syria, Gaza & ummat Islam seluruhnya... hatta di Malaysia sekalipun.. semoga Allah menyelamatkan kita semua. Amiin.
Syukran sudi singgah & berkongsi dgn saya. Alhamdulillah. :)
ajma'in.
Deletealfu syukrn atas nasihat ukhti.
Setuju dgn ukhti. Prinsip.
"Kita hidup mesti ada prinsip. Ia umpama perisai utama bagi insan yang ada matlamat."_Motivator_
Allahumma Ameen. Mudah2an.