Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Sunday, August 25, 2013

Kerana Dia.



Hati ini bukan milikku. 
Hatimu juga begitu. 
Kita adalah milik Allah.

Selamanya milik Allah yang hakiki.





Dengan Nama Allah...


Telah lama dahulu.
Sejak sebelum engkau datang.
Dia telah terlebih dahulu datang kepadaku.
Menawarkan cinta sejati yang hakiki.

Telah lama sebelum engkau menunggu aku.
Dia telah lebih lama menanti aku,
Untuk kembali semula kepangkuan,
Menawarkan rasa yang lebih tenang & bahagia.

Meletakkan harapan & sandaran kepada dunia,
Tidak lain hanya membuka peluang untuk dikecewakan.
Kerana itu.. sandaran aku hanyalah kepadaNya.
Kerana Dia takkan sesekali mengecewakan aku..

Kerana hanya Dia saja yang setia mencintai aku..
 
Sungguh,
Aku melakukan semua ini.
Hanyalah kerana Dia.
Kerana sesungguhnya aku ini adalah untuk Allah.
Milik Dia, & akan kembali semula kepadaNya.

Aku sungguh takut,
Kiranya aku tersasar jauh dari rahmatNya.
Seperti dahulu,
Hidup tergapai mencari cahaya petunjuk,
Dahan yang ampuh untuk berpaut.

Kala itu….
Bukanlah mata aku yang buta.
Bahkan hati akulah yang gagal terlihat cahaya cinta.
Kerana telah mabuk akan wahn dunia.

Pernah ku beri hati kepada dunia..
Dunia menipu, mempersenda & mempergunakanku..
Pernah kuberi hatiku kepada manusia,
Manusia juga memperguna, mempersenda & menghancurkanku..
Dan bila aku membuka hatiku untuk Dia,
Bila aku serahkan hatiku kepada Dia..
Dia menjagaku, memeliharaku, mencintaiku & melindungiku...


Subhanallah..
Betapa pengasihnya pemilik hatiku itu..


Waktu aku tenggelam dalam lautan kejahilan,
Tercari arah tanda meneruskan kehidupan,
Dialah yang menghulurkan tali untuk berpaut.
Menyelamatkan aku..
Mengasihi aku..
Memberikan aku sebenar erti hidup..

MasyaAllah..
Sungguh.. mana hendak ku cari kekasih yang sehebat Dia..

Kala aku sedih.
Dialah yang menggembirakanku.
Kala aku sempit,
Dialah yang melapangkan aku.
Kala aku sakit,
Dialah yang menyembuhkan aku.
Kala aku sukar,
Dialah yang menyenangkan aku.
Kala aku kekurangan,
Dialah yang mencukupkan aku.

Subhanallah..
Sungguh…
Dia telah membuat aku terjatuh.
Terjatuh cinta berkali-kali.
Membuat aku tak mampu hidup tanpaNya.
Membuatkan aku selalu merindu.
Tanpa terlepas walau sedetik.

Dia tidak memerlukan aku..
Tetapi aku rapuh tanpa sedetik cintaNya..


MasyaAllah... hebatnya pemilik hatiku ini..

Tidak lama dahulu,
Suatu ujian hidup telah mencarik luka yang amat dalam bagi hati ini.
Amat dalam hingga aku menjadi takut berdepan dengan hidup.
Namun sekali lagi,
Dialah yang merawat semua kelukaan & kepedihan itu.
Lantas menyelamatkan aku dari terus tenggelam dalam perasaanku sendiri.
Sedangkan akulah yang telah menzalimi diriku sendiri..

Aku yang penakut ini.
Aku yang pengecut ini.
Mana mungkin aku mampu menelah hari esok.
Mana mungkin mampu aku menerus hidup ini.
Membuka kembali pintu hati yang pernah retak seribu.
Menyatu kembali serpihan hati yang pernah sehancur debu.
Kalau bukan kerana Dia yang menyembuhkan aku.

Dia Yang Pengasih itu..
Mengizinkan engkau hadir ke dalam hidup.
Maha suci atasNya..


Engkaukah penawar itu….?
Dengan izinNya, boleh jadi bukan.
Dengan izinNya, boleh jadi iya..

Walau masih takut.
Walau masih sangat takut.
Walau masih terlalu takut....

Takut akan diperguna.
Takut akan dipersenda.
Takut akan dipersia.

Takut akan dikecewa.

Jujur.. aku sungguh takut....

Tetapi kerana aku percaya Dia.
Maka aku cuba belajar untuk percaya.
Kerana aku yakin Dia,
Maka aku cuba belajar untuk yakin.
Kerana aku cinta Dia,
Maka aku cuba belajar untuk menerima & mencuba.

Hati aku, Dia yang pegang..
Hati engkau, juga Dia yang pegang..
Marilah bersama merapatiNya..
Mudah-mudahan dengan cara itu.. kita akan menemui bahagia yang dicari..
Marilah memperbaik hubungan hati denganNya..
Mudah-mudahan dengan cara itu.. kita akan menemui cinta yang dinanti..


Usah mendekati manusia untuk meraih cintanya.
Raihlah cinta Allah untuk memiliki cinta manusia yang mencintaiNya..
Usah berharap kepada manusia untuk meraih bahagia..
Raihlah cinta Allah untuk memiliki cinta manusia yang mencintaimu keranaNya..


Kerana telahku serahkan hidupku, matiku, solatku & ibadahku.. hanya untuk Dia..
Kerana hanya kepada Dia... Aku serah & sandarkan segalanya…

Sungguh.
Kerana aku ini adalah untuk Allah & akan dikembalikan semula kepadaNya.. moga Allah meredhaiku.


Hasbi Robbi Jalallah.
Ma fi qolbi ghoirullah.
06072013
1129

----------------

p/s: Tinggal 18 hari lagi.


No comments:

Post a Comment

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."