Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Friday, October 22, 2010

Semudah-mudah Kehidupan.




Pucca. Aku suka kartun Pucca. Beliau sangat handal berlawan. Sampai melambung-lambung pihak lawan dikerjakannya. It's unbelievable but really interesting! Kartun yang memang sangat kartun. :)

Assalamualaikum semua..

Pertamanya, boleh tak entri kali ini nak tulis secara santai? mahu membuka gumpalan perasaan yang berpintal-pintal dek tekanan kerja. :D harapnya boleh ye..?

Alhamdulillah, status sekarang: sedang menyiapkan insect id (insect identification include; naming order, family.. etc.) insyaAllah, insect collection tersebut akan dihantar isnin depan. Ketahuilah, untuk proses menamakan order & famili serangga ini memerlukan masa yang lama & sangat stress..

Alhamdulillah minggu ini sudah melalui oral & listening test untuk subjek Mandarin yg mana memang boleh tahan & mencabar. :) Whatever it is, Alhamdulillah, it had been done.

Sebetulnya, aku tak pernah membayangkan bahawa kehidupan ini akan menjadi se-komplikated ini. Masih teringat saat-saat diriku masih kecil, my imagination bout my life flow is just about kindergarten, primary school, secondary school, entering university, got a best job [macam yang diangan-angankan oleh orang kita dalam drama di TV], fallin in love, got married to the person that I love, dapat anak 4-5 orang, live in the blissful family [macam dalam drama-drama korea.. :D] & mati secara aman..?

Flow tersebut semuanya dilalui dengan mudah & bahagianya seolah-olah tanpa masalah.

Wah.. nampak macam begitu mudah kan..?

Itulah fikiran kanak-kanak... Apabila umur sudah semakin membanyak ini, barulah kita sedar bahawa kehidupan yang mudah itu hanya wujud di dalam imaginasi & mimpi.. :)



Ini antara impian utamaku waktu kecil. I want to be a kindergarten teacher! :) sebab cikgu tadika sangat baik, lemah lembut, keibuan, comel & sebagainya.. hehe.

Namun, sayangnya, apabila dewasa ni, bila dah makin tua ni, impian itu telah termenjadi lebih besar, sebesar tanggungjawab yang bakal digalas. Tambahan pula, apabila ada yang meletakkan harapannya atas bahu kita. Mengharapkan kita menjadi lebih hebat dari apa yang kita sendiri impi & harapkan..

Melepaskan keinginan kita demi merealisasikan kehendak orang lain, mungkin itu bukanlah perkara yang teruk. Asalkan ia membawa ke arah yang lebih baik, rasanya itu bukanlah sesuatu yang tidak baik. Itu namanya pelajaran dari pengorbanan. :)

Sememangnya, untuk menjalani kehidupan ini, sepanjang perjalanan itu kita memerlukan banyak pengorbanan. Banyak disukai tetapi perlu dilepaskan, banyak pula yang tidak rela tapi harus digenggam..

Kehidupan ini bukannya selalu mengikuti kehendak kita. Aku jadi teringat dengan kata-kata seseorang.

"Kadang-kadang teringin juga nak pakai trendy-trendy, pakai shawl, dressing ala-ala korean, macam yang orang sekarang dok pakai ni."

"Kadang-kadang nak juga try bercinta.. macam depa dok buat tu. Nampak happy jek!"

"Nak aje pakai cantik-cantik, tabarruj, tangkap pic & post dekat blog macam bloggers-bloggers terkenal yang sempoi-sempoi tu... "

"..............................."

"Kenapa orang boleh buat itu, buat ini sesuka hati depa, sedangkan kita ni terpaksa tahan semua keinginan tu...?"

Baiklah, cuba utk memahami apa yang ukhti tersebut maksudkan. Rasanya pasti kita juga pernah fikir macam itu. Tapi, pengakhirannya kita akan terfikir, dunia ini, hidup ini bukanlah hak kita untuk kita buat segala-galanya mengikut acuan sendiri.

Kita harus sedar mana letaknya kita dalam posisi kehidupan ini. Kita wajib sedar, posisi kita atas dunia ini, mahupun di akhirat kelak adalah hanya sekadar hamba. Diulang; kita ini hanya HAMBA.

Sebelum kita mahu berbuat sesuka rasa kita, sila amati firman Allah ini.



Ertinya; “Dan tidakkah manusia fikirkan bahawa Kami jadikan dia dari setitik mani, tetapi tiba-tiba ia (jadi) pembantah yang nyata.”[Surah Yasin: 77]

Jangan sesekali rasa kecewa dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Kita sepatutnya bersyukur, dipilih oleh Allah kerana masih dapat bertahan hingga hari ini dari penyakit cintakan keduniaan.

Dunia memang penting, tapi jangan sampai kita letakkan ia dalam hati kita.. setiap benda dalam hidup ini ada peraturannya. Maka, kita tak boleh melakukan segala-galanya dengan sewenang-wenangnya.

Renungi mutiara zuhud ini; "Letakkanlah dunia dalam tanganmu & akhirat dalam hatimu.."

Percayalah, kiranya kita melakukan semua perkara di atas secara pukal sekalipun.. pada pengakhirannya, pasti kita akan tertanya.. apa tujuan sebenar kita hidup dalam dunia ni? Adakah sekadar mahu berseronok-seronok?


Ertinya; "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." [Al-Ankabut: 64]

Melakukan sesuatu perkara yang tidak benar akan menimbulkan rasa tidak selesa di dalam hati. Rasa tidak bahagia. Kosong.

Percayalah, kita lihat orang-orang itu hanya dengan mata kita. Kita hanya lihat luaran mereka yang mungkin nampak seperti sangat bahagia. Namun, di dalam hati mereka, rohani mereka, emosi mereka, hanya Allah yang tahu samada mereka benar-benar bahagia ataupun tidak..

Renungilah firman Allah swt ini;

Ertinya; "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin & manusia melainkan untuk mereka menyembah & beribadat kepadaKu." [Ad-Dzariyat :56]

Ertinya; "Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya." [Al-Kahfi: 7]

Mari teman-teman.. mari bersama kita renungi dalam-dalam.. apa sebenarnya yang kita harapkan daripada kehidupan kita ini? Benarkah telah kita manfaatkan hidup kita yang singkat ini dengan beribadat kepada Allah serta melakukan kebaikan untuk dituai di akhirat kelak?

Apakah penghujung yang kita harapkan daripada hidup kita yang fana ini? Baikkah, burukkah, syurgakah, atau neraka?

Teringat tazkirah ringkas Ustaz Hasrizal suatu ketika dahulu; katanya, penghujung kita hanya ada 2; samada syurga atau neraka. Tidak ada intermediate. Kita tak boleh buat syurga setinggan di tepi kawasan syurga kiranya kita tidak masuk syurga. Jika tidak ke syurga, maka, memang pasti nerakalah tempat kita.

Perihal syurga itu pula hanya untuk isian orang-orang yang hebat. Di syurgalah tempatnya Rasulullah saw, saidina Abu Bakar, saidina Umar, saidina Uthman, saidina Ali, Saad bin Waqas, Abu Ubaidah' Amru, Talhah bin Ubaidillah, Abdul Rahman bin Auf, Fatimah Az-zahra, Saidatina Siti Khadijah, Siti Aisyah ra, serta semua insan-insan habibullah yang dijanjikan syurga berkumpul.

Mereka ini semuanya hebat. Mereka ini telah banyak bersabar dalam meniti kehidupan mereka. Mereka ini sangat tinggi ketakwaannya kepada Allah. Melaksanakan perintah Allah tanpa bantahan mahupun rungutan. Sifat zuhud & taqarrub mereka sukar dijelaskan dengan kata-kata.

Tak pernah bermimpikah kita untuk bertemu insan-insan hebat ini di syurga Allah?

Jika pernah, teruskanlah bersabar. Ini bukan masanya untuk bersenang-senang atau bersuka-suka. Ini masanya untuk kita bekerja kuat untuk menentukan mana hujung kita. Dunia ini perlukan pengorbanan. Teruskanlah kehidupan & sentiasalah jadi manusia yang lebih baik & bertakwa. Semoga Allah terus memberikan taufik & hidayahNya kepada kita, insyaAllah..

Firman Allah;
"Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan sesiapa yang takut kepada kebesaran Tuhan-nya & menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka, sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya." [Surah An-Naziat: 37-41]

Semudah-mudah kehidupan itu memang wujud. Tapi cuma wujud dalam syurgaNya..


Allahu 'alam.





p/s: ini tulisan santai ke tulisan cincai..? [bila baca balik macam ayat terabur] ;D Infinity sorry if the words look miserable.. sangat mengejar masa. harapnya apa yang mahu disampaikan, sampai kepada kalian. mudah2an, insyaAllah. Rahmat Allah bagi kamu semua. :)


8 comments:

  1. ahlan to PP,

    syukran 4 the comments.. :)

    ReplyDelete
  2. telah brjanji iblis kepada Allah akn mnyesatkan kturunan adam as dengan 2 pekara dlm nikmat dunia iaitu harta dan pangkat..semoga ape yg dkngsikn kaamu mmberi ksedaran pada kita..amin..:)

    ReplyDelete
  3. teringat ini; Boleh jadi apa yang kamu suka itu adalah sesuatu yang tidak baik bagi kamu, dan boleh jadi apa yang kamu benci itulah yang terbaik bagi kamu.

    the most santai approach, yet d message still received! (as for me)
    teruskan menulis intan sayang! :)

    p/s:cita2 jd cikgu tadika tu pun ada dlm checklist ku time kecik2 dulu.and for the same reasons.hehe :DDD

    ReplyDelete
  4. i like that verse also; [2:216] :)

    Alhamdulillah if the msg delivered well to you..
    insyaAllah, pray for me. i wish the best for you oso, dear.

    p/s: plus, budak2 kecik lebih jujur. xpandai ckp belit2.. hehe. :)

    ReplyDelete
  5. salam...nice post..

    mohon copy yer kak.. ^_^

    ReplyDelete
  6. wasalam.. :)

    silakan jika digunakan utk kebaikan.. :)

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."