Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Saturday, November 26, 2011

TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh.



Bismillahirrohmanirrohim.

"...Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu...." [surah 24; an-Nur; ayat 35]

"Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus." [surah 24; an-Nur; ayat 46]


Saya percaya... ramai sahabat-sahabat, adik-adik mahupun kakak-kakak diluar sana yang hatinya telah lunak & lembut disapa bayu Hidayah Allah swt.

Hidayah ini menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk merapatkan diri kepada Ilahi. Hati terasa teruja melakukan kebaikan, langkah laju diatur ke denai-denai majlis Ilmu, bibir pula tak henti melafazkan zikrullah mahupun doa agar Allah menguatkan hati untuk terus ada di jalan yang benar ini.

Apabila meneliti keadaan penampilan diri yang agar tidak sempurna penutupan auratnya, hati tiba-tiba terasa malu kepada Allah. Mengenangkan kejahilan diri melanggar perintah & garis panduan yang telah ditetapkannya.

Namun, di saat diri mahu berubah. Di celah-celah semangat itu dilunturkan pula dengan tohmahan orang sekeliling. Lantas lantaran dek mengenangkan kata-kata perlian & kejian yang bakal dilalui. Tambahan pula diri dilahirkan dalam keluarga yang 'biasa-biasa' sahaja penerapan & pelaksanaan agamanya, diri terkenang pula apa kata keluarga jika tiba-tiba berubah penampilan kelak.

Situasi ini kerap kali melanda hati, diri yang baru 'dipanggil' pulang oleh Allah. Respon bagi panggilan tersebut ada 3;

1) Ramai di antara hamba-hamba yang diuji Allah ini berjaya melalui liku-liku tersebut dengan sabar & tabah sebelum istiqomah menyarungkan tudung labuh. Alhamdulillah. 

2) Namun, ramai juga yang cuma separuh jalan menyahut panggilan Hidayah Allah lantaran memikirkan kata-kata orang & keluarga. Ramai juga meninggalkan penampilan tudung labuh kerana kembali 'terpikat' dengan keduniaan seperti terpengaruh dengan fesyen, takut tidak bertemu jodoh ataupun kerana menggunakan alasan susah mencari pekerjaan dengan pakaian tersebut.

3) Ramai juga yang langsung tidak mengendahkan ketukan Hidayah Allah yang dibiarkan berlalu sepi. Mereka ini terlepas peluang keemasan apabila menyangka Hidayah itu boleh dibeli dan akan tiba hanya dengan menanti.

Kepada sahabat-sahabat, adik-adik serta kakak-kakak yang dikasihi Allah, pilihlah untuk menjadi hamba-hambaNya seperti respon yang pertama,

Renungilah firman Allah; 
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."  [surah 2; al-Baqarah; ayat 45-46]

Kuatkanlah hati. Kuatkan semangat. Berbanyaklah berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati untuk melalui jalanNya ini. Bukan calang-calang orang yang terpilih untuk memiliki HidayahNya. Bersyukurlah jika kita di antara insan-insan yang terpilih untuk kembali kepadaNya.

Sesungguhnya, biar kita hilang 'seseorang' atau 'sesuatu' demi Allah. Daripada demi 'seseorang' & 'sesuatu' kita kehilangan Allah. Nauzubillah.

Apabila hati tiba-tiba terasa insaf dan ingin kembali, namun, masih keliru apa yang perlu dilakukan.

Mungkin TIPS-TIPS AWAL di bawah ini dapat membantu untuk memulakan langkah;

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar. 
2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.
3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).
5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)
6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.


contoh 1: Tudung Akel bidang 50.


Contoh 2: Pashmina (selendang menutupi dada & tidak jarang)

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^


contoh Tudung Turki jenama Akel bidang 60.


9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :)


contoh tudung labuh berjahit. Kain jenis koshibo.


CUBALAH dahulu. InsyaAllah, sekali cuba... masyaAllah, perasaan kali pertama itu terasa sangat indah sekali. Terasa sangat selamat, terasa Allah berasa sangat dekat. Subhanallah! Jika kita ikhlas berhijrah & memakai tudung labuh dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, insyaAllah Dia akan membantu mempermudahi jalan kita. 

Secara tidak langsung, akhlak kita juga seakan terpelihara sebagaimana terpeliharanya maruah kita dilindungi kelabuhan tudung yang dipakai. Kita akan jadi segan untuk berakhlak buruk & melakukan kemungkaran.  

Sebenarnya, boleh sahaja kalau hendak terus memakai tudung labuh. Namun, seeloknya, kita mulakan secara perlahan-lahan agar diri lebih yakin & bersedia. Tidaklah nanti perubahan itu terlalu drastik & takut diri tidak dapat mengadaptasi dengan penampilan baru itu. Cepat atau lambat, yang penting, perubahan itu ikhlas & istiqomah. Jadi, banyak-banyakkan berdoa agar Allah mempermudahi jalan kita untuk meraih redhaNya.  

Firman Allah swt; "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka...." [surah 24, an-Nur; ayat 31]

Kuatkan semangat, kuatkan semangat, kuatkan semangat serta mohonlah kekuatan daripada Allah. Sesungguhnya tidak salah berubah jika perubahan itu ke arah kebaikan & mendekatkan jarak kita dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah akan menganjarkan kebaikan kepada kita di atas pengorbanan kita.


Firman Allah swt;
"Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan), maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam." [surah 29; al-ankabut; ayat 6]




"Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan & seindah hiasan dunia adalah wanita yang solehah." [HR Bukhari & Muslim]


Teruskan mencari, belajar & berusaha untuk memperbaiki diri. :) Sesungguhnya, kalian bukanlah keseorangan kerana Allah sentiasa ada di sisi kita.

Semoga bermanfaat, insyaAllah.

Salam Maal Hijrah. Taqaballahu minni wa minkum. 
 
Wallahu 'alam.


p/s: Melalui pengalaman saya sendiri, saya mencintai penghijrahan saya. Malah, tips-tips di atas ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah, saya bersyukur Allah kuatkan hati saya untuk tetap di jalan ini. Malah, sejak penghijrahan saya, saya berasa lebih tenang & gembira. 

Tak dinafikan memang banyak ujian & cabaran. Namun, Alhamdulillah, Allah mempermudahi semua kesukaran yang saya hadapi.  

Saya berdoa semoga Allah menggerak & menguatkan hati sahabat2, adik2 serta kakak2 yang saya kasihi kerana Allah semua untuk turut berhijrah kembali kepadaNya & merasai keindahan rasa menutup aurat dengan sempurna. insyaAllah :) 


Ikuti sambungan entri ini di sini: CABARAN BAGI BEGINNERS TUDUNG LABUH

Rajin-rajinlah juga membaca catatan ini:  KELEBIHAN BERTUDUNG LABUH




69 comments:

  1. Jzkk 4 sharing... semoga Allah memberi kekuatan juga pd saya :)

    ReplyDelete
  2. syukuran diatas perkongsian ukthi =)

    ReplyDelete
  3. buat ukhti Noorain yg dikasihi Allah,

    la syukran, 'alal wajibati. semoga beroleh manfaat. :)

    ReplyDelete
  4. sungguh bermakna...terasa diri makin kuat dan bersemangat.. insya Allah...mohon copy n paste di blog sy..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. syukran ukhti kamilah. :)

    insyaAllah, tafadhol. sgt dialu-alukan kalau brmanfaat. kalau boleh tolong link-kn ke blog ana ye.. agar mmudhkn rujukan.

    jazakillah! :)

    ReplyDelete
  6. salam kak syg..

    thumbs up untuk kak..
    nak copy n share kat blog sy yea,,^_^

    ReplyDelete
  7. wasalam nisa syg..


    tafadhol.. jgn lupa linkkan blog akk yep utk further references. jazakillah. :)

    ReplyDelete
  8. luar biasa hebat tips yg diberi...moga kita sama2 mndpt redha ALLAH SWT dunia wal akhirat...

    p/s:hati yg disentuh ALLAH SWT utk mndpt hidayah merupakan 1 pengalaman trindah...luar biasa indah....hanya mereka yg betul2 ingin berubah akn mndpt kemanisannya...insyaallah..

    ReplyDelete
  9. Yang Hebat itu datang dri Allah.. insyaAllah utk kemaslahatan ummah.

    insyaAllah.. mudah2an kemanisan itu kekal hingga ke akhirnya. amiin.

    p/s: sesungguhnya saat yg paling membahagiakan adalah apabila hati betul-betul jatuh cinta kepada Allah.. Allahurobbi..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih untuk penulisan yang amat bermanfaat ini. Izinkan saya copy ke dalam blog saya untuk dibaca oleh pembaca blog saya dan juga ahli-ahli kempen aurat saya maruah saya yang saya anjurkan.

    InsyaAllah...

    ReplyDelete
  11. tafadhol ya ukhti.. kalau bermanfaat, silakan. Tak perlu minta izin, semua ini kepunyaan Allah semata. :)

    cuma, kalau boleh link-kan blog ini sbg memudahkan rujukan lanjut. insyaAllah. syukran. :)

    ReplyDelete
  12. syukur ALHAMDULILLAH..bertambah semangat dalam dri setelah membaca entry ini..terima kasih kepada penulis..

    *menitis airmata*


    INSYAALLAH..

    ReplyDelete
  13. terima kasih. sangat berguna untuk saya. saya pun baru mula. tapi tak dapat nak istiqamah lagi setakat ni. banyak lagi yang perlu saya buat. saya minta share kak post ni. =)

    ReplyDelete
  14. ukhti, menangis baca ni, rasa macam mula mula berubah.... sama dengan cerita ana, boleh ana kongsikan di blog? betul betul menangis.... teringat perubahan dulu...

    ReplyDelete
  15. SuriaSuram:
    Sesungguhnya hati yang lunak itu sgt mudah tersentuh dgn cintaNya. :') Alhamdulillah. Mudah2an Allah akan memberikan kekuatannya kpdmu.. amiin. :) terus kuatkan semangat ya? insyaAllah.


    yampe =):
    Silakan jika bermanfaat dik.. insyaAllah teruskan langkah yg utk mndekatiNya. Akk doakan mudah2an kmu tsabar di jalanNya ini. insyaAllah amiin. :)


    Asiah yusro:
    :') mudah2an Allah ganjarkan setiap titis air matamu itu dengan pahalaNya. silakan berkongsi jika bermanfaat. kalau boleh, linkkan blog ini utk further references ya.. :)

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. assalamu'alaikum...
    ukhti..
    ana suka cara ini..
    kerana ana juga bermula seperti ukhti..
    sama!
    alhamdulillah...sekarang..masih ingin perbaiki diri...
    langkah demi langkah...mendapat cinta ILLAHI..
    SYUKRAN ukhti..atas perkongsian mnrik ini...mohon share di blog ana ye ukhti..
    sekiranya ukhti sudi...(sekiranya ana mndpt kbnran drukhti,,bru ana kngsikn)syukran..
    Allah yubarik fik! :)

    ReplyDelete
  21. Wa'alaikumussalam warahmatullah. :)

    Alhamdulillah. semoga terus istiqomah & tsabat, amiin. :)

    ya.. purify & improvement itu sgt perlu dilakukan scr berterusan kerana iman kita seringkali naik & turun. Hati kita juga sering terbolak-balikkan..

    ya Allah.. tak pyh mtk kbnrn pun.. enti buat ana malu. pdhl semua ni dtgnya dri Allah & milik Allah semata. maka, kongsikanlah kalau bermanfaat utk ummah.

    jazakillah khairan kaseero buatmu ukhti.. :)

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah......syukran jazilan ukhti.. :)
    ya..amiiin..insyaAllah...
    ana suka semua isi blog ukhti...
    serious! dekat di hati ni....
    terima kasih ukhti... :)
    barakallah~

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah...sgt berguna tips ni pada saya...
    moga Allah beri saya kekuatan...^^

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah..

    Moga Allah memberikan Hidayah & Taufiq-Nya buatmu. kuatkan semangat ya! :)

    ReplyDelete
  25. Buat ukhti Nadia Misman,

    Alhamdulillah kiranya isi2 blog ini memberikan manfaat buatmu. Syukran atas sokongan yg diberikan. selalu2 la berziarah ke sini & tegur kekurangan & kekhilafan.

    jazakillah khaira. :)

    ReplyDelete
  26. tips yg berguna...seronok tgk kakak sy..die da mule pkai tudung labuh...

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah. sama2 kita doakan agar dia bisa istiqomah. insyaAllah.

    ReplyDelete
  28. ALhamdulillah . syukran . sangat-sangat membantu . insya Allah . semoga sy terus istiqomah .

    ReplyDelete
  29. InsyaAllah amiin.. :)

    p/s: syukran sudi singgah.

    ReplyDelete
  30. assalamualaikumm..
    alhamdulillah..alhamdulillah..
    p0st nie yg sy cri2..td ade mmikirkan psl nie..benarkan..
    sesuatu kebaikan yg ingin kita lakukan,insyaAllah dberi jalan oleh Allah swt..senang jerw..mule2 ternmpk p0st dekat

    http://bilahatitertaut.blogspot.com/2011/12/tips-awal-sebelum-bertudung-labuh.html

    syukran!hampir menitik air mate bile mmbace nyer :D

    ReplyDelete
  31. bila kita berubah ke jaln Allah.Allah pasti akan tolong kita.. :)

    ReplyDelete
  32. Na'am ukhti.. :)

    Berpegang tguhlah kpd Allah, Dialah sumber kekuatan yg terbaik. insyaAllah...

    yg ptg, jgn berputus asa & teruskan berdoa.. :)

    syukran sudi singgah.

    ReplyDelete
  33. Alhamdulillah~
    syukran jazilan atas ilmu~
    sy skrg dlm pr0ses utk btudung labuh~
    keinginan sgt kuat shingga t'ingin utk b'purdah~
    tp slalu tak0t dgn tanggapan org jika wat prubhn drastik~
    insyaAllah akn mncube step by step~
    m0hon share~
    ^_^

    ReplyDelete
  34. InsyaAllah..

    Kalau kita ingin kembali kpdNya, Dia pasti akan menunjuki jalan. Namun, Dia tidak pernah mengatakan bhw jalan trsebut mudah & indah...

    Semoga Allah beri enti kekuatan, insyaAllah. :)

    ReplyDelete
  35. Salam.
    Alhamdulillah sy dah melepasi ujian permulaan memakai tdg labuh. Alhamdulillah juga sy tdk menghadapi ujian dprd keluarga ,tp ujian dtg dari pihak luar. Alhamdulillah nikmatnya mendpt hidayah Allah. Maka sy ambil hidayah itu sbg kekuatan sy dlm mentaati perintah Allah dgn sebenarnya. Moga Allah kekalkan kita semua pd jln yg Allah redha. Ameen

    Salam ukhwah fillah

    ReplyDelete
  36. Wasalam alaiki..

    Alhamdulillah... :') apabila baca luahan & cerita shbt2 lain yg menyahut Hidayah Allah.. hati ni rasa sebak & kagum dgn kekuasaanNya..

    semoga Allah akan terus memberikanmu hidayah & taufikNya. amiin.

    salam ukhuwah fillah kembali.. syukran atas kunjungan. :)

    ReplyDelete
  37. doakanlah saya juga akan berubah...
    amin....mudah-mudahan....

    ReplyDelete
  38. amiin..
    Mudah2an.. sekiranya hati sudah disapa hidayahNya.. bergeraklah untuk memburu taufikNya. amiin.

    ReplyDelete
  39. entry yg sgt bermakna..ukhti tahu x,,Alhmamdulillah..saya rasa bersyukur sgt..kawan2 saya didatangi olh hidayah Allah..melalui mimpi dan juga kawan2 disekelilingnya sbgai perantaraan,,dan mereka sdang mencari sinar Nur Illahi...mga mereka kuat..saya banyak berikan link blog ukhti kat kwan2 saya...mg mereka ada kekuatan untuk meyambut hidayah itu..

    ReplyDelete
  40. InsyaAllah..

    saya doakan mereka kuat. tanpa kekuatan untuk myambut Hidayah Allah & kekuatan utk memulakan langkah menyusuri hidayah itu, maka diri akan dilanda kerugian.

    menjadilah enti sbg manusia sandaran mereka.. mudah2an dgn adanya enti sbg duta muslimah solehah, diri mereka akan terasa lebih yakin. insyaAllah.

    Mari kita sama2 doakan agar mereka dipinjamkan kekuatan daripada Allah untuk merasai kemanisan penghijrahan ini. biiznillah. amiin.

    ReplyDelete
  41. terima kasih ukhti..insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. la syukran.. 'alal wajibati.

      insyaAllah. syukran atas kunjungan. :)

      Delete
  42. terima kasih,.semoga Allah memberkati anda,,

    ReplyDelete
  43. Alhamdulillah :') sronok baca.
    Alhamdulillah, saya memang dah pakai tudung labuh tutup dada.
    Tapi, saya still pakai selendang/ pashmina.
    Terdetik jugak kat hati nak pakai tudung labuh berjahit secara istiqamah, tapi saye jd segan sebab ummi saya pakai tudung bawal bidang 60. Saye rase mcam segan nak pakai tudung berjahit labuh mcam tu.
    Sebab bila saya nak move forwards, mesti saye akan fikir pndgan orang lain. Saya tau kita kena utamakan pndgn Allah terhadap kita. Tapi , entahlahh.
    Kadang rase tak kuat je :( huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      bertahun2 yg dulu.. sebelum Allah nekadkan hati sy untuk bertudung labuh bulat, sy juga muslimah yg memakai tudung bawal pin secara lurus. smpai dikenali semua org sbg 'bdk yg pakai tudung lurus'. :D

      Ibu sy juga hanya pakai tudung lycra yg bersaiz medium wktu awal2 penghijrahan sy. Kemudian, Allah buka pula pntu hati adik2 sy utk menuruti langkah sy yg brtudung labuh.

      Mulanya ibu semacam tak selesa tgk kami adik beradik pakai tudung besar2, labuh2, mcm tudung sj yg bergerak.. :D

      Namun, percayalah, bila kita lakukan sesuatu krn inginkn keredhaan Allah, di smping kita doakan juga ahli keluarga kita diberikan Allah hidayah... insyaAllah, Allah akan bantu kita..

      Alhamdulillah.. skrg ibu sy juga dah memakai stokin & memakai tudung lycra saiz large yg labuh itu.

      Hidayah itu milik Allah, namun kita perlu berlari & menyahutnya. insyaAllah..

      sy doakan mudah2an Allah permudahkan jalan adik juga.. insyaAllah. :)

      Delete
  44. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  45. boleh saya tanya ya ukhti? ape bezanya klau kita memakai tudung bidang 50 dgn tudung labuh?? Adakah tudung 50 itu tidak memenuhi syarat 2 penutupan aurat?? :D

    ReplyDelete
  46. boleh saya tanya ya ukhti?? apa bezanya klau kita memakai tudung bidang 50 dgn tudung labuh? adakah tudung bidang50 tak memenuhi syarat2 penutupan aurat? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, menurut pendapat akk, tudung bidang 50 memenuhi penutupan aurat seseorg muslimah itu bila;

      1) tidak jarang
      2) labuh cukup menutupi dada.
      3) kain tidak ringan, maknanya if kena tiup angin, takkan mendedahkan aurat dada, leher & part2 aurat yg lain.
      4) bidang 50 sesuai utk tubuh bdn muslimah yg kecil, yg mana if dia bergerak2 aktif, tudung terselak pun masih menutupi bahagian dada & aurat yg sepatutnya ditutup. bg akk, tudung 50 ni tak sesuai utk muslimat yg bertubuh berisi & bidang bahunya lebar sbb mgkin tak dapat menutupi aurat dgn sebaiknya.

      apapun, tdk kisah tudung jenis apa, kain apa, trend apa, selagi memenuhi syariat yg dikatakan di atas, masih dikira sbg cara terbaik menutupi aurat.

      jika kita dapat menutupi lauk ikan di atas meja dengan tudung saji, mengapa kita memilih utk menutupinya hanya dengan kertas A4 kan..? :)

      InsyaAllah, moga menjawab soalan.

      Delete
  47. akak..saya tag akak..
    http://syirawahab27.blogspot.com/2012/08/istiqamah-dengan-hijabmu.html

    ReplyDelete
  48. teringin nk pakai tdung labuh.. baru nk start pkai stokin n tdung yang labuh sikit.. moga dipermudahkan.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      insyaAllah, mudah2an Allah kuatkan lagi semangat nur utk berhijrah menjadi hambaNya yg lebih baik..

      :)

      Delete
  49. :) .. cantik ~ .. memg dh ad niat, tpi skolah mnengah ni ingat nk mula dgn step 1-5 dulu .. sbb xde bju yg labuh .. insyaAllah dh hbis skolah mnengah bru prlahan2 dgn tdung n baju labuh ... insyaAllah .. Amin.. doakan saya yee..:D

    ReplyDelete
  50. Suka sangat tau singgah sini. Alhamdulillah semoga blog ukhti bermanfaat untuk semua orang :) menjadi saham di Akhirat sana nanti Inshaa Allah. Kalau blh sy tahu, lagu apa ye di blog nie? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. insyaAllah terima kasih.. Allahumma amiin insyaAllah..

      ttg lagu blog ini, insyaAllah boleh refer sini;
      http://www.youtube.com/watch?v=m_tjxz4yS_U

      syukran jiddan sudi singgah & baca.

      Delete
  51. assalamualaikum
    mohon copy & share ya :)

    ReplyDelete
  52. wa'alaikumussalam wbt... tafadholi... :)

    ReplyDelete
  53. assalamualaikum..
    mamapukah saya merubah diri ini..
    hati saya sejak dua menjak ini sudah diketuk untuk berhijrah.. rasa mahu menangis kerana saya tidak memnuho syariat sebagai muslimah yg solehah.. mampukah saya merubah diri ini.. Ya Allah mahu sahaja menitis airmata menitis menulis ini,, saya nak berubah, tapi saya tak kuat memikirkan orang sekeliling.. bantulah saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam..

      insyaAllah.. dengan kekuatan & bantuan drp Allah, akak yakin.. insyaAllah adik boleh menjadi wanita solehah, amiin.

      Adik sekarang study di mana? Akk sarankan adik carilah sahabat yang solehah, join usrah.. jangan malu.. carilah, bertanyalah kalau ada akak2 @ shbt2 yang anjurkan usrah.

      Percayalah dik... akk juga pernah melalui fasa spt adik, terpinga2 mencari jalan mana nak dituju utk kembali kpd Allah.. jgn putus asa mencari rahmat Allah.. Allah itu sentiasa ada untuk kita. Sentiasa menanti kita menuju kpdNya.

      Rajin2kanlah diri utk pergi ke masjid @ surau, kebiasannya akan ada mjlis ilmu di sana, cuba untuk menyertainya.

      Untuk berhijrah.... memerlukan langkah pertama. Ambillah langkah pertama itu. Buat masa sekarang, jgn lg fikirkan sgt ttg pandangan sekeliling, hatta jika sindiran & halangan itu dtgnya drp keluarga sendiri.

      Niatkan krn Allah. Niatkan hndk mencari Allah. Minta sungguh2 supaya Allah permudahkan jln. doa sungguh2 ketika habis solat. doa sungguh2 semasa sujud. Tak salah hamburkan semua air mata semasa minta & berdoa minta tolong kpd Allah.. Allah tahu kita lemah... sbb itu kita minta tolong drp Allah yg Maha Kuat, Maha Perkasa.

      Dari jauh, akk doakan semoga adik dipermudahkan semua urusan.. if ada apa2 nak cerita & share dgn akk, insyaAllah akk sedia mendengar.

      akk menulis ttg kisah hijrah akk di sini : http://syauqahwardah1209.blogspot.com/2012/12/kisah-hijrah-seorang-syauqah.html

      moga memberi manfaat.
      fi hifzillah. semoga Allah memeliharamu.

      salam sayang.

      Delete
  54. masya Allah, amat terkesan di hati ana..terima kasih atas perkongsian info ini. Ana juga ingin berhijrah memakai tudung labuh dan sekarang Allah dah tunjukkan jalannya..baru 3 hari ana pakai, kali pertama pakai, perasaan itu sangat aneh dan hanya Allah yang tahu..ana amat berharap dapat istiqomah selari dengan A.I.A (iaitu Akidah, Ibadah dan Akhlak). Doakan ana ya..jazakALLAHu khairan kathira.

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."