Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Monday, February 25, 2013

Bila Waktu Telah Berakhir.


Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah... Allah masih memberi peluang buat hambaNya ini bertaubat & memperbaiki diri.

Pagi tadi, berita pulangnya seorang kenalan 1 coursemate sewaktu di USM ke pangkuan Ilahi buat selama-lamanya, mengejutkan kami, termasuklah saya. 

Saya baru melabuhkan duduk di surau Fakulti waktu itu, sambil melepaskan lelah & menunggu masuknya waktu solat Zuhur, saya membaca 3 SMS daripada teman-teman tentang berita itu. 

"Salam, untuk makluman kawan-kawan... sahabat kita, Ainol Fauzei meninggal dunia dalam kemalangan bas sewaktu perjalanan pulang daripada Johor ke USM. Al-Fatihah.."

Mata yang agak layu membulat.

"Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un... daripada Allah kami datang, kepada Allah jualah kami kembali."

Al-Fatihah disedekahkan buat Allahyarham. Moga beliau ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh & beriman.

Banyak juga mesej daripada kawan-kawan yang menghamparkan rasa tidak percaya & terkejut peristiwa itu.

Hakikatnya saya juga terkejut & tidak percaya. 
Begitu sekali Allah merahsiakan kematian daripada para hambaNya.

"Sudah sampai waktunya. Kita ni... entah 'masanya' sampai sekejap lagi entah tidak.. Allahu a'lam.."

Ini peringatan yang sangat mengesankan dalam hati saya. Entah sesaat dua lagi tiba pula masa saya. 
Tiada siapa dapat menghalang. Tiada siapa dapat menelah.

Begitulah suratan takdir Allah. Kematian itu pasti. 
Bersedia atau tidak. Berani atau tidak. Kita tetap akan mati. 

Seperti yang difirmankan Allah;

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasan bagimu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperolehi kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya." [ali-Imran (3) : 185]

Tidaklah tercepat hatta satu saat mahupun terlewat satu saat.
Apabila datang waktu yang ditetapkan.... kita akan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya untuk kembali kepada Allah... yang menemani kala itu hanya taqwa & amalan selama ini yang kelak akan diperhitungkan..

"Dan Allah tidak akan Menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." [al-Munafiqun (63) : 11] 




Melalui attachment di news feed Facebook (yang di-linkkan oleh coursemate yang lain), banyak komen di wall akaun Facebook Allahyarham, tentang takziah, doa & al-fatihah yang bertali arus. Juga berita yang tersiar di televisyen & akhbar online tentang perihal kemalangan tragis tersebut. 

Memang saya tak dapat menolak daripada terimbau peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan Allahyarham Ainol Fauzei.

Saya pernah bekerja sama persatuan dengan beliau. Juga pernah satu kumpulan kelas Bahasa Melayu dengan beliau. Pernah mencedok ilmu C++ (yang saya sangat lemah) dengan beliau (sanggup mengajar kawan-kawannya yang agak lemah waktu itu).

Selama 3 tahun mengenali, beliau terkenal dengan sifatnya yang suka tersenyum, tak pernah saya lihat dia marah, soft spoken serta lemah lembut & bersopan santun dalam berbicara. Subhanallah.


Saya teringat Ustaz Pahrol pernah menulis dalam blognya; 
"Orang yang baik-baik ni selalu 'pergi' awal..."

Moga Allah mengampuni segala dosa-dosanya, menerima semua amalannya & menempatkan dia dalam kalangan hambaNya yang Allah Kasihi. Amiin.

Moga Allah ampunkan juga semua dosa-dosa saya, menerima semua amalan saya & terus memberikan petunjuk & Hidayah TaufikNya buat insan hina ini. Amiin..




Perginya dia ke negeri abadi.
Ibrahnya untuk kita yang masih diberi peluang untuk memperbaiki diri.

Dikhabarkan beliau pergi dalam husnul khotimah. Subhanallah.

Bagaimana pula penghujung diri ini kelak... cukuplah buat muhasabah diri yang selalu terlalai leka ini..


Allahurobbi... :'(

Mari sama-sama sedekahkan al-Fatihah buat saudara kita ini. InsyaAllah.

Kita selalu merasakan kematian itu jauh daripada kita, walhal ia hanya berada di depan mata; begitu hampir dengan kita. Hakikatnya kelak kita akan meninggalkan dunia yang selama ini begitu kita kejar & gilai..

Allahu a'lam.

Monday, February 18, 2013

Mahalkan Dirimu.



Bismillahirrohmanirrohim...

Jatuh cinta. Memang hangat. Saya akui kerana saya pernah lalui. Kadangkala sukar untuk kita berfikiran waras ketika mengharunginya. Kita lebih suka mengikut jiwa dan perasaan, berbanding akal yang dikurniakan olehNya.

Namun alhamdulillah, satu perkara yang saya syukuri dalam kehidupan saya adalah proses dakwah dan tarbiyah yang berjalan. Proses ini memberikan kesedaran, membuatkan saya faham bahawa cinta itu bukan yang utama di dalam kehidupan. Ada yang lebih utama.

Hari ini, begitu juga dengan hari-hari semalam, dan tidak saya terkejut jika hari-hari ke hadapan, remaja dan pemuda-pemudi teruja dengan cinta. Asyik.  Mainan perasaan menjadikan diri ketagih akan perhatian insan yang didambakan. Kadangkala sibuk kita dengan 1001 ciri perempuan lelaki idaman, buat diri sibuk bertanya: “Diakah jodoh aku? Diakah jodoh aku?” Hingga segala kebetulan seakabn-akan merupakan ‘petanda daripada Tuhan’.

Ini melemahkan.

Dan saya menyeru pemuda dan pemudi, dari lohong ini, diri itu dikeluarkan.

***

Cinta Perlu Difahami Sedari Awal.

Saya amat menegaskan betapa cinta dan kefahaman akannya perlulah dididik di dalam jiwa remaja semenjak awal. Bukan untuk menyuruh mereka kahwin awal, tetapi adalah supaya mereka tidak mengambil definisi cinta, cara-cara bercinta, daripada sumber yang rosak, yang wujud di kiri dan kanan mereka kala proses pendewasaan.

Hari ini, definisi cinta dan cara bercinta, diambil secara tidak langsung tanpa disedari, daripada filem-filem, drama-drama, novel-novel pop dan sebagainya. Membuatkan secara tidak langsungnya, apabila disebut cinta, atau apabila jiwa diserang perasaan cinta, automatik mereka akan melaksanakan sebagaimana yang mereka tahu dan faham melalui sumber-sumber yang sedemikian.

Justeru saya menegaskan agar kita punya silibus berkenaan cinta, perkahwinan dan rumahtangga semenjak tingkatan satu lagi, agar remaja kita tidak membesar dengan definisi cinta yang tidak syara’, lantas mengimplimentasikannya dengan cara yang tidak benar.

Cinta yang silap inilah yang membuatkan manusia apabila bercinta, menjadi tidak keruan. Kerana disangkanya cara untuk menyampaikan rasa cinta kepada orang yang dicintai mestilah dengan ayat-ayat asmara yang berbunga-bunga, dengan perkataan cinta dan sayang. Cinta mestilah keluar bersama-sama, berdua-duaan, berpegangan tangan, bersentuhan. Bahkan, wujud tafsiran cinta pada hari ini mestilah dibuktikan dengan seks, dan dikatakan itulah kemuncak cinta.

Tidak hairanlah remaja kita, apabila disambar dengan halilintar cinta, diri jadi entah apa-apa. Tambah zaman laman sosial hari ini. Hingga ada yang tanpa segan silu update gambar dirinya dan kekasihnya, berpelukan, berciuman, walau belum lagi berkahwin. Bahkan, lebih dari itu, berani pula mengharap ‘keredhaan’ orang ramai atas hubungan yang melanggar batasan syara’.

Bagi yang ‘Islamik’ sedikit, walaupun mungkin tidak keluar bersama, ramai yang terjebak dengan SMS, email, chatting, poster-poster ‘cantik’ berkenaan cinta, puisi-puisi jiwang, dan pelbagai lagi. Kemudian masa banyak dihabiskan dengan isu bakal makmum dan bakal imam. Belum dikira dengan sibuknya kita nak menilai beberapa perkara seperti ‘mimpi’, ‘kebetulan-kebetulan’, yang kita rasa, merupakan petunjuk daripada Allah SWT.

Ini melemahkan.

 ***

Memahalkan Diri.

Manusia ini kalau tidak punya apa-apa, tidak berhargalah ia.

Maka sepatutnya, pada usia masih muda ini, kita sibukkan diri dengan mencari ‘apa-apa’ untuk dimasukkan ke dalam diri kita agar kita menjadi berharga. Mahal. Semestinya ‘apa-apa’ itu adalah perkara-perkara yang bermanfaat dan berharga juga. Kalau diisi dengan sampah, maka sampahlah kita.

Berapa banyak buku telah kita telaah?

Berapa banyak program pemantapan minda dan peribadi yang telah kita hadiri?

Dalam lautan ilmu itu pula, setelah mendapat kefahaman akannya, berapa banyak pula yang kita implemenkan dalam kehidupan kita?

Apakah kita ini cakna isu semasa?

Pandaikah kita menguruskan wang?

Bijakkah kita dalam meneruskan survival hidup?

Sudahkah kita memulakan perjalanan untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak nanti?

Sudakah kita memulakan usaha membina diri agar mampu menjadi suami dan isteri yang baik kepada pasangan kita nanti?

Persoalan-persoalan ini sepatutnya bermain di dalam minda kita. Menjadikan diri kita mahal. Bukan sibuk dengan – Apakah dia jodoh aku? Apakah dia jodoh aku? Inikah petandanya dia jodoh aku? Apakah mimpi aku semalam merupakan satu petunjuk? Apakah dia bakal imamku? Apakah dia bakal makmumku? Macam mana hendak melamar? Macam mana nak hadapi lamaran seseorang? –  terlebih dahulu.

Kita di dalam pengajian akademik kita, kita punya tahapan. Maka begitulah kita dalam proses percintaan. Dalam hendak mendirikan rumahtangga. Kita bukan terus skip kepada “Bagaimana hendak melamar dan menerima lamaran.”

Kerana itu, saya bersetuju dengan pendapat Ustaz Hasrizal di dalam salah sebuah status Facebook beliau apabila beliau berkata bahawa beliau lebih senang jika kita berikan peluang diri kita ‘membesar’. Mengembara melihat dunia, menambah ilmu dan mematangkan jiwa, sebelum kita sibukkan diri dalam kancah cinta.

Ini tidak. Semenjak sekolah menengah sudah mula sibuk dengan cinta. Sibuk dengan frasa bakal imamku, bakal makmumku. Kala berusia mahasiswa yang sepatutnya kita teguk pengalaman untuk menjadi pemimpin dan membina ummah, mempersiapkan diri untuk menjadi yang bermakna buat masyarakat, kita sibuk dengan asmara dan fantasi rumahtangga. Persediaan entah ke mana.

Kemudian kata hendak berumahtangga, hendak membawa pasangan ke syurga?

Bagaimana hendak ke syurga kalau diri itu tidak punya apa-apa persediaan ke arahnya?

*** 

Duduk, Dan Timbalah Pengalaman.

Tenangkanlah jiwa. Bebaskanlah  diri dari segala filem, drama dan novel-novel cinta yang membuatkan kita sibuk untuk menjadi sepertinya. Lihat semula diri, dan tanya apa matlamat untuk berada di atas muka bumi. Lihat sebentar kepada rumahtangga, dan selami realitinya. Rumahtangga itu bukannya syurga secara muktamadnya. Rumahtangga hanya akan menjadi syurga, jika kita bergerak mempersiapkan diri kita. Jika tidak, rumahtangga boleh menjadi neraka buat kita.

Rumahtangga punya 1001 tanggungjawab. Rumahtangga bukan hanya kisah dua orang berkasih sayang menjalin hubungan asmara. Rumahtangga adalah asas kepada ummah!

Dan Allah telah copkan tanggungjawab yang besar di dalamnya:
“Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari siksa api neraka.” Surah At-Tahrim ayat 6.

Maka mengapa tergesa-gesa dengan perasaan. Hidupkan minda kita. Imbangi perasaan itu. Bergerak persiapkan diri.

Duduklah sebentar, menimba pengalaman. Daripada sekeliling, daripada orang-orang yang telah mendahului kita, daripada orang-orang yang lebih tua, daripada kitab-kitab agama dan penyampaian-penyampaian berkenaan rumahtangga.

Bukan kita terjah dahulu alam cinta, kemudian baru mencari itu semua.

Kita ada matlamat hidup yang lebih besar daripada cinta.

 ***

Penutup: Mahalkanlah dirimu. Jangan Mudah Jatuh Cinta.

Jadilah manusia yang mempunyai kesedaran. Yang bukan sibuk dengan mainan perasaan.

Kadangkala bila kita sibuk dengan mainan perasaan, maka ‘disakat’ sedikit, jiwa sudah gelabah. ‘Diuji’ sedikit, kita telah rebah. Sedangkan ummah memerlukan kita untuk kuat dan gagah. Agar kita mampu menggerakkan ummah ini ke hadapan, bukan ke belakang.

Kita perlu ingat, selepas berumahtangga, akan masih ada kerja-kerja. Bukannya terus mati dan masuk ke syurga. Bukan.

Maka kita perlukan susuk tubuh yang kuat untuk menompang tanggungjawab ini.

Dan itu tidak akan kita perolehi dengan sibuk berperasaan semata-mata.

Bukalah mata, bangkitkanlah kesedaran jiwa.

Cinta itu mungkin, sedang mati itu pasti menjemput kita.

Allah tidak bertanya kita berjaya berkahwin dengan orang kita cinta atau tidak, tetapi Allah akan bertanya bahawa umur kita, di mana telah kita usahakan atasnya.

Marilah, mahalkan diri kita.

Jadilah hambaNya yang berguna.


Allahu a'lam.

Sumber asal : Hilal Asyraf @ Langit Ilahi.

----------------


Nota hari ini:
# Ahamdulillah dapat roommate sefikrah. :) beliau sangat soft (beliau buat saya rasa macam saya ni lelaki, which mean saya sangat kasar.... aduuhh), matured (once again... dush! childish-nya la diri ini terasa....), manja & comel... subhanallah. :)
# Saya sudah suka, gembira & mula untuk jatuh cinta dengan tempat baru, suasana baru, orang-orang baru... :)
# Still searching for usrah for 'veteranian' like me (sefikrah & seumur, mudah-mudahan).. Doakan saya bertemu... :) saya mahu terus merasakan kehebatan Allah melalui orang-orang yang berakhlak mulia & mencintaiNya, insyaAllah. :)

# Jumpa dengan former lecturer.. beliau juga sangat comel & awet muda... subhanallah. Saya tak boleh lupa bila beliau kata; "comelnya awak pakai tudung labuh.." eheh. ;p. (Allah, moga hambaMu ini terus istiqomah, amiin..)
# Postgrade much tougher than undergrade, it was really a major milestone in my life. Like one of SGS Scholar said; "nothing comes easy in life.." however, yet still have to cherish & enjoy throughout the learning process, insyaAllah. Please pray for me.. 
# InsyaAllah, I can do it! ganbatte! (^^)/
# Ada orang pesan kat saya.... "Keep on smiling... :) Why worry when you can pray? Why worry when you have Allah? He is Allah. Say; "Allah is enough for me. More than enough." :)"

:)


Bahagia itu nikmat. 
Punya hati yang tetap tenang & bahagia tatkala dilanda ujian.... Itu double nikmat. 
Allahuakbar. :)


Wednesday, February 13, 2013

[Puisi] : Puteri Idamanku.



Bismillahirohmanirrohiim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, laptop yang 2 tahun tersimpan kerana kerosakan LCD akhirnya Allah izinkan untuk kembali beroperasi. Adik bongsu tersenyum tatkala notebooknya dipulangkan kembali. 

& tentunya, terima kasih ayah atas bayaran kos pembaikan. Moga Allah selalu cinta ayah.. :')

Saat aku mengemas kini folder-folder lama yang masih menyimpan data-data lama, aku terjumpa kembali sebuah puisi. Aku kira puisi ini memang layak ditujukan buat semua muslimah sebagai pedoman untuk mereka menjadi solehah, muslihah & mukminah, insyaAllah..

***

Puteri Idamanku.

Puteri Idamanku Adalah Seorang Wanita Yang Beriman
Yang di hatinya Disalut Rasa Taqwa kepada Allah swt
Yang Di Jiwanya Penuh Penghayatan Terhadap Islam
Yang sentiasa Dahagakan Pahala

Yang solatnya Adalah maruah Dirinya
Yang Tidak pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak pernah Gentar Melawan Hawa Nafsu
Yang Sentiasa Bersama Golongan Yang Berjuang Di Jalan Allah

Puteri Idamanku Adalah seorang Wanita Yang Menjaga Tutur Katanya
Yang Tidak Pernah Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Pernah Bermegah Dengan Harta Dunia Yang dicarinya
Yang Mempunyai Ramai Kawan dan Tidak Mempunyai Musuh

Puteri Idamanku adalah seorang Wanita Yang Menghormati Ibunya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Orang Tua Dan Keluarganya
Yang Bakal Menjaga Kerukunan Rumah Tangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anaknya Ilmu Duniawi Dan Ukhrawi
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Baginya Hidup
Adalah Mahligai Persinggahan Sementara Menuju Ke Negeri Abadi

Puteri Idamanku Sentiasa Bersedia Menjadi Srikandi Islam
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran dan Mencontohi Akhlak Rabiatul Adawiyah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan Berbicara
Yang Menjaga Matanya Daripada Berbelanja
Yang Sujudnya Penuh Dengan Kesyukuran Dengan Rahmat Allah swt Ke Atasnya

Puteri Idamanku Tidak Pernah Membazir Masa
Matanya Penat Kerana Penatnya Membaca
Suaranya lesu Kerana Penat Mengaji dan Berzikir
Tidurnya Lena Diulit Sinar Keimanan
Bangun Subuh Dengan Penuh Kecergasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Dengan Penuh Kematangan

Puteri Idamanku Sentiasa Mengingati Mati
Yang Baginya Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan perlu Dibajai dan Dijagai
Agar Kelak Berputik Tunas Yang Bakal Menjadi Baka Yang Baik
Meneruskan perjuangan Islam Di Hari kemudian

Puteri Idamanku Adalah Seorang wanita Yang Tidak terpesona Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia mengimpikan Syurga Yang Abadi
Di Situlah Mahligai Kasih Idamannya 
Dan Dia Akan Membawa Daku Bersamanya

Dialah Puteri Idamanku
Moga Aku Akan Dipertemukan Dengannya
In sha’ Allah


sumber: 
Tajuk asal puisi, Diari Hati Seorang Lelaki, arkib oktober 2010.
(http://shift-ur-paradigma.blogspot.com/2010/10/diari-hati-seorang-lelaki.html)


***

Untuk versi muslimin, aku sarankan sila pergi ke sini, sini & sini.

***

Alhamdulillah, kaki telah pun Allah izinkan meniti fasa baru, di tempat baru sebagai status pelajar. Untuk aku, aku mohon doa kalian. Tolong doakan aku..

Aku menyangka, apabila umurku hampir menyentuh pertengahan setengah abad, aku kira aku akan dapat berlepas diri dari penyakit 'rindu rumah'. 


Hakikatnya aku silap.

Padahal baru sehari berpisah.

Aku rindu rumah. 

Aku rindu ibu & ayah, tempat aku mengadu bermanja, bersenda gurau.

Aku juga rindu ruang tempat aku solat & selalu beruzlah dengan Allah di rumah, tempat aku menumpah segala rasa dalam jiwa.


Sungguh aku rindu.


***

Bagaimana agaknya saudara-saudaraku di Palestin, Syria & seisi dunia yang bergolak.
Mereka menyaksikan semua kesayangan & kerinduan itu syahid di hadapan mata.
Dan bakal berpisah selama-lamanya di dunia ini.

Hanya mampu berdoa untuk dikumpul kembali dalam jannatul firdausi.
Untuk menghambur semua rasa rindu yang membuku...

Tentu hanya Allah sahajalah yang tahu betapa perit mereka menanggung pilu.
Tentu Allah sahajalah yang tahu betapa besar mereka menanggung rindu.

Tentu hanya Allah sahajalah yang mampu merawat segala sendu...

***

Hari ini 13.2.2013

Mari tadabbur surah ke-13, ayat 2.

"Allah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy. Dia menundukkan matahari & bulan; masing-masing beredar menurut waktu yang telah ditentukan. Dia mengatur urusan (makhlukNya) & menjelaskan tanda-tanda kebesaranNya, agar kamu yakin akan pertemuan dengan Tuhanmu." [ar-Ra'd (13) : 2]

Allah.
Cantiknya ayat ini untuk memujuk hati.

***

Maka, jom, ambil masa untuk istighfar...




p/s: sila tekan butang pause 'Opick : Rapuh' terlebih dahulu sebelum play video ini.

:') 


"Iaitu orang-orang yang beriman & hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." [ar-Ra'd (13) : 28]

Usai melengkapkan rangkap yang ini, ayah call.

Nampaknya dia juga rindu aku.
Moga Allah akan terus menguatkanku,
untuk terus berusaha menjadi puteri sulung idaman ayah.
Amiin.


"Dan nikmat Tuhanmu yang mana dapat engkau dustakan...?" [ar-Rahman]


***

Tolong doakan aku.

Untuk terus kuat & juga menguatkan.

***

Allahu a'lam..